Rukun kedua: Thaharah (Bersuci) Dengan Air
Iaitu: Wudhuk, Ghusl (mandi).
Bahagian wudhuk:
Bab Pertama: Hadats (Hadas) Yang Mewajibkan Wudhuk
Ia ada enam perkara:
1. Keluar
air kencing
2. Keluar
najis,
3. Keluar
angin dari tempat biasa.
Sekirannya keluar najis dari usus kecil tidak
membatalkannya tetapi dari usus besar membatalkannya.
Walaupun sesuai dengan tempat keluar tetapi bukan
dari tempatnya yang biasa adalah batal, begitu juga sekiranya keluar hadats itu
datang dari luka yang kemudian menjadi biasa.
4. Dan tertidur
yang mengawal
dua kesedaran, dan maknanya semua yang menghilangkan fikiran seperti pengsan,
gila atau mabuk.
5. Istihaadah
yang sedikit (sementara).
Tidak batal Thaharah jika dengan keluarnya
mazi, wazi, wadi
dan juga darah, walaupun daripada satu saluran kecuali tiga jenis darah (haid,
nifas dan istihaadah),
6. Tidak
batal jika muntah-muntah, meludah, dan buang kuku, bercukur, menyentuh zakar, qubul
atau dubur, juga tidak batal jika menyentuh seorang wanita, tidak batal jika makan
apa yang disentuh api, dan tidak batal jika keluar sesuatu dari saluran, melainkan
bercampur dengan sesuatu yang membatalkan.
Bab Kedua: Hukum Buang Air
Ia ada tiga:
Pertama: Kaifiat (Cara) Buang Air.
Wajib menutup aurat, dan mustahab menutup badan. Dan haram menghadap atau membelakangkan
kiblat, dan tiada perbezaan di antara di padang pasir atau di dalam bangunan,
dan wajib di sisihkan tempat yang dibina untuknya.
Kedua: Istinja’.
Wajib cuci air kencing dengan air, dan tidak boleh selain daripadanya selagi
berupaya, dan sekurang-kurangnya boleh membasuhnya dua kali, mencuci tempat
keluar najis dengan air sehingga hilang ain (kotoran) dan kesan (bekasnya), dengan
tidak mengambil kira baunya.
Jika melampaui tempat keluar (najis) tidak boleh selain daripada air, jika
tidak dapat melampauinya dibebaskan untuk memilih antara air dan batu, dan air lebih
afdhal, dan digabungkan akan lebih sempurna. Jangan gunakan kurang daripada
tiga butir batu. Wajib melalukan setiap batu ke atas tempat yang bernajis, dan
cukup dengan menghilangkan ain (kotoran) selain kesan (bekasnya). Jika tidak dapat
dihilangkan dengan tiga batu mesti disucikan walaupun dengan menambahnya, jika tidak
dapat dihilangkan tanpanya mencukupkannya adalah wajib. tidak cukup hanya
dengan menggunakan satu sisi batu dari tiga sisinya, dan jangan gunakan batu yang
telah digunakan, dan jangan pilih benda yang najis, tulang, tahi, makanan, dan kain
(satin) untuk mengesat semua najis, walaupun menggunakannya ia tidak akan
menyucikan.
Ketiga: Sunnah Buang Air
.
Iaitu: Mandub (sunat) dan Makruh.
Mandub (sunat): Menutup kepala dan muka lebih afdhal, meminta perlindungan
(al-Isti3azhah), menyebut NamaNya (Al-Tasmiyah), mendahulukan kaki kiri ketika
masuk, Al-Istibraa’ [✡], dan berdoa apabila istinjaa’, dan apabila selesai dahulukan
kaki kanan apabila keluar dan berdoa selepasnya.
Makruh: Duduk (bercangkung) di lorong-lorong dan di jalan-jalan, di bawah
pokok buah-buahan, menghadap penduduk, di tempat-tempat terkutuk, menghadap keluarnya
matahari dan bulan, atau air kencing bertentangan dengan angin, kencing di atas
tanah keras, di lubang haiwan, dalam air tergenang atau mengalir, sambil makan,
minum atau memberus gigi, beristinja’ dengan tangan kanan, atau dengan tangan kiri
yang tertulis (bercap) nama Allah SWT atau nama Nabi atau Washiy atau Al-Zahra’
(as), dan berkata-kata, melainkan dengan zikru Allah, atau ayat Al-Kursiy, atau
hajat yang memudharatkan kekuatannya.
Bab Ketiga: Kaifiat (cara) berwudhuk
Ada Lima Kewajipan (Fardhu):
Fardhu pertama: Niat.
Iaitu: Ingin melakukannya, di hati. Cara: Dengan berniat berwudhuk untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan meminta kesucian batin (dalaman). Tidak wajib
berniat untuk mengangkat hadats, atau untuk dapat melakukan sesuatu yang memerlukan bersuci
(thaharah) samada wajib atau mandub (sunnah). Niat tidak dianggap pada bersuci sebagai
pakaian, juga bukan yang selainnya yang bermaksud untuk mengangkat hadats. Walaupun memasukkan
niat untuk mendekatkan diri kepada ingin menyejukkan (tenang) atau sebaliknya, niat
bersucinya dibolehkan. Waktu berniat adalah ketika membasuh tangan, dan diperkukuh
ketika mencuci muka, dan ia wajib mengekalkan ketentuannya pada kesenggangan
(berselang).
Furu3: Apabila bertemu sebab-sebab mewajibkan berwudhuk yang berbeza cukup dengan
sekali wudhuk dengan niat mendekatkan diri dan tidak perlu menetapkan hadats
untuk menyucikannya, dan begitu juga jika ia akan membasuh.
Fardhu kedua: Membasuh Muka.
Ia adalah di antara anak rambut di hadapan kepala membawa ke hujung di sepanjang
dagu, dan ia termasuk urutan bukaan tapak tangan hujung Ibu jari dan jari anak,
dan di luar daripadanya bukanlah mukanya. tidak kira dengan merenggang atau
dengan menekan, tidak termasuk jarinya yang melebihi jambang atau kurang
darinya, tetapi disebabkan kesemuanya adalah paras bentuk muka yang dibasuh dan
apa yang mengenainya.
Wajib dibasuh dari bahagian atas muka ke dagu, jika mencuci
secara terbalik tidak dibenarkan.
Tidak wajib mencuci apa yang terdapat pada janggut, dan jangan menyela-nyelanya
tetapi cuci yang zahir sahaja. Jika mengurus janggut (rambut di dagu dan pipi)
wanita tidak wajib menyela-nyelanya, cukup lalukan air yang zahir sahaja.
Fardhu ketiga: Mencuci Dua Tangan.
Adalah wajib: mencuci dua tangan, dua siku, dan dimulakan dari siku. tidak dibenarkan
membasuh dari dan arah sebaliknya dan wajib dimulakan sebelah kanan,. Sesiapa
yang terputus (kudung) sebahagian tangannya cucilah baki yang tertinggal dari
siku, jika terputus dari siku itu gugurlah kewajipan (fardhu) menyucinya. Walaupun
mempunyai dua tangan termasuk siku atau tambahan jari-jemari, atau ada daging lebihan
wajib dicuci kesemuanya, dan sekiranya ada di bahagian atas siku tidak wajib menyucinya, dan jika ada tangan tambahan
ia wajib dibasuh.
Fardhu keempat: Menyapu Kepala.
Yang diwajibkan adalah: apa yang dipanggil menyapu dan Mandub (sunnah): sekadar
(selebar) tiga jari sahaja. Dan khusus menyapu di bahagian depan kepala, Ia wajib
menjadikannya lembap dengan wuduk, dan tidak boleh disambung semula dengan air
yang baru untuknya. Jika pada tangannya kering diambil dari janggutnya atau dari
kedua bahagian kelopak matanya, Jika tidak ada
kelembapan yang tinggal, ambil semula wuduk. Lebih afdhal menyapu kepala (dari belakang)
kehadapan dan makruh ke belakang. Membasuh tempat-tempat (anggota) sapuan tidak
dibenarkan. Dibolehkan menyapu pada rambut disambungkan di bahagian depan dan pada
kulit. Jika rambut diliputi benda lain tidak dibenarkan menyapu padanya, begitu
juga jika menyapu pada serban atau selainnya yang menutup tempat untuk disapu.
Fardhu kelima: Menyapu Dua Kaki.
Diwajibkan: Menyapu dua kaki dari hujung jari kaki ke mata kaki, dua buku
lali kaki dan boleh secara terbalik, dan tidak perlu ikut tertib antara dua kaki.
Dan jika terputus (kudung) bahagian tempat (anggota) sapuan kaki, sapulah bahagian
kaki yang tertinggal (masih ada), jika terputus dari buku lali kaki gugurlah
menyapu ke atas kaki. Diwajibkan: Menyapu pada kulit kaki, dan tidak dibenarkan
ada penghalang seperti sandal atau lain-lain. Diwajibkan menyapu semua bahagian
kaki mengikut kemampuan, dan tidak wajib menyapu semua bahagian telapak kaki,
tetapi hanya melewati (melalui) atas telapak kaki.
Lapan Masalah:
Pertama: Wajib ikut tertib dalam berwudhuk dimulakan dengan mencuci muka sebelum mencuci
tangan kanan dan kiri dan kemudian yang ketiga menyapu kepala, dan akhirnya dua
kaki. Jika silap berwudhuk semula - secara sengaja atau lupa - jika air wudhuk telah
kering, tetapi jika masih basah kembali membetulkan mengikut tertib.
Kedua: Wajib berterusan, iaitu: tidak memisahkan dua basuhan dan dua sapuan dengan berselang sesuatu yang mengalihkan perhatiannya satu demi satu
daripada menjadi satu amalan iaitu berwudhu, dan jika membasuh mukanya telah
mula memberi perhatian untuk untuk membasuh tangan dan kemudian mula memberi
perhatian untuk menyapu kepalanya dan kemudian mula memberi perhatian untuk menyapu
kakinya tanpa melambatkan atau mengabaikan.
Ketiga: Difardhukan dalam basuhan satu kali, dan dua kali adalah sunnah (sunat),
dan tiga kali adalah bid’ah, tidak boleh diulang dalam sapuan (menyapu kepala
dan dua kaki hanya satu kali sahaja).
Keempat: Dibolehkan dalam mencuci menggunakan bahan pencuci jika terdapat seperti
lemak. Sesiapa yang ada cincin di jari tangannya atau - digerakkan supaya air sampai
ke semua bahagian di bawahnya, dan jika ia longgar mustahab menanggalkannya.
Kelima: Sesiapa yang ada pada sebahagian anggota bersucinya balutan yang mungkin
dikeluarkan atau dilalukan air di atasnya sehingga air wajib sampai ke kulit, jika
tidak sapukan (lalukan) saja ke atasnya ia sama ada apa yang ada di bawah yang suci
atau najis, dan jika masih ada lagi keuzuran meneruskan bersuci.
Keenam: Tidak boleh mengelak selain dari berwudhuk walaupun terdapat pilihan yang
lain, dan boleh
pada ketika
darurat (bahaya).
Ketujuh: Tidak boleh bagi orang yang berhadats menyentuh Al-Quran, dan boleh menyentuh
kecuali tulisannya.
Kelapan: yang terus menerus berhadats (orang yang yang mudah
kencing, orang yang sakit perut) jika dia mempunyai masa yang cukup untuk sholat hendaklah
ia bersholat, dan hanya dengan wudhuk yang baru untuk menyempurnakan
sholat, dan jika sukar baginya membersihkan kotoran untuk sholat adalah mencukupi
untuk membersihkan diri daripada hadats tersebut.
Dan cara berwudhuk
adalah:
letakkan bekas (air untuk wudhuk) di sebelah kanan dan menceduknya,
menyebut namaNya (Tasmiyah) dan berdoa, basuh kedua tangan sebelum memasukkannya
ke dalam bekas (air untuk wudhuk) yang terjadi semasa tidur atau selepas
buang air kecil (basuh) sekali dan selepas buang air besar dua kali, dan berkumur-kumur
di mulut dan hidung, dan berdoa ketika membasuh muka dan dua tangan dan ketika
menyapu kepala dan dua kaki, dan bagi orang lelaki hendaklah basuhan dimulakan
di bahagian luar lengannya dan kali kedua dari bahagian dalamnya, dan bagi perempuan pula sebaliknya, dan lanjutkan berwudhuk. Dan makruh: dibantu (oleh orang
lain) dalam bersuci, dan juga (makruh) untuk mengelap basahan wudhuk dari anggotanya.
Bab Keempat: Hukum wudhuk
Orang yang yakin tentang hadats dan syak (ragu-ragu) dalam bersuci,
atau yakin pada keduanya dan syak tentang kebersihan kemudiannya. Begitu juga
jika yakin anggota yang tertinggal dan datang selepasnya, tetapi jika telah
kering basahkan semula. Jika syak (ragu-ragu) pada sesuatu daripada perbuatan bersuci
dan ia adalah keadaan yang datang dengan syak (ragu-ragu) padanya kemudian dan
selepasnya. Jika yakin pada bersuci dan syak (ragu-ragu) pada hadats atau pada
sesuatu daripada perbuatan wudhuk selepas meninggalkannya maka itu tidak dikira
lagi.
Orang yang meninggalkan tempat bersuci air besar
atau kecil dan bersholat semula secara sengaja atau lupa atau jahil (tidak
tahu).
Orang yang memperbaharui wudhuknya dengan niat sunat, lalu
dia bersholat dan teringat bahawa dia melakukan pelanggaran salah satu daripada
anggota bersuci, namun thaharah dan sholatnya adalah sah, dan kalau bersholat setiap
satu dari kedua-duanya, sholat semula yang pertama sahaja. Jika berhadats selepas
bersuci kedua-duanya dan tidak mengetahui dengan khusus, sholat semula kedua-duanya
jika tidak diterima jumlah bilangannya, dan jika tidak sholatlah dengan niat apa
yang belum ditunaikan. Begitu juga jika bersholat dengan bersuci dan kemudian berhadats
dan memperbaharui thaharah, kemudian bersholat lagi dan teringat bahawa dia melakukan
pelanggaran salah satu daripada kewajipan bersuci.
Jika melakukan lima Sholat Fardhu dengan lima thaharah dan yakin telah berhadats
selepas salah satu daripada thaharah tersebut ulang semula tiga jenis Sholat-sholat
Fardhu: sholat tiga rakaat, sholat dua rakaat dan sholat empat rakaat.
✡✡✡✡✡
---------------------------
[✡] - Istibraa'
ii . Kemudian picit dan gerakkan
dari pangkal penis (zakar) ke kepala, harus dilakukan tiga kali
(kemudian harus menarik‑narik kepala zakar)
iii . Istibraa' juga harus dilakukan ketika Ghusl (mandi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan