Selasa, 27 Oktober 2015

Rukun keempat: Najis dan Hukum-hukumnya



Rukun keempat: Najis dan Hukum-hukumnya

Mengenai Najis:


Ia ada sepuluh jenis:

I dan II: air kencing dan tahi haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya, jika haiwan yang memiliki darah merah mengalir, sama ada jenis yang haram seperti singa, atau memperlihatkan haram sebagai halal. Dirujuk pada haiwan yang tidak memiliki aliran darah dan air kencingnya suci.

III: Air mani, adalah najis bagi semua haiwan yang halal atau haram dimakan, dan mani pada haiwan yang tidak memiliki aliran darah adalah suci.

IV: Bangkai, dan tidak menajiskan daripada bangkai haiwan kecuali haiwan yang darahnya terpancut keluar apabila urat besar dipotong (haiwan yang memiliki aliran darah), dan semua yang menajiskan dengan kematian, apabila terputus badannya adalah najis semasa hidup atau mati. Apa yang tidak halal semasa hidup seperti tulang dan bulu adalah suci, melainkan bahagian-bahagian yang menjadi najis, seperti anjing, babi dan orang kafir.

Diwajibkan ghusl (bersuci) pada tubuh manusia yang mati yang sebelumnya suci dan selepas sejuk oleh kematiannya, begitu juga apabila menyentuh bahagian-bahagian yang terdapat tulang. Cuci (ghusl) tangan yang lembap yang menyentuh pada bahagian-bahagian yang tidak ada tulang, atau menyentuh haiwan mati yang memiliki aliran darah selain manusia.

V: Darah, tidak najis, melainkan haiwan yang berurat, tidak (najis) seperti darah ikan yang mengalir dan yang serupa dengannya.

VI dan VII: anjing dan babi, kedua-dua bahagian-bahagian (anggota) dan air liurbta najis. Sekiranya haiwan kacukan anjing maka anaknya dikira sama dengan hukum mengikut nama. Adapun haiwan-haiwan selain keduanya itu tidaklah najis. Musang,  arnab, tikus, dan cicak adalah bersih, tetapi jangan pada penggunaan air yang sedikit yang dimasuki cencorot atau tikus atau cicak untuk minuman atau pembersihan, dan begitu juga air yang sedikit yang mati di dalamnya cicak atau kala jengking atau ular.

VIII: Minuman keras adalah najis dan perahan buah beri jika dididihkan dan dipergiatkan dan tidak memabukkan, dan ia bersih jika ia dihilangkan dua pertiga..

IX: Minuman yang ditapai (diperam) - (najis).

X: Orang kafir. Dan yang cenderung (sepertinya): semua yang keluar dari Islam atau yang membuat tuntutan yang tidak wajar dan yang menafikan dan mengetahui apa keperluan agama, seperti Khawarij dan pelampau Nawashib (Nashibi). Orang-orang Yahudi dan Nasrani, jika mereka tidak fanatik dan tidak terus menentang maka mereka dihukum suci. Jika tidak demikian, tidaklah dianggap najis pada dirinya, tetapi jika dia menunjukkan (penentangan) dia adalah najis.

Makruh (dibenci): air kencing baghal, keledai, dan haiwan melata, dan peluh unta tunggangan yang gemuk, dan yang berubah bentuk (kacukan), dan tahi ayam.


Hukum-hukum pada Najis:

Wajib dikeluarkan najis dari badan dan pakaian untuk bersholat, thawaf dan masuk ke masjid, dan dari peralatan dapur untuk digunakan. Dan dimaafkan pada pakaian dan badan di tempat yang terlalu sukar untuk dielakkan dari darah kudis dan luka yang tidak (melarat), walaupun banyak, dan resapan darah yang besarnya (luasnya) kurang dari garis pusat (diameter) 1 sentimeter, yang setiap satunya tidak lebih dari tiga tempat darah, dan yang lebih daripada itu wajib ditanggalkan jika terkumpul atau berselerak. Dan dibenarkan bersholat bagi menyempurnakan sholat yang sedang dilaksanakan secara berasingan dan jika terdapat najis padanya tidak dimaafkan darinya pada yang selainnya.

Dan membersihkan (memerah) pakaian dari segala najis melainkan air kencing bayi, ia mencukupi dengan menjirus air di atasnya. Jika diketahui tempat najis dicuci, Jika tidak diketahui cuci semua tempat yang disyaki. Dan basuh badan dan pakaian dari air kencing dua kali.

Jika bersentuh dengan orang kafir, anjing atau babi
pakaian manusia menjadi basah wajib cuci di tempat berkenaan, walaupun ia telah kering mustahab dijirus dengan air, dan pada badan dicuci kawasan yang basah. Jika orang yang sholat gagal untuk mengeluarkan najis-najis pada pakaian atau badannya ulang semula di dalam waktu dan di luar waktu sholat, sekiranya tidak diketahui kemudian diketahui selepas sholat, ia tidak wajib mengulanginya sama sekali. Dan kalau melihat najis di dalam sholat dia boleh membuang pakaian tersebut dan menutup aurat dengan yang lain darinya dan wajib menyelesaikannya, dan jika tidak boleh melainkan dengan membatalkannya dan disambung semula.

Dan bagi pengasuh anak-anak jika ia tidak mempunyai pakaian melainkan sehelai untuk dibasuh sekali dalam sehari dan ia dibasuh sebelum sholat Dzohor adalah baik untuk sholat-sholat Dzohor-3ashar serta Maghrib-3isyak, dengan pakaian Dzohor. Jika orang yang sholat walaupun mempunyai dua helai pakaian dan sehelai daripadanya bernajis yang tidak diketahui secara khusus bersholat satu sholat dengan setiap sehelai daripadanya sahaja secara berasingan. Pada yang mempunyai banyak pakaian (yang bernajis sehelai daripadanya suci) diperlakukan seperti itu juga melainkan kesuntukan waktu bersholatlah secara telanjang. Ia mesti (wajib) membuang pakaian yang najis dan bersholat telanjang, jika tidak ada yang lain, walaupun dia tidak memungkinkannya bersholat dengannya dan tidak mengulangi.

Matahari apabila mengeringkan air kencing dan najis yang lain di bumi, di tanah-tanah kosong dan pengekalan air kencing telah menyucikan tempatnya, serta semua yang tidak boleh dipindahkan seperti tumbuh-tumbuhan dan bangunan, dengan syarat menyingkirkan bahagian najis, dan yang sebaik-baiknya dijiruskan air ke atas air kencing dan kemudian diikuti pembersihan dengan pengeringan panas matahari.

Dan api menyucikan mengikut keadaannya, dan habuk di dalam stokin dan bahagian bawah tapak kaki, dan (tanah) bumi menyuci di antara sebahagian kepada sebahagian yang lain. Dan air hujan tidak najis dalam keadaan ia terjadi, dan tidak juga dalam keadaan airnya mengalirkan saliran (parit) dan yang serupa dengannya, melainkan perubahan najisnya.

Dan air yang mencuci kekotoran yang najis, sama ada dalam pencucian pertama atau kedua, dan sama ada tercemar dengan najis atau tidak, itu jika dia kekal dicuci bahagian yang najis, tetapi jika dibersihkan tempat yang dicuci dari najis maka cuciannya bersih, dan begitu juga untuk dikatakan pada periuk (bekas).


Pada pinggan mangkuk:

Dan tidak boleh makan dan minum di dalam bekas-dari emas atau perak, atau digunakan dalam perkara yang lain. Makruh yang bersalut perak, dan boleh diambil bukan untuk digunakan. Tidak haram (dilarang) menggunakan selain emas dan perak dari jenis galian (logam) dan permata, walaupun harganya dua kali ganda. Perkakas dapur orang-orang musyrik suci sehingga diketahui kenajisannya.

Tidak boleh digunakan sesuatu daripada kulit, melainkan ia suci keadaannya semasa hidup. Dan mustahab mengelakkan dari yang tidak boleh dimakan dagingnya sehingga dikuliti selepas disembelih. Dan menggunakan dari bekas peralatan khamar (arak) yang diperam atau yang berminyak selepas dicuci. Dan makruh: Apa yang dari kayu (khasban) atau labu (qar3an), atau tembikar (Khazfan; seramik) yang tidak berminyak.

Dan cuci periuk (bekas) yang dijilat anjing tiga kali, kali pertama dengan tanah, dan dari bekas arak (Khamar) dan tikus jika mati tiga kali dengan air, dan tujuh kali lebih afdhal. Dan selain dari yang tersebut cukup sekali cuci tidak termasuk cucian penyingkiran, dan tiga kali lebih afdhal.






Isnin, 26 Oktober 2015

Rukun Ketiga: Bersuci dengan Tanah berdebu


Rukun Ketiga: Bersuci dengan Tanah berdebu

Ada Empat Bahagian

Bahagian I: Sah Bertayammum

Ia adalah beberapa makna (jenis):

Pertama: Tidak ada air. Diwajibkan pergi mencari sejauh (1000 meter) dari semua arah dari empat mata angin ke daerah yang mudah, dan (500 meter) bagi daerah yang sukar. Sekiranya terhalang untuk pergi sehingga kesuntukan masa yang menjadi kesalahan, akan sah tayammum untuk sholatnya. Tidak ada perbezaan antara tiada air untuk sholat, dan air yang tidak mencukupi untuk bersuci.

Kedua: Tidak ada cara untuk mendapatkannya. seolah-olah tidak ada harga maka tidak adalah air, dan begitu juga untuk mendapatkannya dengan harga yang menyukarkan keadaan, jika tidak menyukarkan keadaan ia harus dibeli, namun ia dikenakan dua kali ganda dari harga biasa, dan begitu juga untuk dikatakan pada sebuah mesin yang mengeluarkan air.

Ketiga: Ketakutan. Tidak ada bezanya antara kemungkinan bertayammum dengan takut kepada pencuri atau binatang buas atau takut kehilangan wang, atau takut penyakit menjadi lebih teruk atau radang atau pecah-pecah kulit dengan penggunaan air yang sangat sejuk, bolehlah melakukan tayammum, dan juga jika dia mempunyai sedikit air untuk minum dan dahaga hingga bimbang menggunakannya.


Bahagian II: Boleh tayammum dengan

Ia adalah: semua yang ada di persekitaran dan namanya bumi (tanah). Tidak boleh bertayammum dengan galian, dan tidak juga dengan abu atau tumbuh-tumbuhan yang dihancurkan seperti tepung halus. Dibolehkan bertayammum dengan tanah kapur, batu kapur, dan tanah (liat, debu) kubur, dan tanah yang telah digunakan dalam bertayammum. Tidak sah tayammum dengan debu tanah yang tercemar atau yang bernajis, atau tanah yang ada air kencing. Jika tanah bercampur dengan beberapa logam maka jika diasingkan dari tanah dibenarkan, Jika tidak, ia tidak dibenarkan.

Makruh dengan tanah paya dan pasir. Dan mustahab dari fanah tinggi (bukit) di bumi dan tumbuhan halusnya. Dan bertayammum dengan debu di jubahnya, atau yang menempel di pelananya, atau yang menetap pada haiwan peliharaan berkaki empat dan tunggangannya, bagaimanapun boleh bertayammum dengan lumpur.


Bahagian III: Kaifiat Tayammum


Tidak sah tayammum sebelum masuk waktunya, tetapi sah dalam kesempitan waktu, tidak sah pada saatnya melainkan jika berputus asa untuk bersuci dengan air seperti pesakit yang alah dengan air.

Dan wajib hukumnya dalam tayammum: iaitu niat, berkesinambungan dan tertib:


1 .  Letakkan (tepuk) kedua tangan di atas tanah, kemudian sapu dahi dengan keduanya dari batas rambut hingga ke hujung hidung,

2.  kemudian meletakkan (menepuk) tangannya di atas tanah dan sapu bahagian belakang kedua tangan (dari pergelangan tangan ke hujung jari).

Ia perlu menepuk dua kali, sekali untuk muka dan sekali untuk kedua tangan kepada wudhuk dan ghusl. Jika terputus niscaya itu mencukupi dan gugurlah dari menyapu keduanya, dan terhad kepada bahagian dahi. Jika terputus sebahagian dari keduanya sapulah apa yang selebihnya.

Wajib: memahami tempat-tempat sapuan dalam tayammum, jika tertinggal sesuatu darinya tidak sah. Mustahab: Melaga-lagakan kedua tangan selepas menepuknya di atas tanah. Jika bertayammum walaupun ada najis pada tubuhnya tetap sah tayammumnya, sebagaimana jika bersuci dengan air dan ia ada najis, tetapi dalam tayammum mengambil kira kesuntukan masa.

                       
Bahagian IV: Hukum-hukumnya

Ia ada sepuluh:

1.   Sesiapa yang sholat dengan bertayammum tidak akan melakukannya semula, sama ada hadir (bermukim) atau musafir.

2.   Wajib mencari air, jika tidak mendapatkannya dan bersholat dan kemudian mendapat air di dalam perjalanannya atau yang bersama sahabat-sahabatnya hendaklah bersuci dan sholat semula.

3.   Ketika ketiadaan air dan tidak dapat bertayammum kerana tersekat atau terhalang pada tempat yang bernajis maka gugurlah darinya yang fardhu samada tunai atau qadha’, dan wajib ia berdoa waktu fardhu.

4.   Keempat: Apabila air ditemui sebelum memasuki sholat bersucilah, tetapi jika mendapatnya selepas selesai sholat tidak wajib mengulanginya, apabila ada kesempatan baginya mendapatkan air ia hendaklah tidak memutuskan sholatnya dan hendaklah ia bersuci dan menyempurnakan sholatnya, melainkan ia meneruskan sholatnya walaupun dengan memakai takbiratu l-Ihram.

5.   Orang yang bertayammum dibenarkan untuk melakukan apa yang dibenarkan pada bersuci dengan air.

6.   Jika berkumpul dalam satu di antara hal mayat, berhadats dan dalam berjunub kesemuanya tidak cukup dengan airnya, berarti ia adalah milik salah salah daripada yang dikhaskan untuknya, walaupun semua untuk setiap satu daripadanya atau tidak memilikinya atau milik yang boleh menggantikannya, maka yang lebih afdhal diperuntukan hal mayat.

7.   Tujuh: Jika dengan tayammum untuk junub digantikan dari bersuci, kemudian berhadats hendaklah bertayammum semula –sebagai ganti wuduk jika ia hadats kecil dan tidak dapat berwudhu.

8.   Lapan: Jika mampu untuk menggunakan air berhentikanlah bertayammumnya, walaupun selepas ia gagal untuk memperbaharui tayammum. Tayammum tidak sah jika keluar daripada waktunya selama ia tidak berhadats, atau tidak mendapat air.

9.   Bagi orang yang mempunyai beberapa bahagian anggotanya yang sakit tidak boleh dicuci atau disapu dengan air ia boleh bertayammum, dan tidak dibahagi-bahagikan dalam bersuci.

10.        Dibenarkan bertayammum untuk melakukan sholat jenazah walaupun ada air, dan tidak dibenarkan bagi jenis lain-lain sholat.





Ahad, 25 Oktober 2015

MUHARRAM AL-HARAM - Setiap Hari Adalah 'Asyura Dan Semua Tempat Adalah Tanah Karbala




MUHARRAM AL-HARAM

Setiap Hari Adalah 'Asyura
Dan Semua Tempat Adalah Tanah Karbala

Itulah yang difahamkan dari kata-kata Imam Ahmad Al-Hassan (as) dalam Khutbah Muharram: Pada 5 Muharram 1432 H
       
Berikut adalah sebahagian dari khutbah beliau (as):

Firman Allah SWT:

﴿وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗوَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا﴾
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah Al-Furqan: 20) 

Apa yang Al-Hussein (as) telah lakukan pada hari Ashura untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang Imam Maksum, yang manusia harus taat kepadanya dan mereka dilarang daripada menentangnya? Atau biarkan dulu soalan tersebut, bagaimana sekiranya Al-Hussein (as) telah menukarkan warna janggut Shimr bin Thul Jausyan kepada hitam pada hari Ashura, apakah Shimr masih kekal bersama tentera Yazid atau dia akan mendapati dirinya terpaksa menyertai Al-Hussein (as) dan seterusnya memenggal kepala Ibn Saad? 

Demi Allah saya bersumpah bahawa ianya adalah kebenaran yang memalukan dalam sejarah apabila terpaksa mengulanginya dari satu titik ke satu titik dan mata dengan mata, bagi orang ramai menyedari kebenaran dan dapat membezakan Muhammad (S) dari Abu Sufyan, atau Ali (as) dari Muawiyah atau Al-Hussein (as) dari Yazid. Ia adalah satu tragedi bagi manusia untuk jatuh semula ke tahap ini. Ia seolah-olah kita sedang bercakap dengan mayat yang tidak mendengar, tidak sedar dan tidak memahami. Apakah yang telah Al-Hussein (as) bentangkan di Karbala adalah bagi membuktikan bahawa dirinya adalah khalifah Allah SWT di muka bumi-Nya. Wahai manusia, sudahkah kalian bertanya diri sendiri soalan ini sebelum kalian mengikut ulamak sesat membuta tuli tanpa sebarang penilaian atau pemikiran?

Apa yang telah Al-Hussein (as) sampaikan di Karbala? Beliau menyampaikan wasiat Rasulullah Muhammad (S), yang di dalamnya disebutkan bapanya Ali (as), saudaranya Hassan (as), dirinya dan anak-anaknya (as). Beliau membentangkan pengetahuan, makrifahnya dan menonjolkan panji Bai3atu Lillah (Kesetiaan hanya untuk Allah SWT) yang dibawanya, dalam membangkang panji-panji ketuanan manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan lawan yang menentang datuknya, ayahnya dan saudaranya (as) sebelum itu. 

Apa lagi yang telah Al-Hussein (as) bentangkan di Karbala? Beliau membentangkan penglihatan (rukya) keluarganya yang suci dan sahabat-sahabat-sahabatnya dan penglihatan kasyaf mereka. Beliau (as) membentangkan rukya Wahab Al-Nasrani yang melihat Isa (as) menggesa beliau untuk mengikuti dan menyokong Al-Hussein (as). Beliau menyampaikan wahyu (kasyaf) Al-Hurr Al-Riyahi yang mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga ketikamana dia berangkat Kufah. 

Wahai manusia, apakah yang telah kami bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawa kalian sesuatu yang bidaah (yang baru) yang tidak dibawa oleh Anbiyak, Aushiyak dan Rasulullah Muhammad (S), Ali (as), Al-Hassan (as), Al-Hussein (as) atau Imam dari keturunan Al-Hussein as? 

﴿قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًا مِّنَ الرُّسُلِ﴾

Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa bid3ah dari Rasul-rasul. (Surah al-Ahqaf: 9)  

Atau adakah kami membawa apa yang mereka bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa keterangan-keterangan mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti matahari bagi sesiapa yang meminta untuk mengetahui kebenaran. Adakah wasiat Nabi Muhammad (S), yang merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan keturunannya (as), kepada Pembawa Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri) Keluarga Muhammad (S) tidak mencukupi? Apakah pengetahuan atau kebijaksanaan makrifah tidak mencukupi? Apakah tidak cukup bahawa dia adalah satu-satunya yang mengangkat panji ketuanan Allah di kalangan semua manusia di muka bumi ini? Tidakkah dia adalah satu-satunya tanda yang terang benderang seperti terangnya matahari setelah ulama-ulama sesat mengiktiraf panji ketuanan manusia dan meninggalkan panji ketuanan Allah, yang tidak ada satu pun yang tinggal untuk menaikkan panji ketuanan Allah selain daripada dia pembawa Kebenaran. Peribadi ini mengangkat keseluruhannya dan membuang sebarang keraguan atau syak wasangka buat pencari kebenaran kerana bumi ini tidak pernah kosong dari Kebenaran, dan Kebenaran itu terletak pada ketuanan Allah. 

Adakah kami hari ini tidak membentangkan apa yang telah Al-Hussein (as) bentangkan di Karbala dari yang dilihat dan didedahkan seperti yang ditunjukkan sebagai bukti dalam mengenal pasti pembawa Kebenaran? Apakah tidak cukup berulangnya pengelihatan (rukya) beribu-ribu orang dari negara-negara yang berbeza, pengelihatan (rukya) yang didatangi Anbiyak, Aushiyak, dan didatangi sendiri Muhammad dan keturunannya (as) yang menggesa orang ramai untuk menyokong pembawa Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (as)? Apakah tidak mencukupi berulangnya pengelihatan (rukya) yang dilihat oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat? 

Adakah menggunakan akal, wahai manusia! Apabila kalian menyerahkan kepimpinan ke atas syaitan, seolah-olah apabila mereka memperolok-olok dan memperkecilkan pengelihatan (rukya) dan ayat-ayat, dengan memanggilnya sebagai mimpi karut, maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian kepada fakta bahawa mukasyafah dan pengelihatan (rukya) adalah perkataan dan perkhabaran Allah SWT kepada hamba-hambaNya? 



Ismail as Ditebus Dengan Hussein as...


Salam ke atas Hussein, ahlulbait Hussein, kaum keluarga Hussein dan sahabat-sahabat Hussein. Jika tidak kerana mereka, maka tiada lagi penyeru yang tinggal bagi menyeru kepada Hakimiyyah Allah di bumiNya dan bumi ini tidak pernah kosong walau seketika daripadanya (penyeru yang menyeru kepada Hakimiyyah Allah).

Pada malam kesepuluh pada bulan Muharam, Sayyid Ahmad Al Hassan as telah menyebutkan tentang datuknya yang syahid, dibunuh kehausan dan disembelih, yang tidak pernah luput dari ingatannya walau sehari, lalu berkata:

Pada malam ini, aku memberitahu kamu tentang Imam Hussein as sebagai kebaikan buat kamu:

Lihatlah kepada Hajar ketikamana dia meletakkan anaknya Ismail di bumi, setelah mendapati dirinya tidak mampu lagi menanggung anaknya daripada mati kehausan di kedua belah tangannya. Seterusnya melakukan sa'i di antara Safa dan Marwah.

Adakah perlakuannya ini adalah perlakuan seorang ibu yang tidak keruan dan seolah-olah tidak berakal sebagaimana yang mereka katakan?

Atau adakah perlakuan Hajar ini menjadi sebab terbitnya air di sisi Ismail?

Sekiranya sa'i di antara Safa dan Marwah itu menyebabkan terbitnya air, jadi, mengapa perlakuan sa'i Hajar di antara dua bukit menjadi sebab menerbitkan air dengan qudrat Allah dan sekaligus menyelamatkan anaknya?

Pada hakikatnya, dua bukit ini sepertimana yang telah aku jelaskan sebelum ini (Kitab Al Mutasyabihat, jilid 4, soalan 156) mewakili Fatimah dan Ali alaihimassalam, sa'i di antara keduanya bermaksud tawassul dengan kedua-dua mereka, zuriat kedua-dua mereka atau perolehan daripada kedua-dua mereka.

Sa'i yang dilakukan oleh Hajar menjadi sebab kurniaan Allah ke atasnya, dan Ismail ditebus dengan Hussein as.

Lihatlah, ini adalah tebusan yang pertama: tebusan daripada kehausan. Di mana Ismail as akan mati kehausan, tetapi ditebus dengan Hussein as anak Ali dan Fatimah alaihimassalam, atau Safa dan Marwah yang Hajar lakukan sa'i di antara keduanya dan bertawassul dengan kedua mereka.

Tebusan kedua: tebusan daripada penyembelihan dan kamu sedia maklum tentangnya. Di mana Ismail juga ditebus dengan Hussein as dan Allah menyebutkannya di dalam al-Quran: "Dan Kami tebus anaknya itu dengan satu sembelihan yang Agung." (As Saaffat: 107)

Dia (Ismail as) ditebus daripada kehausan serta penyembelihan, dan disebabkan ini Hussein as mati kehausan dan disembelih.

Tidak ada sesuatu yang sia-sia di dalam agama Allah atau di dalam kehidupan para anbiya alahimussalam sepertimana yang digambarkan oleh orang yang jahil akan hakikat bahawa pada pemikiran mereka Hajar telah bersa'i di antara Safa dan Marwah disebabkan anaknya yang kehausan dan diambang maut, tanpa menjadikan sa'i ini mempunyai apa-apa makna?!!

Oleh itu, barangsiapa yang pergi haji dalam keadaan tidak memahami hakikat-hakikat ini dan apa yang dia perbuat, maka Allah menyifatkan hajinya adalah sepertimana tepukan dan siulan iaitu bersiul-siul (muka'an) dan bertepuk tangan (at tashdiah) sepenuhnya : "Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu." (Al Anfaal: 35)

Sesungguhnya amalan yang kamu lakukannya dalam keadaan kamu tidak memahami maknanya dan tidak mengetahui sesuatu apa pun daripadanya, maka ianya tidak bernilai: "Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]." (Al-Furqan: 44)

Demi Tuhan kamu, apakah beza binatang yang berlari-lari di antara kedua bukit itu dan orang yang tidak memahami sesuatu apa pun yang berlari-lari antara Safa dan Marwah itu?

Perkara ini bukan hanya berlari-lari anak, berlari laju atau bersa'i manusia di antara dua bukit, tetapi wajib memahami apa yang dia lakukan dan kenapa ia dilakukan?

Pemergian ke kaabah, sa'i antara Safa dan Marwah....sehingga ke akhirnya daripada perbuatan-perbuatan haji, kesemuanya adalah berhubungkait dengan Ali, Hussein dan Keluarga Muhammad alaihimussalam.




Soalan 123: Imam Mahdi (as) penebus Al-Hussein (as):


Soalan 123: Mengapa Al-Hussein (as) keluarkan anaknya Abdullah yang masih bayi (as) kepada tentera Yazid (laknahu Allah) untuk meminta air? Pada hal dia (as) tahu mereka akan membunuhnya?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Hussein (as) mengeluarkan bayi perempuannya untuk meminta air, dan dia tahu anaknya itu akan dibunuh.

Dan ketahuilah bahawa pada kebatilan ada pusingan, pada kebenaran ada gilirannya [30], dan untuk melengkapkan pusingan kebatilan maka mestilah tentera syaitan (laknahu Allah) itu akan beserta dalam setiap jurang yang gelap, dan mestilah bagi mereka akan mengosongkan apa yang dalam bekas anak-anak panah mereka, ketika mereka menentang dalam peperangan dengan tentera Allah.

Dan ketahuilah bahawa tindakan Al-Hussein (as) Telah meringankan atas kamu sebanyak-banyak keringanan, yang kamu tidak ada kuasa untuk kamu tanggung dari kezaliman orang-orang yang zalim, untuk mencapai keredhaan Allah Yang Maha Suci, dan akan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir sungai-sungai.

Bahawa Al-Hussein (as) telah menebus darah kamu dengan darahnya sendiri yang mulia dan suci, dan menebus isteri-isterimu dan anak-anak kamu dengan sebaik-baik perempuan seluruh alam dari dahulu hingga ke akhirnya selepas ibunya Fatimah (as), dan dia adalah Zainab (as), dan juga menebus bayi-bayi kamu.

Dan Imam Mahdi (as) dan saya hamba yang fakir lagi miskin, kebanyakan ciptaan Allah, dibebankan ke leher kita dengan keutamaan Al-Hussein (as), dan agama Al-Hussein (as) adalah lebih berat di belakangku, tidak sanggup bagiku memenuhinya melainkan yang dikehendaki Allah padaku.

Dan ketahuilah bahawa Imam Mahdi (as) mengenai apa yang dikatakan Al-Hussein (as): (untuk kamu tangisi sebagai ganti air mata darah) [31], perkataannya pada hakikatnya tidak berlebihan, dan ini kerana Al-Hussein (as) adalah perkara tebusan Imam Mahdi (as) pada darahnya yang mulia dan dirinya yang suci, maka dijadikan dirinya sebagai perkara tebusan untuk Imam Mahdi (as). Beliau adalah penyembelih bagi Allah. Iaitu seperti apabila kamu membina sebuah rumah dan ditebus baginya dengan seekor kibas, dan begitulah juga Allah SWT ketika membina ‘Arasy-Nya dan langit-langit dan bumiNya dengan menjadikan Al-Hussein (as) sebagai tebusanNya.

Dan Perkara Imam Mahdi (as) adalah Perkara Allah dan Penutup peringatan Ilahi, ia adalah Perkara ‘Arasy Allah Yang Maha Suci dan kerajaanNya dan HakmiyahNya di bumiNya, FirnanNya Yang Maha Tinggi

﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾

Dan Kami tebus anak itu dengan satu sembelihan yang Agung. [32] iaitu dengan Al-Hussein (as),

Dan penebusnya adalah Imam Mahdi (as) Maka Salam ke atas penyembelih dengan Salam kebenaran dan keadilan.
.
Dan ketahuilah bahawa Ali Al-Akbar (as) pengorbanan bagi Islam, dan Al-Hussein (as) pengorbanan bagi Allah,

والحمد لله وحده.
dan pujian bagi Allah dan KeesaanNya.



✡✡✡✡✡


--------------------------
[30] – Berkata Amirul Mukminin (as): (pada kebatilan itu ada pusingan), dan berkata (pada kebenaran ada giliran) 3ain Al-Hukm wa Al-Mawa3idz: halaman 403.
[31] – Mikyal Al-Mukarram: Jilid1 halaman 153, Al-Mizar oleh Al-Musyhahadani: halaman 501, dari kata-kata Imam Mahdi (as).
[32] – Al-Shaaffaat 37:107.



Soalan 257:

Soalan Ketiga: Di mana makam Al-Sayidah Zainab (Shalawatu Rabbi 3alaiha), Adakah Al-3aqilah (as) pernah pergi ke Mesir? Adakah sesuatu jasad Imam Hussein (as) Al-Thahir di Mesir?

Jawapan: Mengenai makam Al-Sayidah Zainab binti Ali (as) ia ada di Syam (Syria), dan makam Al-Hussein di Karbala dan tidak ada sesuatu pun daripada jasad Al-Hussein (as) di tempat makam di Mesir itu, tetapi orang-orang yang ziarah makam di Mesir ini mendapat ganjaran dan pahala; kerana menghidupkan urusan Al-Hussein (as).


Ahmad Al-Hassan
                    









Soalan 409:
Antara Al-Hussein atau seumpama Al-Hussein (as)


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Selepas saya berserah diri kepada Allah SWT, dan mengikuti kebenaran serta menjadi penyokong mu, Ya Tuan, Ya Maulai, saya melihat diri saya mendengar Al-Quran Al-Karim dengan cara pendengaran yang berbeza. Sebagai contoh, selepas saya mendengar hari ini dari bacaan Al-Quran Al-Karim Surah Yaa Siin Saya dapati diri saya memikirkan ayat di bawah:

﴿وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ﴾

{Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"} [15]. 

﴿أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ * إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾

{Dan tidakkah yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. * Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.} [16].

Dan saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa Allah SWT, akan mengembalikan semula Al-Hussein (as) pada zaman Imam Al-Mahdi (as), yang akan mendedahkan penindasan, dan pada masa ini orang akan berkata: Bagaimana Imam Al-Hussein (as) wujud padahal dia telah mati? Ini adalah pengetahuan yang saya telah dengar sebelum saya menjadi penyokong tuan, Ya Tuan, Ya Maulai, bahawa Imam al-Mahdi (as) pada zaman kemunculannya akan mendedahkan penindasan ke atas Ahl Al-Bayt (as) dengan beberapa cara, Maka saya, dan saya berlindung dari kalimah keakuan [Al-Ana], atas kebenaran kata-kata ini, atau atas kepalsuan?? Sila menasihati saya, semoga Allah memberi tuan pertolongan.

Pengirim: Um Mushthafa

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

Mempelajari Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan menghadap Allah dan AuliakNya untuk memahami al-Quran dan Kerajaan Langit dan perkara-perkara yang ghaib adalah menjadi seruan (gesaan) Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as).

Maka anda telah mempelajari Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan berpaling kepada Allah dan AuliakNya untuk memahami hakikat-hakikat; walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa setiap pemahaman anda adalah benar, kerana sesungguhnya, diri, keinginan, dunia, dan syaitan boleh menjadikan kamu melakukan kesilapan dalam memahami kebenaran. Oleh itu, makrifah memerlukan keikhlasan kepada Allah Yang Maha Suci, yang memelihara [melindungi] manusia dari didatangi kebatilan kepadanya.

Bagi FirmanNya SWT:

﴿أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ﴾

{Dan tidakkah yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.}

Sesungguhnya, ia juga terpakai kepada Al-Hussein (as), tetapi juga dengan mengambil iktibar FirmanNya SWT,

﴿يَخْلُقَ مِثْلَهُم﴾
{menciptakan yang serupa dengan itu} yang bermaksud, seumpama Al-Hussein (as) dan bukan dia sendiri (as), dan semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Zhul-Hijjah, 1430 Hijrah


✡✡✡✡✡

______________________________
[15] Al-Quran Surah Yaa Siin 36:78.
[16] Al-Quran Surah Yaa Siin 36:81 & 82.




Soalan 27 - Berbagai Jenis Syirik


Apakah makna kata-kata imam hussein (as) di dalam Doa Arafah: Tuhanku keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan sucikanlah aku daripada perasaan syak dan kesyirikanku?

Jawapan:

Syirik itu berbagai jenis, antaranya:

1. Syirik Zahir (yang nyata): ia terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: Syirik yang terang-terangan di dalam akidah seperti menyembah patung dan berhala, serta menyembah ulama sesat yang tidak beramal (dengan ilmunya), mereka adalah berhala-berhala yang mempunyai lidah. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran yang mulia (1), daripada Rasulullah (sawas) dan daripada para Aimmah (ahms) yang mencela orang-orang Yahudi, yang mentaati ulama mereka dalam memaksiati Allah, lantas menyembah mereka dengan perbuatan tersebut (2).

2. Syirik Khafi (tersembunyi): antaranya adalah riya’ dengan segala jenisnya. Ia bukan tawajjuh kepada makhluk semata-mata di dalam menunaikan hajat-hajat mereka, tanpa tawajjuh kepada Allah SWT sebagai Maha Menunaikan hajat (yang memberi kepada orang yang meminta kepadaNya dan juga orang yang tidak meminta kepadaNya sebagai belas kasihan dan rahmat daripadaNya). Tawajjuh kepada makhluk tanpa Allah SWT ini adalah KUFUR kepada Allah. Malangnya inilah situasi yang berleluasa di kalangan umat manusia hari ini. Ia adalah tawajjuh kepada manusia beserta dengan tawajjuh kepada Allah dalam menunaikan hajat-hajat, inilah SYIRIK yang tersembunyi. Firman Allah Taala:

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain. (Yusuf: 106)

Hakikatnya, setiap hamba itu hendaklah bertawajjuh kepada Allah SWT dalam segenap hajatnya dan menganggap hamba-hamba yang menunaikan hajat itu semata-mata wasilah (jalan) serta alat di tangan Allah, yang menggerakkannya sebagaimana yang dikehendakiNya dan kemana jua yang dikehendakiNya untuk menunaikan hajatnya itu. Oleh itu, tawajjuh kepada Allah tidak memudharatkannya untuk bergaul dengan makhluk.

3. Syirik Nafsi (diri): Ia adalah jenis syirik yang paling tersembunyi iaitu keakuan (ana) yang manusia tidak dapat lari daripadanya. Ia adalah kegelapan dan ketiadaan yang tiada cacat celanya (sempurna), di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah SWT. Oleh itu, setiap hamba Allah adalah mempersekutukan Allah berdasarkan makna ini. Imam Hussein (as) memaksudkan syirik daripada makna ini dan perasaan syak yang mengiringinya. Imam Hussein (as) menuntut pembukaan yang nyata (fathul Mubin) dan penghapusan ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya daripada lembaran kewujudannya, di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Pemaksa SWT. Seterusnya, Imam Hussein (as) seolah-olah berkata: (Tuhanku, tiada seorang pun yang layak wujud melainkan Engkau. Kewujudanku adalah satu dosa besar yang tiada jalan untuk mengampunkannya melainkan kebinasaanku (fana’) dan kekekalan (baqa’) Engkau yang Maha Suci).

Inilah syak dan syirik dengan paksaan dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud perbuatan menerima, tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau tidak wujud secara luaran. Terdapat titik hitam di dalam fitrah kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah tempat letaknya hidung syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya kepada anak keturunan Adam (3).

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as)
Kitab al-Mutasyabihat, jilid satu, ms 20-21, soalan 27.
____________________________________________
(1) Firman Allah Taala: (Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah…) At-Tawbah: 31.
(2) Daripada Abu Bashir, daripada Abi Abdillah (as), dia berkata: aku bertanya kepadanya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”? Lalu Imam menjawab: “Demi Allah, mereka tidak mengajak manusia untuk menyembah diri mereka, tetapi menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal buat mereka, lantas (manusia) menyembah mereka secara tidak mereka sedari.” Al Kafi, jilid 1, ms 70, hadis 1 dan begitu juga hadis 3.
(3) Telah bersabda Nabi (sawas): Sesungguhnya syaitan itu melekap di hati anak keturunan Adam, ia memiliki hidung seperti hidung anjing. Ia tertutup apabila seseorang hamba itu mengingati Allah Azza wa Jalla. Buhar al-Anwar, jilid 76, ms 49.
                                                                                      



Soalan 14- Dari Kitab Mutasyabihat
– kata Al-Hussein: Asy-syahid dan Al-Fath


Soalan 14 : Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Al-Hussein as, " Sesiapa yang mengikutku adalah mati syahid, dan sesiapa yang tidak mengikutku tidak sedar akan pembukaan.. ? " [1]

Terdapat tiga perkataan [dalam kata-katanya] untuk diteliti dan ia adalah: mengikutsyahid dan pembukaan. Jika kita sedar makna ketiga-tiga, kita sedar apa yang dimaksudkan oleh Al-Hussein as dari perkataan mulia beliau.

Mengikut (al-lahuq): rapat/sayang kepada sesuatu, atau untuk mencapai dan seiring dengannya, iaitu jika perkara yang diikuti adalah manusia. Pada perkara ini, manusia yang diikuti adalah sama ada Imam petunjuk atau kesesatan, dan sesiapa yang bergerak ke hadapan Imam, atau lewat [mengikut Imam], tidak dikira sebagai seorang pengikut Imam as. Dan barangsiapa yang memelihara seiringan dengan Imam adalah pengikutnya, tetapi ia bergantung kepada ketepatan kadar-jagaannya. Sesiapa yang rajin dalam seiringan dengan Imam as di dalam setiap perkara [2] tidak sama dengan orang yang seiringan dengan Imam secara umum.

Syahid (asy-syahadah): makna biasanya, di kalangan umum, adalah untuk mati di jalan Allah, dan makna asalnya adalah untuk mengisytiharkan kebenaran dengan kata-kata atau tindakan, seperti mengisytiharkan (syahadah) bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan pengisytiharan inilah yang dilakukan oleh seorang syahid yang terbunuh di medan perang untuk meninggikan kalimah Allah. Al-Hussein adalah dari orang-orang yang bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, tetapi dia adalah yang terkenal [daripada orang lain] kerana dia bersaksi dengan darah-Nya bahawatidak ada tuhan melainkan Allah`, dan ini adalah bukti yang paling besar dan jalan yang terbaik. Inilah sebabnya mengapa perkataan syahid telah digunakan untuk orang yang terbunuh di medan perang untuk meninggikan kalimah Allah, seperti Imam-Imam as, para nabi dan Rasul as, Al-Zahra as, Zainab as, Mariam as, Narjis as, Wahab Al-Nasrani, Khalid bin Said bin Al-As Al-Omawy, setiap seorang daripada mereka ke tahap mereka sendiri.

Di dalam kitab Al-Mahasen, Ubban bin Taghleb berkata,

"Jika orang terbunuh di medan pertempuran yang pernah disebut dalam kehadiran Imam Abu Abdullah as, dia akan berkata, ' Celakalah mereka, mengapa mereka berbuat demikian supaya mereka membuat pembunuhan di dunia ini dan pembunuhan akhirat kedua-duanya datang lebih dekat. Aku bersumpah demi Allah, bahawa tidak ada orang yang mati syahid kecuali Syiah kami, walaupun mereka mati di atas katil mereka. '"[3]

Di dalam kitab Al-Ayashi, Al-Minhal Qassab berkata,

"Saya memberitahu Imam Abu Abdullah as mendoakan untuk saya supaya Allah mengurniakan syahid kepada saya, jadi dia as berkata, 'Mukmin akan mati syahid, dan beliau kemudian membaca kata-kata Allah swt, {Mereka adalah orang-orang yang benar dan syuhada'.}. [4 ] "[5]

Dan Al-Baqir as berkata,

"Sesiapa daripada kamu yang tahu urusan menunggu kebaikan ini adalah seperti mana berjihad, aku bersumpah demi Allah bersama Al-Qaim dari keturunan Muhammad as dengan pedang mereka." Beliau kemudian berkata, "Bahkan, aku bersumpah demi Allah, seperti mana berjihad bersama Rasulullah saw di khemahnya. Allah swt telah berfirman tentang kamu,

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ ۖ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

{Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka adalah orang-orang yang benar dan orang yang syahid di sisi Tuhan mereka, mereka beroleh ganjaran dan cahaya mereka. Dan orang-orang kafir dan yang mendustakan ayat-ayat Kami , mereka adalah ahli neraka al-Jahim.}. [6]

Beliau kemudian berkata, "Saya bersumpah demi Allah, anda telah menjadi orang yang mati syahid yang jujur ​​dengan Tuhan kamu. " [7]

Pembukaan (Al-Fath): adalah untuk menghapuskan apa yang menghalang seseorang daripada melalui sesuatu, melihat padanya, atau ke dalamnya, sama ada melalui penglihatan dan pandangan mata, atau dengan pengelihatan dan ia tersingkap dalam hati.

Al- Qummi meriwayatkan bahawa Imam Al -Sadiq as berkata pada firman Allah swt,

{[ نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ] pertolongan dari Allah dan pembukaan yang hampir.}, [8] dia berkata , "yang bermakna di dunia ini, dengan pembukaan Al- Qaim as ..." [9]

Tidak syak lagi bahawa pembukaan Al-Qaim as adalah dengan pembukaan semua negara, dan menegak agama ikhlas padanya, dan meninggikan kalimah "[ لا إله إلا الله، محمد رسول الله، علي ولي الله], Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, Ali adalah wali Allah. "Ia juga adalah pembukaan alam-alam Malakut (‘Awalam al-Malakutiyah), dan disingkap (diperlihatkan) kepada ramai orang yang beriman [ yang ] bersama Al-Qaim as.

Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Al-Hussein as dengan kata-kata, "yang mengikuti beliau," adalah sesiapa yang berjalan di atas jalan (minhaj) Al-Hussein as, dan prinsip Al-Hussein Dan setiap zaman seperti Hussein, jadi sesiapa yang mengikuti Hussein pada zamannya adalah mengikuti Al-Hussein as, dan sesiapa yang tertinggal di belakang Imam zamannya tertinggal di belakang Al-Hussein as . Selain itu, dalam mengikuti Al-Hussein as ada darjat yang tertinggi adalah mematuhi prinsip Al-Hussein as , dan minhaj (jalan) Al-Hussein, dan selebihnya dengan zaman Hussein hidup di dalamnya orang beriman [ Ia disebut ] dalam doa Sya’ban,

"Sesiapa yang mendahulu (beramal tanpa) mereka adalah murtad, dan dan sesiapa yang tertinggal di belakang mereka pasti akan sesat, dan sesiapa yang mematuhi oleh mereka akan selamat." [10]

Dia maksudkan dengan Mati syahid, terbunuh di jalan Allah, sama ada terbunuh badan, atau terbunuh watak (tokoh, sahsiah) yang lebih besar daripada matinya badan. Mereka yang menegakkan kebenaran selalunya mempunyai watak-watak yang dihina dalam masyarakat kerana dikatakan mereka kononnya membawa perkara-perkara palsu, berdusta, dan menuduh mereka, semua yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh para nabi dan Rasul as, sama seperti ulamak sesat dan pengikut mereka berteriak [11] dengan sesuatu yang mereka tidak tahu. Sebaliknya, [ia juga bermakna] setiap orang yang dianiaya itu menyeru (berdakwah) kepada kebenaran, keadilan, kejujuran, dan menegakkan ketentuan-ketentuan Allah swt dan kalimahNya.

Dan sesiapa yang dibunuh di jalan Allah adalah saksi ke atas umat yang telah membunuhnya, atau berpuas hati dengan membunuh dan menghapuskan watak atau badan sucinya.

Dia maksudkan, dengan pembukaan, satu pembukaan dunia (alam-alam) yang lebih tinggi, dan oleh itu, mengetahui kebenaran, dan akhirnya mempunyai pembukaan yang jelas , dan mengenal Allah swt, setiap orang sampai batasnya sendiri.

Jadi, sesiapa yang tidak mengikuti Al-Hussein as, tidak ikut kerja-kerja cara Hussein, atau tidak ikut Hussein zamannya, menjadi mati syahid; yang bererti dia tidak terbunuh di jalan Allah, juga tidak menjadi saksi kebenaran, dan, oleh itu, dia tidak akan menyedari pembukaan tersebut, yang bermaksud dia tidak tahu pembukaan, tidak memahaminya, dan dia tidak mencapai apa-apa daripadanya. Bagaimana mungkin dia tahu cahaya, semasa dia seumpama tikus yang tidak tahu sesuatu selain kegelapan dan lubang kehidupannya?

Dan sesiapa yang mengikut Al-Hussein as adalah benar-benar syahid, dan dia sedar sebahagian pembukaan mengikut pangkat (taraf) kedudukannya, dan berapa banyak dia mengikut Al -Hussein as, bermakna dia sedar pembukaan dengan Al-Qaim as.

Akhir sekali, Al-Hussein as adalah benar, perkataan, pedang, dan prinsip yang kekal selagi langit dan bumi kekal. Dan sesiapa yang menentang kebenaran yang telah diseru Al-Hussein as, dan mengabaikan kata-kata Al-Hussein as, "Adakah penyokong lain yang akan menyokong kita," dan sesiapa yang tidak membawa pedang yang dibawa Al-Hussein as, dan tidak berfikir berasaskan kepada prinsip Al-Hussein as, membiarkan Al-Hussein as jatuh, walaupun dia berpura-pura menangisi Al-Hussein. Al-Hussein memerangi orang-orang yang berpura-pura mencintai Rasulullah, Muhammad saw, dan berpura-pura untuk berjalan di atas jalan baginda saw dan Al-Qaim as akan memerangi orang-orang yang berpura-pura mencintai Al-Hussein, dan menangisi peristiwanya, semoga laknat Allah ke atas orang-orang menindas, dan mereka tidak sedar sesuatu pun tentang pembukaan, kerana mereka tidak mengikut Al-Hussein as pada suatu hari pun.



✡✡✡✡
---------------------------------------
1. Mokhtasar Basair Al-Darajat halaman 6.
2. Ia disebut di dalam Doa, "Ya Allah selawat ke atas Muhammad, dan keluarga Muhammad, Bahtera yang belayar di lautan dalam. Sesiapa yang menaiki bahtera ini akan selamat, dan sesiapa yang meninggalkan mereka akan tenggelam. Sesiapa yang mendahului (beramal tanpa) mereka adalah murtad, dan sesiapa yang tertinggal di belakang mereka pasti akan sesat, dan sesiapa yang mematuhi oleh mereka akan selamat. "Oleh itu, patuhilah mereka as istiqamah dengan mereka, dan jangan menentang jalan atau cara mereka, kerana meneruskan (melaksana) tanpa mereka bermakna menjadi murtad, dan meninggalkan mereka bermakna sesat dan binasa. hampir setiap masa, sungguh sesiapa yang mempunyai kedudukan di hari kiamat di mana dia menjadi saksi seluruh umat atau kumpulan adalah syahid: 
3. Al- Mahasen oleh Al- Barqi Jilid. 1 hal. 164.
4. Al Quran 57:19.
5. Bihar Al-Anwar Jilid. 2 4 hal. 38, diriwayatkan daripada Al- Tubrusy yang menyampaikan dari Al- Ayashi.
6. Al Hadiid 57:19.
7. Bihar Al -Anwar Vol. 24page 39.
8. Ash Shaff 61:13
9. Tafsir Al- Qommi Vol. 2page 366.
10. Misbah Al- Mujtahid halaman 45. 2
11. Seperti teriakan keras gagak .