Khamis, 7 Februari 2019

Kedua belas / Al-Ana wa Nahnu – 9 - 16




Kedua belas / Al-Ana wa Nahnu – 9 - 16


9. Lebah, Pengorbanan Dan Penebusan:

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[......... Dan pada lebah terdapat tanda penebusan dan pengorbanan diri apabila musuh menyerang Kerajaan lebah  Maka jika lebah-lebah menyerang musuh untuk mempertahankan Kerajaan dan Ratu serta seluruh warga lebah. setiap ekor lebah yang menyengat musuh


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...86

pasti kehilangan hidupnya; namun lebah keluar tanpa teragak-agak untuk mengorbankan diri mereka sendiri. Dan dalam hal ini adalah tanda dan pengajaran dalam menjauhi Al-Ana.

Di dalam jawapan yang ringkas ini saya cuba menerangkan kepada anda cara yang mudah, untuk anda sendiri mengesan keadaan lebah dan kerajaannya; untuk menemukan sejauh mana persamaannya dengan ahli-ahli agama, persamaan dari segi kejujuran dan kesesatan dan pembohongan, maka kenalilah darinya kerana Allah berbicara kepada manusia melalui segala sesuatu, melalui batu, pokok dan haiwan. [1]

10. Alam Duniawi Yang Serba Gelap, Dan Ujian Pertama (Alam Al-Zhar):

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Kita adalah anak-anak Adam, Allah telah menurunkan kita ke alam duniawi yang serba gelap ini untuk Ujian Yang Kedua. Kita dihijab (dilindungi) oleh jasad dan kita lupa apa yang telah terjadi dari Ujian Yang Pertama dalam Alam Al-Zhar, yang sebelumnya kita pernah berada di sana. Dalam Alam Al-Zhar ditentukan hal setiap orang daripada kita. Maka kecelakaan demi kecelakaan dari kerana ia gagal melihat ke atas dirinya lalu ia tidak melihat melainkan Al-Ana. Pemenang pertandingan, (Al-Rasul Muhammad selawat Allah atas baginda dan keluarga baginda) daripada yang gagal melihat kepada TuhanNya dan baginda tidak mempedulikan kepada dirinya sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita. [2]


11. Roh Kudus:

Soalan: Al-Salamu 3alaikum. Saudara yang mulia: berdoa kepada Allah Yang Maha Esa-lagi Maha Tunggal yang tiada sekutu  bagiNya yang memimpin saya ke jalan yang benar.

Kitab Suci kita memberitahu kita bahawa yang mengalir adalah Roh Kudus yang masih lagi bersama kita membantu kita untuk memahami kalimah Allah, dan membantu kita untuk mengekal Amanah Allah, walaupun semua penganiayaan terhadap agama Kristian, Yahudi dan Islam, dimana sebahagian yang mengikutnya tidak mahu mengenal kebenaran Allah. Allah-lah yang memberikan kehidupan pada manusia, yang merupakan satu-satunya


------------------------
1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 2 Soalan 62
2 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 2 Soalan 93


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...87


yang mempunyai hak untuk menariknya semula, dan kita terdedah kepada pembunuhan pengikut tiga agama ini.

Soalan kami ialah apabila mereka percaya kepada Allah Yang Memelihara Keamanan, maka mengapa ada peperangan ini? Dan penyebaran agama mereka dengan nabi-nabi mereka dengan pedang peperangan bertentangan dengan Al-Masih, yang diutus Allah ke muka bumi untuk keamanan, dan pendakwah Kristian Hari ini jauh dari keamanan di masa lalu dan masa kini? Saya harap surat-menyurat dapat berterusan.

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                           
Ya, Roh Kudus mengalir dan ia sebaik-baik yang mengalir, tetapi bagi orang-orang yang meminta kepada Allah dengan ikhlas ​​dan bebas dari Al-Ana, bagi mengenal kebenaran (yang hak) dari Al-Haq SWT. Saya hamba yang serba kurang lagi jahil. Saya sentiasa mahu mengatakan dari kehendak Al-Haq, maka saya mohon kepada Allah dan untuk mengenal dari Allah.] [1]


12 Gurun Gersang, Yang Bersangatan Kegelapannya:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

[....... Ya, ini adalah masa kembalinya kehidupan kepada ayat-ayat Allah SWT dan kata-kataNya yang dikuburkan hidup-hidup oleh orang-orang zalim, dan mereka meninggalkannya dan isi kandungannya jauh di padang pasir gersang, dan tangan-tangan mereka menyebarkan hasutan dan hati-hati mereka digelapkan Allah, bagi semua manusia yang membawanya keluar dan menghumbankannya lalu membinasakan budaya; dan keturunan, dan telah mengurangkan air hikmat dan kesucian, Dan manusia sampai pada kegelapan mereka sehingga mereka memutuskan untuk memotong hubungan dengan langit kebenaran (Al-Haq) sebagai memenuhi kehendak besar nafsu mereka, dan Allah Yang Maha Suci ingin memberi rahmat terhadap hamba-Nya yang tertindas yang mengenal Tuhan mereka yang ghaib. Lalu mereka berperang melawan Al-Ana yang angkuh di tengah-tengah mereka, berperang dengan perang tanpa henti, sehingga dia menemui Al-Haq Yang Maha Suci. Adalah bahawa hamba-hamba ini lemah dalam menggunakan kuasa untuk menentang zaman yang semakin teruk, fitnah dan godaan, ujian dan kesengsaraan yang semakin banyak kepada mereka, dan ketiadaan penguasa (wali) mereka


------------------------
1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 2 Soalan 113


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...88

yang menjadi punca kekuatan dan perpaduan mereka, dan mengalahkan orang-orang yang menzalimi ke atas mereka, Tangan Al-Rahmah menyemarakkan nyalaan api ghaib bagi menyinari gurun gersang, yang bersangatan kegelapannya, Dan melampaunya ketidakadilan oleh orang-orang zalim terhadap mereka, sehingga mereka berpaling kepada Allah Yang Maha Suci untuk keselamatan dan bimbingan. .......] [1]


13 Kita Mesti Malu Dengan Apa Yang Kita Ada:

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[......... Manusia boleh menyingkirkan Al-Ana (Aku) apabila mereka tidak melihat dirinya dan tidak melihat selain Tuhannya yang mendahului segala suatu, pada segala suatu dan melepasi segala suatu. Dan sentiasa berwaspada kepada syaitan dan kejahatan yang mempengaruhi dalaman kita, supaya kita melakukan dengan segala daya upaya kita untuk membunuhnya kerana yang menjadi musuh kita adalah diri kita yang ada di sisi kita. Diri jenis ini yang berdiri dengan keangkuhan dan malu untuk memperakui bahawa kewujudannya di hadapan kewujudan Allah SWT, mungkin pergerakan manusia ke arah ini dengan mengawasi dan menentang musuhnya tetapi musuh ketatnya adalah dirinya sendiri untuk sampai kepada Allah dari makrifah yang dikehendaki Allah pada manusia.

Tetapi jika anda mahukan kebenaran seluruhnya, maka kebenarannya, aku katakan kepadamu bahawa kita perlu malu dengan apa yang kita ada, apa yang kita mahu lagi?? Kita mahukan akhirat, kita mahukan syurga, kita mahukan kekal dan kekal abadi dan kesempurnaan dan ...dan ...... .., tetapi siapakah dari kalangan kita yang malu dengan Kemuliaan Allah, dan apabila melihat kepada kewujudannya tidak mahu dan tidak redha menjadikan kewujudannya itu di hadapan Allah SWT, maka janganlah memilih untuk tinggal dan kekal abadi begitu juga di akhirat dan syurga, tetapi carilah (mintalah) tenggelamnya malu (fana') dari Allah??] [2]


14. Senjata Ilmu dan Hikmah:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:


------------------------
1- Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3 Muqaddimah Kitab
2- Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3 Soalan 232
         

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...89

[.........Untuk Jalan Kedua: dalam mengenal Khalifah Allah di bumi-Nya adalah merupakan senjata para nabi dan Aushiak iaitu Ilmu dan Hikmah (pengetahuan dan kebijaksanaan), dan ini dikenal dari ucapan mereka, dan penyelesaian mereka atas berbagai masalah, dan urusan Kejadian hari kiamat.

Dan ia mestilah orang yang membebaskan diri mereka daripada keinginan dan Al-Ana untuk menunjukkan Ilmu dan Hikmah mereka (as), yang dengannya menjadi hujjah Allah SWT ke atas malaikat:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

{Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu mamang betul orang-orang yang benar!"} [Al-Baqarah 2:31]

Ia adalah dalil yang terbaik atas khalifah Allah di bumi-Nya. . .....] [1]



15. Jadilah Allah dalam penciptaan (imej dan wajah Al-Lahut) dan bunuh dirimu akan kenal Tuhanmu:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

Dan manusia berusaha untuk mengenal dirinya itu melalui setiap pergerakan untuk mengenal oleh suatu martabat Tuhan dan kemudian berakhlak dengan akhlak Tuhan Yang Maha Suci dan menzahirkan dengan sifat-sifatNya sehingga Al-Insan - yang ikhlas terpisah daripada Al-Ana – kepada menjadi Allah dalam penciptaan, iaitu Shurah Al-Lahut dan wajah Al-Lahut (Imej Ketuhanan dan Wajah Ketuhanan), dan pada peringkat dan maqam ini akan jadilah Manusia itu mengenal dirinya, dan mengenal tentang dirinya adalah mengenal Tuhannya; kerana dia adalah wajah Allah, dan Tuhan kenal dengan yang berwajah dengan wajahNya, setiap orang pergi kepada Allah dengan ikhlas menjadi wajah Allah pada suatu martabat, mengikut usaha dan keikhlasannya, iaitu ia menjadi wajah Allah, mengikut kesesuaian dengan bawaan sifat-sifatnya seperti apa dan bagaimana samanya berbanding sifat-sifat Allah dan seterusnya menjadi Wajah Allah dalam penciptaan bukan pada martabat Keesaan (Wahidah-Tunggal),

Muhammad (S) wajah Allah,
Ali (as) wajah Allah,
Fatimah (as) wajah Allah,
Al-Hassan wajah Allah,
Al-Hussein wajah Allah,
para Imam (as) wajah Allah,
Mahdi-mahdi adalah wajah Allah,
Nabi-nabi dan para rasul (as) adalah wajah Allah, dan
Salman Al-Farsi adalah wajah Allah

tetapi mereka semua mengikut (martabat) masing-masing. Wajah Tuhan yang hakiki dalam penciptaan adalah Muhammad (S) dan dengan itu akan mengenal Tuhannya Yang Maha Suci adalah yang sempurna dalam penciptaan, kerana dari ibarat mengenal dirinya, dan tidak ada satu pun dari Penciptaan yang lebih mengenal dirinya - baginda (S), yang mencerminkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan) dengan Shurah yang sempurna dalam penciptaan dan dia adalah sempurna dalam penciptaan.


------------------------
1- Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3 Soalan 270
         

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...90


................ Jika anda mahu saya meringkaskanya untuk anda minhaj (pendekatan - cara-cara) ini dalam satu kalimah, Saya katakan kepada anda:
 (اقتل نفسك تعرف ربك)
(bunuhlah diri kamu (nescaya) akan mengenal Tuhan mu),

Jiwa (diri) kemanusiaan adalah cahaya dan kegelapan, dan sejauh mana mengawal cahaya dan mengalahkan kegelapan di dalam diri insan bagi mengenal Tuhannya, dan kalau saya namakan untuk anda dengan panggilannya adalah Al-Nur (Cahaya): HUWA (DIA), dan Al-Dzulumah (kegelapan): AL-ANA (AKU), Maka apabila anda berkata (Aku) melawan (Dia); anda akan dapati bahawa kegelapan itu telah diperluaskan pada diri anda dan beralih dari makrifah dan lebih mendekati kepada kejahilan dan buta, dan setiap kali anda berkata (Dia) melawan (Aku) anda akan dapati bahawa cahaya yang telah mengawal halaman kewujudan anda sehingga Insan mengenal kewujudannya yang berdosa, kerana apa yang membuatkannya wujud dan berbeza adalah dicemari oleh kegelapan yang sumbernya – berasal dari - Aku (Ana) dan meminta untuk wujud dan kekal melawan Dia (Huwa) Yang Maha Suci, dan inilah yang dikatakan Ali (as): (Tuhanku telah berlaku pada diri ku untuk memandangnya, maka celakalah dia jika Engkau tidak mengampunkannya.) [1].

16. Al-Ana dan Jin:

Soalan: Al-Salamu 3a;aikum.

Adakah kucing hitam dati kalangan  jin, bagaimana untuk menghindarinya?

Adakah dibenarkan untuk menghadirkan jin Mukmin?

Adakah jampi kemenyan dapat menarik kalangan jin?

Bolehkah Jinn mencederakan, menangkap, merosakkan dan membunuh manusia?

Bolehkah jin berbentuk dan datang jaga dalam bentuk sejenis binatang?

Apakah cara terbaik berlindung dari jin?

Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as)
:
بسم الله الرحمن الرحيم
.
[..............Dan menghadirkan jin yang boleh dan dibenarkan jika ia adalah untuk tujuan utama dan sah syar’ei, tetapi anda perlu tahu bahawa jin sebahagian besar daripada mereka berdusta, dan mereka dalam jumlah yang besar

------------------------
1- Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4 Soalan 323
         

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...91


ada di mana-mana, dan boleh menipu dari kehadiran mereka secara bersahaja, di samping itu mereka dengan mudah boleh menyakiti Siapa yang menghadirkan mereka; Kerana dia biasanya dijangkiti bermula pada Al-Ana. Ia sangat lemah di hadapan mereka.sangat lemah di hadapan mereka...........] [1].


------------------------
1- Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 6 Soalan 593


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: