Selasa, 19 Februari 2019

Soalan 247: Tasbih Al-Zahraa’ (as) dan Lemak dalam makanan


Soalan 247: Tasbih Al-Zahraa’ (as) dan Lemak dalam makanan
بسم الله الرحمن الرحيم،

A - Soalan saya mengenai Tasbih Al-Zahraa’ (as)
1 - Adakah wajib selepas semua sholat atau adakah ia mustahab?
2 - Bagaimana kaifiat bertasbih?
3 - Jika dia keliru semasa bertasbih apa yang harus dilakukan?
4 - Apa yang lebih afdhal bertasbih dengannya - sebagai contoh - turbah Hussein (as) dan Al-Bai Zahr dan lain-lain?
5 - Adakah diwajibkan menggunakan benang biru seperti yang diriwayatkan dari Fatimah (as)?
6 - Cara menggunakannya untuk meminta keperluan, adakah ada masa tertentu?

B- Apakah hukum bahan makanan keju asing yang ditinkan (dibungkus), terutama keju kraft, dan apakah hukum Lemak yang digunakan di dalamnya?


Salam sejahtera kepada saodara, terima kasih atas jawapan saodara.

Pengirim: ALSAFFAR52

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Tasbih Al-Zahraa’ (as), mustahab dan kaifiat bertasbih adalah dengan menyebut:
(Allahu Akbar 34 kali, kemudian Al-Hamdu Lillah33 kali, dan kemudian Subhana Allah33 kali), dan jika keliru jumlah yang disebut ambil yang paling kurang dan cukupkan bilangannya, dan turbah Al-Husseini lebih afdhal untuk mengamalkan tasbih dan bertasbih dengannya, dan tidak ada masalah dalam warna benang. Dan bertasbih dengan Tasbih Al-Zahraa’ sebelum tidur dan ketika keluar dari qadha hajat (buang air), Insya Allah.

Lemak tidak bermasalah dalam penggunaannya untuk membuat keju, sama ada ia adalah dari haiwan yang suci dalam bemtuk yang sah atau tidak.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ahmad Al-Hassan


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: