Ahad, 10 Februari 2019

Tiga belas / Bunuh Al-Ana:


Tiga belas / Bunuh Al-Ana:

Pengenalan:

Setelah menyelesaikan apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) dan mengenalpasti  penyakitnya, dia (as) memberi rawatan yang sesuai untuk melawan dan membunuh Al-Ana yang berada di halaman dan khayalan pihak kita, dan yang bersembunyi di dalam diri kita.

Jalan kita untuk berjihad, pada jihad yang lebih besar, Memerangi nafsu dan keinginan serta nafsu yang selalu menyuruh kepada kejahatan. Imam Ahmad Al-Hassan (as) tidak jemu dan tidak mengabaikan dari mendidik ansarnya (ansar bapanya) dengan menggambarkan kepada kita, petunjuk dan arah kecenderungan yang jelas di mana tempat-tempat Al-Ana ditentukan, untuk berhadapan dengannya (bukan menolong mereka) untuk membunuhnya.

Mengenal musuh kita, musuh yang telah berubah dari kekasih tercinta menjadi musuh yang mesti dihindari, Imam Ahmad Al-Hassan (as) dapat menunjukkan kepada kita sifat yang kita fikir bagaikan kekasih (iaitu Al-Ana), jadi kenalilah musuh kita, dan pelajarilah kelemahannya, Untuk beralih dari kuasa gergasinya kepada kuasa kerdil yang mudah dikawal.


Bahagian dalamnya manusia, menyahut penyeru khusus terutamanya jika penyeru ini mempunyai keupayaan dan kemahiran khusus dalam melukis lukisan yang sesuai dengan peraturan palsu pada kebanyakan diri - jika mereka tidak kukuh dan mudah diseret dan dipimpin oleh seruan itu (iaitu keinginan). Kita selalu mengangkat slogan Al-Ana ke atas niat kita, dan menyahut keinginan diri dan nafsu, Dia menyerahkannya di mana dia berada. Oleh itu kita sangka terlebih dahulu bahawa kita sedang maju, tetapi kemajuan ini berada di bawah pengurusan (dan bukan pilihan), maka kita menyerah urusan kita kepada keinginan diri sendiri, Tidaklah patut untuk kita untuk mematuhi kehendak dunia, dan kehendak Al-Ana...

1. Menyembelih Isteri Saya:

Soalan: Kepada tuan dan Maula Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), kepada Yamani Aali Muhammad. Selawat Allah ke atas baginda dan ke atas keluarga baginda dan limpahan salam. Semoga roh-roh kami menjadi tebusan tuan, roh saya, keluarga saya dan semua anak-anak saya.

Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...99

Ya Tuan, Ya Maula, saya bermimpi (rukya) bahawa Allah telah memerintahkan saya menyembelih isteri saya. Lalu saya mendapatkan isteri saya semasa dia berada di rumah saya dan berkata kepadanya, “Bahawa Allah menyuruhku untuk menyembelih mu,” dan pisau ada di tangan saya. Apabila isteri saya mendengar apa yang saya katakan kepadanya degan serta-merta dia menyerahkan dan menghulurkan kepalanya dan meletakkan lehernya kepada saya dan berkata: sembelih saya. Tetapi saya tidak dapat menyembelihnya. Saya masih memegang pisau di tangan saya dan menangis sambil berkata: “Saya tidak sanggup menyembelih kamu.”

Ya Tuan, Ya Maula, apakah tafsiran rukya (mimpi) ini?

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):

[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
                     
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
                                           
Tafsiran rukya (mimpi) ini adalah mengarahkan kepada anda untuk memerintah isteri anda supaya sentiasa mengikuti kebenaran, dan beribadah dan taat kepada Allah dan mengikhlaskannya kerana Allah dan melaksanakan apa yang dia boleh amalkan dari yang Mustahab (sunat); seperti bersolat malam. Penyembelihan bermakna pembunuhan "Al-Ana (Al-Ana)" dan keinginan nafsu dan cintakan dunia dalam dirinya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam atas kamu, rahmat Allah dan barkahNya.] [1]


2. Bagaimana Mengatasi Al-Ana

Soalan:....................

2 Bagaimana untuk mengatasi Al-Ana? Adakah tetap bersholat dengan ayat Kursiy dan ayat-ayat akhir surah Al-Hasyar boleh memberi menafaat? Adakah penutup-penutup yang berguna? Saya berharap tuan akan menunjukkan kepada saya cara yang paling singkat dan berharap tuan doakan saya dan mereka yang mengharapkannya dari saudara-saudara untuk menjayakannya.

-----------------------
1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 5 Soalan 501

Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...100

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Jawapan S 2: Menunaikan ibadah dan berdoa adalah cara memerangi Al-Ana, tetapi bukan berjuang memerangi Al-Ana hanya dengan beribadah dan berdoa, bahkan dari keikhlasan kepadaNya, dan mesti mendahulukan kehendak Allah dari kehendak manusia sehingga berakhir kehendak manusia dan tidak tinggal pada manusia, melainkan kehendak Allah dan beramal dengannya.

3. Melawan Al-Ana Di Alam Jasmani Dan Alam Rohani:

Soalan: Bagaimanakah kita melawan Al-Ana itu?

Jawapan: Imam Ahmad Al Hassan (as):

[Melawan Al-Ana itu mempunyai dua sisi: yang pertama; di alam jasmani ini, dan Kedua; di malakut dan alam rohani. Oleh itu, manusia terdiri daripada badan dan ruh (atau jiwa dan dia pembicara yang tertanam di syurga-syurga pada martabat ruh paling rendah).

·       Adapun berjuang melawan Al-Ana di alam jasmani ini, maka ia hendaklah dilakukan dengan dihiasi akhlak mulia dan yang paling penting adalah kemurahan hati, Allah SWT berfirman:

﴿وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ﴾

{..dan mereka mengutamakan [orang-orang lain], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka dalam kesusahan.} [Al-Hasyar 59:9],
dan kewajipan bagi orang-orang yang beriman itu adalah untuk membelanjakan di jalan Allah ke atas orang-orang fakir miskin dan ke atas golongan yang berjihad, serta mengadakan peruntukan yang diperlukan bagi mereka untuk melawan musuh Allah, dan sebaik-baik kemurahan hati adalah atas mereka yang kekurangan (mukmin) atau yang kurang (harta benda) di tangannya, {..dan mereka mengutamakan [orang-orang lain], atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka dalam kesusahan]}.

Dalam cara yang sama (kewajipan) ke atas mukmin untuk benci mengambil kesempatan ke atas mukmin yang lain atau (menubuhkan) pusat kepimpinan (untuk mengambil kesempatan), Hadis ini telah diriwayatkan dari Rasulullah (S) yang bermaksud: ("Barangsiapa yang mengambil kesempatan ke atas kelompok yang beriman itu dan dia sedar bahawa terdapat di dalamnya orang yang lebih baik dari dirinya, maka Allah akan terbalikkan dia ke hidungnya di dalam api neraka"). Ini sudah mencukupi dan saya tinggalkan kepada orang-orang beriman (ansar) untuk menyelidiki dan menjelaskan perkara ini.

-----------------------
1 - Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet - Jawapan oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4 Soalan 328

Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...101


·       Adapun untuk melawan Al-Ana di alam rohani maka ia perlu dilakukan dengan merenung dan berfikir, Rasulullah (S) berkata kepada Ali (as) yang bermaksud: ("Wahai Ali, berfikir sejam adalah lebih baik daripada beribadah selama seribu tahun").

Wahai saudaraku yang beriman, marilah bersamaku agar kita dapat merenungkan keadaan kita yang amat memalukan di hadapan Allah SWT, jadikanlah kami salah seorang dari kalangan mereka (yang sedar siapa diri mereka), anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 313, anugerahkanlah anda sebagai salah seorang daripada 12 pemimpin mereka, dan mereka adalah yang terbaik dari semua orang di bumi, Amirul Mukminin (as) berkata tentang mereka yang bermaksud: ("Demi bapa dan ibuku, bilangan mereka sedikit, nama-nama mereka amat dikenali di langit dan tidak dikenali di bumi..."). Mereka (as) berkata tentang mereka ini: ("Bumi menjadi bangga apabila mereka berjalan di atasnya"). Imam Al-Shadiq (as) menangisi buat mereka ini lebih daripada 1000 tahun yang lalu dan berdoa buat mereka, serta berkata yang bermaksud: ("Wahai Tuhan, jika Engkau mahu disembah di muka bumiMu, maka janganlah Engkau benarkan musuhMu menguasai mereka"). Sehinggakan Imam Al-Shadiq (as) berkata yang membawa maksud: ("Mereka tidak akan menjadi seperti ini jika tidak kerana ternyara bahawa mereka telah diciptakan dari cahaya yang diciptakan Muhammad (S) dan diciptakan daripada tanah lumpur yang Muhammad (S) telah diciptakan")

Jadi renungkanlah kedudukan mereka berbanding dengan seluruh manusia dan dengan keseluruhan Syiah Ahlulbait (as). Syiah diciptakan dari cahaya mereka (as) dan dari lumpur terbaik mereka (as). Manakala kesemua Syiah yang ikhlas, yang merupakan sahabat Al-Qaim (as) adalah diciptakan dari cahaya yang telah dicipta Muhammad (S) dan dari lumpur yang telah diciptakan Muhammad (S). Dengan keutamaan yang hebat dan kedudukan yang tinggi ini beserta dengan hakikat bahawa mereka adalah dari orang-orang yang rapat (muqarrabin) dan Auliya Allah yang tidak mempunyai rasa takut dan tidak bersedih hati. Walaubagaimanapun, marilah bersama-samaku ke persembahan Hari kiamat untuk kita melihat keadaan mereka atau sebaliknya keadaan makhluk keseluruhannya kecuali Muhammad (S). Apabila berlakunya Kiamat, tiada siapa akan berani berkata-kata di hadapan Allah Allah sehinggalah Muhammad (S) sujud, sehinggalah memberi pujian kepada Allah, sehinggalah Muhammad berkata-kata dan memberi syafaat buat makhluk Allah dan hamba-hamba-Nya. Mengapa tiada siapa yang akan sujud, memberi pujian serta bercakap dalam keadaan itu melainkan selepas Muhammad (S) sujud, memberi pujian dan bercakap?

Apakah kekurangan seluruh makhluk (keseluruhan) berbanding Muhammad (S)? Atau adakah wujud kezaliman di lapangan Allah SWT, Maha Tinggi dan Maha Besar Allah daripada demikian itu?


Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...102

Saudaraku yang dikasihi:

Amirul Mukminin Ali (as) penciptaan (makhluk) terbaik selepas Muhammad (S) berkata: ("Tuhanku, aku telah berlaku zalim kepada jiwaku kerana aku terlalu memandangnya, sudah tentu aku akan dibinasakan jika Engkau tidak mengampunkannya")

Dan jika anda merenungkan kenyataan saya sebelum ini, maka anda akan memahami bahawa Amirul Mukminin (as) maksudkan setiap apa yang diperkatakan dengan perkataannya, maka bagaimanakah pula keadaannya kepada kita?

Kebenaran inilah yang saya katakan buat anda: Bahawa manusia walaubagaimana tinggi kedudukan dan pangkatnya ketika berhadapan dengan Allah SWT, maka hendaklah dia menggigit jarinya merasa rugi dan kesal atas kurang rasa malunya kepada Allah SWT, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Penyabar, Yang Maha Mulia, dan mengulangi kata-kata ini:

"Betapa besarnya kerugianku daripada apa yang telah aku abaikan di sisi Allah sehingga datangnya hari Kiamat, dan segala pujian hanyalah bagi Allah."


--------------------------------------
1-   Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3  - Soalan No. 107

✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: