Isnin, 18 Februari 2019

Soalan 245: Doakan saya Soalan 246: Dakwahlah kepada saya


Soalan 245: Doakan saya
Soalan 246:  Dakwahlah kepada saya

Soalan 245:

Terjemahan soalan (Dr B Inggeris):

Al-Salamu 3alaikum, tolonglah, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, tolong, saya beharap, saya inginkan Ahmad Al-Hassan agar berdoa untuk saya supaya menjadi seorang ansar yang baik, dan lebih banyak menangisi Imam Hussein dan memasuki syurga bersama ramai orang-orang Muslim di Syurga.

Pengirim: Ali Mohamed - Sweden


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Saya bermohon kepada Allah agar membantu saudara kepada apa yang diredhaiiNya SWT dan Dialah melindungi orang-orang yang soleh dan menjadikan saudara ansar Tuhan dari raja-raja Syurga.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ahmad Al-Hassan

✡✡✡✡✡


Soalan 246: Saya telah melihat dalil dakwah dan saya belum membuat keputusan. Bolehkah saya meminta Al-Syed Yamani sendiri menyeru saya kepada Allah SWT, untuk membimbing saya kepada kebenaran dan menyembuhkan saya dari semua penyakit? Saya harap Al-Syed sendiri menjawabnya dan terima kasih banyak-banyak.

Pengirim: Sajad – Jerman

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Saya bermohon kepada Allah agar membantu saudara melihat kebenaran yang sebenar, dan memberi kejayaan kepada saudara mengikutiNya dan menolongNya, dan menunjukkan kepada saudara yang batil itu batil, dan agar diselamatkan dan dielakkanNya.

Ahmad Al-Hassan
        
✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: