Kedua belas / Al-Ana wa Nahnu – 17 - 25
17 Senjata kegelapan, kejahilan, dan
Iblis:
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[2 – Diri
Ia adalah asas wabak penyakit dan rumah
penyakit, oleh karena itu, jika tidaklah terdapat di dalamnya lubang
(celahan/kelemahan) yang sesuai keinginan hawa nafsu dunia ini, dan jika
tidaklah terdapat di dalamnya penyakit hati iaitu keakuan (Al-Ana), maka
Syaitan tidak akan mempunyai jalan atas manusia [untuk merayunya], oleh itu,
melalui kesihatannya anak Adam akan sihat, dan dengan penyakitnya dia sakit dan
melaluinya dia mati.
Dan Syaitan (laknahu Allah), sama ada
menggunakan apa yang ada di dalamnya, iaitu Al-Ana untuk menusuknya, maka
senjata syaitan datang dari dirinya dan tikaman berlaku di dalamnya. Atau
Syaitan (laknahu Allah) akan menggunakan apa yang ada di dunia ini untuk
menusuk Diri di lubang (celahan- kelemahan)-nya.
Sekarang kita tahu senjata syaitan dan
susunannya dari apa yang digunakan pada diri dan persekitarannya. Dan dengannya
kita mengetahui pengertian Jihad diri adalah jihad Al-Akbar (besar). Oleh
kerana pertahanan (benteng) Diri dalam peperangan ini akan menolong
mengalahkan syaitan, dan menghancurkan senjatanya.
Bagi menerangkan dengan lebih terperinci
lagi mengenai senjata-senjata dari Kegelapan, Al-Jahil dan Syaitan, saya
akan serahkan saja kepada permata dari permata Aali Muhammad (as), yang
menerangkan tentera Jahil dan tentera Akal (Al-3aqal), untuk dikurniakan kepada
orang mukmin dengan tentera 3aqal selepas meninggalkan tentera Jahil sehingga
3aqalnya menjadi sempurna, dan dilindungi (dibentengi) oleh Allah dari senjata-senjata
syaitan.
------------------------------------
2- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as): hal 13 – 2 Diri
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...92
18. Jihad Al-Akbar (Besar).
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[Jihad Besar (Al-Akbar) Mendahului Jihad
Kecil (Al-Ashghar)
Tujuan yang paling penting dalam berjihad
adalah mengeluarkan manusia dari memperhambakan diri kepada Bumi ini, dan
mengabdi kepada Al-Ana, [dan kembali] kepada memperhambakan diri kepada Allah,
Yang Esa, Yang Maha Memaksa, dan mengiktiraf Ketuanan (Hakimiyah)-Nya SWT, pada
kedua-dua tahap, Perundangan dan pelaksanaan sekaligus, pada Khalifah Allah di
bumi-Nya. Dan pertempuran Jihad yang pertama mengambil tempat di dalam ruang
lingkup undang-undang Ilahiyah ini (Khalifah Allah di bumi-Nya), dan ia adalah
undang-undang yang pertama, yang melibatkan penerimaan ketaatan [Khalifah
Allah] atau tidak daripadanya, Yang Maha Kuasa berfirman:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
{Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".}
[Al-Baqarah 2:30]
dan hasilnya;
﴿فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ
أَجْمَعُونَ * إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾
{Lalu
seluruh malaikat-malaikat itu bersujud semuanya, - kecuali iblis; dia
menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. } [Surah
Shaad 38:73 & 74]
Para Malaikat menang dalam
peperangan ini, sementara tang rugi adalah Iblis (la3nahu Allah), dan
Jihad ini adalah dari jenis yang pertama, dan ia adalah Jihad
Diri sebagaimana Rasulullah menyebutnya sebagai "Jihad
Al-Akbar". Dan ia mesti dimulakan oleh para Mujahid (orang yang berjihad)
dengan Jihad Al-Akbar (besar) lebih dahulu dan kemudian bergerak
kepada Jihad Al-Asghar (kecil), bahkan Jihad kecil adalah salah satu bahagian
yang penting dalam jihad Al-Akbar.] [1]
19. Senjata
Ilmu Dan Hikmah
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
Untuk Jalan Kedua: dalam mengetahui
(mengenal) Khalifah Allah di bumi-Nya adalah merupakan senjata para nabi dan
Aushiaknya. Iaitu Ilmu dan Hikmah (pengetahuan
dan kebijaksanaan), dan ini dikenal dari ucapan mereka, dan penyelesaian mereka
atas berbagai masalah, dan urusan Kejadian hari kiamat.
------------------------------------
2- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as): hal 13 – 2 Diri
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...93
Dan ia mestilah orang yang membebaskan diri
mereka daripada keinginan dan Al-Ana untuk menunjukkan kebijaksanaan dan
pengetahuan mereka (as), yang dengannya menjadi hujjah Allah SWT ke
atas malaikat:
وَعَلَّمَ آدَمَ
الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي
بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
{Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang betul orang-orang yang
benar!"} [Al-Baqarah 2:31]
Ia adalah dalil yang terbaik atas khalifah
Allah di bumi-Nya. [1]
20. Pakaian
Yusuf (as):
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[.........Kemuliaan pakaian ini tidak lain adalah
ia menyentuh hati Yusuf, ini adalah pakaian itu, dalam semua tanda-tanda itu adalah
pakaian ini menjadi saksi keadilan yang menyaaksikan kesucian hati dan
kemurnian Yusuf, pakaian ini bercakap tetapi dengan perbuatan bukan dengan kata-kata,
Dan apa yang paling diperlukan bagi seseorang untuk belajar daripada pakaian Yusuf
(as) adalah kejujuran dan amanah dan mengatakan yang benar dan berikan semua
orang akan haknya, dan belajar untuk meninggalkan hasad dan Al-Ana serta akhlaq
yang tercela. .......] [1]
21. Puasa dari Al-Ana
Soalan: Apakah maksud Hadis Qudsi {الصوم لي وأنا اجزي به :
"Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku
adalah ganjaran untuknya"}. Al Kafi, jilid 4, ms 63, hadis 6.
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
:
]Bacaan (Aku memberi ganjaran untuk itu - أجزي به - Ajzi bihi) adalah salah kerana Allah SWT memberi ganjaran ke atas semua ibadat hambaNya. Tidak dikhususkan hanya untuk puasa sepertimana bacaan salah yang diketengahkan.
Bacaan yang betul ialah: { أجزى به- Ujza bihi} bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah dan menukar kepada Alif Maqshurah. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam (as) dan lebih dari itu:
إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيًّ۬ا
]Bacaan (Aku memberi ganjaran untuk itu - أجزي به - Ajzi bihi) adalah salah kerana Allah SWT memberi ganjaran ke atas semua ibadat hambaNya. Tidak dikhususkan hanya untuk puasa sepertimana bacaan salah yang diketengahkan.
Bacaan yang betul ialah: { أجزى به- Ujza bihi} bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah dan menukar kepada Alif Maqshurah. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam (as) dan lebih dari itu:
إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيًّ۬ا
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa
kerana (Allah) Al-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun
dari kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26)
------------------------------------
1- Jihad Pintu Syurga - oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as): hal 45
Mengenal Khalifah Allah
2- Idha'aat Min Da3awatu Al-Mursalin - oleh
Imam Ahmad Al-Hasan (as): J 3 Bahagian II hal 121
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...94
Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah (SWT). Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Al-Ana (Keakuan). Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba. Dia adalah hamba pada masa lalu, sekarang dan di masa hadapannya. Jika hamba ini menahan diri dari Al-Ana dan dengan ikhlas meminta untuk menyingkirkan lembaran kegelapan dan ketiadaan tersebut, lalu Allah SWT memperkenankan doanya. Maka tiada apa lagi yang kekal melainkan Allah yang Satu lagi Maha Pemaksa (Al Qahar) serta disinari bumi dengan cahaya Tuhannya, didatangkan dengan Al Kitab dan dikatakan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.] [1]
22 Hijab Kegelapan, Yang Berasal
Dari Kegelapan, Ketiadaan Dan Kebendaan:
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Hijab kegelapan adalah tentera
kejahilan, yang telah disebut oleh Imam Al-Shadiq (as) dan akhlaq yang tercela
dan "Al-Ana" yang diimplan dalam sifat manusia. Jadi semakin meningkat
"Al-Ana" bagi seorang manusia, semakin meningkatlah hijab ini.
Dan semakin berkurang "Al-Ana" bagi seorang manusia, semakin
berkuranglah hijab ini. Jadi hijab ini berasal dari kegelapan,
ketiadaan, dan kebendaan. Dan ia tidak lain selain dari cara-cara untuk
menguasai setiap yang baik.
Bagi hijab cahaya, ia adalah kalimah Allah
SWT dan limpahan yang turun dari Allah AWJ kepada makhluk-Nya, dan ia mempunyai
keadaan pada setiap darjat kedudukan dan bagi setiap orang yang berjuang di
jalan Allah SWT. Jadi bagi makhluk yang terbaik, Muhammad (S), hijab cahayanya
adalah Al-Quran, atau hijab berayun, seperti dalam riwayat dari Al-Shadiq (as),
di mana beliau berkata,
Jibrail meminta kepada baginda untuk
berhenti di suatu tempat sambil berkata, "Tunggu di sana wahai Muhammad
(bermaksud ini adalah pangkat kamu, Jibrail tidak dapat mencapai kedudukan
nabi, maka dia berkata kepada baginda untuk meninggikan kedudukan baginda (S),
kamu telah berdiri di tempat di mana tiada malaikat atau nabi yang pernah
berdiri sebelum kamu. Adalah Tuhan mu memberi rahmat."
Baginda bertanya, "Ya Jibrail,
bagaimana Dia memberi rahmat?"
[Jibrail] berkata, "Dia berkata,
Kegemilangan, Kesucian, Aku Tuhan para malaikat dan Roh. Rahmat
Ku melebihi
--------------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 1 - Soalan No. 13
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...95
kemarahan Ku." Lalu baginda [Nabi (S)]
kemudian berkata, "Ya Tuhan, aku mohon keampunan-Mu, aku memohon
keampunan-Mu." Dia (as) berkataL sepertimana firman Allah:
﴿قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ﴾
"dia dekat sekadar dua hujung
busaran panah, atau lebih dekat lagi.)"- [Surah An-Najm 53:9].
(Abu Basir kemudian) bertanya: apakah
panjang dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi)?"
Jadi dia (as) berkata, "Ia adalah
jarak antara lengkungan dan kepala busur."
Beliau (as) kemudian berkata, "Dan di
antara mereka ada tabir (hijab) yang bersinar dan berayun." Dan aku tidak
mengetahuinya sehingga dia (as) berkata, "Ia adalah zamrud. Dia melihat ke
dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Kebesaran sehalus mata jarum. Lalu
Allah berfirman... "
Hijab zamrud hijau yang berayun ini adalah
petunjuk hijab kegelapan dan hijab cahaya, dan terangkatnya hijab kegelapan
dengan pembukaan yang seperti mata jarum, dan terangkatnya hijab cahaya oleh
ayunan yang berlaku pada hijab. Oleh itu, hijab yang gelap adalah kecacatan
yang ditinggalkan oleh tentera kejahilan dan "Al-Ana", dan hijab
cahaya yang menyelubungi manusia akan menghapuskannya apabila dia memperoleh
tentera akal dan akhlak yang mulia. Beginilah bagaimana manusia itu dalam
perjalanan menuju kesempurnaan, dia berusaha untuk mencapai dan mengangkat
"Al-Ana" dari halaman kewujudan dan untuk memperoleh semua tentera
akal, dan ini adalah pembukaan yang nyata.
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا﴾
(Sesungguhnya Kamilah Yang membuka untuk
kamu dengan pembukaan yang nyata). – [Surah Al-Fath 48:1].
.........................
Jawapan kepada Soalan: Hijab kegelapan
dan cahaya diangkat oleh Allah menuju ke arahNya SWT dan mendapatkan
keredhaan-Nya. Dan hijab kegelapan khususnya diangkat dengan meninggalkan
tentera kejahilan dan akhlak yang tercela, dan dengan beralih dari "Al-Ana"
dan meninggalkannya. Dan hijab cahaya diangkat dengan ilmu dan
makrifat, memperoleh tentera akal dan akhlak yang terpuji, dan memanjat tangga
kenaikan kepada kedudukan darjat suci dalam [tahap] penghuni langit tertinggi.]
[1]
23. Waswas Di Dalam Hati Atau Melihat
Kekejian Dalam Jaga Atau Tidur:
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[...............
﴿ُثُمَّ
يُحْكِمُ اللّهُ آيَاتِهِ َواللّهُ َعلِيمٌ حَكِيْمٌ﴾
dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Allah menjadikan ayat-ayat-Nya jelas dengan
melontar ketenangan. ketenteraman, kesopanan dan keyakinan ke dalam hati
orang-orang yang beriman. selepas dilemparkan ke dalam hati mereka ilmu yang
benar daripada-Nya SWT bukan apa
------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 1 - Soalan No. 28. Perjalanan Musa Kepada
Pertemuan Dua Laut oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 67
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...96
yang dilemparkan Syaitan ke dalam hati
sebahagian daripada mereka, tetapi apa yang didakwah oleh Rasul. Dan lontaran
syaitan adalah bisikan ke dalam hati, atau oleh penglihatan yang berniat jahat
semasa sedar atau dalam tidur. Dan dia melemparkan kepada
penyokong-penyokongnya yang diri mereka dikuasainya supaya cintakan "Al-Ana",
penampilan. kepimpinan, jawatan tertinggi yang palsu dan mengikut keinginan
(hawa nafsu).
﴿هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ * تَنَزَّلُ
عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ * يُلْقُونَ
السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ﴾
{Apakah akan Aku
beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? * Mereka turun
kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, * (mereka) melontarkan
pendengaran itu, dan kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta. } [Al-Syu'araa
26: 221-223].
24. Kerakusan Al-Ana Dan Hawa Nafsu Akan
Membawa Mereka Ke Neraka, Merekalah Bahan Bakarnya:
Soalan: Maulana tercinta Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (semoga Allah melindunginya):
Saya salah seorang Ansar telah diminta oleh
seorang Muslim tentang maksud ayat :
﴿إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ
اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ﴾
Sesungguhnya kamu
dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk
ke dalamnya. [2],
kalau orang-orang Kristian dan Al-Maseh
menyembah Isa bin Mariam (as), adakah ini bermakna bahawa Isa (as) dimasukkan
ke dalam neraka, dia dan ibunya Al-3uzharaa’ (Mariam yang dara) (as), atau
adakah penjelasan (tafsir) lain?!
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan
sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi
﴿إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا
أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ إِنْ
يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنْفُسُ وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مِنْ
رَبِّهِمُ الْهُدَى﴾
Itu tidak lain
hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak
menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah
mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan
sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. [Al-Najm
53:23.].
Sesungguhnya hakikat perhambaan mereka yang
menyembah Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu diri sendiri, seperti maksud ayat:
Bahawa mereka mengumpulkan kayu api (bahan bakar) neraka, maka sesungguhnya
kerakusan Al-Ana (Keakuan) dan hawa nafsu akan membawa mereka ke neraka
(jahanam), merekalah bahan bakarnya,
-----------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 2 - Soalan No. 42.
2. Al-Anbia 21:98.
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...96
dan merekalah yang menjulangkan api neraka
mereka dan sebagai bahan bakarnya. Seperti mana ditunjukkan di sepanjang
perjalanan manusia memerangi agama demi agama, iaitu mereka yang memerangi
agama adalah ulamak yang tidak beramal, pengikut dan orang yang bertaklid
dengan mereka – iaitu orang-orang yang menyembah mereka - memerangi Anbiak, Aushiak
dan orang-orang yang beriman dengan mereka, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ
أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾
Mereka menjadikan
orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka tuhan-tuhan selain Allah. [Al-Taubah
9:31],
Iaitu yang mengikuti ulamak mereka yang
memerangi Anbiak dan Aushiak (as), sampai ke peringkat di mana pengikut
menyembah ulamak yang tidak beramal selain Allah........] [1].
25. Pergerakan Sholat:
[Solat Dan Tauhid
Solat adalah mikraj bagi orang mukmin dan
ia mewakili bentuk jalan makrifat. Langkah-langkah makrifat,
pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan jalan makrifat. Oleh
itu, gerakan-gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku' dan
seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan
penyingkiran daripada Al-Ana (sifat keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang
menghadapkan wajahnya, pada ruku' yang mewakili kerendahan dan penyingkiran
daripada Al-Ana pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang mewakili
kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat yang
lebih tinggi. Saya tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah
seiringan dengan pertambahan makrifat,. sebagaimana makrifat bertambah
dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.] [1]
------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 4 - Soalan No. 168.
2. Kitab Al-Tauhid: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) bahagian Solat
dan Tauhid.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan