Wasiat Nabi Muhammad Di Malam Kewafatan
Baginda
Versi pendek wasiat Rasulullah SAWA:
Daripada Abi Abdillah a.s, daripada
bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata:
Rasulullah SAWA telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai
Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA
mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda;
Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan
selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari
duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada
sabda, dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari
keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu
akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia
serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama
seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya
adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. Bihar Al Anwar jilid 53
ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.
Versi penuh wasiat Rasulullah SAWA beserta
dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang meriwayatkannya:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin
Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada
Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa
saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar
bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin,
daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum
kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan
dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah
ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: Wahai Ali sesungguhnya
akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi,
engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut,
Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq
Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan
memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas
Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas
isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku
besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia
takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau
adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka
hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al
Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan
kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila
maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang
terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam.Maka itulah dua belas imam,
dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab
yang pertama(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya
tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah)
dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama
beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
1.
Rujukan Hadis
Wasiat:
2.
Sheikh Al
Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150
beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt
a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan
riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya
adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan
tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan
bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara
tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa
terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam
kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali
a.s
3.
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
4.
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
5.
Sheikh Hassan
bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
6.
Al Allamah Al
Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara
ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap
“Apablia maut menghampirinya”)
7.
Sheikh
Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no.
59.
8.
Sayyid Hashem
Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
9.
Sayyid Hashem
Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
10.
Al Faydh Al
Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
11.
Sheikh Mirza
Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
12.
Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
13.
Sheikh Al
Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
14.
Sheikh Al
Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Teks Arab:
أخبرنا جماعة عن أبى عبد
الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن
الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن
أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن
أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله
صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر
صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع
فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي
اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق
الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي
أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها
فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي
فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين
ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته
الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى
الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا
حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه
محمد المستحفظ من
آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك
اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا
حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه اول
المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث
المهدى وهو اول المؤمنين
***
Telah muncul Ahmad yang disebutkan di
dalam wasiat Rasulullah sebagai Mahdi yang pertama iaitu pelaksana wasiat Imam
Al Mahdi a.s dewasa ini dan mengajak semua umat manusia untuk memberi taatsetia
(baiah) kepada Allah SWT.
Sekiranya kita merujuk kepada rentetan
peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan Rasulullah SAWA, dan secara khususnya
pada hari khamis terakhir yang lebih dikenali dengan “Tragedi Hari Khamis”.
Maka kita akan dapati bahawa umat Islam keseluruhannya bersepakat bahawa
Rasulullah SAWA hendak meninggalkan wasiat, dan baginda bersabda bawakan kepada
aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu catatkan apa yang tidak akan
membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun sekumpulan sahabat membantah dan
terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan Rasulullah SAWA murka dan seterusnya
bersabda “pergilah kamu dari sisiku”. Terdapat puluhan hadis menyebutkan
tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam kitab-kitab Ahlussunnah wa Al Jamaah
berbanding kitab-kitab Syiah dan kitab-kitab sejarah lainya. Dibawakan di sini
riwayat yang diambil dari kitab Sahih Bukhari dan Muslim:
ابن عباس رضي الله عنهما
يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما
يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب
لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له
أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah
kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir
seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia
menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW
bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian
agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka
berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka
berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau
tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku
lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
عن ابن عباس قال لما حضر
رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى
الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى
الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل
البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا
لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول
الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال
عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله
عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah
beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan
menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat
setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah
untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat.
Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari
kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika
keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas
selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan
antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk
mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim
no 1637]
·
Jelas bahawa
umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah SAWA:
·
Ingin
meninggalkan wasiat
·
Menggambarkan
bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
·
Ada kelompok
yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah SAWA.
·
Terbukti
bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:
·
Adakah wasiat
tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks
menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?
·
Atau ianya
telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita?
·
Dengan
kesepakatan seluruh umat Islam bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam
khamis dan Rasulullah SAWA wafat di waktu Zuhur pada hari isnin. Sekiranya
seseorang yang bertaqwa dan di sisinya tulisan yang dapat menjamin umat
daripada kesesatan, manakala di sisi yang lain pula terdapat seseorang yang
berpewatakan seperti Umar misalnya yang cuba menghalangnya daripada
meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa tiga hari buatnya untuk
mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan perbuatan tersebut? Sudah
tentu tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu orang-orang yang
bertaqwa? Bagaimana mungkin kita menuduhnya tidak menuliskan wasiatnya?
·
Setelah kita bersetuju bahawa wasiat
tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai kepada kita. Ini disebabkan
sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah SAWA tidak mengucapkan
sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya adalah tulisan yang
menjamin dari kesesatan.
Kesimpulannya adalah seperti berikut:
1.
Wasiat itu
tertulis
2.
Sebagai
jaminan dari kesesatan
3.
Ianya telah
disampaikan kepada kita melalui kitab-kitab. Sekiranya kita menyemak
kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab, kita akan dapati bahawa hanya ada satu
wasiat Rasulullah SAWA ketika menghampiri maut iaitu wasiat yang disebutkan di
dalamnya khalifah-khalifah selepas daripadanya seramai dua belas orang Imam dan
dua belas orang Mahdi, seperti tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di
muka surat 150.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan