Mahdi Sudah Berada di Tengah Kita
Setelah usai perbicaraan dari sudut teori
dan konsep seiring mengetahui pendapat yang muktamad dalam mengenal antara
penuntut sebenar dan penuntut palsu berdasarkan tatacara Ilahi ini, yang Allah
jamin keterpeliharaannya daripada jatuh ke tangan-tangan para penyeleweng. Oleh
itu, kita wajib melihat tatacara ini sebagai pembuktian yang wujud semenjak
zaman diserukan umat manusia supaya mengambil firmanNya SWT sebagai syiar
mereka:
{Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu
dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang
terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat daripada jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.}[1]
Kini telah tiba seorang tokoh yang menuntut
kedudukan tersebut bernama Ahmad Al Hassan. Beliau a.s berkata:
“Khusus buat muslimin ahlus sunnah,
ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w telah menggesa mereka agar mendukung Mahdi.
Baginda menamakannya sebagai Mahdi sang khalifah Allah sebagaimana yang
disebutkan oleh hadis-hadis sahih dalam kitab-kitab ahlus sunnah. Saya telah
datang kepada mereka dan nama saya menyerupai nama Rasulullah s.a.w iaitu
Ahmad, sementara nama bapa saya menyerupai nama bapa Rasulullah s.a.w iaitu
Ismail sebagaimana yang dinaskan dalam riwayat-riwayat. Rasulullah s.a.w
sendiri bersabda: “Aku adalah putera dua sembelihan iaitu Abdullah dan Ismail.”
Saya telah datang kepada kalian dengan membawakan nas penamaanyang
disifatkan ianya sebagai terpelihara dari kesesatan bagi orang yang berpegang
teguh dengannya. Saya datang dengan ilmu dan juga panji baiah
milik Allah.
Oleh itu, bertakwalah kalian kepada
Allah, wahai umat Muhammad s.a.w! Patuhlah pada kebenaran serta ikutilah Mahdi
sang khalifah Allah, yang Rasulullah s.a.w telah serukan kepada kalian supaya
mendukungnya walau terpaksa merangkak di atas salji…”[2]
Telah tiba Mahdi Sang Khalifah
Allah bernama Ahmad Al-Hasan a.s dengan tiga fasal dalam
Tatacara Mengenal Hujat Allah:
Nas: ianya
telah disebutkan terdahulu bahawa namanya adalah Ahmad. Namanya mirip
[Yuwāṭiʿ] nama Nabi s.a.w, sementara nama bapanya adalah Ismailiaitu
nama bapa Nabi s.a.w kerana beliau adalah anak dua sembelihan, iaitu Abdullah
dan Ismail bin Ibrahim a.s.
Ilmu: beliau
telah menjelaskan perkara-perkara besar [ʿadhāim al-`Umūr] yang belum pernah
ada penjelasannya sebelum ini. Beliau telah menerbitkan banyak buku dalam
pelbagai bidang ilmu seperti:
memuhkamkan perkara-perkara
mutasyābihāt [kesamaran]
tafsir Quran
kisah-kisah dan keadaan-keadaan
yang menuntut keterangan dari para khalifah Allah
Pegangan-pegangan akidah sebenar
Makrifat-makrifat ketuhanan
Penjelasan tentang apa yang
disebutkan di dalam kitab-kitab Ilahi iaitu Taurat, Injil dan Quran
Jawapan terhadap orang-orang ateis
menurut kaedah ilmu sains moden yang menjadi sandaran mereka
dan lain-lain lagi yang tidak mampu
kami senaraikan kesemuanya di sini.
Pemerintahan Allah (Hākīmīyah Allah): Mahdi sang khalifah Allah, Ahmad Al-Hasan a.s berkata:
“Seruanku adalah sama seperti seruan Nuh a.s,
seruan Ibrahim a.s, seruan Musa a.s, Seruan Isa a.s dan seruan Muhammad s.a.w.
Bagi
menyebarluaskan tauhid di setiap pelusuk bumi ini. Tujuan para anbia dan
wasi-wasi adalah tujuanku. Aku memperjelaskan tentang Taurat, Injil dan Quran,
serta segala perkara yang kalian perselisihkan di dalamnya. Aku menjelaskan
penyelewengan pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani, serta ulama Muslimin sehingga
menyebabkan mereka terkeluar daripada syariat Ilahi dan pencabulan mereka
terhadap wasiat para anbia a.s.
Kehendakku adalah
kehendak Allah SWT dan juga keinginanNya, supaya penduduk bumi tidak
menginginkan sesuatu kecuali apa yang diinginkan oleh Allah SWT. Untuk
memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ianya telah
dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan sebelumnya. Untuk mengenyangkan
orang-orang yang kelaparan dan tiada lagi orang miskin yang tidak mempunyai
tempat tinggal. Untuk menggembirakan anak-anak yatim setelah kesedihan
mereka yang panjang, serta para janda akan mendapati keperluan hidup dipenuhi
dengan kemuliaan dan kehormatan dan banyak lagi. Perkara terpenting adalah
melaksanakan apa yang terkandung di dalam syariat iaitu keadilan, kerahmatan
dan kejujuran.”[3]
[1] Quran 16: 125
[2] Kitab Wasiat suci sebuah tulisan yang
terpelihara dari kesesatan oleh Sayed Ahmad Al-Hasan a.s, halaman 25.
[3] Kitab Al-Jawāb al-Munīr, jilid 1, soalan no. 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan