Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah
dakwahnya secara ringkas
Para pengikut Imam Ahmad Al-Hassan (as)
Para pengikut Imam Ahmad Hassan (as)
tersebar di seluruh dunia di dalam banyak negara seperti: Iraq, Iran, Pakistan,
Kuwait, Qatar, Bahrain, UAE, Mesir, Maghribi, Najd dan Hijaz (Semenanjung Arab),
Lebanon, China, Australia, Kanada, England, Sweden, Amerika Syarikat, dan
negara-negara lain
Selain kaum Syiah pengikutnya dari kalangan
Sunni, Kristian dan Yahudi yang beriman dengan seruan (dakwah) ini
Sebahagian besar mereka yang beriman sama
ada kerana mereka bertemu dengan ansar yang berada di luar negara dan mereka
menerangkan dakwah tersebut atau mereka telah melihat di laman Internet dan
kebanyakan dari mereka melihat penglihatan-penglihatan dalam mimpi (rukya) di
dalam tidur dan mereka mengimaninya, atau sebahagian daripada mereka memiliki
bukti dari yang tak terlihat.
Contohnya adalah surat daripada seorang
lelaki Kristian dari Mesir yang beriman kepada seruan (dakwah) ini dan
menghantar surat kepada saudara-saudara ansar melalui Internet.
Nama: Emanuel Raphael
Negara: Mesir
Isi surat tersebut adalah seperti berikut:
Kepada delegasi penyelamat, pada saya ada
surat untuk anda ditulis 322 tahun yang lalu dari Uskup Sarkhees Mekha
pembaptis yang disimpan dan dimaterai walaupun saya tidak tahu bagaimana untuk
menyelesaikan misteri ini, tetapi nama Yang Mulia jelas di atasnya. Sila
hantarkan kepada saya alamat yang sesuai.
Dengan rasa hormat saya,
Emanuel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan