Sabtu, 16 Februari 2019

Kata-kata Imam Ahmad (as) dalam khutbah Haji tentang Bai’ah dari manusia kepadanya


Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah dakwahnya secara ringkas

Kata-kata Imam Ahmad (as) dalam khutbah Haji tentang Bai’ah dari manusia kepadanya


Aku tidak pernah meminta sesiapa pun memberi taatsetia (Bai’ah) kepadaku di peringkat permulaan tersebut. Malah apa yang berlaku semasa era Taghut penzalim Saddam ada sekumpulan penuntut Hauzah Ilmiyah Najaf telah memutuskan untuk memberikan bai’ah (taat setia) kepadaku sebagai utusan Imam Mahdi (as) selepas mereka melihat melalui (rukya) mimpi, kasyaf dan mukjizat. Setelah itu mereka mula mengajak penuntut-penuntut lain di Hauzah Ilmiyah Najaf untuk berbai’ah kepadaku. Allah Maha Mengetahui begitu juga mereka mengetahui sedemikian. Itu adalah Bai’ah Yang Pertama.

Setelah itu ramai dari mereka mengundurkan diri melainkan sebilangan kecil yang masih setia dengan perjanjian Allah Yang Maha Suci. Mereka yang berundur ini mula mencanangkan bahawa apa yang mereka lihat melalui (rukya) mimpi dan kasyaf adalah daripada Jin, dan mukjizat sebagai amalan sihir. Mereka biasa menggelarkan aku sebagai Al-Shadiq Al-Amin (yang benar lagi jujur) sebelum mereka mula menggelar aku sebagai ahli sihir dan pendusta. Aku pulang semula ke rumahku dan duduk di rumahku malam dan siang menikmati keakraban hubungan dengan kekasihku Allah Yang Maha Suci, redha dengan Qadha dan QadarNya, serta sabar lagi yakin bahawa Allah tidak pernah mensia-siakan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan. 

Dengan izin Allah setelah kejatuhan rejim penindas Saddam, sebilangan kecil yang masih setia dengan perjanjian Allah memutuskan untuk mengajak orang ramai tanpa mendapat arahan dan keizinan daripadaku untuk berbuat demikian, malah aku tidak pernah bertemu dangan mereka ketika itu. Mereka datang kembali memberi taat setia (bai’ah) kepadaku dan memaksaku keluar dari kediamanku. Maka ini adalah Baiah Yang Kedua. Setelah itu dakwah tersebar luas dan berkembang menyebabkan bertambahnya bilangan mereka yang beriman.    

Setelah berlakunya murtad Haider Al-Mushattat dan kelompoknya, tiada yang kekal dengan perjanjian Allah melainkan sedikit yang masih setia. Maka, aku kembali semula ke kediamanku sekali lagi sambil menikmati keakraban hubungan dengan kekasihku Allah Yang Maha Suci dan bersabar dengan ujian mulia yang diberikanNYA. Aku tidak pernah mengajak sesiapapun untuk memberikan taat setia (baiah) kepadaku, tetapi dengan kehendak Allah SWT telah datang sekumpulan mereka yang telah disucikan Allah dengan kesetian (walak) kepada Ahli Keluarga Muhammad (Aali Muhammad) untuk memperbaharui semula taatsetia (baiah) mereka, yang mana Allah telah memilih mereka sebelum diciptakan dunia ini lagi bagi membantu Qaim dari Ahli Keluarga Muhammad. Ini adalah Baiah Yang Ketiga setelah dua kali terpukul dengan teruk dikepalaku.      

Segala puji dipanjatkan kepada Allah yang menjadikan aku serupa dengan Zhul Qarnain dan juga serupa dengan Amirul Mukminin Ali (as). Segala puji juga kepada Allah yang tidak menjadikan aku meminta-minta kepimpinan (Imamah) sebaliknya kepimpinan mencariku. Segala puji juga kepada Allah yang tidak menghinakanku dengan mengejar dunia, sebaliknya menjadikan dunia yang mengejarku.

Demi Allah, aku tidak meminta sebarang kerajaan dan kekuasaan, pangkat kedudukan, menduduki jawatan atau ketaatan dan kepatuhan manusia kepadaku dan arahanku, melainkan dengan perintah Allah SWT dan perintah Imam Mahdi (as)..


Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: