Sabtu, 16 Februari 2019

Sebahagian Perincian Dalam Dakwah Mahdawiyah


Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah dakwahnya secara ringkas

Sebahagian Perincian Dalam Dakwah Mahdawiyah


Pada hakikatnya adalah sukar untuk menyebut semuanya secara terperinci. Dakwah Mahdawiyah secara umum dan Imam Ahmad Hassan (as) terutama dan orang-orang beriman menghadapi banyak peristiwa dalam tempoh-tempoh ini. Tetapi berikut ini hanya sebahagian titik pernyataan perkara diperjelaskan:

Awal Dakwah ini diumumkan pada tahun 2002. Setelah itu rejim Saddam Hussein mula menghambat Imam Ahmad Al-Hassan (as). Beliau terpaksa menghilang dari panfangan mata mereka dalam masa beberapa bulan. Dalam tempoh itu, tiada seorang pun mereka yang beriman menziarahi beliau (as) selain Syeikh Nadzim (semoga Allah melindunginya). Dia telah mengalami banyak penderitaan sehingga ia dapar bertemu dengan Imam Ahmad Hassan (as) dengan cara yang tepat pada masanya.

Selepas kejatuhan rejim Baath pada tahun 2003 tempoh Dakwah Mahdawiyah mula berjalan semula di Najaf, Basrah, Amarah, Nasiriyah Baghdad, Karbala dan daerah-daerah lain di Iraq. Kemudian Syeikh Nadzim ‘Uqaili datang dengan Hussein Al-Jubburi (Abu Sajjad) kepada Imam Ahmad Hassan (as), dan mereka pergi bersama-sama ke Najaf Al-Ashraf dengan cara yang tepat pada masanya.

Syukur kepada Allah, terdapat salah seorang daripada Ansar, Syeikh Habib Al-Mukhtar (semoga Allah melindunginya), bapa Syeikh Hazim Al-Mukhtar, mempunyai sebuah rumah di kejiranan al-Nassir di Najaf dan dia mempunyai " براني – rumah luar" atau Dewan diasingkan dari rumahnya lalu dijadikan pusat untuk kerja-kerja dakwah di waktu itu. Imam Ahmad Al-Hassan (as) mengambil tempat ini sebagai pejabat dakwah untuk bertemu dengan semua orang, ansar, pelajar Al-Hawzah dan lain-lain. Beliau (as) dalam tempoh ini tinggal di rumah bersebelahan masjid kecil terletak di pejabat (atau rumah luar) tersebut sehingga waktu mutakhir bertemu orang ramai dan mukminin seperti beliau dia menziarahi masjid-masjid dan bersholat di sana dan mendirikan sholat Jumaat dan bertemu orang-orang mukmin dan menjawab soalan di masjid-masjid itu.

Selepas itu, Imam Ahmad Al-Hassan (as) mula dikekang oleh fatwa jenayah dan tidak bertanggungjawab dari beberapa pihak agensi agama, serta beberapa pergerakan berpengaruh di Iraq pada masa itu. Beliau (as) pada tahun 2006 terpaksa memberi tugas yang berat kepada beberapa orang ansar, termasuk Syeikh ’Aidan Abu Hussein untuk mencari tempat yang selamat untuk tinggal, dan mendapati tanah pertanian di pinggir Najaf dan membelinya pada masa itu dan membina sebuah rumah untuk tinggal bersama keluarganya. Dan beliau berpindah untuk tinggal di sini. pada akhir tahun 2006 semua ansar dan orang ramai di mana dia (as) tidak dapat hadir di pejabat
atau rumah luar tersebut untuk bertemu ansar dan masyarakat umum. Beliau tidak dapat mendirikan sholat Jumaat di masjid-masjid seperti dahulu. Oleh itu bermula pada akhir tahun 2006, fasa baru dalam dakwah tanpa pertemuan ymum dengan semua orang mukmin bersemuka dan bercakap dengan mereka secara langsung seperti dahulu. Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah terhad untuk menghantar berita dan bimbingan melalui orang mukmin yang dipercayai (semoga Allah melindungi mereka) yang mengetahui tempat kediamannya dan berhubungan dan melawatnya pada waktu itu, termasuk Al-Syed ‘Alaa Al-Mayali dan Hussein Al-Juburi (Abu Sajjad), dan adiknya Muhammad (semoga Allah melindunginya) dan Syeikh Haidar Ziadi, dan Syeikh Mohammed Al-Harisyawiy dan orang yang beriman yang boleh dipercayai lain pada masa itu, Sebagai tambahan kepada hubungannya dengan pusat pengajian dan ibu pejabat Mahdawiyah yang berada di Najaf pada masa itu dan diarahkan kepada mereka meneruskannya.

Imam Ahmad Hassan (as) terus tinggal di rumah ini sehingga terpaksa untuk pergi pada awal tahun 2007, di mana serangan ke atas rumah tersebut oleh pasukan tentera yang besar hanya beberapa jam selepas beliau meninggalkan rumah tersebut dengan isteri dan anak-anaknya. Sudah tentu, serangan ini tidak mempunyai keadilan undang-undang atau logik, tetapi hanya perlakuan kumpulan yang berpengaruh dalam masa yang singkat. Malangnya, mereka menahan seorang jiran Imam Ahmad Hassan (as) dan diseksa dengan cara yang mengerikan manakala jirannya itu tidak tahu menahu langsung, beliau (as) berjiranan, tetapi tidak mengenali antar satu sama lain. Oleh itu, kedudukannya (as) terus tidak selamat dan tidak sesuai untuk berkomunikasi dengan orang-orang mukmin dan masyarakat umum, terutamanya selepas peristiwa Muharram pada tahun 2008 yang terkenal, Keadaan ini terus terhad kepada komunikasi melalui beberapa cara selamat dan melalui laman web berdakwah di Internet dan pusat pegajian dan ibu pejabat akan dibuka setiap kali peluang wujud. Ini berterusan sejak akhir 2006 hingga akhir tahun 2012 dan selepas tamat enam tahun dan seperti iradah Allah SWT dan Allah telah melapangkan dan mengurniakan kepadanya dan menyelamatkan Imam Ahmad Al- Hassan (as), mengurniakan kepada seebahagian orang mukmin dan usaha mereka yang diberkat,i mereka dapat bergerak ke tempat yang lebih selamat.

Maka bermulalah fasa baru seruan dakwah, dan dapat membuka halaman di laman sosial Facebook, (link) baru yang boleh menghubungkan di kalangan manusia dalam "Lelaman sosial" bercakap melalui laman ini dengan orang awam dan orang-orang mukmin. Oleh itu, beliau (as) kembali di kalangan orang ramai untuk mendengarnya dan membaca apa yang mereka tulis dan berbincang dan berkata-kata dengan mereka melalui laman rangkaian sosial yang diberkati, Wal-Hamdu Lillahi Rabi Al-3alamin. Dan juga dengan kehadiran pada peringkat ini Imam Ahmad Hassan (p) dap berhubung melalui bilik-bilik sembang suara untuk dakwah yang diberkati (Paltalk) dan melalui saluran satelit dunia dan juga sebagai penyelamat dunia ada Radio Universal Juruselamat dan Detroit. Wal-Hamdu Lillahi Rabi Al-3alamin..


Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: