Sabtu, 16 Februari 2019

Sirah (Riwayat hidup Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as)

Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah dakwahnya secara ringkas


Sirah (Riwayat hidup Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as)


بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا


Pengenalan ringkas:


Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani(as)  adalah Mahdi pertama iaitu wasi dan utusan Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (S) di malam sebelum kewafatan baginda.


Namanya (as) adalah Syed Ahmad bin Syed Ismail bin Syed Saleh bin Syed Al-Hussain bin Syed Salman bin Imam Muhammad bin Imam Al-Hasan bin Imam Ali bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Musa bin Imam Ja’afar bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Al Hussain bin Imam Ali bin Abi Talib Alaihimus-salam.




Imej yang berkaitan

Sila rujuk jalur keturunan Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani(as)  dan kesaksian Syed Muhsin Saleh Hussain Salman. Beliau adalah ketua suku keluarga Mahdi, yang juga merupakan bapa saudara kepada Ahmad Al-Hasan(as)  dalam bentuk rakaman suara dan video bagi menerangkan nasab keturunan mereka kembali kepada Imam Al-Mahdi (as). Sila ikuti link ini:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) sebelum ini menetap di Basrah yang terletak di selatan Iraq. Menyempurnakan pengajian akademiknya dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau (as) kemudian berpindah ke kota suci Najaf dan menetap di situ bagi meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu keagamaan. Namun setelah menghadiri beberapa siri halaqah pengajian dan menyemak sukatan pelajaran di Haazah (pusat pengajian ilmu agama) Al-Najaf, beliau (as) telah mendapati kecacatan yang besar dalam manhaj pembelajaran yang diguna pakai. Ini kerana mereka mempelajari bahasa Arab, mantiq, falsafah, usul fiqh, ilmu kalam (aqidah) dan feqah (hukum-hakam syariat) tetapi mereka tidak mempelajari Al-Quran dan Al-Sunnah yang mulia (hadis-hadis Rasulullah SAWA dan para Imam, salam atas mereka). Begitu juga mereka tidak mempelajari Akhlak Ilahi yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin.


Oleh itu, beliau(as)  membuat keputusan untuk mengasingkan diri di rumahnya dan mempelajari sendiri ilmu-ilmu keagamaan tanpa pertolongan mereka. Beliau (as) tetap berada di kalangan mereka dan saling berkomunikasi sesama mereka hanya sahaja beliau tidak belajar di Haazah. Bahkan situasi beliau (as) di kalangan ulama-ulama di Haazah Al Najaf  adalah seumpama Maryam yang suci (as) di kalangan ulama Yahudi di Haikal Sulaiman (tempat ibadah suci yang dibina oleh Nabi Sulamain as).


Tujuan utama beliau (as) memasuki Hauzah Ilmiah di Najaf adalah berdasarkan visi yang dilihatnya, yang mana Imam Al-Mahdi (as) mengarahkannya supaya memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf dan mengkhabarkan kepadanya apa yang bakal diperolehinya, dan terbukti ianya berlaku sepertimana yang telah dikhabarkan kepadanya.



Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

Tiada ulasan: