Ahmad Al-Yamani: Lelaki Dari Keturunan Imam
Mahdi dan Al-Hussain yang Menyeru Pada Bapanya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Sebelum kami mulakan, perlu diingatkan
bahawa sebelum kemunculan Imam Mahdi (a), ada lima tanda besar yang pasti
terjadi.
وبهذا الاسناد، عن ابن
فضال، عن حماد، عن إبراهيم بن عمر، عن عمر بن حنظلة ، عن أبي عبد الله عليه السلام
قال: خمس قبل قيام القائم من العلامات: الصيحة والسفياني، والخسف بالبيداء، وخروج
اليماني، وقتل النفس الزكية .
Dari ibn Faddal dari Hammad dari Ibrahim b.
`Umar dari `Umar b. Hanthala dari Abu `Abdillah عليه السلام.
[Beliau bersabda:
“Lima tanda akan datang sebelum Al Qaim, Saihah(jeritan), Sufyani,
Penenggelaman di Al Baida’, kebangkitan Al Yamani dan pembunuhan Nasf al
Zakiyyah.] (Kitab Ghaibat at-Tusi)
Maka, kemunculan Sufyani dan Yamani adalah
antara tanda besar kemunculan Imam Mahdi (a) yang pasti terjadi. Di dalam
riwayat lain, turut disebutkan bahawa sebelum muncul Imam Mahdi, ada seorang
lelaki dari timur yang menggandar pedang selama 8 bulan (atau sembilan bulan
mengikut riwayat lain) yang berperang dan membunuh. Lelaki ini adalah dari
keluarga Imam Mahdi (a). Berikut adalah riwayatnya:
وأخرج نعيم بن حماد، عن
علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على
عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.
[Amir Al-Mukminin
dalam ucapannya: “Akan muncul seorang lelaki dari timur sebelum Al-Mahdi dari
keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh
dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.] (Al-Mumhidun/Al-Kurani,
halaman 110)
Umum mengetahui, Sufyani akan keluar
sebelum zuhur Imam Mahdi, dan beliau melakukan kerosakan besar. Jadi berapa
lamakah tempoh pemerintahan Sufyani, yang mana dalam tempoh itu, peperangan
antara beliau dan lawannya akan terjadi?
وعنه، عن ابن أبي عمير،
عن عمر بن أذينة، عن محمد بن مسلم قال: سمعت أبا عبد الله عليه السلام يقول: إن
السفياني يملك بعد ظهوره على الكور الخمس حمل امرأة.
ثم قال: أستغفر الله حمل جمل، وهو من الامر المحتوم الذي لابد منه .
[Dari Abu Abdullah
(a) bersabda: Setelah kemunculannya, Sufyani akan memerintah lima kawasan
selama tempoh kehamilan seorang wanita. Aku memohon keampunan kepada Allah,
kehamilan seekor unta. Ini adalah perkara yang dijamin akan berlaku.] (Ghaibah
Al-Tusi)
Maka di sini dapat kita saksikan, bahawa
tempoh revolusi/pemberontakan yang akan dilakukan Sufyani adalah lebih kurang 9
bulan, hampir sama dengan tempoh lelaki dari keluarga Imam Mahdi AS mengangkat
senjata. Secara tidak langsung kita mengetahui, bahawa lelaki dari keluarga
Imam Mahdi ini keluar mengangkat senjata dalam tempoh masa yang sama dengan
Sufyani.
Perlu diingat, apabila Sufyani keluar
berperang, terdapat keserentakan dengan dua panji lain.
– وعنه
، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال:
خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم
واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق .
[Dan dari Sayf b.
`Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillah عليه
السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga:
Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang
sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al
Yamani, menunjuk ke arah kebenaran.] (Ghaibah Al-Tusi)
Maka jelas, lelaki dari Imam Mahdi (a) ini
akan keluar dalam tempoh yang sama dengan 3 panji ini, atau sebenarnya,
mengenangkan dalam matan hadis di atas menyebutkan peranan lelaki ini yang
berperang mengangkat senjata, maka sudah pasti beliau sendiri merupakan salah
satu dari panji ini, yakni panji Yamani (a).
Panji Yamani adalah panji terbaik, panji
kebenaran, dan panji kejayaan. Lelaki dari Imam Mahdi ini tidak cocok dengan
figur Al-Khurasani, yang bukan dari keturunan Imam Mahdi, malah dari beberapa
riwayat, ia dari keturunan Imam Hassan (a). Perlu juga diingatkan, tentera yang
keluar dari Khurasan dipimpin oleh Ahmad.
وعن الباقر (عليه
السلام) – بالطريق المذكور يرفعه إلى جابر – قال: إن لله تعالى (2) كنزا بالطالقان
ليس بذهب ولا فضة، اثنا عشر ألفا بخراسان شعارهم: ” أحمد أحمد ” يقودهم شاب من بني
هاشم على بغلة شهباء (3)، عليه عصابة حمراء، كأني أنظر إليه عابر الفرات. فإذا
سمعتم بذلك فسارعوا إليه ولو حبوا (4) على الثلج
Imam Baqir (a)
bersabda: [Allah swt mempunyai perbendaharaan di Thaliqan yang bukan emas dan
bukan juga perak, ianya adalah 12,000 orang dari Khurasan, bendera mereka
adalah “Ahmad, Ahmad. Mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashem yang
menunggang keldai kelabu, memakai bandana merah, seolah-olah aku melihatnya di
seberang Sungai Furat. Jika kamu mendengar tentangnya, maka bergegaslah
kepadanya, walaupun merangkak di atas salju] [Mutakhab Al-Anwar Al-Mudhi’ah,
Halaman 343]
Baik, cukup di situ dulu. Kesimpulan
setakat ini adalah:
Lelaki ini dari keturunan Imam Mahdi
Lelaki dari keturunan Imam Mahdi ini keluar
mengangkat senjata dalam tempoh yang sama dengan Sufyani.
Al-Khurasani, Sufyani dan Yamani keluar
berperang dalam tempoh yang sama.
12,000 tentera dari Khurasan adalah milik
Ahmad
Apakah yang disuruh oleh Aimmah (a) sejurus
selepas Sufyani muncul berperang? Beliau mengarahkan supaya datang kepada
“mereka”, yakni Ahl Al-Bayt (a)
عن أبي عبد الله عليه
السلام أنه قال:السفياني لابد منه ، ولا يخرج إلا في رجب ، فقال له رجل: يا
أبا عبد الله إذا خرج فما حالنا ؟قال: إذا كان ذلك فإلينا
[Daripada Khilad
Al-Saig dari Abu Abdullah (as): “Al Sufyani adalah tidak dapat dielakkan, dan
dia tidak akan muncul kecuali dalam bulan Rajab.” Seorang lelaki bertanya
kepadanya: Ya Aba Abdillah, jika beliau muncul, bagaimana keadaan kami?” Dia
menjawab: “Datanglah kepada kami.] Bihar al Anwar, Jilid 52, halaman 135
Jelas, ketika Sufyani muncul, sudah ada
seorang lelaki dari Ahl Al-Bait (a). Kita diarahkan untuk pergi kepadanya
apabila Sufyani muncul. Sebelum Sufyani muncul, diketahui Yamani juga sudah
muncul.
[Imam Sadiq (a) telah berkata: “Sebelum
muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani.] Bihar Al-Anwar Jilid 52
Halaman 210
Jadi, adakah “kami” yang disuruh pergi
kepadanya ini adalah Khurasani? Mustahil demikian, kerana beliau bukan panji
yang terbaik dan bukan panji yang WAJIB DIDUKUNG! Panji yang wajib didukung
hanya satu, ia adalah panji terbaik, seperti yang kami telah sebutkan di atas
iaitu panji Yamani.
في الرواية عن الباقر(ع)
( وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني ، هي راية هدى ، لأنه يدعو إلى
صاحبكم ، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم ، وإذا خرج اليماني
فانهض إليه فإن رايته راية هدى ، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه ، فمن فعل ذلك فهو
من أهل النار ، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم ) الغيبة – محمد بن ابراهيم
النعماني ص 264.
Imam Baqir (a)
bersabda : [Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji
Al-Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan
punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Yamani, maka diharamkan
penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar
Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan
diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang
berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada
kebenaran dan jalan yang lurus.] [Al Ghaybah Al-Numani, halaman 264.]
Kesimpulan Kedua: Secara automatik di sini
kita mengetahui bahawa lelaki dari Ahl Al-Bait yang disuruh kita pergi
kepadanya apabila Sufyani muncul, adalah Yamani (a).
DIULANGI SEKALI LAGI, 12,000 TENTERA
DARI KHURASAN MOTONYA ADALAH AHMAD.
Baik, kita teruskan, bagi menguatkan lagi
apa yang sudah jelas seperti sinaran matahari. Siapakah yang akan didekati oleh
tentera Sham, yakni Sufyani?
عن أبي الحسن عليه
السلام قال كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات فتهدى إلى ابن
صاحب الوصيات
كشف الغمة – ابن أبي
الفتح الإربلي – ج ٣ – الصفحة ٢٥٩
الإرشاد – الشيخ المفيد
– ج ٢ – الصفحة ٣٧٦
[Al-Fadhil bin
Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al-Hasan (a.s) telah berkata:
“Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari
Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin
mendekati anak si Pemilik wasiat.] [Irshad, Jilid 2, halaman 376]
Ya, Sufyani menghantar tenteranya,
mendekati anak si pemilik wasiat. Siapakah pemilik wasiat di zaman ini? Sudah
tentu kita tahu, pemilik wasiat di zaman ini adalah Imam Muhammad Al-Mahdi (a).
Kami kongsikan sebutan dari wasiat Nabi Al-Akram (s)
[…Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada
keluarga Muhammad alaihissalam..]
MAKA ANAK PEMILIK WASIAT ADALAH ANAKNYA
IMAM MAHDI AS.
[..Maka itulah dua belas imam, dan akan
datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah
sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku
dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang
ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam
Mahdi a.s)..]
Anak si pemilik wasiat, anak Imam Mahdi
(a), bernama Ahmad. Beliaulah maula yang akan mewarisi, yang mengetahui urusan
Imam Mahdi (a).
سمعت أبا عبد الله عليه
السلام يقول:
إن لصاحب هذا الامر
غيبتين إحداهما تطول حتى يقول بعضهم: مات، ويقول بعضهم: قتل، ويقول بعضهم: ذهب،
حتى لا يبقى على أمره من أصحابه إلا نفر يسير لا يطلع على موضعه أحد من ولده ولا
غيره إلا المولى الذي يلي أمره
ومما صح لي روايته عن
الشيخ السعيد أبي عبد الله محمد المفيد (رحمه الله)، يرفعه إلى المفضل بن عمر (1)
قال: سمعت أبا عبد الله (عليه السلام) يقول: إن لصاحب هذا الأمر غيبتين، تطول
إحداهما حتى يقول بعضهم مات، (2) وبعضهم ذهب، حتى لا يبقي امرؤ من أصحابه إلا نفر
يسير. لا يطلع على موضعه أحد من ولده (3) ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره
[Daripada Mufadhal
bin Umar, daripada Abi Abdillah (a.s): Sohibul Amr akan mempunyai dua
keghaiban, salah satunya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan
mengatakan dia telah mati, sebahagian pula akan berkata dia telah dibunuh, dan
sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang
tinggal daripada sahabat-sahabatnya melainkan beberapa orang. Dan tiada seorang
pun yg mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain,
melainkan maula yang akan menggantikannya.] [Ghaibah At-Tusi halaman 161]
عن
أبي جعفر محمد بن علي (عليهما السلام) أنه قال: ” يكون لصاحب هذا الأمر غيبة
في بعض هذه الشعاب – وأومى بيده إلى ناحية ذي طوى ((2)) – حتى إذا كان قبل خروجه
أتى المولى الذي كان معه حتى يلقى بعض أصحابه، فيقول: كم أنتم
هاهنا؟ فيقولون: نحو من أربعين رجلا. فيقول: كيف أنتم لو رأيتم
صاحبكم؟ فيقولون: والله لو ناوي بنا الجبال لناويناها معه، ثم يأتيهم من
القابلة ويقول: أشيروا إلى رؤسائكم أو خياركم عشرة، فيشيرون له إليهم فينطلق
بهم حتى يلقوا صاحبهم ويعدهم الليلة التي تليها
[Dari Al-Baqir
(a): “Akan ada untuk Sahibul Amr sebuah keghaiban di beberapa daerah ini dan
kemudian beliau menudingkan jarinya ke Zu Tiwa, sehingga sebelum
kemunculannya, maula yang bersama beliau akan sampai dan beliau akan bertemu
dengan beberapa orang sahabat.] (Ghaibah Al-Numani)
Jelas tanpa perlu apa-apa penakwilan. Kita
tahu juga, betapa Yamani dan Sufyani adalah pesaing antara mereka. Yakni
mereka, saling berperang.
[Diriwayatkan daripada Ali bin Ahmad, dia
berkata ianya telah dikatakan oleh Ubaydullah bin Musa, daripada Ibrahim bin
Hashim, daripada Muhammad bin Abi Amir, daripada Hisham bin Salim, daripada Abi
Abdillah, telah berkata: “Al Yamani dan Al Sufyani akan menjadi seperti dua
kuda yang saling berlumba.] [Ghaybat Al-Nu’mani, halaman 305]
Maka ini menguatkan lagi, bahawa yang
diperangi oleh Sufyani adalah Yamani, yang merupakan anak pemilik wasiat, anak
Imam Mahdi (a), dan lelaki dari Ahlulbait (a) yang disuruh pergi kepadanya
apabila Sufyani muncul.
InsyaAllah, masih ada puluhan lagi hadis
yang kami boleh kaitkan untuk pembuktian ini. namun cukup dalil terakhir
berikut:
حدثنا سعيد أبو عثمان عن
جابر عن أبي جعفر قال إذا اختلفت كلمتهم وطلع القرن ذو الشفاء لم يلبثوا إلا يسيرا
حتى يظهر الأبقع بمصر يقتلون الناس حتى يبلغوا إرم ثم يثور المشوه عليه فتكون
بينهما ملحمة عظيمة ثم يظهر السفياني الملعون فيظفر بهما جميعا ويرفع قبل ذلك ثنتي
عشرة راية بالكوفة معروفة ويقبل بالكوفة رجل من ولد الحسين يدعو إلى أبيه ثم يبث
السفياني جيوشه.
[Apabila urusan
mereka berbeza dan “Qarn Dzu Shafa” muncul, tidak akan tinggal sedikit masa pun
sehinggalah Abqa akan muncul di Mesir, membunuh manusia sehingga mereka sampai
ke Aram. Kemudian sang berparut akan memberontak dan akan ada pertempuran besar
antara mereka. Kemudian akan muncul Sufyani yang terlaknat yang muncul dari
kalangan mereka. Kemudian 12 panji akan diangkat di Kufah yang terkenal dan
seorang lelaki dari anak Al-Hussain AS akan datang dan menyeru kepada bapanya
dan kemudian Sufyani akan menghantar tenteranya.] Mujam Ahadeeth Imam Al-Mahdi
(a) Jilid 3 halaman 276
Jelas sekali lelaki yang akan datang dari
anak al Hussain AS, adalah Yamani yang bernama Ahmad, yang menyeru kepada Imam
Mahdi (a), yakni bapanya, si permilik wasiat, dan seperti yang disebutkan
sebelumnya, akan didekati oleh lelaki dari Sham, yakni tentera Sufyani akan
diutuskan kepadanya,
Jelas dari semua hadis ini, yang mana kami
sebutkan tanpa sebarang penakwilan, terus dari hadis dan riwayat, bahawasanya:
Lelaki dari keluarga Imam Mahdi ini adalah
Yamani (a).
Beliau adalah lelaki dari Ahl Al-Bait (a)
yang diperintahkan kita pergi kepadanya apabila Sufyani muncul
Beliau adalah anak Sang Pemilik Wasiat
Beliaulah anak Al-Hussain yang menyeru
kepada bapanya.
Yamani (a) bernama Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan