Soalan 328: Musibah Waktu Maghrib -
Mengatasi Al-Ana – Mengapa Ansar Melemah
Di dalam Surah Al-Shaffat, Allah AWJ
memberitahu kita bahawa Dia sangat murka dengan kaum Luth pada waktu pagi dan
malam.
﴿وَإِنَّكُمْ
لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ * وَبِاللَّيْلِ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴾
Dan sesungguhnya
kamu benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi, * dan di
waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? [Al-Shaffat 37: 137-138]
Bagaimanakah perjalanannya ini, ia pada
benda atau malakut? Adakah ia mempunyai apa-apa kaitan dengan perasaan marah
dan kemurungan yang kita lalui pada waktu Maghrib?
2 Bagaimana untuk mengatasi Al-Ana? Adakah
tetap bersholat dengan ayat Kursiy dan ayat-ayat akhir surah Al-Hasyar boleh
digunakan?
Adakah penutup-penutup yang berguna? Saya
berharap tuan akan menunjukkan kepada saya cara yang paling singkat dan
berharap tuan doakan saya dan mereka yang mengharapkannya dari saudara-saudara
dengan menjayakannya.
3. Tunjukkan padaku ya Maula atas pembuka
kunci selamanya dengan hadits mengenai dakwah Al-Yamani, supaya hati saya
menerimanya bukannya keengganan, saya dapati ya Maula bahawa ramai orang yang
menerimanya pada mulanya (pertemuan pertama) dan kemudian dengan
serta-merta meninggalkan pertemuan kedua?
Dihantar oleh: Zainab
Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian
alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam
dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan..
Jawapan S 1: saya menjawab soalan ini
sebelum ini sepatutnya orang yang bertanggungjawab dengan laman web ini telah
menghantar kepada anda lebih awal, Adapun waktu Maghribi adalah masa bertebarannya
tentera Iblis (laknahu Allah) dan afdhal bagi orang yang beriman mengucapkan
pada masa ini 10 kali:
لا اله إلا االله وحده لا شريك له، له الملك وله
الحمد يحيي ويميت، ويميت ويحيي وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير
(Tiada Tuhan
melainkan Allah sahaja, Dia tidak mempunyai sekutu. Kepada-Nya adalah Kerajaan,
dan kepada-Nya adalah Pujian. Dia menyebabkan kehidupan dan kematian, dan Dia
menyebabkan kematian dan kehidupan, dan Dia Hidup dan tidak mati. Di tangan-Nya
kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala-sesuatu "
Jawapan S 2: Menunaikan ibadah dan berdoa
adalah cara memerangi Al-Ana, tetapi bukan hanya berjuang memerangi Al-Ana
dengan beribadah dan berdoa, bahkan dari keikhlasan padanya, dan mesti
mendahulukan kehendak Allah dari kehendak manusia sehingga berakhir kehendak
manusia dan tidak tinggal pada manusia, melainkan kehendak Allah dan beramal
dengannya.
Jawapan S 3: Anda tidak dapat memberi
petunjuk kepada mereka tetapi berkomunikasilah dengan mereka dan anda mempunyai
bukti yang cukup untuk membuktikan kebenaran kepada sesiapa sahaja dan apapun
mazhabnya, tetapi juga mempunyai bukti untuk membuktikan anda benar walaupun
kepada orang-orang Buddha, Hindu, terutamanya Yahudi, dan Kristian, dan
mazhab-mazhab umum umat Islam dan lain-lain, Tetapi hendaklah akhlaq menjadi
asas pembawaan anda kepada manusia, jika disalahgunakan, ianya akan
membahayakan diri mereka sendiri dan menzahirkan apa yang ada pada batin
mereka.
Dan juga menhadikan ikhlas dan mendekatkan
diri kepada Allah serta mencari redhaNya adalah asas amalan anda dan
menyampaikannya kepada manusia Semoga Allah memberkati kerja-kerja (amalan)
anda dan menjadikannya lebih banyak kebaikan, Tuhan memberkati anda dan semoga Allah
memberikan kejayaan kepada anda dan menolong anda dengan agamaNya.
Ahmad Al Hassan
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan