Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah
dakwahnya secara ringkas
Langkah-langkah yang diambil untuk cuba
mengislah Hauzah Ilmu
Percubaan untuk melakukan reformasi di Hauzah
Ilmu telah dilakukan di permulaan dakwah sebelum ia menjadi terbuka, ianya
tertumpu kepada tiga perkara:
1. Pengislahan Ilmu:
Dengan menggunakan dua kaedah utama:
Pertama: Dengan menulis buku yang bertajuk
“Jalan Menuju Allah” (Al-Thariq Ila Allah). Buku ini telah member impak yang
amat baik sekali sehingga menyebabkan Sheikh Muhammad Al-Ya’qubi berasa teruja
dengannya dan ingin mengulang cetaknya semula, sepertimana yang diceritakan
oleh sebahagian syeikh dan pemuka-pemuka di kalangan pengikutnya kepada Imam
Ahmad Al-Hasan (as).
Kedua: Ucapan dan perbincangan dengan
penuntut-penuntut Hawzah dan ulama-ulama berkenaan kecacatan ilmiah yang wujud
di hawzah. Ini menyebabkan sebahagian mereka telah beriman dengannya dan
sebahagian yang lain pula telah terkesan dengan kata-katanya kerana apa yang
dikatakannya adalah kebenaran.
2. Pengislahan Amalan:
Ianya berkaitan dengan perintah bagi
berbuat kebaikan dan pencegahan kemungkaran, sebagai contoh ketikamana penindas
Saddam (la) mencemarkan kesucian Al Quran dengan perlakuannya menulis Al Quran
menggunakan darahnya yang najis, sedangkan muslimin telah sepakat bahawa darah
adalah najis dan diharamkan daripada dinajiskan Al Quran. Imam Ahmad
Al-Hasan(as) telah menuntut para ulama
ketika itu untuk mengambil pendirian paling minima iaitu mengeluarkan kenyataan
(fatwa), tetapi mereka beralasankan “Taqiyyah”, seolah-olah diri mereka lebih
mulia di sisi mereka berbanding Al Quran. Jika mereka beriman dengan kalimah
“tiada kekuatan melainkan Allah” sudah tentu mereka menetapkan pendirian mereka
dan berkeyakinan penuh bahawa Allah akan melindungi mereka. Hanya beliau(as) satu-satunya peribadi yang meletakkan
pendirian dan mengingkari perbuatan keji penindas Saddam (la). Malahan beliau
(as) berkali-kali menyatakan di dalam khutbahnya di majlis-majlis bahawa Saddam
(la) telah menuliskan kematiannya dengan tangannya ketikamana menulis Al Quran
dengan darahnya yang najis. Sebaliknya mereka bertindak menjauhkan diri
daripada beliau (as) dan menolaknya dengan secara terhormat kerana mereka lebih
takutkan siksaan Saddam (la) yang bakal melibatkan mereka, sekiranya mengetahui
mereka bersama-sama dengan beliau (as). Dalam hal ini (pembaharuan Amali) tidak
didapati sebarang jawapan balas dari mereka.
3. Pengislahan Kewangan:
Ianya berkaitan dengan pembahagian wang pemberian sedekah ke atas faqir miskin. Ini adalah peringkat terakhir sebelum dakwah secara terang-terangan dan terdapat banyak sekali penuntut-penuntut Hauzah Ilmiah yang turut membantunya disebabkan kemiskinan mereka dan majoriti besarnya mengalami sendiri diskriminasi pemberian kewangan yang dipraktikkan di Hauzah Ilmiah. Banyak kemajuan yang diperolehi dalam hal ini setelah Imam Ahmad (as) dan sebahagian penuntut hawzah berkali-berkali bersemuka dan berunding dengan maraji’ agama di Najaf. Di antara mereka adalah Syed Sistani, Syed Muhammad Sa’ed Al Hakim dan Sheikh Muhammad Ishak Al Fayyad. Kebanyakan mereka bersetuju secara lisan dan ini dibenarkan oleh Sheikh Al-Ya’kubi tanpa sebarang bantahan malahan mengakui apa yang berlaku adalah salah dan amat memerlukan kepada pembaharuan kewangan bilamana salah seorang yang mempercayai Imam Ahmad (as) mengingatkannya bagaimana Amirul Mukminin Ali (as) menguruskan polisi kewangan. Hal ini berjaya dipermudahkan dan memperolehi natijah segera, namun sebilangan mereka tidak mahu mengambil langkah seterusnya sepertimana yang dikehendaki oleh Imam Mahdi (as).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan