Sabtu, 16 Februari 2019

Kisah pertemuan Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari (as):


Sirah (Riwayat hidup) Imam Ahmad Al-Hasan Al-Yamani (as) dan sejarah dakwahnya secara ringkas

Kisah pertemuan Imam Ahmad Al-Hassan (as) dengan Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari (as):

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam salah satu ucapannya, beliau berkata:

Di makam kedua-dua Imam, Al-Hadi dan Al-'Askari (as), adalah merupakan pertemuan pertama saya dengan Imam Al-Mahdi (as) di Dunia Nyata ini. Dan dalam pertemuan ini, saya mengenali Imam Al-Mahdi (as) dan pertemuan ini terjadi beberapa tahun yang lalu. Selepas pertemuan ini, saya mempunyai banyak pertemuan lagi dengannya (as), dan dia telah memberitahu dan menjelaskan kepada saya banyak perkara.

Tetapi dia tidak memerintahkan supaya menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu, tetapi beliau mengarahkan saya supaya saya berakhlak dan taat dan supaya saya mencapai makam Akhlak Ilahiyah. Dan dia memberkati saya pengetahuan-pengetahuan dan memberitahu saya mengenai kesilapan dan kesalahan yang serius di Hauzah Najaf pada masa itu, sama ada kesilapan-kesilapan pengetahuan, kesilapan amalan, social, politik atau ekonomi. Atau sama ada ia adalah kemerosotan beberapa simbol-simbol Hauzah ini dan proses ini adalah sangat menyakitkan saya.

Kerana ia mewakili keruntuhan tembok terakhir yang saya fikir mewakili kebenaran di dunia ini. Bagi saya ia mewakili kerosakan Garam, kerana semua yang rosak boleh diperbaiki dengan Garam tetapi bagaimana pula jika Garam pula yang rosak? Ia adalah satu proses yang menyakitkan, menyedihkan dan menakutkan, dan itu semua berlaku dalam masa yang sama, Imam membuat saya melihat Penindasan, Kezaliman dan Kerosakan.
Dan dia meninggalkan saya untuk berhadapan dengan semua ini tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan. Patutkah saya kembali ke tempat dari mana saya datang?

Satu soalan yang setiap kali saya tanyakan kepada diri sendiri, jawapannya adalah bahawa saya kini telah menjadi orang asing di tengah-tengah Hauzah Najaf. Dengan apa yang saya tahu mengenai kebenaran, bagaimana boleh saya tidak melakukannya walaupun menjadi orang asing kepada manusia di dunia ini?

Masa telah berlalu, begitulah hari-hari dan bulan-bulan sehingga Allah menghendaki saya bertemu dengan Imam lagi dan kali ini dia menghantar saya ke Hauzah Ilmiah di Najaf, supaya saya boleh mencadangkan apa yang Imam beritahu kepada saya untuk sekumpulan kecil Pelajar Hauzah. Jadi saya melihat ia penting untuk pergi ke pertemuan ini walaupun ia singkat kerana pertemuan ini mewakili detik bersejarah dalam hidup saya kerana ia adalah kali pertama Imam Mahdi (as), mengarahkan saya bekerja untuknya secara umum di Hauzah Ilmiah Najaf.

Kepada orang-orang yang memuliakannya beribu-ribu ucapan dan salam.

Dan kisah pertemuan ini adalah, bahawa pada suatu hari saya sedang tidur dan dalam tidur saya, saya melihat satu rukya (mimpi). Bahawa Imam Mahdi berdiri berhampiran Makam Al-Syed Muhammad, saudara (abang/adik) Imam Ali 'Askari (as). Dan dia mengarahkan saya supaya bertemu dengannya dan selepas itu saya bangun, ia adalah pukul 2 pagi, dan saya solat 4 Rakaat Solat Malam, kemudian saya masuk tidur dan melihat satu lagi rukya (mimpi) yang juga terdapat Imam Mahdi di dalamnya meminta untuk berjumpa dengan saya. Dan saya bangun dan waktu itu adalah pukul 4 pagi lalu saya selesaikan Solat Malam saya dan kemudian solat Fajr (Subuh).

Kemudian selepas dua hari dari rukya (mimpi) itu, saya pergi ke Samara di mana saya bertemu (ziarah) kedua-dua Imam Al-Hadi dan Al-Askari (as). Kemudian saya kembali ke tempat di mana saya bertemu (ziarah) Al-Syed Muhammad (as) dan kemudian saya pergi ke Baghdad di mana saya bertemu (ziarah) Imam Kazim dan Al-Jawad (as​​), kemudian saya pergi ke Karbala di mana saya bertemu (ziarah) Imam Al-Hussein dan para syuhada (as). Dan saya bertemu dengan Imam Mahdi pada waktu malam di Makam Imam Al-Hussein (as). Kemudian saya bertemu lagi dengan Imam Mahdi pada waktu pagi di Maqam Imam Mahdi, yang terdapat di Karbala di hujung Jalan Khidra.

Oleh itu, kami berdua duduk di Maqam, yang hampir tiada orang, kecuali khadam (penjaga makam) yang berdiri di kawasan solat perempuan jauh dari kami.

Peristiwa ini, adalah pada hari ke-30 Bulan Sya3ban, tahun 1420 Hijrah (7, Disember, 1999), dan saya kembali selepas pertemuan ini, kemudian berpuasa pada bulan Ramadan dengan limpah kurnia dari Allah. Kemudian pada akhir bulan Ramadan saya menuju ke Najaf supaya saya boleh mencadangkan apa yang saya telah ketahui, maka perbualan menjadi hangat antara saya dan beberapa orang pelajar. Dan akibatnya telah memutuskan hubungan dengan sebahagian daripada mereka dan sejumlah dari mereka yang berbeza pendapat dengan orang lain daripada mereka pula. Dan beberapa orang yang bersetuju dengan saya tidak membantu saya sehingga berlalu hari-hari dan bulan-bulan dan hampir 3 tahun berlalu tanpa sebarang penyokong pada saya dari pelajar Hauzah. Dan memang terdapat beberapa orang yang bersetuju dengan saya mengenai masalah kewangan dalam Hauzah dan dari sini gerakan untuk membetulkan masalah kewangan ini bermula.

Tetapi ia tidak menyebabkan Pemulihan-pemulihan sebenar, beberapa dasar dari beberapa Marja3 berkaitan dengan wang telah diubah tetapi ia hanyalah perubahan kecil yang hampir tidak ada perkata yang sesuai untuk menyebutnya. Dan banyak para ulamak kekal sama keadaannya dan hasilnya masyarakat penuh dengan orang yang mengalami penyakit yang lapar jasmani dan rohnya. Dan tidak ada orang yang berusaha untuk mengubah keadaan tersebut sehinggalah beberapa bulan kemudian hubungan saya dengan Imam Mahdi (as) mula ditunjukkan. Iaitu bahawa saya seorang Rasul (utusan) yang diutus olehnya dan proses ini tidak melalui pengumuman hanya pada saya sahaja. Sebaliknya satu kumpulan pelajar Hauzah mendengar dan melihat (rukya) di Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut) yang mengesahkan perkara ini kepada mereka. Sebahagian mereka mengenali saya dan ada yang tidak mempunyai hubungan dengan saya tetapi mereka masih tetap berbai3ah kepada saya. Dan saya memberi amaran kepada mereka tentang betapa sukarnya perkara ini dan memberitahu mereka bahawa mereka akan berpaling dari saya dan meninggalkan saya sebagaimana penduduk Kufah meninggalkan Muslim bin Aqil, tetapi mereka tetap berbai3ah (berjanji setia) untuk berkhidmat kepada saya dengan diri, wang dan anak-anak mereka kerana mereka sendirilah yang mengakuinya walaupun saya tidak meminta sesuatu daripada mereka.

Itu adalah pada Bulan Jamadi Tahun 1423 Hijriah (Ogos 2002), dan selepas itu ramai pelajar Hauzah berbai3ah kepada saya, namun kemudian datang kepada mereka sesuatu yang menakutan kerana kuasa-kuasa (tekanan) Saddam mula datang ke atas saya lalu mereka berundur dari ikrar dan sumpah mereka. Kemudian setiap individu dan kumpulan mencari alasan untuk berundur dari ikrar mereka dan suatu dakwaan dibuat untuk menuduh saya. Tetapi akhirnya mereka bersetuju atas dua perkara. Pertama menuduh saya sebagai ahli sihir besar, dan tuduhan kedua ialah saya mengawal jin dan menggunakan mereka dan memberi mereka bekalan untuk mengawal mereka. Oleh itu, saya kembali ke rumah selepas kumpulan itu berpecah dan tiada yang kekal dengan saya kecuali beberapa orang pelajar Hauzah dan beberapa orang yang beriman.

Dan pada tahun 1424 H dan pada bulan Jamadi Al-Awwal, datang kepada saya sekumpulan orang yang beriman dan mereka memperbaharui bai3ah mereka kepada saya, dan mereka membawa saya keluar dari rumah saya dan Dakwah telah dimulakan semula. Dan pada dua hari terakhir bulan Ramadan pada tahun 1424 tahun Hijrah ini (pada bulan November 2004) Imam Mahdi (as), mengarahkan saya untuk menyeru penduduk Bumi keseluruhannya dan setiap satu yang berkaitan dengan arahan-arahan kepada mereka yang datang dari Imam Mahdi.

Dan pada hari yang ketiga bulan Syawal Imam Mahdi (as), memerintahkan saya untuk mengumumkan Revolusi (Islah) terhadap penindas (penzalim) dan untuk mengorak langkah dan supaya dengan secepat mungkin saya menyeru (berdakwah) orang ramai untuk menyokong kepada Kebenaran dan orang beriman dan untuk melaksanakan Kebenaran demi meninggikan kalimah "La Ilaha Illa Allah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah" kerana sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi! Sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi! Sesungguhnya kalimah Allah adalah yang tertinggi dan perkataan orang-orang kafir adalah Terendah! Jadi tolonglah Allah dan Dia akan menolong kamu dan meneguh (menetapkan) pendirian kamu.

Tidak adakah penolong pada agama Allah?
Tidak adakah pendokong pada Al-Qur'an?
Tidak adakah penolong pada Khalifah Allah?
Tidak adakah penolong Allah?

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka mewarisi bumi sebagaimana Dia dijanjikan kepada orang-orang yang sebelumnya, dan memberi mereka memahami agama yang Dia buktikan kepada mereka dan untuk menjual (menukarkan) ketakutan mereka dengan keamanan dan keselamatan. Untuk menyembah-Ku (Allah) itu dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu dan sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, sesungguhnya mereka adalah orang yang melampaui batas. [Al-Nuur 24:55]


Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: