15 Al-Ana dan Gilgamesh
Berikut adalah apa yang disebutkan di dalam buku Dermaga Sumer dan
Akkad oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), yang mengisahkan Gilgamesh Sang Sumeria
menentang keakuan (Al-Ana).
Pertama - Dermaga Pertama, Gilgamesh anak Nansuna, Si Ibu yang menangisi
Dumuzi
[....... Sekarang kita boleh faham mengapa orang-orang muda Uruk
"menganggu tanpa sebab", dan mengapa "Gilagmesh tidak
membenarkan anak-anak lelaki untuk membebaskan bapanya.. tiada anak-anak
perempuan pergi membebaskan suaminya, anak perempuan sang pahlawan, puteri
seorang pemuda." Ini kerana mereka semua mempunyai hubungan yang kuat
dengan Tuhan. Gilgamesh Sang Penebus datang dan membuka semua punca inspirasi
agung kepada mereka yang telah ditebus, yang wujud pada satu tempoh masa.
Beliau mengajar mereka menjadi terikat dengan Tuhan, cara untuk mencintai Tuhan
dan mendengar suara Tuhan dalam setiap hal.
Jika anda rujuk bangsa Sumeria, kita akan dapati mereka menginginkan
perkara sebegini.
[Dia adalah Gilgamesh, yang bermaksud pahlawan barisan hadapan dan
lelaki yang akan menjadi benih pokok yang baru.] (Epik Gilgamesh, Thaha Baqir,
halaman 19).
Gilgamesh adalah seorang yang kudus pada bangsa Sumeria atau Akkadia
(Babilon - Assyria) serta bangsa-bangsa kuno yang lain. Beliau disebutkan
secara terperinci dalam Epik Gilgamesh sebagai bersifat "dua pertiga tuhan
dan satu pertiga manusia". Dengan kata lain, cahaya dalam halaman
kewujudannya mengatasi bahagian kegelapannya, atau kita sebut sebagai
"keakuan"(Al-Ana). Bagaimanapun pada akhirnya, beliau mencari-cari
rahsia keselamatan mutlak dari kegelapan ini. Nama "Gilgamesh" itu
sendiri menunjukkan matlamatnya, kerana beliau adalah pahlawan barisan hadapan.
Daripada Epik Gilgamesh:
"Dia adalah pahlawan yang membunuh syaitan Humbaba.
Al-Ana – Al-Ana Dan
Pembukaan Yang Nyata...109
Dia adalah pahlawan yang menyerang Ishtar (kehidupan duniawi).
Dia adalah pahlawan yang memusnahkan "dirinya".]1]
Kedua: Dermaga Keenam, Gilgamesh Adalah Tokoh Keagamaan
[...... Gilgamesh membuka mulutnya dan berkata kepada Enkidu: Di dalam
hutan terdapat khemah-khemah dahsyat, marilah kita membunuh dia dan
menghapuskan kejahatan dari bumi
Sebelum Gilgamesh membunuh syaitan itu, beliau telah melihat banyak rukya
yang memberi perkhabaran baik kejayaan matlamat pertama beliau:
[..... Mimpi kedua aku melebihi mimpi pertama. Dalam mimpi ku, kawan
ku, dari sebuah gunung.. membaling ku ke bawah, ia memegang kaki ku...
Kecerahan menjadi semakin kuat. Seorang lelaki muncul, Paling menarik di tanah
ini, keanggunan beliau.. Dari kaki gunung beliau menarikku keluar dan.. Beliau
memberi aku air untuk minum dan hatiku menjadi tenang.]
Dari sisi pandang seorang Sumeria, apa sahaja yang diagungkan akan
dianggap sebagai tuhan. Kehidupan duniawi adalah tuhan. "Keakuan" (Al-Ana)
adalah tuhan, Apa sahaja kumpulan tertentu boleh disebut sebagai tuhan. Mereka
yang soleh, yang kudus juga adalah tuhan. Sebab itu kita boleh menggantikan
perkataan "tuhan", pada nabi-nabi atau orang-orang soleh", atau kehidupan
duniawi atau "keakuan" (Al-Ana) seterusnya memikirkan tentang teks
tersebut dan kekayaan hikmah yang didapati darinya:
[Gilgamesh membuka mulutnya, berkata kepada Enkidu:
"Siapa di situ sahabat ku, yang dapat memanjat ke langit?
Hanya tuhan-tuhan (mereka yang soleh) dapat tinggal selamanya qeq sinaran
matahari.
Adapun manusia, hari-harinya dapat dibilang, apa sahaja yang dia
lakukan,
ianya hanya ibarat angin.] (Epik Gilgamesh).
-----------------
[1] Dermaga Sumer dan Akkad oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), hal 39
Al-Ana – Al-Ana Dan
Pembukaan Yang Nyata...110
Ayat Al-Quran menyebut:
﴿ وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ
عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا ﴾
[Dan kami hadapi segala amal yang mereka
kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.]
[Al-Furqan 25:23]
Gilgamesh, yang merupakan dua pertiga tuhan, mahu menghapuskan baki
satu pertiga kegelapannya, maka beliau pergi kepada seseorang yang telah
menghapuskan kegelapan dirinya dan menjadi seorang yang abadi bersama
tuhan-tuhan lain: datuknya, Utnapishtim (Nuh). Perjalanan Gilgamesh ke arah Nuh
bukanlah sebuah perjalanan mencari keabadian kebendaan seperti yang dibayangkan
oleh sesetengah pembaca. Sebaliknya ia adalah perjalanan mencari keabadian rohaniyah.[1]
Ketiga: Dermaga kesembilan, perjalanan Gilgamesh menuju ke arah
datuknya, Utnapishtim:
Perjalanan Gilgamesh diteruskan dan beliau bertembung dengan seorang
penjaga rumah tumpangan. Seolah-olahnya beliau adalah simbol kemabukan manusia
dalam kasih mereka terhadap dunia sementara dan juga keakuan (Al-Ana). Penjaga
tersebut memanggil beliau ke arah mengasihi dunia dan ke arah mementingkan diri
sendiri serta memujuk beliau meninggalkan perjalanan mencari keabadian yang
meletihkan ini:
[Penjaga rumah tumpangan tersebut berkata kepada Gilgamesh:
"Wahai Gilgamesh, ke mana
kamu mahu berkepergian? Kehidupan yang kamu cari tidak akan kamu temui.
Apabila tuhan-tuhan mencipta umat manusia, mereka memberikan kematian kepada
umat manusia, sementara mereka menyimpan "kehidupan" untuk diri
mereka.
Wahai Gilgamesh, penuhkanlah perut mu.
Bersukarialah siang dan malam!
Berpestalah setiap hari, menari dan bermain pada waktu siang dan malam.
Jadikanlah pakaian mu bersih, basuhlah kepala mu dan berendamlah di
dalam air.
-----------------
[1] Dermaga Sumer dan Akkad oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), hal 39
Al-Ana – Al-Ana Dan
Pembukaan Yang Nyata...111
Pandanglah anak-anak yang sedang memegang tangan mu.
Biarkanlah isteri mu bergembira dengan pelukan mu!
Kerana itulah takdir manusia biasa, takdir mereka yang hidup..]
Tetapi Gilgamesh menjawab:
Wahai penjaga rumah tumpangan, kamu tinggal di persisiran pantai. Kamu
mengetahui segala jalan merentasinya. Tunjukkan aku jalannya. Jika ia bisa
dilakukan, aku akan melintasi lautan!]
[Bagaimana aku bisa kekal diam? Sahabat yang aku cintai telah menjadi
tanah. Sahabatku Enkidu yang aku cintai telah menjadi tanah. Patutkah aku
menjadi sepertinya, dan berbaring, serta tidak bangun lagi selamanya?] Epik
Gilgamesh - Thaha Baqir: hal 79-82
Seolah-olahnya Musa (as) telah menyebutkan kata-kata akhir tersebut dalam Al-Quran, dari segi makna, apabila Gilgamesh menyebut:
﴿.... لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ
أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا﴾
[..... berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan
berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan
berjalan sampai bertahun-tahun".][Al-Kahf 18:60]
Perjalanan Gilgamesh diteruskan sehingga beliau sampai kepada datuknya,
Utnapishtim (Nuh (as)). Utnapishtim menceritakan kepada beliau kisah Banjir
Besar, dan Gilgamesh mempelajari rahsia kehidupan dari datuknya.[1]
Keempat: Dermaga Kesepuluh, Bangsa Sumeria dan Ketuanan Tuhan
Epik-epik, cerita-cerita dan sajak-sajak bangsa Sumeria membuktikan
mereka mempunyai sebuah kisah agama ketuhanan - sebelum kewujudan agama-agama Judaisme,
Kristianiti dan Islam - yang sempurna semua perinciannya, watak-watak dan
simbol-simbolnya. Kita dapat lihat dalam tablet (batu bersurat) Sumeria bahawa
semua perkara didominasi oleh satu Tuhan yang sebenar. Kita juga mendapati
wujud beberapa ideologi,
-----------------
[1] Dermaga Sumer dan Akkad oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), hal 56
Al-Ana – Al-Ana Dan
Pembukaan Yang Nyata...112
nilai-nilai moral (akhlaq), perundangan suci, kaedah ibadah dan kaedah
mengalahkan syaitan, kehidupan duniawi, keakuan (Al-Ana) dan kasihkan diri.
Jadi kesemua teks ini sebenarnya adalah berkaitan agama, dari awal
sehingga akhir, untuk bangsa Sumeria.
Dari manakah mereka mendapatkan semua ini? Dari manakah mereka
mendapatkan sistem yang kompleks ini yang tiba-tiba muncul dalam bentuk yang
sempurna sepanjang sejarah Mesopotamia.
Pada hakikatnya bahawa setiap orang yang waras melihat terangnya
seperti matahari bahawa terdapat anjakan budaya dan tamadun yang ditunjukkan
kepada kita oleh budaya Sumeria dan tamadunnya. Sesiapa yang mahu menafikannya,
setelah diberikan pelbagai bukti, maka itu adalah urusan mereka. Secara
umumnya, banyak teori dan tesis yang cuba untuk menjelaskan anjakan budaya ini,
seperti yang telah kita bahaskan. Jika apa yang dialami ini bukan anjakan budaya,
maka para ilmuan tidak akan sampai mengenengahkan teori angkasawan kuno!
Adalah sangat aneh untuk seseorang menerima sebab perkembangan manusia
adalah angkasawan kuno bersama kapal angkasa mereka.[1]
Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin,
Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami (perkara)
ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak
memberi kami petunjuk.
Wal-Hamdu Lillahi 3alaa kulli hal.
Yang
miskin, yang
berdosa,
Masyghul Al-Musa – Kuwait
-----------------
[1] Dermaga Sumer dan Akkad oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), hal 57
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan