Isnin, 11 Februari 2019

Tiga belas / Bunuh Al-Ana: - Sambungan


Tiga belas / Bunuh Al-Ana: - Sambungan

4. Membunuh Kepercayaan Yang Rusak

Soalan: Telah diriwayatkan dari sebuah hadits dari Ahlulbayt (as) bahawa sesiapa yang membunuh seorang dari musuh-musuh mereka di tengah-tengah (dalam peperangan) Imam Mahdi (as) maka adalah baginya pahala dua puluh orang yang mati syahid, dan ganjaran ini tidak termasuk bagi sesiapa yang terbunuh (mati syahid) di tengah-tengah (dalam peperangan) di bawah kuasanya (as).

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):

Dengan jelas ia adalah lebih baik daripada mati syahid; kerana sesiapa yang membunuh musuh Imam Mahdi (as) maka dia telah meletakkan batu asas Daulah Al-Adl Wal-Haq Al-Ilahi (Negara Keadilan Dan Kebenaran Ilahi).

Marilah kita di sini mengingati (dan mengambil pelajaran) bahawa Hamzah (as ) dan Ali (as) kedua-dua mereka terbunuh dan bahawa Ali adalah lebih baik daripada Hamzah; kerana Ali (as) berjuang dengan berhati-hati manakala Hamzah (as​​) berjuang dengan keinginan (untuk mati syahid), Diwajibkan kepada para pejuang (Mujahidin) untuk berusaha menghapuskan (membunuh) musuh kafir harbi (yang berperang) dan bukan hanya meminta untuk mati syahid walaupun ia (iaitu mati syahid) adalah yang terbaik (balasan) dalam kehidupan dunia dan akhirat.


Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...103

Bagi makna yang tersembunyi (batin), bagi pengertian Hadits ialah: Bahawa sesiapa yang membunuh musuh untuk kita dengan itu dia telah membunuh kepercayaan yang rusak dan memimpinnya kepada kebenaran dan kepada mengikut Al-Qa'im Keluarga Muhammad (as).

Rasulullah (S) bersabda yang bermaksud : ("Hai Ali kerana jika engkau membimbing seorang lelaki kepada Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada unta merah (dalam hadith yang lain: lebih baik bagi kamu daripada dunia ini dan segala isinya) . ")

Dan juga mengikut makna yang tersembunyi: Sesiapa yang membunuh musuh dirinya untuk Imam Mahdi (as), bermakna membunuh Al-Ana. [1]


5. Ganjaran Berpuasa Yang Tidak Berbau Al-Ana

Soalan: Apa yang dimaksudkan dengan apa yang dinyatakan dalam doa dengan sifat Allah SWT Al-Jawad, Al-Wasi3 (dengan Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya)? Adakah benar, menurut sebahagian ulamak mengatakan bahawa keluasan PemurahNya adalah kerana dalam khazanahNya tidak akan habis dan khazanah ciptaan-Nya akan habis!?

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):

[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                  
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

KhazanahNya (PerbendaharaanNya) SWT tidak akan habis, tetapi dari Dia Yang Maha Agung, Maha Luas Pemberian-Nya  dan Maha Pemurah yang di sisiNya jika ada satu dinar sehingga dia bebas menggunakannya, atau yang mempunyai kekayaan yang tidak terhitung maka diinfakkan (dibelanjakan) dengannya, apa sahaja yang diinfakkan (digunakan) darinya tidak akan habis?!

Yang pasti, yang ada padanya satu dinar dia adalah yang lebih luas kemurahannya, kerana dia menghabiskan semua apa yang ada di sisinya, dan yang lain pula yang membelanjakan daripada tabungan tidak dihabiskan, tidak kira bagaimana membelanjakannya tetapi dia tidak menghabiskan kesemua yang ada padanya, tidaklah dikira pemurah dan luas pemberiannya, jika hanya diberikan dalam peti besi yang tidak dihabiskan, maka dia hanya memberikan kepada dirinya sendiri, iaitu ia bermurah hati kepada dirinya sendiri, dan murah hati kepada sendiri adalah murah hati terhad, dan ini dijelaskan oleh satu hadits: (الصوم لي وأنا أُجزى به - Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya), iaitu, bahawa ganjaran berpuasa yang tidak berbau keakuan (Al-Ana) - yang meninggalkan keakuan – kepada hanya Dia Allah SWT, dan ini bermakna menjadi hamba yang lisannya Lisan Allah tangannya Tangan Allah. . . . . , iaitu, akan sempurna sepuluh darjat iman hamba itu, maka jadilah dari kalangan kami Ahl Al-Bayt (as), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
:
﴿فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ﴾


--------------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3  - Soalan No. 110


Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...104

Maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada  Masjidil Haram [Al-Baqarah 2:196],

Iaitu bagi orang-orang yang keluarganya berada di Masjidil Haram, iaitu Ahl Al-Bayt Muhammad (S), Salman Al-Farisi (as).

Maka Pemurah dan Maha Luas Pemberian-Nya  (Al-Jawad, Al-Wasi3) adalah yang memberi dengan dirinya sendiri, Maka Allah SWT memberi ganjaran kepada hambaNya yang ikhlas yang berpaling dari Al-Ana selepas berpaling dari dunia dan perhiasannya, dan selepas ketaatan mereka kepada Dia SWT pada (perintah) yang kecil dan yang besar, yang menjadikan mereka sepertiNya di BumiNya, maka perkataan mereka perkataanNya, dan perbuatan mereka perbuatanNya, dan ini adalah apa yang diriwayatkan dari mereka (as) bahawa hati kami adalah bekas untuk kehendak Allah, Apabila Allah berkehendak, maka kami berkehendak. Sesungguhnya Ruh Waliy Allah diangkat kepada Allah, bertutur dengan Allah maka Dia berfirman kepadanya: Aku Hidup dan Tidak Mati, dan Aku telah menjadikan kamu hidup, tidak mati]. .......] [1]


6. Jasad Keranda Untuk Roh Dengan Mengikuti Hawa Nafsu, Dan Menyembah Al-Ana:

Soalan Apakah makna ayat-ayat ini:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّـهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ فَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا * إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا * فَأُولَـٰئِكَ عَسَى اللَّـهُ أَن يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَفُوًّا غَفُورًا 
                                                      
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat yang menzalimi diri mereka, ditanya kepada mereka: "Bagaimana kamu ini?". Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di bumi". Dikatakan kepada mereka: "Bukankah bumi Allah itu luas, maka berhijrahlah di dalamnya?" mereka itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali, kecuali orang-orang yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), Bagi mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Ya Allah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

............Pada kematian ada dua jenis :

--------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3  - Soalan No. 110
2- Al-Nisa' 4: 97-99     

Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...105

1 - (Jenis yang dibenci) dan dia menjadikan jasad keranda untuk roh dengan mengikuti hawa nafsu, dan menyembah Al-Ana dan cinta kepada dunia, dan menyokong musuh-musuh Allah, dan mengadakan permusuhan terhadap Wali Allah, dan menganggap kedudukannya, seperti yang dilakukan para ulama tidak beramal. Amir Al Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata: “Manakala (jenis) manusia lain adalah orang yang menyeru dirinya belajar tetapi dia tidak begitu. Dia telah mengambil kejahilan daripada yang jahil dan kesesatan dari yang sesat. Dia telah menetapkan untuk manusia perangkap daripada tali penipuan dan ucapan tidak benar. Dia mengambil Al-Kitab mengikut pandangannya sendiri dan berbuat baik kepada kebenaran atas keinginannya, beriman pada perkara-perkara yang bodoh, dan meremehkan jenayah yang ketara. Dia kata, dia sedang menunggu (penjelasan) keraguan tetapi dia masih terjerumus ke dalamnya, dan bahawa dia menjauhi bid’ah tetapi sebenarnya dia tenggelam dalamnya. Bentuk rupanya manusia, tetapi hatinya hati binatang. Dia tidak kenal; pintu petunjuk untuk diikuti dan tidak juga pintu kesesatan untuk menjauhkan diri daripadanya. Ini adalah mayat hidup."
Jadi ke mana kamu akan pergi dan  mengapa kamu masih berpaling? Panji-panji (petunjuk) berkibar, dan tanda-tandanya jelas, dan menara (cahaya) telah ditetapkan. Ke mana kamu sedang tersesat dan bagaimana kamu teraba-raba pada hal di antara kamu ada keturunan Nabi? Mereka tampuk Kebenaran, Panji-panji Iman dan sunnah yang sebenar. Rumah mereka tempat terbaik diturunkan al-Quran, dan datang kepada mereka (untuk menghilangkan dahaga) sebagai unta haus mendekati mata air.........


2 - (Jenis yang terpuji) dan ia adalah peningkatan Roh dari Jasad, Rasulullah (S) bersabda: “ Sesiapa yang ingin melihat yang mati berjalan di atas muka bumi, maka hendaklah dia melihat Ali bin Abi Talib (as).” Dan Ali bin Abi Talib (as) berkata: ”Sesungguhnya aku hanya jiran, badanku telah berjiran kepadamu untuk hari-hari, yang bererti bahawa rohnya naik ke martabat yang lebih tinggi, bahkan sesiapa yang mati dengan kematian terpuji ini masih hidup walaupun badannya mati. Dan ia digambarkan dalam ucapan Amir Al-Mukminin (as) bahawa Rasulullah (S) bersabda: “Wahai manusia ambillah kata-kata ini dari penutup segala Nabi-nabi (sawas​​) bahawasanya barang siapa yang mati dia yang mati dari kalangan kita, tidak mati, dia yang hilang dari kalangan kita, tidak hilang di fikiran. Jangan mengatakan sesuatu yang kamu tidak tahu, kerana kebanyakan Kebenaran adalah sesuatu yang kamu nafikan. Terimalah dari sesuatu yang kamu tidak mempunyai hujah terhadapnya.”'

 ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ
[kemudian kematian menimpanya]: maknanya, rohnya telah berhijrah kepada Allah dan meninggalkan tubuhnya, berhijrah di bumi luas Allah dan berhijrah di jalan Allah, atau disebut berhijrah pada Wali Allah kepada Allah.

 فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ 
maka sungguh telah ditetapkan pahalanya di sisi Allah.}, kerana dia berhijrah kepada Allah, maka pahala-Nya kepada orang-orang yang berhijrah kepada-Nya.] [1]

--------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4  - Soalan No. 149
                                     

Al-Ana – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...106


7. Mengikut Kadar Al-Ana Yang Wujud Pada Diri Manusia Yang Akan Melambatkan:

﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾

[Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Al-Syura 42:13] 

Allah memilih rasul-rasul (as), dan membimbing rasul-rasul (as) yang kembali dan melawan Al-Ana, dan membunuh dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Suci, mengikut kadar Al-Ana yang wujud pada diri manusia yang akan melambatkan manusia mendapatkan hidayah kepada kebenaran dan mengenal rasul-rasul.

Dalam doa dari Imam Mahdi (as):

اللهم عرفني نفسك، فإنّك إن لم تعرفني
نفسك لم أعرف رسولك

" Ya Allah kenalkanlah aku diriMu, kerana jika aku tidak kenal diriMu aku tidak kenal rasulMu,).

Dan bagaimana mengenal Allah sesiapa yang tidak membunuh dirinya?!! Dan bagaimanakah mengenal Allah sesiapa yang dirinya dijangkiti penyakit Iblis (laknahu Allah)

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴾

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". [Al-A3raf 7:12] [1] [2]


-----------------------------
1. Jalan yang menghubungkan kepada kebenaran tidak akan berlaku melainkan dengan asas yang dikemukakan oleh Al-Syed (as) ini: Ia adalah memerangi [Keakuan ~ Al-Ana], Ia adalah salah satu cara yang penting, bahkan tidak ada cara untuk mencapai makrifat Al-Haq melainkan dimulakan dengan asas ini, dan semua yang ingin mencapai makrifat Al-Haq mestilah berniat untuk mencapai kebebasan daripada kekangan [Keakuan ~ Al-Ana] dan melihat pada diri, Karena terjangkitnya penyakit musuh-musuh kamu pada diri kamu yang tidak jauh berada di antara kamu,
Al-Syed (as): menjelaskan di dalam kitab Al-Mutasyabihaat contoh asas mengenal kenyataan ini, yang dengan bijak membuat perbandingan pada manusia dalam jawapannya kepada sebuah hadith Qudsi:
(الصوم لي وانا اجزي به)
(Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya), di mana beliau berkata mengenainya:
Bacaan yang betul ialah:
{أجزى به : Ujza bihi}
bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah (ء) dan menukar kepada Alif Maqshurah ((ى. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam (as) dan lebih dari itu:
إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ أنسيا ۬
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26)
Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah SWT. Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Al-Ana. Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba.
Kitab Al-Mutasyabihaat: Jilid 1 Jawab Soalan No. (13).
Makrifah adalah mengikut kadar tersingkirnya kegelapan, kegelapan Al-Ana (Keakuan) pada halaman kewujudan manusia, untuk untuk dijadikan (ukuran) pembalasan dari  Allah SWT, dan yang mewakili Allah adalah hujjahNya ke atas penciptaan (makhluk), maka kata-kata Allah: Aku adalah ganjaran untuknya, bermakna memberi petunjuk kepada HujjahNya dan KhalifahNya di bumi pada martabat makrifah pertama padaNya SWT dalam alam penciptaan, jadi pada Maryam (as) apabila dia terasing dari penciptaan dan diambil tanpa mereka dihijab, dan beramal untuk melawan Al-Ana, dan juga membunuh Al-Ana sehingga Allah menjadi penjaga ke atasnya dengan dianugerahkan padanya – bukan makrifah - Hujjah Allah dan Qaim Aali Yakub, tetapi untuk menjadi bekas yang akan mengandungkan bagi melahirkan (anak) di dunia ini, iaitu Isa (as), Maka sesiapa yang ingin mencapai makrifah sepatutnya daripada Al-Hujjah dan Al-Imam, hendaklah mengikuti apa yang telah dilakukan Maryam (as) itu, bahkan tidak ada pilihan atau jalan lain untuk mencapai makrifah.

2 Kitab Washi dan utusan Imam Mahdi di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran dengan ulasan - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 9.



✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: