Keempat belas / Qabil dan Al-Ana:
Soalan: Mengapa Qabil membunuh
Habil? Dan adakah benar Adam mahu mengahwinkan setiap seorang daripada
mereka kepada kembar yang lain, dan Qabil enggan, jadi Adam memerintahkan
mereka untuk membuat korban untuk menyelesaikan perkara ini?
Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (as):
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan
sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi
Terdapat banyak kekeliruan tentang hal ini,
dan kebenarannya adalah Allah SWT melarang perkahwinan adik-beradik dalam Ummul
Kitab, dan semua Syari’at dan Kitab Al-Samawiyah menyatakan ianya adalah
haram, termasuklah Syari’at Adam. Jadi masalah perkahwinan anak-anak
Adam (as) adalah seperti berikut:
Hawa melahirkan untuk Adam (as) Qabil dan
kemudian Habil, Qabil berkahwin dengan seorang wanita yang mana Allah SWT
telah ciptakan untuknya dan dia seorang yang jahat, dan Habil berkahwin dengan
seorang wanita yang Allah telah ciptakan untuknya dan dia adalah seorang wanita
solehah. Dan Allah menciptakan kedua-dua isteri seperti mana Dia sebelum
ini telah menciptakan Adam dan Hawa, yang bermaksud Allah telah mencipta dua
isteri untuk Qabil dan Habil dengan KudratNya SWT.
Kemudian Allah memerintahkan Adam (as)
untuk melantik Habil (as) sebagai penggantinya (washi). Oleh itu, apabila
Qabil tahu perkara ini, beliau membantah perintah pelantikan tersebut, jadi
Adam memaklumkan kepadanya bahawa perintah itu adalah dari Allah dan bukan dari
dirinya sendiri, dan beliau memerintahkan mereka untuk mempersembahkan korban
kepada Allah. Lalu Habil mempersembahkan domba (biri-biri) yang gemuk
manakala Qabil mempersembahkan gandum yang rusak, jadi persembahan Habil
diterima dan dijilat api.
Maka niat jahat Qabil terhadap Habil
membara dalam jiwanya, dan syaitan (laknahu Allah) membisikan supaya membunuh
saudaranya. Dan jiwanya, yang cenderung kepada kejahatan, dia cenderung
untuk membunuh saudaranya.
Maka Qabil membunuh Habil kerana hasad dengki,
kerana dia adalah pengganti (washi) Adam. Oleh itu janji yang dibuat oleh
Iblis (laknahu Allah) akan menggoda, telah terlaksana, kerana dia menggoda
Qabil dan dia (pemilik badannya) dijangkiti dengan penyakit Iblis iaitu
mementingkan diri (Al-Ana) dan keangkuhan, dan salah satu perkara yang mengiringinya
adalah penyakit hasad dengki..............] [1]
--------------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4 - Soalan No. 125
1- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 4 - Soalan No. 125
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan