Sholat Amirul Mukminin Ali (as) dan
Sholat Ja’far (as)
1. Sholat Amirul Mukminin Ali (as): solat 4
rakaat dengan dua kali tasyahud dan dua kali salam, di bacakan pada setiap
rakaat: 1 kali surah “Al-Hamd” dan 50
kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Sholat Fatimah (as): solat 2 rakaat, dibacakan
pada rakaat pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 10 kali surah “Al-Qadr”. Pada rakaat kedua
dibacakan 1 kali surah “Al-Hamd” dan 10 kali surah At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Sholat Ja’far (as): solat 4 rakaat
dengan 2 kali salam, dibacakan pada rakaat yang pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “Al-Zalzalah”, kemudian membaca sebanyak 15 kali “Subhanallah wal Hamdulillah wala Ilaha illalLah walLahu Akbar”, dan membacakannya sebanyak 10 kali juga di
dalam ruku’, selepas bangun dari ruju’, sujud pertama, duduk antara dua sujud,
sujud kedua dan selepas bangun dari sujud kedua, maka itu, jumlah kesemuanya
adalah 75 kali pada setiap rakaat. Dan dibacakan pada rakaat kedua surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “wal’adiyat”: rakaat ketiga surah “Al Hamd” dan surah “iza jaa’a nashrulLah”: dan pada rakaat keempat surah “Al Hamd” dan surah “At-Tauhid”. Disunatkan membaca doa yang dikhususkan pada sujud yang terakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan