Amalan Bulan Rabi3 Al-Tsani, Jamad Al-Awwal dan Jamad Al-Aakhir
بسم الله الرحمن
الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
Amalan Bulan Rabi3 Al-Tsani, Jamadi Al-Awwal
dan Jamadi Al-Akhir
Hari kesepuluh bulan Rabi3 Al-Tsani (Akhir)
tahun 232 H dilahirkan Imam Al-Hassan Al-Askari (as), yang merupakan hari
yang sangat mulia di mana ia adalah mustahab untuk berpuasa bersyukur kepada Allah
atas limpah kurnia yang besar ini.
Dan sesuai pada tiga belas, empat belas dan
lima belas bulan Jamadi Al-Awwal: melakukan Ziarah
Fatmah Al-Zahra’ (as) dan mengadakan hari (memperingati) perkabungannya. adalah
diriwayatkan dengan sanad sahih bahawa dia hidup tujuh puluh lima hari selepas wafat
ayahnya Nabi (S) pada dua puluh lapan bulan Safar atas tarikh yang masyhur dan tarikh
kematiannya (as) ialah pada lima belas Jamadi Al-Awwal seperti yang dijelaskan Al-Yamani
Aali Muhammad (Shalawatu Rabbi 3alaihi Wa Aalihi Th-Thahirin).
Pada hari pertengahan itu tahun tiga puluh
enam (36 H) Amirul Mukminin (as) membuka Basrah, dan pada masa itu adalah hari
kelahiran Imam Zain Al-Abidin (as) dan Ziarah kedua-dua Imam (as) pada hari ini
adalah dianjurkan
Amalan Bulan Jamadi Al-Akhir
Ia adalah mendirikan sholat seperti diriwayatkan
oleh Al-Syed Ibn Thawus iaitu sholat empat rakaat dengan dua salam pada
bila-bila masa yang dikehendaki dalam bulan ini. Dengan membaca:
Pada rakaat pertama
Al-Hamd sekali, Ayat Al-Kursiy sekali Inna
Anzalna dua puluh lima kali.
Pada rakaat kedua Al-Hamd
sekali, Al-Hakumu t-Takatsur sekali dan Qul Huwa Allahu
Ahad dua puluh lima kali.
Pada rakaat ketiga
Al-Hamd sekali, Qul Ya Aiyuha l-Kafirun sekali, Qul
A3uzhu Bi Rabbi L-Falaq dua puluh lima kali,
Pada rakaat keempat
Al-Hamd sekali, Izha Ja'a Nasru Llahi Wal-Fath sekali
dan Qul A3uzhu Bi Rabbi N-Nas dua puluh lima kali.
dan ucapkan selepas salam rakaat keempat
dan ulang bacaan berikut tujuh puluh kali:
سُبْحانَ اللهِ
وَالْحَمْدُ للهِ وَلا اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ
Subhana Llahi Wal-Hamdu
Lillahi Wala Ilaha Ila Llahi Wa Llahu Akbar
Maha Suci Allah, segala
puji bagi Allah, Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar
dan ucapkan selawat berikut tujuh puluh
kali
اَللّـهُمَّ
صَلّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد
Allahumma Shali
3ala Muhammad Wa Aali Muhammad
Ya Allah, sanjung
selawatlah Muhammad dan keluarga Muhammad
kemudian ucapkan istighfar berikut tiga kali:
اَللّـهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤمِنينَ وَالْمُؤمِناتِ
Allahumma -Ghfir
Lil-Mu’minina Wal-Mu’minat
Ya Allah,
ampunilah orang yang beriman, lelaki dan perempuan
dan kemudian sujud dan ucapkan dalam sujud
tiga kali,
يا حَىُّ يا قَيُّومُ يا ذَا الْجَلالِ وَالاِكْرامِ
يا رَحْمنُ يا رَحيمُ يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ
Ya haiyu ya
qaiyum, ya zha l-jalali wal-ikram, ya rahmanu ya rahim, ya arhama r-rahimin
Wahai Yang Maha
Hidup dan Tidak Bergantung pada Makhluk-Nya Wahai Yang Maha Mulia dan Penuh
Kemuliaan, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Penyayang, Wahai yang
Penyayang di antara para penyayang
kemudian minta kepada Allah hajatnya, akan dipelihara
daripada amalan itu terhadap dirinya, harta kekayaannya, keluarganya, kepada
anak-anaknya, kepada agamanya, dan dunianya hingga pada tahun akan datang, dan jika
dia meninggal dunia pada tahun itu matinya sebagai mati syahid iaitu pahalanya sebagai
mereka yang mati syahid.
Hari ini kedua puluh: Fatimah Al-Zahra’ (as) dilahirkan selepas lima tahun atau dua tahun kerasulan
dan dianjurkan melakukan beberapa amalan:
Pertama adalah
puasa.
Kedua: berbuat baik dan bersedekah pada
orang yang beriman.
Ketiga: Ziarah
Penghulu Wanita Dunia Dan Akhirat, atasnya selawat yang terbaik dan salam suci
✡✡✡✡✡
<<[ Kembali
ke Laman Utama ]>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan