KHUTBAH AL YAMANI (A.S) SEMPENA MUHARRAM
1432H
OLEH IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI (AS)
WASHI DAN UTUSAN IMAM MAHDI (AS)
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam
Ya Allah sejahterakan Muhammad dan Keluarga
Muhammad, para Imam dan para Mahdi.[i]
Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini
makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya
diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan
amaran bersama-sama dengannya. (Surah Al Furqan: 7)
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan
berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan
cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar
(menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat.
Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak
percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau
kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong
angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang
sebesar-besarnya.
(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat,
pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah
dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan
yang buruk).
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa
yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu
Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan:
20-23)
Malangnya itulah kesudahan bagi kebanyakan
ulama sesat di akhirat kelak. Mereka akan mendapati amalan mereka menjadi debu
yang berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan. Mereka akan mendapati
tanah mereka tandus dan hasil tuaian mereka penuh berongga dek anai-anai oleh
idea mereka sendiri, idea-idea mereka dalam menentang Nabi-nabi dan
Rasul-rasul. Semoga Allah memberikan kalian perlindungan dari kesudahan yang
buruk.
Mereka yang disebut dalam ayat-ayat
terdahulu adalah ulama-ulama sesat. Permintaan siapa lagi untuk melihat
malaikat dan menentang para Nabi (a.s) dengan meminta mukjizat, serta
meninggalkan pilihan untuk beriman kepada yang ghaib? Siapa lagi yang pertama
untuk menentang panggilan Ilahi para Nabi dan Washi selain daripada ulama-ulama
agama? Tiada seorang insan yang waras dan menghormati kepintaran dirinya di
dalam masyarakat akan mengharapkan orang-orang lain yang menentang dakwah Ilahi
ini melainkan daripada ulama agama. Allah merujuk kepada ulama ini dalam
al-Quran sebagai ketua-ketua atau sarjana, manakala masyarakat sesat biasanya
mengkategorikan mereka sebagai pakar dan yang paling kompeten dalam membuat
rumusan.
Masyarakat sangat bergantung kepada
orang-orang seperti mereka untuk mengiktiraf kesahan dan ketidaksahan panggilan
baru agama yang dibawa oleh Nabi atau Washi. Malangnya, individu-individu ini
menerima penghakiman mereka tanpa ilmu pengetahuan, pemikiran atau penyelidikan
dan juga tanpa melihat bahawa ketua-ketua atau sarjana atau ulama sesat ini
adalah orang yang paling rosak di sisi reformasi dakwah Ilahi dan revolusi
utama para Nabi dan Rasul.
Jadi bagaimana manusia dapat memastikan
keselamatan mereka sendiri dengan menyebelahi ulama agama dan seterusnya
menjadikan mereka hakim bagi menentukan siapa yang benar dan yang salah, dalam
urusan yang mana ulama mewakili salah satu daripada dua pihak yang berlawanan?
Dan bagaimana manusia dapat memastikan keselamatan mereka dengan menyebelahi
ulama, dan dalam masa yang sama mengetahui bahawa mereka (ulama) sentiasa
mempunyai sikap yang sama terhadap dakwah para Nabi dan Washi (a.s)?
Ketua-ketua dari kaumnya berkata:
Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Al A’raf: 60)
Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya
berkata: Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan dan
sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta. (Surah
Al-Araf: 66)
Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari
kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia
seperti kami dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan
orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat dan kami juga tidak
memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan
kami menganggap kamu orang-orang pendusta. (Surah Hud: 27)
Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya
berkata (sesama sendiri): Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia
bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu dan kalaulah Allah
berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Dia menurunkan malaikat
menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan
datuk nenek kami yang telah lalu. (Surah Al-Mumenoon: 24)
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran
kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan
amaran; sebab itulah mereka lalai. (Surah Ya Seen: 6)
Bagaimana manusia langsung tidak mengambil
kisah dan tidak memberi perhatian atau sekurang-kurangnya mengarahkan diri
mereka untuk membuat penyelidikan, dan bukannya secara membuta tuli mengikuti
dan meniru ulama sesat? Bagaimana mereka jatuh berkali-kali ke dalam kesilapan
yang sama dan menderita akibat yang sama?
Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab:
67)
Ulama-ulama sesat yang Quran rujuk sebagai
tuan-tuan atau ketua-ketua ini tidak pernah mengubah ungkapan mereka ketika
menentang para Nabi dan Washi. Malahan Allah swt berfirman:
Adakah mereka semua telah berpesan-pesan
untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka semuanya adalah kaum yang
melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 57)
Apakah yang telah terjadi kepada manusia
sehingga mereka langsung tidak mengambil perhatian dan tidak belajar daripada
pengalaman lalu untuk menyelamatkan diri mereka dari ulama-ulama ini dan
membebaskan diri daripada perangkap-perangkap mereka? Dalam ayat tersebut,
Allah mahu mengarahkan perhatian individu kepada kebenaran bahawa itu adalah
kaedah ulama sesat dalam menentang dakwah para Nabi dan Washi yang tidak pernah
berubah, justeru jangan mengikuti atau meniru mereka seperti orang buta. Kaji
sejarah umat-umat terdahulu dan lihat bagaimana mereka telah disesatkan oleh
ulama-ulama sesat. Ulama-ulama ini membawa umat supaya memerangi Nabi dan
Washi, dan dalam masa yang sama memperdaya sebahagian besar umat manusia bahawa
mereka telah berbuat baik.
Satu soalan sahaja sudah mencukupi sebagai
contoh dan peringatan kepada orang-orang yang mempunyai hati yang memahami:
Apakah perbezaan antara seorang yang bertanya kepada Ali (a.s), "Berapa
bilangan helai janggut saya?" Meminta beliau (a.s) melaksanakan mukjizat,
dan yang seorang lagi meminta Washi dan utusan Imam Al-Mahdi (a.s) untuk
"menukarkan janggut saya supaya kembali berwarna hitam". Dengan
tujuan meminta beliau untuk melaksanakan mukjizat? Apakah ada perbezaan di antara
kedua-duanya?
Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak
percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau
kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong
angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang
sebesar-besarnya. (Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu
tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah dan mereka akan
berkata: Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk). Dan
Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal
(yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang
berterbangan. (Surah Al Furqan: 21-23)
Amalan mereka menjadi debu yang
berterbangan kerana tidak mempunyai keikhlasan. Mereka sombong dan telah
dijangkiti dengan penyakit iblis. Sebagaimana kita telah dapati dan ketahui
hari ini bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit iblis, iaitu dengan
membandingkan kaedah kedua-dua mereka dalam mengkonfrontasi para Nabi dan Washi
adalah jelas sama. Perhatikan kata-kata iblis:
"Aku lebih baik daripada dia."
(Surah Al-Araf: 12)
dan perhatikan pula kata-kata ulama:
Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini
makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya
diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan
amaran bersama-sama dengannya. (Surah Al-Furqan: 7)
Kita dapati bahawa permintaan mereka
sepanjang masa adalah mukjizat yang dapat memaksa mereka untuk percaya dan
mewajibkan mereka untuk tunduk kepada ketuanan Rasul, dan tidak lagi mempunyai
pilihan. Tidak sepertimana Malaikat dan iblis yang mempunyai pilihan sama ada
untuk sujud atau tidak.
Dengan keadaan hati mereka leka daripada
memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu,
berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: Bukankah (Muhammad) ini hanyalah
seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar
sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya? (Surah
Al-Anbiya: 3)
Kesimpulan permintaan tidak masuk akal
mereka ini adalah tuntutan untuk membatalkan ujian di dunia ini, yang
sebenarnya menunjukkan kebodohan yang bertingkat-tingkat dan kesedaran yang
lemah. Itu adalah cara kebiasaan ulama sesat yang mahir dalam kejahatan. Mereka
tidak pernah menerima nabi dan rasul untuk menjadi manusia biasa sepertimana
diri mereka, iaitu manusia biasa yang ikhlas kepada Allah dan Dia memberkati
mereka, bercakap dengan mereka, dan menjadikan mereka maksum[ii].
(2)
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya
aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan
pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Surah
Al-Kahf: 110)
Di sebalik kenyataan Allah yang jelas di
dalam al-Quran ini, kita dapati bahawa mereka pada hari ini mensifatkan para
Nabi dan Washi yang terdahulu dengan sifat-sifat mutlak Allah seperti tidak
lalai dan lupa sehingga kepada tahap seratus peratus, berkeupayaan untuk
melakukan apa-apa sahaja, mengetahui segala-galanya dan sebagainya dari sifat
mutlak Allah. Segala puji hanya buat-Nya.
Mereka melakukan ini, iaitu satu pada hari
ini dan begitu juga satu lagi yang sebelum ini, hanya kerana mereka enggan diterajui
oleh manusia yang menyerupai diri mereka, iaitu seorang manusia yang menjadi
tulen dan suci oleh amal dan keikhlasannya kepada Allah, yang bersebabkan itu
Allah memberi keistimewaan dan menganugerahkannya ketuanan ke atas orang lain.
Mereka mensifatkan mereka (a.s) dari masa lalu, yang mereka dakwa untuk
percayai bukan sebagai manusia biasa seperti diri mereka, tetapi berbeza dari
awal lagi melalui anugerah-anugerah dan sifat-sifat ketuhanan. Justeru tanpa
menyedari bahawa kepercayaan jahil mereka ini membatalkan ketuanan maksumin ke
atas manusia lain dan menuduh Allah swt sebagai tidak adil.
Oleh itu, kebenaran jelas terbentang di
hadapan semua individu yang waras bahawa siapakah orang-orang yang langsung
tidak percaya kepada Ali (a.s) atau Hussein (a.s) pada hari ini. Apakah
orang-orang jahil ini memerlukan peribadi maksum datang membawakan mukjizat
yang dapat memaksa mereka supaya beriman kepadanya dan menyertai Hussein (a.s)
di Karbala, iaitu pihak Hussein (a.s) yang ditewaskan, dikalahkan, dibunuh,
dijatuhkan panjinya, yang dicuri khemah-khemahnya dan wanita-wanitanya yang
ditindas?
Demi Allah saya bersumpah swt bahawa saya
bukan melulu, jika saya katakan bahawa orang-orang yang jahil pada hari ini
yang menetapkan peribadi-peribadi maksum sebagai maha hebat dalam setiap
perkara adalah orang pertama yang mencetuskan pembunuhan Hussein (a.s). Bukan
kerana taat kepada Yazid bin Muawya tetapi dalam ketaatan kepada hawa nafsu
mereka sendiri dan bagi memuaskan jiwa mereka yang sombong serta iri hati terhadap
Awsiya Allah.
Jiwa-jiwa mereka enggan mengakui kelemahan
mereka seterusnya mendakwa bahawa hanya imam boleh mencapai kemaksuman,
bertujuan membatalkan ketuanannya ke atas orang lain dan membatalkan isyarat
yang datang dari manusia tulen dan suci ini berpunca dari amalnya sendiri.
Sehingga ke peringkat menganggapnya sebagai najis dan kebencian yang mendalam
di dalam diri semua orang. Sudah tentu isyarat ini adalah agak menyakitkan
kepada orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai timbalan atau wakil maksum
(a.s).
Mereka tidak mempunyai jalan melarikan diri
[dari isyarat] selain salah satu daripada dua pilihan ini: iaitu sama ada
mereka menganggap beliau sebagaimana tanggapan diri mereka sendiri yang secara
palsu mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan bodoh dan perbuatan-perbuatan
yang serupa dengan diri mereka sendiri seperti yang dibuktikan dalam Taurat,
Bukhari, dan buku-buku Islam yang orang-orang Yahudi dan beberapa sunni
(khususnya Wahabi) percayai. Atau mereka mengambil jalan untuk membezakannya
dengan meletakkan sifat-sifat ketuhanan yang beliau (a.s) terpaksa bermula,
iaitu dengan memansuhkan perbandingan dan menghapuskan isyarat. Inilah apa yang
telah dilakukan oleh penganut-penganut Kristian dan orang-orang yang mendakwa
diri mereka sebagai Syiah. Orang-orang Kristian telah memanggil Isa (a.s)
sebagai Allah (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui batas itu), sedangkan
orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah menyifatkan peribadi maksum dengan
kualiti mutlak ketuhanan yang hanya boleh disifatkankan kepada Allah swt.
Berdasarkan kepercayaan mereka tentang
maksum tersebut, mereka sekaligus mengutuk Hussein sebenar (a.s) yang telah
syahid di Karbala sebagai penyamar lagi pendusta (Semoga Allah menjauhkan hal
sedemikian). Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa mereka adalah adik-beradik
kepada pembunuh Hussein. Jika mereka telah berpura-pura menangis ke atas
Hussein (a.s), maka saya bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka adalah
pembohong dan orang-orang munafik. Mereka tidak menangis ke atas Hussein bin
Ali (a.s), yang syahid di Karbala di mana para wanitanya telah dijadikan
tawanan dan telah dicabuli kemuliaan mereka. Mereka menangis ke atas Hussein
yang tidak kita ketahui, iaitu Hussein yang merupakan pembikinan khayalan dan
diri mereka yang sakit, yang enggan percaya bahawa Hussein (a.s) Imam sebenar
yang dilantik oleh Allah swt adalah seorang yang lemah, yang dirinya tidak
boleh melakukan apa-apa kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang Allah
kehendaki.
Mereka menangis ke atas Hussein yang tidak
wujud dalam realiti, Hussein yang disifatkan dengan sifat-sifat ketuhanan yang
mutlak (Pujian bagi Allah swt yang jauh melangkaui hal itu), kerana jika dia
wujud di alam realiti maka sudah pasti iblis tidak akan memberontak terhadapnya.
Hussein yang mereka berpura-pura menangis ke atasnya adalah satu ilusi minda
mereka, yang secara tepatnya adalah sepertimana ilusi Adam dalam fikiran iblis.
Iblis berkata, "Inilah Adam yang telah diperintahkan aku untuk sujud
kepadanya adalah sama seperti aku. Sesungguhnya penampilan[iii] aku
adalah lebih baik daripada dia, jadi aku tidak akan melakukan sujud kepada yang
aku lihat jauh lebih rendah dariku. Bagi Adam yang aku akan sujud kepada adalah
Adam yang lebih baik daripada aku. "Wahai orang beriman, lelaki dan wanita
beri perhatian dengan perkara ini kerana Iblis telah jelas membuat sebab untuk
enggan sujud kepada Adam atau taat kepadanya. Seperti yang dia berkata,
"Aku lebih baik daripada dia."
Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau
jadikan dari tanah. (Surah Al-Araf: 12)
Seolah-olah berkata, jika sekiranya dia
lebih baik daripada aku dari segi zahirnya, maka tiada apa yang akan menghalang
aku dari sujud kepadanya. Oleh itu terdapat satu lagi Adam dalam fikiran dan
ilusi Iblis, Adam yang dia akan sujud kepadanya dan Adam yang lebih sempurna
penampilannya daripada iblis. Seolah-olah, Adam memerlukan kuasa maha hebat
pada pandangan iblis sehingga boleh memaksa dia untuk taat kepadanya, iaitu
seolah-olah Adam adalah lebih baik daripada dia. Mereka yang dahulu bersama
dengan Rasulullah Muhammad (sawas) dan mereka yang kalian lihat hari ini,
kedua-duanya mempunyai kaedah yang sama seperti Iblis dalam mengkritik dan
menilai para Nabi dan Awsiya.
Ianya adalah kaedah lapuk Iblis[iv] yang
jelas mengatakan kemaksuman (atau Awsiya Allah swt berbanding lain-lain) mesti
kelihatan lebih baik daripada yang lain, yang mempunyai kuasa ghaib, contohnya
satu keajaiban untuk memenuhi permintaan sesiapa sahaja dan berkeupayaan untuk
melakukan segala-galanya yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Sebab
itulah apabila mereka mengatakan: "Kami telah menangis ke atas Hussein dan
tangisan ke atas Hussein akan menjamin kita masuk ke syurga," maka Allah
swt mengatakan kepada mereka, "Wahai ulama sesat, amalan kamu adalah
seperti debu yang berterbangan."
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa
yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu
Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Surah Al-Furqan:
23)
Kerana kalian tidak menangis ke atas
Hussein (a.s) yang sebenar, tetapi kalian telah menangis ke atas Hussein ilusi
kalian yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Hussein bin Ali (a.s).
Sekaligus menjadikan amalan kalian seperti debu yang bertaburan. Seperti
seorang yang menanam sekeping besi di padang pasir dengan menyiram minyak ke
atasnya dan berkata dia telah menanam pohon kurma di dusun yang diairi dengan
air tulen, yang akhirnya mendapati kerjanya adalah sia-sia seperti debu yang
bertaburan. Kalian adalah sama seperti orang-orang sebelum ini, yang meminta
lelaki soleh memaksa kalian untuk mempercayai. Kalian tidak akan menerima
lelaki soleh untuk menjadi seperti anda, tetapi disukai oleh Allah dari
kalangan kalian kerana kesucian dan keikhlasan dirinya, justeru Allah
memerintahkan kalian untuk mengikutinya.
Padahal Allah membalas piawaian salah
kaedah Iblisi ini agar dapat difahami oleh sesiapa jua yang mencari kefahaman,
dengan hanya berfirman:
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan
berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan
cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar
(menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat. (Surah
Al-Furqan: 20)
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai
ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat
bersabar (menghadapi ujian itu)?
Ianya adalah mustahil. Sekiranya
orang-orang pada masa lalu telah teguh bersabar, maka orang-orang di masa kini
juga akan melakukan tindakan yang sama.
Adakah mereka semua telah berpesan-pesan
(dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? Bahkan mereka
semuanya adalah kaum yang melampaui batas. (Surah Adh-Dahriyat: 53)
Oleh itu, Allah swt telah memutuskan dengan
kesederhanaan yang jelas lagi nyata bahawa Rasul adalah ujian buat kalian.
Adalah mustahil untuk lulus ujian ini secara rawak dan tindakan sembrono dengan
memusnahkan kertas ujian seperti yang kalian lakukan, tetapi hendaklah dibaca
kertas ujian untuk mengetahui jawapan yang betul. Sekurang-kurangnya lihat
kembali sejarah umat-umat terdahulu dan sikap mereka terhadap Nabi-nabi mereka.
Sekurang-kurangnya lihatlah situasi umat-umat terdahulu lalu dan kelengkapan
mereka ketika berdepan dengan para Nabi. Lihatlah situasi mereka sebelum kalian
dan kelengkapan mereka ketika berhadapan dengan Muhammad (sawas) dan para
Aimmah (a.s). Apakah bukti-bukti kerasulan Muhammad (sawas) dan para Aimmah
(a.s)?
Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai
ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat
bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa
Melihat. (Surah Al-Furqan: 20)
Apa yang Hussein (a.s) telah lakukan pada
hari Ashora untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang Imam Maksum, yang
manusia harus taat kepadanya dan mereka dilarang daripada menentangnya? Atau
biarkan dulu soalan tersebut, bagaimana sekiranya Hussein (a.s) telah
menukarkan warna janggut Shimr bin Thul Jawshan kepada hitam pada hari Ashura,
apakah Shimr masih kekal bersama tentera Yazid atau dia akan mendapati dirinya
terpaksa menyertai Hussein (a.s) dan seterusnya memenggal kepala Ibn
Saad?
Demi Allah saya bersumpah bahawa ianya
adalah kebenaran yang memalukan dalam sejarah apabila terpaksa mengulanginya
dari satu titik ke satu titik dan mata dengan mata,[v] bagi
orang ramai menyedari kebenaran dan dapat membezakan Muhammad (sawas) dari Abu
Sufyan, atau Ali (a.s) dari Muawiyah atau Hussein (a.s) dari Yazid. Ia adalah
satu tragedi bagi manusia untuk jatuh semula ke tahap ini. Ia seolah-olah kita
sedang bercakap dengan mayat yang tidak mendengar, tidak sedar dan tidak
memahami. Apakah yang telah Hussein (a.s) bentangkan di Karbala adalah bagi
membuktikan bahawa dirinya adalah khalifah Allah swt di muka bumi-Nya. Wahai
manusia, sudahkah kalian bertanya diri sendiri soalan ini sebelum kalian
mengikut ulama sesat membuta tuli tanpa sebarang penilaian atau pemikiran? Apa
yang telah Hussein (a.s) sampaikan di Karbala? Beliau menyampaikan wasiat
Rasulullah Muhammad (sawas), yang di dalamnya disebutkan bapanya Ali (a.s),
saudaranya Hassan (a.s), dirinya dan anak-anaknya (a.s). Beliau mempamerkan
pengetahuan dan menonjolkan panji ketuanan Allah swt yang dibawanya, dalam
membangkang panji-panji ketuanan manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan
lawan yang menentang datuknya, ayahnya dan saudaranya (a.s) sebelum itu.
Apa lagi yang telah Hussein (a.s)
bentangkan? Beliau membentangkan visi[vi] (rukyah)
keluarganya yang suci dan sahabat-sahabat-sahabatnya dan ayat-ayat (kasyaf)
mereka.[vii] Beliau
(a.s) membentangkan visi Wahab Al-Nasrani yang melihat Isa (a.s) menggesa
beliau untuk mengikuti dan menyokong Hussein (a.s). Beliau menyampaikan wahyu
(kasyaf) Al-Horr Al-Reyahi yang mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga
ketikamana dia berangkat Kufah.
Wahai manusia, apakah yang telah kami
bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawa kalian satu bidaah (doktrin
yang dicipta) yang tidak dibawa oleh Anbiya, Awsiya, Rasulullah Muhammad
(sawas), Ali (a.s), Hassan (a.s), Hussein (a.s) atau Imam dari keturunan
Al-Hussein as?
Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul
pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang
telah lalu) dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan
kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan
kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas
nyata. (Surah al-Ahqaf: 9)
Atau adakah kami membawa apa yang mereka
bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa keterangan-keterangan
mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti matahari bagi sesiapa yang
meminta untuk mengetahui kebenaran. Adakah wasiat Nabi Muhammad (sawas), yang
merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan keturunannya (a.s), kepada lelaki
Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri) Keluarga Muhammad (sawas) tidak
mencukupi? Apakah pengetahuan atau kebijaksanaan tidak mencukupi? Apakah tidak
cukup bahawa dia adalah satu-satunya yang menaikkan panji ketuanan Allah di
kalangan semua manusia di muka bumi ini? Adakah tidak cukup bahawa dia adalah
satu-satunya tanda yang terang benderang seperti matahari dari Allah swt?
Setelah ulama-ulama sesat mengiktiraf panji
ketuanan manusia dan meninggalkan panji ketuanan Allah, tidak ada satu pun yang
tinggal untuk menaikkan panji ketuanan Allah selain daripada lelaki Kebenaran.
Keperibadian Ini membuang sebarang keraguan atau syak wasangka buat pencari
kebenaran kerana bumi ini tidak pernah kosong dari Kebenaran, dan Kebenaran itu
terletak pada ketuanan Allah.
Adakah kami hari ini tidak membentangkan
apa yang telah Hussein (a.s) bentangkan di Karbala dari visi (rukyah) dan
ayat-ayat (kasyaf) sebagai bukti dalam mengenal pasti lelaki Kebenaran? Apakah
berulangnya visi (rukyah) beribu-ribu orang dari negara-negara yang berbeza
tidak mencukupi, visi yang menunjukkan Nabi, Awsiya, Muhammad dan keturunannya
(a.s) yang menggesa orang ramai untuk menyokong lelaki Kebenaran iaitu
Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (a.s)? Apakah berulangnya visi yang dilihat
oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tidak
mencukupi?
Wahai manusia, boleh jadi kalian
menyerahkan kepimpinan ke atas syaitan, seolah-olah apabila mereka
memperolok-olok dan memperkecilkan visi dan ayat-ayat, memanggilnya sebagai
mimpi karut, maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian kepada fakta
bahawa ayat-ayat (kasyaf) dan visi (rukyah) adalah perkataan dan inspirasi
Allah swt kepada hamba-hambaNya?
Adakah anda tidak membaca Al-Quran dan
memikirkan seluruh cerita Yusuf (a.s) dan bagaimana Yaakub (a.s), yang
merupakan seorang nabi di dalam Al-Quran (yang merupakan kitab Allah), telah
menganggap visi Yusuf (a.s) sebagai bukti untuk mengenal pasti seseorang yang
menjadi khalifah Allah iaitu Yusuf (a.s), dan bagaimana dia telah memberi
amaran kepada Yusuf (a.s) agar tidak memberitahu visinya kepada
saudara-saudaranya kerana mereka pasti akan mengenalnya berdasarkan visi ini,
dan seterusnya dia akan berada di kedudukan dan akibat yang sama seperti
Habil?
Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah
engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka
akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan
adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Surah Yusuf: 5)
Bukankah ini adalah pengakuan yang jelas
dari Al-Quran bahawa visi adalah bukti dalam mengenal pasti khalifah Allah di
bumi-Nya? Adakah Yusuf tidak bergantung kepada visi Firaun dalam menguruskan
ekonomi Mesir dan menyediakan rakyat dengan rezeki? Adakah Allah tidak
menawarkan diriNya sebagai saksi untuk membuat Awsiya-Nya jelas di muka bumi
ini dengan visi-visi dan ayat-ayat yang kedua-duanya adalah laluan ilham
ilahi?
Katakanlah lagi: Cukuplah Allah menjadi
saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya adalah Dia Amat Mendalam
pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. (Surah Al-Isra':
96)
Dialah yang telah mengutus RasulNya
(Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar, supaya
Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan
cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya
itu). (Surah Al-Fath: 28)
Bagaimana lagi Allah akan menyaksikan?
Bagaimana lagi Dia akan bercakap dan memberi keterangan kepada hamba-hambaNya,
dari kalangan mereka yang kafir dan yang beriman? Adakah Dia swt tidak memberi
keterangan untuk sahabat-sahabat karib (hawariyyin) yang menyokong Isa
(a.s)?
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada
orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib Nabi Isa): Berimanlah kamu
kepadaku dan kepada RasulKu! Mereka menjawab: Kami telah beriman dan
saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri
kepada Allah). (Surah Al-Maeda: 111)
Tidakkah Allah membentangkan diriNya,
malaikat-malaikat-Nya, dan Awsiya-Nya sebagai saksi dalam visi-visi dan
ayat-ayat untuk lelaki Kebenaran, khalifah-Nya di bumi ini?
Tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan
kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya
dengan ilmuNya dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi
saksi. (Surah An-Nisa: 166)
Dan orang-orang yang kafir itu berkata:
Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah. Katakanlah (kepada mereka): Cukuplah
Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu dan juga disaksikan oleh orang-orang
yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. (Surah Ar-Rad: 43)
Wahai manusia, kalian harus kembali semula
kepada penderiaan kalian dan tidak membenarkan sesiapa pun untuk merendahkan
kalian sehingga kepada tahap yang sama dengan orang-orang yang tidak percaya
akan utusan dan khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka menamakan inspirasi
Allah melalui visi-visi dan ayat-ayat sebagai mimpi karut, justeru Allah telah
menyebutkan kata-kata ganas mereka ini diulang-ulangi oleh orang-orang jahil
pada hari ini tanpa berfikir:
Bahkan mereka menuduh dengan berkata:
Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang
diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah dia
sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah dia membawa kepada kita satu mukjizat
sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus
dahulu. (Surah Al-Anbiya: 5)
Wahai manusia, janganlah kalian tertipu
oleh ulama-ulama sesat dan pembantu-pembantu mereka. Bacalah, selidikilah,
terokailah, belajarlah, dan ketahuilah kebenaran dengan diri kalian sendiri.
Jangan kalian bersandar kepada sesiapa sahaja untuk membuat keputusan berkaitan
akhirat kalian supaya besok kalian tidak menyesal apabila tiada lagi guna
sesalan buat kalian.
Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (Surah Al-Ahzab:
67)
Ini adalah nasihat saya buat kalian, dan
saya bersumpah demi Allah bahawa ianya adalah nasihat seorang lelaki dengan
simpati dan belas ihsan ke atas anda. Justeru fikirkanlah nasihat saya ini dan
bezakanlah gembala daripada serigala, fikir dan kenalilah jalan dan pendekatan
manakah milik Hussein (a.s), dan jalan serta pendekatan manakah pula milik
musuh-musuhnya. Mereka yang menentang Hussein (a.s) berada di jalan ketuanan
manusia dan telah pun mengakuinya. Manakala Hussein (a.s) berada di atas jalan
Ilahi walaupun sedikit bilangan pengikutnya iaitu jalan ketuanan Allah. Amat
malang pada hari ini apabila kita dapati bahawa orang telah sesat ke tahap
mereka menyokong dan berarak di jalan pembunuh Hussein (a.s), yang kemudian
berpura-pura untuk menjadi Syiah (pengikut) Hussein (a.s). Mereka
menziarahinya, memulihkan ritual yang dangkal dan tidak mempunyai apa-apa nilai
seta kosong dari matlamat dan tujuan sebenar revolusi Hussein (a.s) iaitu
ketuanan Allah.
Bagaimana mereka hari ini memulihkan ritual
Husseini dengan membawa bendera musuhnya yang menjulang ketuanan manusia, yang
mengakibatkan penyelewengan maksud sebenar revolusi Husseini dan mengakibatkan
tuduhan palsu bahawa Hussein (a.s) adalah seorang penyokong ketuanan manusia,
atau jalan demokrasi dan pilihanraya, atau apa sahaja yang telah dicipta
melalui jalan tidak sah ini dari orang-orang yang seumpama Yazid bin
Muawiyah?
Ianya adalah satu perkara agak menyakitkan
apabila ulama-ulama sesat hari ini berjaya mengeluarkan kesedaran manusia
sehingga ke satu tahap di mana pengikut-pengikut yang jahil lagi sesat ini akan
membawa panji ketuanan manusia dan setelah itu menziarahi Hussein (a.s), yang
telah disembelih kerana menyangkal ketuanan manusia dan mewujudkan ketuanan
Allah. Bolehkah seseorang itu menjadi bercanggah sehingga ke tahap dia akan
membuang panji orang yang telah dibunuh[viii] ke
tanah dan kemudian membawa panji si pembunuh[ix] ke
makam orang yang dibunuh untuk berdoa untuknya dan mengutuk pembunuhnya?
Maka bagaimana kita hendak mengkategorikan
individu sebegitu dan di pihak mana kita harus meletakkan dia? Adakah kita
hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi pembunuh dan menentang yang dibunuh
disebabkan dia membawa panji pembunuh dan menghina panji yang dibunuh? atau
adakah kita hendak mengatakan bahawa dia menyebelahi yang dibunuh dan menentang
si pembunuh dengan alasan dia mendoakan untuk yang dibunuh dan mengutuk si
pembunuh?
Wahai manusia yang berminda rasional, Wahai
manusia yang waras fikirkanlah hal ini, ketuanan manusia dan Yazid adalah satu,
dan ketuanan Allah dan Hussein adalah satu, maka sesiapa yang membawa, percaya,
dan bertindak berdasarkan panji ketuanan manusia adalah tidak dapat dielakkan
dan pastinya Yazidiyyun.[x] Dia
secara asasnya adalah kepunyaan Yazid walaupun dia melawat Hussein (a.s) setiap
hari dan menghabiskan seumur hidupnya menangisi atas tragedi Hussein (a.s).
Dengan apa cara sekalipun kita tidak boleh mengasingkan Hussein (a.s) dari
revolusi dan tujuannya yang diberkati iaitu untuk mewujudkan ketuanan Allah di
bumi-Nya.
Hari ini, apabila ulama-ulama sesat telah
mengeluarkan fatwa (peraturan wajib) berkaitan syura (perundingan) dan
pemilihan menjadi cara yang sah untuk tadbir urus, dan telah mengeluarkan fatwa
mengenai kesahihan kerajaan yang dipilih oleh syura dan pilihanraya, maka
secara asasnya mereka adalah Yazidiyyun. Jika kegagalan untuk
mengklasifikasikan mereka sebagai Yazidiyyun adalah jenayah, maka
mengklasifikasikan mereka sebagai Husseiniyyun[xi] adalah
jenayah lebih utama yang dilakukan terhadap Hussein (a.s). Ianya adalah
penentangan terhadap revolusi dan matlamatnya yang diberkati iaitu untuk
menamatkan ketuanan manusia dan penegakkan ketuanan Allah di bumi-Nya, atas
alasan bahawa klasifikasi zalim dan menindas yang melanggar piawaian mudah
persepsi manusia yang bertujuan untuk membunuh Al-Hussein (a.s), yang Yazid
(semoga Allah mengutuk dia) sendiri gagal berbuat demikian.
Sebenarnya, konfrontasi Hussein (a.s) di
mana beliau telah syahid telah memberi sumbangan yang besar kepada ketuanan
Allah. Darah Hussein (a.s) yang suci mampu mengekalkan dan mewujudkan negara
Islam sebenar, umat Husseini Muhammadi yang percaya dengan ketuanan Allah dan
ingkar kepada ketuanan manusia. Setiap kali mereka telah dipanggil dengan
gelaran rafidha (ingkar) kerana mereka menolak ketuanan manusia. Selama lebih
daripada seribu tahun umat diberkati ini terpaksa menanggung penindasan untuk
membawa panji ketuanan Allah. Malangnya hari ini, iblis melalui ulama-ulama
sesat telah dapat menyesatkan keturunan umat ini dari agama nenek moyang mereka
dan orang-orang soleh yang terdahulu dari mereka, iaitu mereka yang mengakui
ketuanan Allah.
Kemudian mereka digantikan oleh
keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan
melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka). (Surah
Maryam: 59)
Iblis (semoga Allah memalukan dia) hari ini
dapat membahagikan umat Husseini Muhammadi ini dengan tenteranya iaitu ulama
sesat, yang telah memakaikan diri mereka dengan kedudukan kepimpinan telah
membolehkan matlamat Iblis untuk menyesatkan umat hari ini, yang kebiasaannya
mengakui ketuanan Allah selama lebih daripada seribu tahun. Mereka hari ini
telah membuat umat ini menerima ketuanan manusia dan menolak ketuanan
Allah.
Bencana yang kita hadapi di hari ini adalah
peristiwa Hussein (a.s) yang telah dirampas secara khusus oleh mereka yang
membawa panji pembunuh Hussein (a.s). Jurucakap bagi Hussein (a.s) hari ini
adalah pembunuh dan pembawa panji yang telah memerangi Hussein (a.s) selama
lebih 1000 tahun yang lalu. Hussein (a.s) telah dibunuh ketika berjuang menentang
dan mendedahkan ketidaksahannya, dan ketidaksahan orang-orang yang
mengasaskannya. Ianya adalah panji sama yang diperjuangkan oleh Ali
(a.s).
Panji yang meminggirkan Ali (a.s) dan
menjadikan beliau terpencil di rumahnya selama hampir 25 tahun. Ia adalah panji
yang diperangi oleh Muhammad (sawas) dan kesemua Nabi dan awsiya (a.s)
sebelumnya. Ia adalah panji-panji ketuanan manusia, panji keakuan (ana) atau
Kami (nahnu), atau panji Saqifah[xii] dan
demokrasi, panji pilihan raya atau apa yang manusia inginkan. Itu adalah panji
yang sentiasa menentang apa yang Dia mahukan, atau panji Dia swt, panji
ketuanan Allah dan taat setia kepada Allah, panji yang dibawa oleh para nabi
dan awsiya, dan akan tetap dibawa oleh mereka sehingga ke hari kiamat.
Bencana yang kita hadapi hari ini, adalah
rampasan revolusi Husseini oleh musuh-musuh, yang telah membuatkan ianya tidak
dapat dielakkan dalam rancangan Ilahi bagi mengulangi pembunuhan beramai-ramai
di Karbala, bagi menumpahkan lagi darah tulen Husseini, yang menjadi sebab
untuk memulihkan semula matlamat revolusi Husseini (iaitu ketuanan Allah) dan
juga menyebabkan rancangan Iblis (semoga Allah mengutuk dia dan tentera nya
dari ulama sesat serta memalukan mereka semua) gagal.
Itu adalah kehendak Allah swt dan apa yang
berlaku dalam bulan Muharram Al-Haram. Berikut adalah kebenaran yang jelas
menunjukkan peningkatan dari hari ke hari untuk dilihat oleh semua, walaupun di
sebalik kempen menyesatkan dan penyembunyian kebenaran yang telah diamalkan
oleh ulama-ulama sesat dan pengikut-pengikut mereka.
Segala puji bagi Allah yang telah
menghinakan iblis dan tenteranya dari ulama-ulama sesat dan merosakkan harapan
tinggi mereka, oleh sisa-sisa tulen yang berpegang teguh kepada agama mereka
dan agama nenek moyang mereka dari Syiah Muhammad dan keturunannya (a.s)
seperti berpegang teguh kepada bara api. Mereka menanggung bebanan berat dan
kesakitan dalam membawa mesej ketuhanan di sebalik kekurangan penyokong dan
banyaknya musuh yang bercerucuk di atas kepala mereka.
Salam sejahtera ke atas Ansar Imam Mahdi
(a.s) yang mengesahkan perjanjian mereka dengan Allah. Dari kalangan mereka
beberapa orang yang telah meninggal dunia dan beberapa lagi yang masih menunggu
dan mereka tidak gerun sedikitpun.
Salam sejahtera kepada tawanan yang
tertindas yang duduk di penjara golongan Abbasid zaman moden (semoga Allah
menghinakan mereka). Salam sejahtera bagi kamu, dan kesabaran terbaik adalah
milik kamu. Saya mengingatkan kamu dan diri saya untuk mengambil Awsiya Allah
sebelumnya (rahmat Allah ke atas mereka) sebagai contoh dan model peranan
kita.
Jika kamu berasa sempit di dalam penjara,
maka ingatlah nabi Allah Yusuf (a.s). Dan ingat Imam Musa bin Jafar (a.s) yang
telah dijadikan tawanan oleh tentera Abbasiyyah di dalam sel yang gelap dan
sempit di mana beliau menghabiskan tahun-tahun yang menyakitkan tanpa sebarang
aduan tetapi sebaliknya menghabiskan masa memuji Allah dan menyembah-Nya
sehingga dia meninggal dunia dan pergi kepada Tuhannya dengan sabar dan
mencukupi sekadar Allah.
Wahai orang-orang tersayang sentiasalah
ingat bahawa dunia ini adalah tempat ujian. Jangan sekali-kali mengharapkan
ganjaran daripadanya dan tidak seharusnya kamu mencari-cari ruang untuk berehat
di dalamnya. Ia adalah dunia ujian, justeru berusahalah untuk berjaya, menang,
dan mencapai hasil tertinggi yang kamu mungkin capai dalam ujian ini.
Berusahalah agar ia akan dimeterai dengan baik.
Salam sejahtera ke atas syuhada dan saksi
Kebenaran di zaman kita ini.
Salam sejahtera ke atas kamu yang tulen
yang telah melintasi cahaya, kesedihan kami ke atas kamu tidak pernah berhenti,
Tidak, demi Allah kesedihan saya atas kehilangan kamu adalah sebagaimana
tangisan Amirul Mukminin, iaitu seperti seorang wanita yang disembelih
satu-satu anaknya di pangkuannya.
Salam sejahtera ke atas kamu kerana kamu
adalah orang-orang yang telah memisahkan diri dari dunia ini dan segala
perhiasan di dalamnya ketikamana orang lain terdesak mencarinya.
Salam sejahtera ke atas kamu kerana kamu
adalah orang-orang yang menyokong Kebenaran ketikamana penyokong adalah amat
berharga dan terlalu sedikit.
Salam sejahtera ke atas kamu dan darah kamu
yang tertumpah dan ianya adalah sebab bagi memulihkan semula matlamat revolusi
Husseini.
Salam sejahtera ke atas Hussein (a.s), Ali
bin Hussein (a.s), keluarga suci Hussein (a.s), dan sahabat Hussein (a.s)
yang telah memberikan kehidupan mereka untuk Hussein (a.s).
Salam sejahtera ke atas kamu Wahai Abu
Abdullah. Salam dari seorang yang mengetahui kesucian kamu, yang setia dalam
mengetahui Kebenaran kamu, yang mencapai Allah dengan pengabdian kamu, dan yang
memutuskan ikatan dengan musuh-musuh kamu. Salam dari seorang yang hatinya amat
terluka oleh tragedi yang menimpa kamu dan yang menumpahkan air mata bila
menyebut nama kamu. Salam dari seorang yang tertekan, pilu, rindu dan
damba.
Salam sejahtera dari seorang yang sekiranya
dia bersama dengan kamu di medan perang Tofoof,[xiii] akan
melindungi kamu dengan dirinya daripada pedang, yang memberikan kesemuanya
kepada kamu sehingga kematian mendatanginya, yang berusaha di bawah arahan
kamu, yang menyokong kamu terhadap pembunuh kamu, dan yang mengorbankan jiwa,
badan, harta benda dan anak-anaknya untuk kamu. Jiwanya adalah pengorbanan buat
kamu. Keluarganya adalah perisai buat kamu. Sebagai zarr menghalang saya
daripada kamu, dan takdir menghalang saya daripada menyokong kamu, dan saya
bukan seorang pejuang terhadap orang-orang yang memerangi kamu, mahupun lawan
orang-orang yang menyatakan permusuhan kepada kamu, saya akan meratapi kamu
siang dan malam, dan menangis air mata darah buat kamu, dalam menahan kesedihan
untuk kamu dan kepiluan atas apa yang telah menimpa kamu, sehingga saya mati
dalam kesedihan disebabkan tragedi itu, tercekik akibat dari kesedihan.
Kita kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita
akan kembali. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani, wahai mereka yang sekiranya kesusahan berlaku
Dia membuka pintu-pintu yang tidak terjangkau oleh imaginasi mereka.
Berselawatlah ke atas Muhammad dan
keturunan Muhammad dan bukakanlah pintu-pintu yang tidak terjangkau oleh
imaginasi untuk kesukaran kami.
Segala puji (dari awal hingga akhir, yang
zahir dan yang bathin) bagi Allah semata-mata. Salam sejahtera ke atas mukminin
dan mukminat di timur bumi dan barat, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya
[kepada mereka].
Ahmad Al Hassan Al Yamani
Washi dan Utusan Imam Mahdi (a.s)
Muharram 1432 hijrah.
___________________________________
[i]12
pengganti (12 Mahdis) selepas Imam 12, seperti yang dinyatakan dalam
wasiat.
[ii] iaitu
beliau saw tidak akan memberi petunjuk kepada kemungkaran, ataupun dia akan
membimbing dari ketaatan.
[iii] Imam
Ahmad a.s menambah perkataan ini kepada ucapan iblis.
[iv] iaitu
tergolong kepada Iblis
[v] Imam
as cara sejarah akan berulang dalam butiran terkecil.
[vi] dilihat
semasa tidur.
[vii] dilihat
semasa terjaga.
[viii] Al-Hussein
a.s
[ix] Yazid
[x] Pengikut-pengikut
Yazid
[xi] Pengikut-pengikut
Hussein a.s
[xii] Rumah
Bani Saeda mana beberapa sahabat telah berkumpul sebaik selepas kematian pbuhap
Muhammed untuk memilih khalifah selain Ali as, yang Muhammad pbuhap,
diberikan
[xiii] Karbala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan