Amalan Bulan Rabi3 Al-Awwal
بسم الله الرحمن
الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
Amalan Bulan Rabi3 Al-Awwal
Ketahuilah bahawa dalam bulan Rabi3
Al-Awwal ini berlaku di dalamnya kelebihan yang sempurna di mana tidak berlaku selain
dalam bulannya dari bulan-bulan yang diketahui.
Di dalamnya
adalah kelahiran junjungan kita Al-Rasul (S).dan di dalamnya Nabi (S) berhijrah
dari Makkah ke Madinah dan terselamat dari tipu daya musuh-musuh yang membenci
risalah baginda dan mereka mahu menghalau diri baginda yang mulia dan menghalang
cita-cita baginda.
Dan diriwayatkan dari Al-Syeikh Al-Mufid (Ridhwanu
Allah 3alaih), dari Kitab Hada’iq Al-Riyadh apabila membicarakan bulan Rabi3
Al-Awwal di mana perkataannya adalah hari pertama Nabi (S) berhijrah dari Mekah
ke Madinah pada tahun ketiga belas baginda (S) diutus iaitu pada hari Khamis dan
mustahab untuk berpuasa kerana Allah memenangkan urusan NabiNya dan terselamat dari
musuh baginda.
Maka puasanya diangkat dan menerima kelebihan dengan ganjaran puasanya
diterima mengikut kadar kesyukuran atas keselamatan Rasulullah (S) dan yang membuka
kepada berhijrah dari kebahagiaan di dunia dan janji-janji dan akan lebih baik melakukan
Sholat Syukur, yang disebut di dalam Kitab Al-3ibadaat Bi Al-Sa3adaat yang
tidak mempunyai waktu-waktu tertentu dan berdoa dengan doa-doanya kerana ia
adalah hari kebahagian yang besar yang haknya adalah bersyukur, bersedekah dan mendirikan
badan-badan amal
Dan Al-Syeikh Al-Thusi
(ra), berkata dalam Al-Mishbah. Bahawa hijrah baginda adalah pada malam Khamis,
pada awal bulan Rabi3 Al-Awwal dan kelihatan perjalanan baginda dari Mekah ke gua adalah pada waktu malam dan tidak pada siang
hari kerana takut dan mahu merahsiakan keadaan itu, sehingga tidak menjadikan perjalanan
itu pada siang hari, sementara musuh-musuhnya akan tiba di atas kerja-kerjanya,
dan kerana itu Maulana Ali (as) tidur di atas katil baginda menjadi tebusan
dengan jiwanya; menjadi saksi bahawa menghadap
kaedah ini pada waktu malam tanpa ragu-ragu adalah sifatnya.
Dan Al-Mufid
berkata, dalam Al-Tawarikh Al-Syari3ah bahawa hijrah adalah pada malam Khamis, pada
awal Rabi3 Al-Awwal dan mungkin menyalin Kitab Al-Hada’ik salah dalam menyebut
hari menggantikan malam atau
boleh memadamkan malam, sepertimana firman Allah: tanyalah (penduduk) negeri
itu, penduduk negeri itu mahu menyebutkan apa yang Allah telah bukakan kepada kita
rahasia penghijrahan ini dan ia adalah keajaipan yang mempesona, darinya Allah Jalla
Jalalah memberitahu kepada hamba-hamba-Nya jika mahu menakluk musuh-musuh RasulNya
Muhammad (S) apa perlunya hijrah di waktu malam untuk merahsiakannya dan mampu
untuk menyokong baginda di Mekah tanpa perbuatan yang mengandung bahaya dengan mukjizat
dan perlindungan yang menarik seperti mana Dia mampu untuk menolong Isa putera
Maryam ke atas Yahudi dengan mukjizat, menghadap askar-askar dan bala tentera dan
Ia tidak memerlukan hikmat Ilahiyah, melainkan dinaikkannya ke langit-langit tinggi
dan tidak ada bagiNya kepentingan pada maqam di dunia sama sekali bagi menjadikan
hamba itu redha dengan apa yang dilihat tuannya, untuk mengurus pada yang
sedikit atau banyak, dan bukannya Allah Jalla Jalalah tidak boleh mewakilkan
kepada manusia dalam urusannya, yang sesuai dengan tadbirNya. dan tentulah dengan
ketiadaan jariah atau isterinya di rumahnya yang dipercayainya dalam
menguruskan tinggalannya. Iqbal Al-A3mal J 2 hal 417
Berdoa pada bila-bila
masa dakam bulan Rabi3 Al-Awwal{ Uxapkanlah
اللهم لا إله إلا أنت يا ذا الطول و القوة و الحول و العزة
سبحانك ما أعظم وحدانيتك و أقدم صمدانيتك و أوحد إلهيتك و أبين ربوبيتك و أظهر
جلالك و أشرف بهاء آلائك و أبهى كمال صنائعك [كرم بها صنائعك] و أعظمك في كبريائك
و أقدمك في سلطانك و أنورك في أرضك و سمائك و أقدم ملكك و أدوم عزك و أكرم عفوك و
أوسع حلمك و أغمض علمك و أنفذ قدرتك و أحوط قربك أسألك بنورك القديم و أسمائك التي
كونت بها كل شي ء أن تصلي على محمد و [على] آل محمد كما صليت و باركت و رحمت و
ترحمت على إبراهيم و على آل إبراهيم إنك حميد مجيد و أن تأخذ بناصيتي إلى موافقتك
و تنظر إلي برأفتك و رحمتك و ترزقني الحج إلى بيتك الحرام و أن تجمع بين روحي و
أرواح أنبيائك و رسلك و توصل المنة بالمنة و المزيد بالمزيد و الخير بالبركات و
الإحسان بالإحسان كما تفردت بخلق ما صنعت و على ما ابتدعت و حكمت و رحمت فأنت الذي
لا تنازع في المقدور و أنت مالك العز و النور وسعت كل شي ء رحمة و علما و أنت
القائم الدائم المهيمن القدير إلهي لم أزل سائلا مسكينا فقيرا إليك فاجعل جميع
أمري [أموري] موصولا بثقة الاعتماد عليك و حسن الرجوع إليك و الرضا بقدرك و اليقين
بك و التفويض إليك سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم سبحانه
بل له ما في السماوات و الأرض كل له قانتون سبحانك فقنا عذاب النار سبحانك تبت
إليك و أنا أول المؤمنين سبحانك أنت ولينا من دونهم سبحان الله رب العالمين سبحان
الله و ما أنا من المشركين سبحان الله عما يشركون سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من
المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا إنه هو السميع
البصير سبحان الله حين تمسون و حين تصبحون و له الحمد في السماوات و الأرض و عشيا
و حين تظهرون يخرج الحي من الميت و يخرج الميت من الحي و يحيي الأرض بعد موتها و
كذلك تخرجون سبحانه و تعالى عما يشركون سبحانه و تعالى عما يقولون علوا كبيرا
سبحان ربنا إن كان وعد ربنا لمفعولا سبحان الذي بيده ملكوت كل شي ء و إليه ترجعون
سبحانه بل عباد مكرمون سبحانه هو الله الواحد القهار سبحان ربنا إنا كنا ظالمين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون و سلام على المرسلين و الحمد لله رب العالمين اللهم
صل على محمد و آل محمد و عرفنا بركة هذا الشهر و يمنه و ارزقنا خيره و اصرف عنا
شره و اجعلنا فيه من الفائزين برحمتك يا أرحم الراحمين.
Hari Kelapan: tahun dua ratus enam puluh H, Imam Al-Hassan Al-Askari (as) wafat.
Beliau telah melantik Shohib Al-Amr (Imam Mahdi (as)) sebagai Imam pada
penciptaan dan sesuai melakukan ziarah kepada mereka berdua (as) pada hari ini.
Hari
Kesembilan: Hari
Raya besar, iaitu Eid Al-Baqir dan penjelasannya panjang lebar. Ia disebut
di ruangannya dan diriwayatkan bahawa
sesiapa yang membelanjakan sseuatu pada hari ini akan diampun dosa-dosanya dan
dikatakan mustahab pada hari ini agar memberi makan kepada saudara-saudara mukmin
dan mengembirakan mereka dan – memberi kecukupan dalam nafkah anak-anaknya dan
memakai pakaian yang baik dan bersyukur kepada Allah SWT dan beribadah kepadaNya.
Ia adalah hari hilangnya kesusahan dan kesedihan, Ia adalah hari yang sangat mulia.
Pada hari kelapan (hari sebelumnya) dalam bulan ini adalah hari wafatnya Imam Al-Hassan
Askari (as), dan hari ini adalah hari pertama zaman Shohib Al-‘Ashar (Imam
Mahdi (as)), roh-roh sekalian alam adalah sebagai penebusnya dan menjadikan
hari ini lebih mulia dan lebih utama.
Hari kesepuluh bulan Rabi3 Al-Awwal:
Diriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Al-Syeikh
Al-Mufid (Ridhwanu Allah 3alaih), dari Kitab Hada’iq Al-Riyadh, katanya apabila
menyebut Rabi3 Al-Awwal pada hari kesepuluh ini adalah hari berlansungnya perkahwinan
Nabi (S) dengan Khadijah binti Khuwailid Ummul Mukminin (ra). Umurnya empat
puluh tahun dan baginda berumur dua puluh lima tahun. mustahab berpuasa tanda
syukur kepada Allah Taala atas taufiqNya mendamaikan antara Rasul-Nya dan yang
sholehah dengan redha lagi diredhai-Nya [suci]
Hari ke-12 pada bulan Rabi3 Al-Awwal:
Diriwayatkan dengan
sanadnya sampai kepada Al-Syeikh Al-Mufid seperti yang dinyatakan di dalam dari
Kitab Hada’iq Al-Riyadh, disebutkan di dalamnya: `Adalah Rasulullah (S) masuk
ke Madinah pada waktu matahari zawal (tengahari) dan pada hari yang sama tahun
kedua dan tahun kelapan selepas hijrah tamatnya Daulah Bani Marwan. Adalah mustahab
berpuasa tanda bersyukur kepada Allah Taala atas musnahnya musuh-musuh RasulNya
dan pemberontak hamba-hambanya. Dikatakan, kerana dibai’ah oleh penyembelih Khalifah pertama Daulah Hasyimiyah, Marwan dibunuh
dan hilangnya Kerajaan Bani Umayyah keseluruhannya, ia berlaku [pada] hari kedua
puluh tujuh Zhu Al-Hijjah seperti yang dinyatakan sebelum ini dalam Amalan
Bulan Zhu Al-Hijjah
Dan telah
diriwayatkan dalam Kitab Al-Ta3fif Lil-Maulud Al-Syarif beberapa artikel menyatakan
bahawa pada dua belas Rabi3 Al-Awwal ialah kelahiran Rasulullah (S) maka
berpuasa pada hari itu penting dalam usaha ibadat, termasuk usaha berjihad.
Dinyatakan sholat
pada hari ini: adalah mustahab untuk sholat dua rakaat. Pada rakaat pertama Al-Hamd
sekali dan Qul Ya Aiyuha l-Kafirun tiga kali dan pada rakaat kedua Al-Hamd sekali
dan Qul Huwa Allahu Ahad tiga kali
Hari Keempat Belas: Pada tahun enam puluh empat, Yazid bin Muawiyah mati untuk bergegas ke
tingkat jurang neraka. dan di dalam Kitab Akhbar Al-Daulah menyatakan bahawa
dia meninggal dunia kerana mengalami musibah dengan jauh dari kesucian Islam di
Hauran jenazahnya dibawa ke Damsyik dan dikebumikan di pintu kecil dan kuburnya
sekarang tempat pembuangan sisa kotoran. umurnya mencapai tiga puluh tujuh tahun
dan menjadi khalifah selama tiga tahun sembilan bulan.
.
Malam Ketujuh
belas: malam ini adalah hari lahir Nabi Penutup (S),
malam yang sangat mulia dan dia memberitahu Al-Syed menceritakan dengan
panjang lebar katanya, Pada malam ini juga baginda Mi’raj setahun sebelum hijrah.
Hari Ketujuh Belas: Hari kelahiran Nabi Penutup Muhammad bin Abdullah (S) yang
terkenal di kalangan Imamiyah dan diketahui bahawa kelahirannya adalah di Mekah
yang dimuliakan di dalam rumahnya pada waktu subuh pada hari Jumaat pada Tahun
Gajah di dalam Perjanjian Anwasyirwan yang adil. Pada hari yang mulia ini, juga pada tahun lapan
puluh tiga lahir Imam Ja’far Al-Shadiq (as) Ditambahkan kelebihan serta
penghormatan dan secara ringkasnya bahawa pada hari yang mulia ini di mana ada beberapa
amalan:
Pertama: Mandi.
Kedua: Puasa ada banyak kelebihan dari yang diriwayatkan: Sesiapa yang berpuasa
pada hari ini akan ditulis kepadanya berpuasa setahun. Dan hari ini adalah
salah satu daripada empat hari yang dikhaskan berpuasa antara hari-hari dalam
setahun
Ketiga Ziarah
Nabi (S) dan keluarganya dari dekat atau dari jauh.
Keempat: Ziarah
Amirul Mukminin (as):, termasuk ziarah Al-Shadiq (as) dan mengajar Muhammad
bin Muslim dari lafaz ziarah dan akan dibentangkan dalam bab ziarah,
Insyaallah.
Kelima: Sholat pada hari yang tinggi dua rakaat dibacakan dalam setiap rakaat
selepas Al-Hamd Surah inna anzalnah sepuluh kali dan Surah Al-Tauhid sepuluh
kali
Keenam: Umat Islam harus membesarkan hari ini dan bersedekah, berbuat baik,
dan memudahkan orang-orang yang beriman dan ziarah Masyahid (tempat-tempat
suci) yang mulia. dan Al-Syed dalam Al-Iqbal telah menyebarkan perkataan itu harus
membesarkan hari ini.
Beliau berkata:
Saya telah menemui orang Kristian dan sekumpulan umat Islam yang membesarkan
kelahiran Isa (as). Membesar-besarkannya bukanlah membesarkan seseorang di alam
ini dan yang peliknya bagaimana meyakinkan untuk membesarkan kelahiran seorang
Islam itu, bagaimana meyakinkan menjadikan kelahiran nabi mereka adalah lebih
besar daripada semua nabi tanpa kelahiran salah seorang nabi.
✡✡✡✡✡
<<[ Kembali
ke Laman Utama ]>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan