Selasa, 17 April 2018

Amalan Bulan Muharram: Malam kesepuluh


Amalan Bulan Muharram: Malam kesepuluh

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما 



Amalan Bulan Muharram: Hari kesepuluh


''Malam Asyura''

Al-Syed dalam Al-Iqbal meriwayatkan mengenai banyak doa-doa dan Sholat pada malam ini dan ditemukan yang baik daripadanya adalah:

** Sholat seratus rakaat dengan setiap rakaat membaca Al-Hamd dan tiga kali Qul Huwa Allah Ahad.

Setelah selesai kesemuanya ucapkan tujuh puluh kali:

سُبْحانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلا اِلـهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلاّ بِاللهِ الْعَلىِّ الْعَظيمِ 
Subhana Allah Wal-Hamdu Lillah Wala Ilaha illa Allahu Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwata Illa Billlahi l-3aliyi l-3adzim


juga dinyatakan beristighfar selepas ungkapan (l-3aliyi l-3adzim) dalam riwayat yang lain

** Sebahagian darinya sholat empat rakaat pada akhir malam dan membaca dalam tiap-tiap rakaat selepas Al-Hamd Ayat Kursi dan Surah Al-Tauhid, Surah Al-Falaq dan Al-Nas sepuluh kali sekali dan membaca Surah Al-Tauhid selepas salam seratus kali

** Sebahagian darinya sholat empat rakaat, membaca dalam setiap rakaat Al-Hamd dan Surah Al-Tauhid lima puluh kali dan sholat ini sepadan dengan sholat Sholat Amirul Mukminin Ali (as).  dengan fadhilat yang besar.

Al-Syed berkata selepas menyebut sholat ini: Apabila salam pada rakaat keempat banyakkan zikir kepada Allah SWT dan selawat ke atas Rasul-Nya dan melaknat musuh-musuh mereka seberapa yang boleh. Diriwayatkan untuk menghidupkan malam ini yang dihidupkan seperti ibadat hamba Allah dari semua malaikat dan ganjaran amal padanya seumpama beribadat tujuh puluh tahun, dan senilai dengan berziarah Al-Hussein (as) pada malam ini di Karbala dan bermalam di sisinya sehingga subuh, Pada hari kiamat dia akan dikumpulkan Allah berlumuran dengan darah Al-Hussein (as) dan termasuk di kalangan orang yang mati syahid dengan beliau (as).




                                     
                    
✡✡✡✡✡




Tiada ulasan: