Selasa, 24 April 2018

Keutamaan malam dan siang hari Jumaat


Keutamaan malam dan siang hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا 

Keutamaan malam dan siang hari Jumaat

Ketahuilah bahawa malam dan siang hari Jumaat adalah malam-malam dan hari-hari tersendiri tenteram dan mereka menamakannya demi kehormatan dan pengertiannya. Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda:

انّ ليلة الجمعة ونهارها أربع وعشرون ساعة، لله عزّ وجلّ في كلّ ساعة ستمائة ألف عتيق من النّار

Sesungguhnya malam dan hari Jumaat adalah dua puluh empat jam, bagi Allah AWJ dalam setiap jam membebaskan enam ratus ribu dari api (neraka).

وعن الصّادق (عليه السلام) قالمَن مَات ما بين زوال الشّمس من يوم الخميس الى زوال الشّمس من يوم الجُمعة اعاذه الله من ضغطة القبر 

Dan dari Al-Shadiq (as) katanya: Barangsiapa mati di antara hilangnya matahari pada hari Khamis, hingga hilangnya matahari pada hari Jumaat, Allah akan melindunginya dari himpitan kubur

وعنه (عليه السلام) أيضاً قالانّ للجمعة حقّاً فايّاك أن تضيّع حرمته أو تقصر في شيء من عبادة الله والتقرّب اليه بالعمل الصّالح وترك المحارم كلّها فانّ الله تعالى يضاعف فيه الحسنات ويمحو السّيئات ويرفع فيه الدّرجات ويومه مثل ليلته فان استطعت أن تحييها بالدّعاء والصلاة فافعل فانّ الله تعالى يرسل فيها الملائكة الى السّماء الدّنيا لتضاعف فيها الحَسَنات وتمحو فيها السّيئات وانّ الله واسِع كريم

Dan juga dari Al-Shadiq (as) katanya, hari Jumaat mempunyai haknya, maka janganlah kamu menyia-nyiakan kesuciannya atau kurang beribadah kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan amalan sholeh dan meninggalkan perbuatan buruk dan meningkatkan darjat pada waktu siang dan malam. Jika tidak mampu hendaklah menghidupkannya dengan berdoa dan sholat, jika dia melakukannya Allah akan mengutus malaikat ke langit dunia untuk menggandakan perbuatan baik dan menghapuskan perbuatan buruk, dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Pemurah. 

وأيضاً في حديث معتبر عنه (عليه السلام) قالانّ المؤمن ليدعو في الحاجة فيؤخّر الله حاجته الّتي سأل الى يوم الجمعة ليخصّه بفضله (أي ليضاعف له بسبب فضل يوم الجمعة) وقال لمّا سأل اخوة يوسف يعقُوب أن يستغفر لهم ، قال : (سَوْفَ اَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبّي) ثمّ أخّر الاستغفار الى السّحر من ليلة الجمعة كي يستجاب له .


Juga dalam hadits yang muktabar beliau (as) berkata: Sesungguhnya doa orang mukmin atas hajatnya akan ditangguhkam Allah apa yang dimintanya itu hingga hari Jumaat kerana keutamaannya yang khusus (iaitu untuk menggandakan kepadanya kerana keutamaan hari Jumaat) dan berkata, apabila saudara-saudara Yusuf meminta Ya'qub memohonkan ampunan untuk mereka, Firman Allah: (Ya'qub berkata: "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku.) dan kemudian ditangguhkan permohonan maaf itu ke waktu sahur malam Jumaat supaya dimakbulkan.

وعنه أيضاً قالاذا كان ليلة الجمعة رفعت حيتان البحور رؤوسها ودواب البراري ثمّ نادت بصوت طلق رَبّنا لا تُعَذِّبْنا بِذُنُوب الادميّين 

Dan juga darinya (as) berkata: Apabila tiba malam Jumaat ikan-ikan paus di lautan dan binatang-binatang liar mengangkat kepalanya dan kemudian menyeru dengan suara ngeri: Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau siksa kami atas dosa-dosa anak Adam.

وعن الباقِر (عليه السلام) قالانّ الله تعالى ليأمر ملكاً فينادي كلّ ليلة جمعة من فوق عرشه من أوّل الليل الى آخره: الا عبد مؤمن يدعوني لاخرته ودنياه قبل طلُوع الفجر فأجيبه ؟ ألا عبد مؤمن يتوب اليّ من ذنوبه قبل طلوع الفجر فأتوب عليهم ألا عبد مؤمن قد قتّرت عليهِ رزقه فيسألني الزّيادة في رزقه قبل طلوع الفجر فأزيده وأوسع عليه؟ ألا عبد مؤمن سقيم فيسألني أن أشفيه قبل طلوع الفجر فاعافيه؟ الا عبد مؤمن مغموم محبوس يسألني أن اطلقه من حبسه وأفرّج عنه قبل طلوع الفجر فأطلقه واخلّي سبيله؟ ألا عبد مؤمن مظلوم يسألني أن آخذ له بظلامته قبل طلوع الفجر فأنتصر له وآخذ بظلامته ؟ قال : فلا يزال ينادي حتّى يطلع الفجر

Dan Al-Baqir (as) katanya: Bahawa Allah Taala memerintahkan malaikat supaya menyeru setiap malam Jumaat dari atas Arasy-Nya dari awal malam hingga ke penghujungnya: Tidakkah hamba mukmin yang berdoa kepadaKu untuk akhirat dan urusan dunianya sebelum fajar lalu Aku makbulkannya? Tidakkah hamba mukmin yang bertaubat daripada dosa-dosanya sebelum terbit fajar nescaya Aku terima taubat mereka?. Tidakkah hamba mukmin yang terbatas rezekinya lalu meminta padaKu supaya bertambah rezekinya sebelum terbit fajar nescaya Aku tambah dan Kuperluaskan ke atasnyia? Tidakkah hamba mukmin yang sakit lalu meminta padaKu penyembuhannya sebelum terbit fajar lalu Aku menyehatkannya? Tidakkah hamba mukmin yang cemas (sedih) bermasalah meminta padaKu melepaskannya dari cemasnya dan membebaskannya sebelum sebelum terbit fajar, lalu Aku membebaskan dan melepaskannya? Tidakkah hamba mukmin yang dizalimi meminta padaKu untuk menghindarkan kezaliman itu sebelum terbit fajar, lalu Aku menolongnya dan menghindarkan kezaliman itu? Beliau berkata: Janganlah berdoa sehingga (sebelum) terbit fajar.

وعن أمير المؤمنين (عليه السلام) قالانّ الله اختار الجُمعة فجعل يومها عيداً واختار ليلتها فجعلها مثلها وانّ من فضلها أن لا يسأل الله عزّوجلّ أحد يوم الجُمعة حاجة الاّ استجيب له وان استحقّ قوم عقاباً فصادفوا يوم الجمعة وليلتها صرف عنهم ذلك ولم يبق شيء ممّا احكمه الله وفضّله الاّ أبرمه في ليلة الجمعة، فليلة الجمعة أفضل اللّيالي ويومها أفضل الايّام ، 


Dan Amirul Mukminin (as) katanya: bahawa Allah memilih hari Jumaat lalu dijadikan hari itu hari raya dan memilih malamnya lalu dijadikan seumpamanya, di antara keutamaannya adalah seseorang tidak meminta kepada Allah AWJ satu hari dari hari Jumaat sesuatu hajat, melainkan akan dimakbulkanNya. Dan jika sesuatu kaum layak mendapat hukuman, dan mereka bertemu (bermesyuarat) pada hari Jumaat dan malamnya, mereka akan dipalingkan daripadanya. Dan tidak ada lagi penghakiman Allah dan kelebihannya melainkan menetapkannya pada malam Jumaat. Maka malamnya adalah malam terbaik dan harinya adalah hari-hari yang terbaik,

وعن الصّادق (عليه السلام) قالاجتنبوا المعاصي ليلة الجمعة فانّ السّيئة مضاعفة والحسنة مضاعفة ومن ترك معصية الله ليلة الجُمعة غفر الله له كلّ ما سلف ومَن بارز الله ليلة الجُمعة بمعصية أخذه الله بكلّ ما عمل في عُمره وضاعف عليه العذاب بهذه المعصية .

Dan dari Al-Shadiq (as) katanya: Elakkan maksiat pada malam Jumaat, kerana yang buruk dan yang baik akan digandakan dan sesiapa yang meninggalkan maksiat kepada Allah pada malam jumaat itu, Allah juga akan mengampufkan semua dosa-dosanya yang telah lalu. dan sesiapa yang keluar pada malam Jumaat dengan bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan mengambil semua amalan dari seumur hidupnya yang lama dan melipat gandakan keatasnya azab dengan dosa maksiat ini.

وبسند معتبر عن الرّضا (عليه السلام) قالقال رسول الله (صلى الله عليه وآله) : انّ يوم الجُمعة سيّد الايّام يضاعف الله عزّوجلّ فيه الحسنات ويمحو فيه السّيّئات ويرفع فيه الدّرجات ويستجيب فيه الدّعوات ويكشف فيه الكربات ويقضي فيهِ الحوائج العظام وهو يوم المزيد لله فيهِ عتقاء وطلقاء من النّار، ما دعا فيه أحد من النّاس وعرف حقّه وحرمته الاّ كان حقّاً على الله عزّوجلّ أن يجعله من عتقائه وطُلقائه من النّار، فان مات في يومه أو ليلته مات شهيداً وبعث آمناً وما استخفّ أحد بحرمته وضيع حقّه الاّ كان حقّاً على الله عزّوجلّ أن يصليه نار جهنّم الاّ أن يتوب 

Dengan sanad muktabar dari Al- Redha (as) katanya: Rasulullah (S) bersabda: "Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Allah AWJ menggandakan perbuatan baik padanya, dan dia akan menghapus perbuatan jahat padanya, akan mengangkatnya beberapa darjat, akan mengabulkan doa-doa dan akan menghilangkan bencana dan menyempurnakan hajat-hajat yang besar. Ia adalah hari Allah tambahkan kebebasan dan,kemerdekaan dari api neraka, tidak mendakwa seorang manusia yang mengetahui haknya dan diharamkan atasnya, melainkan ia adalah hak Allah AWJ untuk menjadikan dia bebas dan merdeka dariri api neraka, Jika dia meninggal dunia pada siang hari atau malamnya, dia telah mati syahid dan akan dibangkitkan dengan selamat dan tiada seorang pun yang memandang remeh kehormatannya dan tidak kehilangan haknya, melainkan ia adalah hak Allah AWJ akan membakarnya dengan api Neraka kecuali dengan bertaubat.

وباسناد معتبرة عن الباقر (عليه السلام) قالما طلعت الشّمس بيوم أفضل من يوم الجمعة وانّ كلام الطّير اذا لقي بعضها بعضاً سلام سلام يوم صالح 
                                               
Dengan sanad muktabar dari Al-Baqir (as) katanya: Tidak terbit matahari yang lebih baik daripada hari Jumaat, dan bahawa burung-burung berkata-kata apabila bertemu di antara satu sama lain dengan salam, salam pada hari yang baik

وبسند معتبر عن الصّادق (عليه السلام)قالمن وافق منكم يوم الجُمعة فلا يشتغلنّ بشيء غير العبادة فانّ فيه يُغفر للعباد وتنزل عليهم الرّحمة وفضل ليلة الجُمعة ونهارها أكثر من أن يُورد في هذه الوجيزة .

 Dengan sanad muktabar dari Al-Shadiq (as) katanya: Sesiapa yang mendukung pada hari Jumaat, dan tidak melakukan sesuatu selain beribadah maka hamba-hamba itu akan dapat pengampunan dan turun kepada mereka rahmat. Ada banyak lagi keutamaan malam dan siang hari Jumaat yang dinyatakan dalam artikel ringkas ini]




..
✡✡✡✡✡
                                         



Tiada ulasan: