Mengenai: Wuquf di Arafah
Mempertimbangkan:
Pengenalannya, Cara-caranya, dan Akhirannya.
Pengenalan:
Adalah mustahab bagi yang mengerjakan Haji
Tamattuk supaya keluar ke Arafah pada Hari Tarwiyah (8 Zhu Al-Hijjah) selepas kedua-dua
sholat Dzohor-‘Ashar, melainkan terpaksa seperti orang tua yang bimbang
(kesakitan) dan sesiapa yang takut kepada orang banyak (bersesak-sesak), dan hendaklah
pergi ke Mina dan bermalam di sana sehingga terbit fajar pada hari Arafah,
tetapi tidak dibenarkan ke Wadi Mahsar melainkan selepas terbit matahari.
Adalah makruh
untuk keluar sebelum fajar kecuali darurat, seperti orang yang sakit dan orang yang
takut. Seorang imam (ketua) adalah mustahab baginya untuk tinggal di sana
sehingga matahari terbit, dan mustahab untuk berdoa dengan doa-doa Al-Marsum apabila
keluar dan hendaklah mandi untuk Wuquf.
Cara-caranya:
Ia termasuk yang wajib
dan yang sunat:
Diwajibkan: Berniat
dan boleh dilakukan sehingga matahari terbenam. Maka sekiranya dia wuquf di
Namirah, ‘Urnah, Tsawiyah, atau Zhi Al-Majaz, atau di bawah penglihatan, tidak dibenarkan
padanya.
Sekiranya dia bertolak sebelum matahari
terbenam, kerana dia tidak tahu atau terlupa, tidak ada yang salah dengannya. Sekiranya
dia sengaja hendaklah ditebusnya dengan unta Badanah, Jika dia tidak mampu hendaklah
berpuasa selama lapan belas hari. Jika dia kembali semula sebelum matahari
terbenam, dia tidak perlukan apa-apa..
Mengenai Hukumnya,
Ada lima perkara
Pertama: Wuquf di Arafah adalah rukun,
sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja tiada haji padanya, dan sesiapa
yang meninggalkannya dengan tidak sengaja boleh diperbaiki selagi waktu masih
ada, jika dia terlepas Wuquf di Arafah dengan menyertai Wuquf di Masy’ari
Al-Haram.
Kedua: Waktu pilihan untuk Arafah dari
matahari rembang (tengahari) hingga ke terbenam matahari, sesiapa yang
meninggalkannya dengan sengaja rosaklah hajinya, dan waktu terpaksa (kecemasan)
sehingga fajar Hari Raya Korban.
Ketiga: Sesiapa yang terlupa Wuquf di Arafah
kembali berwuquf di sana walaupun sehingga terbit fajar jika dia tahu dia sedar
di Masy’ari Al-Haram sebelum matahari terbit, jika kemungkinan besar melampaui
akan berakhir ia terhad kepada kesedaran di Masy’ari Al-Haram sebelum matahari
terbit dan telah sempurnalah Hajinya. Begitu juga jika dia terlupa Wuquf di Arafah
dan tidak mengingatnya melainkan selepas Wuquf (berada) di Masy’ari Al-Haram sebelum
matahari terbit.
Keempat: Jika dia
Wuquf di Arafah sebelum matahari terbenam, dan dia tidak datang ke Masy’ari
Al-Haram sebelum tengahari sah hajinya.
Kelima: Jika dia
tidak datang untuk berwuquf di Arafah pada siang hari dan dia wuquf pada waktu
malam, kemudian dia tidak datang ke Masy’ari Al-Haram sebelum tengahari sah
hajinya.
Yang disunatkan: Wuquf di lapangan
kaki-kaki gunung, dan berdoa dari yang diterima dari Ahl Al-Bayt (as) atau doa-doa
yang lain, dan hendaklah berdoa untuk dirinya sendiri, ibu bapa dan orang-orang
mukmin, dan membuat khemahnya di Namirah, dan berwuquf di dataran, dan di
sepanjang perjalanannya ia menutup gangguan-gangguan oleh dirinya sendiri, dan hendaklah
berdoa.secara berdiri
Makruh: Wuquf di puncak gunung, dalam menunggang,
dan sambil duduk .
Mengenai: Wuquf (berada) di
Masy’ari Al-Haram
Mempertimbangkan:
Pengenalannya dan Cara-caranya,.
Pengenalan:
Mustahab berekonomi
dalam perjalanan ke Masy’ari Al-Haram, dan hendaklah jika sampai di Al-Katsib
Al-Ahmar di kanan jalan mengucapkan:
(اللهم
ارحم موقفي، وزد في عملي، وسلم لي ديني، وتقبل مناسكي)
(Ya
Allah, rahmatiilah wuqufku, dan tambahkan amalanku, dan selamatkan bagiku agamaku
dan terimalah kerja-kerja hajiku),
dan hendaklah
menta’khir sholat Maghrib dan ‘Isya’ hingga ke Muzdalifah, sehingga menjadi
satu perempat malam. Sekiranya terhalang dari bersholat bolehlah didirikan dalam
perjalanan, dan menjamakkan antara Maghribi dan ‘Isya’ dengan satu azan dan dua
iqamah tanpa sholat nawafil antara keduanya dan menta’khir nawafil Maghribi kepada
selepas sholat ‘Isya’.
Cara-caranya:
Yang diwajibkan: Niat dan Wuquf (berada) di
Masy’ari Al-Haram, satu-satunya sahaja: di antara Al-Ma’zimain ke Al-Hiadh
ke Wadi Mahsar. Dan jangan Wuquf selain di Masy’ari Al-Haram, dan dibolehkan
bersama ramai orang (bersesak-sesak) naik ke gunung. Jika dia berniat untuk Wuquf
kemudian dia tidur atau hilang akal atau dia tidak sedarkan diri, adalah sah
Wuqufnya.
Dan hendaklah berwuquf selepas terbit fajar,
jika telah bertolak sebelumnya dengan sengaja selepas dia berada di waktu malam
- walaupun sekejap - tidak membatalkan hajinya, jika dia telah Wuquf di Arafah,
dan hendaklah ditebusnya dengan seekor kambing (biri-biri). Adalah dibenarkan
untuk bertolak sebelum Fajar bagi wanita, dan sesiapa yang takut kepada dirinya
sendiri tanpa tebusan. Sekiranya dia bertolak dengan tidak sengaja (lups) tidak
ada apa-apa masalah padanya.
Adalah mustahab untuk wuquf selepas sholat Fajar,
dan hendaklah berdoa dengan doa-doa Al-Marsum, atau apa yang termasuk Al-Hamdu
Lillah (pujian kepada Allah), dan untuk memujiNya serta untuk berselawat kepada
Nabi dan keluarganya (as), Dan berjalan berhati-hati di Masy’ari Al-Haram dengan
berkaki ayam.dan mustahab untuk meningkatkan kata-kata hiasan dalam mengingati Allah
ke atasnya..
Lima Masalah:
Yang pertama
ialah masa untuk wuquf di Masy’ari Al-Haram di antara terbit Fajar dengan
terbit matahari, dan bagi orang dalam
kesulitan hingga ke tengahari.
Kedua: Mereka
yang tidak wuquf di Masy’ari Al-Haram pada waktu malam, atau selepas Fajar
dengan sengaja batallah hajinya, dan jika dia meninggalkannya kerana terlupa
tidak membatalkan hajinya jika dia wuquf di Arafah. Jika dia meninggalkan kedua-duanya
batallah hajinya samada dengan sengaja atau lupa.
Ketiga: Mereka
yang tidak wuquf di Arafah dan menyadarinya di Masy’ari Al-Haram sebelum
matahari terbit sah hajinya, jika melepasinya batallah hajinya. Jika dia wuquf di
Arafah, dia boleh berada di Masy’ari Al-Haram sebelum tengahari.
Keempat: Sesiapa yang melepasi Hajinya bertahlul
dengan umrah ifrad, kemudian melaksanakannya jika ia secara wajib pada sifat
yang diwajibkan, samada dengan haji Tamattuk, Qiran atau Ifrad.
Kelima: Sesiapa
yang melepasi Hajinya, gugurlah perbuatan-perbuatan darinya, dan ia adalah mustahab
baginya tinggal di Mina hingga tamat hari-hari Tasyriq, dan kemudian dia akan
melakukan kerja-kerja 'Umrah, yang dia akan bertahlul dengannya.
Kesimpulan:
Jika dia sampai di Masy’ari Al-Haram,
adalah mustahab untuk mengambil batu kerikil, iaitu tujuh puluh ketul batu, adalah
dibenarkan walaupun jika ia diambil dari orang lain, tetapi ia adalah dari tanah
Haram selain daripada masjid. Ia wajib pada tiga syarat: terdiri dari yang dipanggil
batu, dan dari tanah Haram, dan yang suci. Dan adalah mustahab untuk dibersihkan
(dijirus), lembut, sebesar hujung jari, bahagian sangat hitam, mudah dipegang,.
Makruh untuk menjadi pepejal (keras), atau mudah pecah.
Adalah mustahab bagi seseorang selain
daripada imam untuk bertolak beberapa ketika
sebelum terbit matahari, tetapi tidak dibenarkan untuk ke Wadi Mahsar ditinggalkan
kecuali setelah ia terbit. Dan imam menundanya sehingga ia terbit, dan berlari
anak (sa’ei) di Wadi Mahsar sambil mengucapkan:
اللهم سلم عهدي، واقبل
توبتي، واجب دعوتي، واخلفني فيمن تركت بعدي
(Ya Allah, selamatkanlah
perjanjian ku, dan terimalah taubatku, jawablah doaku, dan gantikanlah aku pada orang yang kutinggalkan
selepasku).
Dan jika meninggalkan berlari anak (sa’ei)
tersebut dia hendaklah kembali mengulangi sa’ei itu dan ianya adalah mustahab.
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡ Kandungan Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan