Soalan 584: Jalan mendapat keyakinan dan ketenangan
Al-Syed Ahmad Al-Hassan .. melalui
penyelidikan yang tuan lakukan untuk membuat kesimpulan bahawa riwayat-riwayat
Ahl Al-Bait (as) didapati bahawa isyarat jelas kepada peribadi yang berketurunan
kepada; Imam Mahdi (as) yang dinyatakan sebagai Al-Mahdi, Al-Manshur (pembantu),
Al-Wazir (menteri) dan Maula (pemimpin) yang mengikuti perintahnya, dan saya
beriman dengan semua ini. Tetapi untuk menetap dan menenangkan hati saya, maka
adakah jalan menujunya, yang akan membimbing kita dengan rahmat Allah.
Al-Syed Ahmad
Al-Hassan.. Semua yang tuan bawakan dengan dalil-dalil riwayat-riwayat mengukuhkan
Hujjah tuan. Kehadiran tuan dan rujukan tuan termasuk riwayat-riwayat yang
sahih, Insya-Allah, tetapi yang masih ada adalah kebimbangan (kegelisahan)
penerima, termasuk persoalan-persoalan, jadi bagaimanakah cara untuk meyakinkan
dan menenangkan hati saya?
والسلام عليكم
ورحمة الله وبركاته.
Pengirim: Shadiq -
Iraq
Jawapan:
بسم الله الرحمن
الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل
محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Semoga Allaah
memberi kejayaan kepada kamu untuk semua yang baik, jika kamu mencari keyakinan
dan ketenangan, maka kamu harus kembali dan membuat perjalanan kepada Allah dan
bertanya kepada-Nya, dan semoga Dia Yang Maha Suci menyahut kamu, Dan apa yang menenangkan hati yang suci adalah keikhlasan
kepada Dia Yang Maha Suci. Dan jalan paling ringkas adalah dengan membuat
perjalanan kepadaNya, jalan yang tidak memerlukan sesuatu melainkan niat
sahaja, ia tidak jauh dari penciptaanNya Yang Maha Tinggi (SWT).
﴿وَلَقَدْ
خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ
إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ﴾
Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [Qaf 50:16]
,
dan apa yang lebih
mudah selain bertanyalah kepadaNya dan suara yang didengar tidaklah samar dan tidak
akan bertambah limpah kurniaNya melainkan Keagungan kewujudanNya.
Adakah sukar bagi
anda untuk sujud dan tidak mengangkat kepala anda sehingga anda mendengar
jawaban Tuhan anda untuk terus hidup di akhirat dan di dunia? Adakah sukar bagi
kamu untuk berpuasa tiga hari dan berdoa di malam hari kepada Allah agar
diberikan jawapan kepada kamu dan mengenalkan kamu kepada kebenaran?
Semoga Allah
memberi kejayaan kepada kamu untuk semua yang baik, datanglah kepada Allah dan anda
akan dapati ia sebuah kubu yang tidak akan disia-siakan kepada sesiapa yang
telah berlindung di sana.
والسلام عليكم ورحمة
الله وبركاته.
Ahmad Al-Hassan
Pertengahan Sya3ban / 1431 H.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan