Sabtu, 31 Mac 2018

Amalan-amalan yang paling penting untuk mempercepatkan Faraj (Kelapangan) Imam (as)



Amalan-amalan yang paling penting untuk mempercepatkan Faraj (Kelapangan) Imam (as)

بسم الله الرحمن الرحيم 

اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا

Di sini disenaraikan kerja-kerja yang paling penting untuk mempercepatkan Faraj (Kelapangan) Imam (as) yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Yamani (as) di dalam Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) - Juzuk 2 (boleh dibaca perinciannya jika dikehendaki pada sumber (link di atas):


1- Memahami agama, termasuk:

A - Membaca Al-Quran dan tafsirannya:

Membaca Al-Quran tidak hanya bermakna pada menyebut lafaz-lafaz tetapi merenungkan maknanya dan meneliti petunjuk-petunjuk dan beramal dengannya dan berakhlaq dengan akhlaq Al-Quran dan menyebarkan seluas-luasnya ke dalam masyarakat selepas beramal dengannya iaitu dengan ilmu dan amal dan berkelakuan baik semasa bergaul dengan manusia yang bukan hanya dengan perkataan. Orang yang menyeru kepada akhlaq mulia dan tidak menerapkannya tidak mempunyai kesan ke atas manusia, tetapi hasilnya boleh menjadi sebaliknya..

Akhlaq Al-Quran diambil dari Al-Qur'an dan daripada orang-orang (ahli) Al-Quran, Muhammad dan Aali Muhammad (Allah beselawat atas mereka).

Perlu memberi perhatian kepada pengetahuan tafsiran kitab Allah yang tidak terhad kepada pelajar ilmu agama dan para ulamak yang sebahagian besar daripada mereka cuba untuk mencurahkan ayat-ayat Al-Quran termasuk bidang aturan tatabahasa dan falsafah dan lain-lain, kerana kebanyakannya disifatkan oleh keadaan tertentu telah mendatangkan kesilapan, dan banyak perselisihan, yang tidak dapat bebas darinya.

** setiap Muslim perlu mengetahui tafsiran kitab Allah sebanyak mungkin pada apa yang diriwayatkan oleh Ahl Al-Bait yang maksum.

** harus membuka kursus untuk mengajar kitab Allah di setiap tempat.


B - Aqidah Islam yang sahih diajar dan dipelajari:

Mempelajari aqidah-aqidah dari ayat-ayat Al-Quran yang muhkam dan Al-Sunnah

Ayat-ayat Al-Quran yang Mutasyabihah hendaklah dimuhkamkan dan diketahui tafsiran dan takwilnya dari riwayat-riwayat, yang diterima daripada Rasulullah dan keluarganya yang disucikan (as). Tidak boleh diselesaikan mengikut keinginannya dan beriktiqad dengan yang dikehedaki.

Nasihat: Pengumpulan aqidah-aqidah dari Al-Quran ditafsirkan oleh riwayat-riwayat Ahl Al-Bait (as). Dan menyiarkannya dalam masyarakat Islam. Untuk menjadikan masyarakat beragama dan beraqidah, gunung-gunung akan hilang tetapi aqidah-aqidah Al-Quran yang sahih tidak akan hilang. Sehingga masyarakat Islam siap menerima dan menyokong Imam Mahdi (as).

C – Hukum-hukum Syari’ah:

Tiap-tiap Muslim berkewajipan mempelajarinya, kerana terikat dengan belenggu kehidupannya seperti Mu’amalat, dan (setiap) mukallaf perlu melaksanakan ibadah, bahkan setiap muslim berkewajipan setelah dia belajar atau belajar sebahagiannya, untuk mengajar saudara Muslimnya yang lain.

2 – Beramal dengan Syari’ah Suci Islam:

Perkara yang penting bagi Syari’ah adalah untuk beramal dengannya dan tidak melumpuhkannya

* kekuatan amalan khusus untuk individu
* amalan yang berkaitan dengan perhubungan individu dengan masyarakat

Setiap muslim mesti tahu apa yang dia ada dan apa yang dia lakan akukan dengan Syari’ah yang Suci, untuk mengembalikan apa yang padanya dan menuntut apa yang ada padanya, tanpa sebarang tambahan. Dia boleh memaafkan dan berlapang dada pada hak orang lain, mencari redha Allah Yang Maha Suci. Dan begitu juga memberi perhatian kepada menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan menyampai dakwah kepada manusis.

Terdapat perkara-perkara mustahab dikembalikan kepada individu disamping melaksanakan kewajipan-kewajipan yang penting:

* Berdoa
* Sholat malam
* semua Sholat nawafil harian
* Puasa
* Ziarah Anbiak dan Imam-imam (as), orang-orang soleh dan para syuhada’
* melunasi keperluan orang-orang mukmin
* Nasihat dan membimbing mereka dengan kasih sayang dan kemurahan hati kepada mereka
* Mwmbenci taghut penzalim dan tali barut mereka, yang bermusuhan dengan Aali Muhammad, terutama kepada Al-Mahdi (as) atas kelebihan mereka

Beramal dengan Syari’ah bukan sahaja dalam ibadah tetapi dengan berbuat baik kepada manusia, dan bukan hanya dengan berlemah lembut dan belas kasihan sahaja, tetapi kadang-kadang dengan kekasaran dan ketegasan

والحمد لله وحده


           


✡✡✡✡✡
                                                     



Tiada ulasan: