Sabtu, 31 Mac 2018

Soalan 573: Hijab melawan Iblis dan tenteranya dan penyembuhan


Soalan  573: Hijab melawan Iblis dan tenteranya dan penyembuhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Saya berharap dari Allah SWT dan Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) mengirim kepada saya tabir (hijab) kasih sayang dan penyembuhan, hijab terhadap iblis dan tenteranya, hijab dalam kerja-kerja saya dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani dan Sunni dan Wahabi.

Akhitnya, saya katakan kepada tuan: bahawa anak perempuan saya juga mengenal Al-Yamani Ahmad Al-Hassan (as) dan dia akan berkahwin pada 16 April 2010 dan saya berharap restu dari Allah SWT dan dari Al-Yamani Ahmad Al-Hassan (as) untuk mendoakan kami kepada yang baik-baik dan kasih sayang di antara anak perempuan dan suaminya dan semoga Allah memberkati tuan.

Saya demi Allah, sesungguhnya amat mengasihi Al-Yamani Ahmad Al-Hassan (as) dan sentiasa di hati saya.

Pengirim: Ibn Ali

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu dengan segala yang terbaik, dan semoga Allah memberi kempurnakan urusan kamu dengan kebaikan dan kesejahteraan. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu dengan segala yang baik, tabir (hijab) yang terbaik adalah dengan membaca Al-Quran; Sentiasalah membaca Surah Yassin pada waktu malam sebelum tidur, serta membaca Surah Al-Waqi3ah dan Surah Al-Nur selepas sholat wajib seberapa boleh. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kamu dan membersihkan kamu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Ahmad Al-Hassan

Shaaban Al-Khair wa Al-Barakah / 1431 H



✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: