بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihiani.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليمًا.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Semoga Allah beselawat atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.
Apabila seseorang menguap, ia adalah dari
kegelapan yang ada pada manusia, atau syaitan dan kejahatan yang ada di halaman
kewujudannya. Apabila kegelapan sedang mengepung cahaya, syaitan-syaitan
manusia dan jin memaksa melalui kegelapan yang wujud di halaman manusia, untuk
mengecewakan manusia daripada menyebut serta mengingati Allah, dan ini adalah
dengan mempengaruhinya ke atas tubuh badannya dengan menguap dan
bermalas-malasan dan sifat-sifat manusia yang lain yang menjadikan manusia
terpaksa berehat dan meninggalkan berzikir (mengingati) Allah. Untuk
membebaskan diri (mengikhlaskan diri) darinya anda perlu tekun (tetap)
mengingati Allah (zikir) dan tidak meninggalkan cahaya dan zikir pada Allah
sehingga syaitan berputus asa, semoga Allah menghinakan mereka, dan memberikan
kepada anda dalam perkara ini pahala, kerana berjuang melawan syaitan dan
tentera iblis dan semoga Allah menghinakan mereka.
.
Ahmad Al-Hassan
Pertengahan Sya3ban / 1431 H.
✡✡✡✡✡
<<[
Kembali
ke Laman Utama ]>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan