Khamis, 29 Mac 2018

Soalan 591: Tambah rezeqi

Soalan 591: Tambah rezeqi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Tuan yang mulia, saya inginkan ayat-ayat Al-Quran membawa kehidupan; kerana rezeqi merosot sejak kebelakangan ini, dan saya tahu bahawa tuan mempunyai ilmu mengenai Al-Kitab, maka saya harap tuan boleh membantu saya, dan Semoga keberkatan besar dilimpahkan kepada tuan dengan semua yang terbaik.

Pengirim: Khalid - Arab Saudi

Jawab:

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Bacalah ayat-ayat ini sepanjang hari siang dan malam seribu kali dan beramal dengannya dan bertaqwalah kepada Allah untuk meningkatkan taraf hidup (rezqi), dan Insya Allah akan bertambah rezqi kamu dan Allah akan perkembang luaskan rezqi kamu dengan limpah kurniaNya SWT: Ayatnya

﴿وَمَن يَتَّق اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا﴾ 

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [Al-Thalaq 65:2-3] 


Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / 1432 H


✡✡✡✡✡
          

Tiada ulasan: