Khamis, 8 Mac 2018

Mengenai Tawaf



Mengenai Tawaf

Ia mempunyai tiga tujuan:


I: Pengenalan.


Terdiri dari wajib dan sunat: Yang wajib: suci, menghilangkan najis dari pakaian dan tubuh, dan dalam keadaan berkhatan, tidak dipertimbangkan pada wanita.


Yang sunat lapan perkara: ghusl (mandi) untuk memasuki Mekah, jika didapati uzur hendaklah mandi selepas memasukinya, dan lebih baik untuk mandi dari sumur Mamun (Bi’r Mamun), atau dari air saringan, Jika tidak di rumahnya. Mengunyah tumbuhan izhkhir dan hendaklah masuk Mekah dari bahagian atas, dan hendaklah berkaki ayam, dengan ketenangan dan kewibawaan, dan ghusl (mandi) untuk memasuki Masjidil Haram, dan masuk melalui pintu Bani Syaibah untuk menginjak Hubal, yang kini tidak ada kerana orang-orang Wahabi menghapuskan kesan tinggalannya itu, dan kemudian berdiri dan mengucapkan salam kepada Nabi (S) dan berdoa dengan doa Al-Ma’tsur.


II: Cara-cata Tawaf.


Ia Terdiri dari wajib dan sunat.

Yang wajib ada tujuh: Niat, dan bermula dan diakhiri di Al-Hajar Aswad, dan bertawaf dengan mengirikannya, dan hendaklah menemui Al-Hajar Aswad dalam bertawaf, dan yang melengkapi tujuh pusingan, dan hendaklah di antara Baitullah dan Maqam Ibrahim, Jika berjalan di atas asas Baitullah atau dinding Al-Hajar Aswad tidak dibenarkan.


Dan salah satu dari sifatnya adalah sholat Tawaf dua rakaat, sholat dua rakaat itu wajib selepas Tawaf, jika terlupa dia wajib mengulanginya, jika sukar mengqadhakannya dibuat bila mengingatinya, jika mati diqadhakan oleh warisnya.


Enam Masalah:

Yang pertama adalah menambah dari tujuh pusingan dalam tawaf adalah dilarang, dan pada tawaf nafilah adalah makurh.

Kedua: Suci adalah syarat yang wajib bukannya sunat, walaupun dibenarkan untuk memulai yang sunat kerana tidak suci, jika dalam keadaan suci adalah lebih baik.

Ketiga: Diwajibkan sholat Tawaf dua rakaat dari tawaf itu harus dilakukan di Maqam Ibrahim di mana ia berada sekarang, dan tidak diizinkan di tempat lain. Jika terhalang kerana kesesakan bersholatlah di belakangnya, atau ke satu tempat yang berdekatan dengannya.

Keempat: Sesiapa yang bertawaf dalam pakaian bernajis dan dia mengetahuinya, tidak sah Tawafnya, Jika dia tidak tahu dan kemudian dia mengetahuinya semasa bertawaf hendaklah menghilangkannya dan kemudian menyelesaikannya, jika dia tidak tahu sehingga selesai,Tawaafnya telah berlalu..

Kelima: Adalah dibenarkan untuk sholat Tawaf dua rakaat Tawaf Fardhu pada bila-bila masa.

Keenam: Sesiapa yang kurang bilangan tawafnya, maka jika kurangnya lebih dari separuh, maka ia hendaklah kembali bertawaf dan menyempurnakannya. Sekiranya dia kembali ke keluarganya
dan mengarahkan bertawaf untuknya. Jika tidak, dia akan memperbaharuinya semula. Begitu juga sesiapa yang bertawaf fardhu untuk memasuki Baitullah atau bersa’ei demi keperluannya. serta jika dia sakit semasa tawaf, sekiranya penyakitnya berterusan, kerana dia tidak boleh bertawaf ditawafkan untuknya. Dan begitu juga jika dia bercakap-cakap dalam Tawaf Fardhu. Sekiranya dia memasuki sa’ei, kemudian teringat tidak sempurnakan tawaf itu maka kembali menyempurnakan tawafnya jika kurangnya lebih dari separuh, kemudian hendaklah menyempurnakan sa’einya.

Lima belas perkara yang disunatkan: Berdiri di Al-Hajar Aswad, bertahmid kepada Allah dan memujinya, berselawat ke atas Nabi dan keluarga baginda (as), dan mengangkat tangan untuk berdoa dan beristilam Al-Hajar Aswad dan menciumnya, maka jika tidak sampai dengan tangannya, jika terhad Istilam dari tempatnya. Jika tidak sampai tangan memadai dengan isyarat, , dan hendaklah mengucapkan doa:

(اللَّهُمَّ أَمَانَتِي أَدَّيْتُهَا وَمِيثَاقِي تَعَاهَدْتُهُ لِتَشْهَدَ لِي بِالْمُوَافَاةِ اللَّهُمَّ تَصْدِيقاً بِكِتَابِكَ وَعَلَى سُنَّةِ نَبِيِّكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وأن علياً والأئمة من ولده حجج الله وأن المهدي والمهديين من ولده حجج الله - وتعدهم الى حجة الله في زمانك - آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَفَرْتُ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَبِاللَّاتِ وَالْعُزَّى وَعِبَادَةِ الشَّيْطَانِ وَعِبَادَةِ كُلِّ نِدٍّ يُدْعَى مِنْ دُونِ اللَّهِ)

(Ya Allah, telah kutunaikan amanatku dan kupenuhi janji persetiaanku agar Kau saksikan aku sebagai orang yang memenuhi janji. Ya Allah! Benarlah KitabMu, dan atas sunnah NabiMu. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan  KeesaanNya, Tiada  sekutu bagiNya, dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa Ali dan para Imam dari anak-anaknya adalah Hujjaj Allah dan bahawa Al-Mahdi dan Mahdi-mahdi dari anak-anaknya adalah Hujjaj (bukti-bukti) Allah - dan Engkau menyediakan mereka pada Hujjaj Allah dalam waktu Engkau - aku telah beriman kepada Allah, dan aku telah kafir yang mengelilingku dan Taghut (penindas) dan Al-Lata dan Al-“Uzza dan mengabdi kepada Syaitan dan mengabdi kepada yang menyeru selain dari Allah ).

Dan semasa dalam tawaf berdoa menengingati Allah SWT pada ketenangan dan kewibawaan sebagai tujuan berjalan, dan hendaklah berkata:

"اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي يُمْشَى بِهِ عَلَى ظُلَلِ الْمَاءِ، كَمَا يُمْشَى بِهِ عَلَى جُدَدِ الأَرْضِ، وَأَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي يَهْتَزُّ لَهُ عَرْشُكَ، وَأَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي تَهْتَزُّ لَهُ أَقْدَامُ مَلاَئِكَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي دَعَاكَ بِهِ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلاَم مِنْ جَانِبِ الطُّورِ فَاسْتَجَبْتَ لَهُ، وَأَلْقَيْتَ عَلَيْهِ مَحَبَّةً مِنْكَ، وَأَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ الَّذِي غَفَرْتَ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ، وَأَتْمَمْتَ عَلَيْهِ نِعْمَتَكَ أَنْ تَرْزُقَنِي خَيْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ"

Dan hendaklah memohon perlindungan dalam pusingan ketujuh, dan melapangkan tangannya ke dinding, dan melekapkan perutnya dan pipinya, dan berdoa dengan doa Al-Ma’tsur., jika boleh tidak kembali memohon perlindungan di rukun Yamani, dan hendaklah memegang semua rukun (penjuru), dan mengakhirinya di Al-Hajar Aswad dan di rukun Yamani.


Dan adalah mustahab untuk tawaf tiga ratus enam puluh tawaf, jika dia tidak dapat mencapai tiga ratus enam puluh pusingan, dan mengakhirinya dengan tawaf tambahan yang terakhir, dan gugur makruhnya di sini dengan pertimbangan ini. Dan hendaklah membaca dalam sholat Tawaf pada rakaat pertama dengan "Al-Hamd" dan "Qul Huwa Allahu Ahad," dan pada rakaat kedua dengan "Qul Ya Aiyuha Al-Kafirun" Dan sesiapa yang menambah lebih dari tujuh pusingan secara tidak sengaja (kerana lupa), hendaklah menyelesaikan Tawaf tujuh kali pusingan kedua itu dan bersholat fardhu terlebih dahulu, dan bersholat dua rakaat Nafilah setelah selesai bersa’ei, dan semasa berhampiran dengan Al-Bait. adalah makruh bercakap dalam bertawaf selain dari berdoa dan membaca.


III: Hukum Tawaf, terdapat dua belas masalah:


Pertama: Sesiapa yang meninggalkan Tawaf Rukun dengan sengaja batal hajinya, dan sesiapa yang meninggalkannya kerana lupa hendaklah mengqadha’kannya walaupun selepas manasik haji, walaupun ia uzur hendaklah menghantar seseorang sebagai wakil. dan sesiapa yang ragu-ragu bilangan pusingannya selepas pemergiannya tidak perlu berpatah balik, walaupun ketika melakukannya dia ragu-ragu ada terlebih pusingan, hendaklah berhenti dan tiada apa-apa atasnya, dan jika terkurang pusingan hendaklah memperbaharuinya semula pada Tawaf fardhu, dan dibina sekurang-kurangnya pada tawaf nafilah.

Kedua: sesiapa yang terlebih dari tujuh pusingan kerana lupa, dan mengingatinya sebelum sampai ke rukun Yamani hendaklah berhenti dan tiada apa-apa atasnya.

Ketiga: Sesiapa yang bertawaf dan teringat bahawa dia tidak bersuci dia harus mengulanginya pada Tawaf fardhu bukan untuk tawaf nafilah, dan kembali bersholat tawaf wajib. diwajibkan dan untuk tawaf sunat, disunatkan

Keempat: Siapa yang terlupa untuk melakukan Tawaf Ziarah sehingga dia kembali kepada keluarganya dan kenyataannya tidak dikenakan kafarah atasnya, tetapi jika berlaku selepas diberi peringatan dikenakan seekor unta jantan dan kembali ke Mekah untuk bertawaf. Jika dia lupa Tawaf Al-Nisa’, dia dibenarkan untuk melantik wakil, Jika dia mati, diwajibkan ke atas warisnya.

Kelima: Sesiapa yang bertawaf mempunyai pilihan untuk melambatkan sa’einya pada esok harinya, dan kemudian tidak diizinkan untuk menangguhkannya mengikut kemampuan.
                              
Keenam: diwajibkan ke atas yang melakukan Tamattuk untuk menangguhkan tawaf dan sa’einya sehingga berwukuf bersama dengan orang yang wukuf, dan melakukan kerjanya itu pada Hari Raya Korban, tidak harus dipercepatkan kecuali orang yang sakit dan wanita itu takut datangnya haid, orang tua yang tidak berdaya, dan boleh didahulukan bagi yang melakukan Qiran dan Ifrad tetapi makruh.

Ketujuh: Tidak dibenarkan mendahulukan Tawaf Al-Nisa’ bagi yang bersa’ei untuk orang yang melakukan Tamattuk dan tiada pilihan yang lain, dan dibenarkan kerana darurat dan takutkan kedatangan haid.

Kelapan: Sesiapa yang mendahulukan Tawaf Al-Nisa’ bagi yang bersa’ei kerana lupa sebahagian daripadanya, sekiranya sengaja tidak diperbolehkan.

Kesembilan: Tidak dibenarkan bagi orang yang melakukan tawaf (lelaki) menutup kepalanya, sama ada dalam tawaf 'Umrah atau Haji.

Kesepuluh: Sesiapa yang bernazar untuk bertawaf empat kali jika ia seorang lelaki bertawaflah empat kali. Sekiranya seorang wanita wajib atasnya bertawaf dua kali atas kakinya, bukan empat kali.

Kesebelas: Tidaklah mengapa bagi seorang lelaki bergantung pada orang lain dalam mengira bilangan tawafnya, walaupun dia ragu-ragu pada semuanya dengan bergantung pada ketetapan-ketetapan terdahulu.

Kedua belas: Tawaf Al-Nisa’wajib di dalam ibadah haji dan umrah Ifrad, bukan ke atas yang melakukan Tamattuk. Adalah wajib bagi orang-orang lelaki, perempuan, kanak-kanak dan khunsa.



✡✡✡✡✡
 Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas 



Tiada ulasan: