Rukun kedua: Kerja-kerja
Haji
Wajib atasnya dua
belas perkara: Ihram, Wukuf di Arafat, berada di Al-Masy’ar (Masy'aril-Haram,
dan pergi Mina, melontar, menyembelih, dan bercukur atau memendekkan rambut,
dan Tawaf, dan sholat dua Rakaat selepasnya, dan Sa’ei, Tawaf Nisa’, sholat dua
Rakaat selepasnya.
Adalah mustahab sebelum
pergi: bersedekah, sholat dua rakaat, dan berdiri di pintu rumahnya dan membaca
Al-Fatehah di hadapannya, di kanan dan di kirinya serta juga membaca Ayat Al-Kursiy,
dan hendaklah berdoa dengan perkataan melapangkan dan dengan doa-doa Al-Ma’tsurah (peninggalan Rasulullah), dan apabila
mula melangkah kaki menaiki kenderaan dengan menyebut:
بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله وبالله والله أكبر
Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim, Bismillahi Wabillah Wallahu Akbar
Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim, Bismillahi Wabillah Wallahu Akbar
Dengan
nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dan dengan nama Allah Allah dan dengan
Allah dan Allah Maha Besar ,
Dan apabila duduk
dalam perjalanannya, berdoalah dengan doa-doa Al-Ma’tsurah.
Mengenai Ihram
Mengenai: Yang
mendahuluinya, Cara-cara, dan Hukum-hukumnya.
Semua yang
mendahuluinya adalah mustahab iaitu:
Merapikan rambutnya dari awal Zhu
Al-Qa’eidah jika dia mahu bertamattuk, dan lebih pasti lagi apabila bulan baru
Zhu Al-Hijjah, hendaklah membersihkan badan, memotong kukunya, dan menipiskan
(membuang) misai, dan membuang rambut dari tubuhnya dan merapi (bulu) ketiaknya,
Walaupun bahagiannya dia telah menempel selama tidak melepasi lima belas hari.
Dan mandi (Ghusl)
untuk ihram, jika dia tidak menemui air, dia boleh melakukan tayammum untuknya.
Sekiranya dia melakukan ghusl, dia makan atau memakai apa yang tidak dibenarkan
makan atau memakainya ketika iharam, dia hendaklah mengulangi ghusl (mandi),
ianya adalah mustahab. Dia boleh mendahulukannya sebelum ke Miqat jika dia
takut kekurangan air, dan sekiranya menemuinya mustahab untuk dia mengulanginya.
Dia harus melakukan ghusl pada awal hari untuk hari itu, dan pada awal malam
untuk malamnya, selagi belum tidur.
Jika dia memakai iharam tanpa ghusl (mandi) atau sholat, kemudian dia ingat dan
sedar bahawa dia telah meninggalkannya dan dia hendaklah mengulangi ihramnya.
Dan hendaklah berihram
seterusnya bersholat Fardhu Dzohor atau Fardhu-fardhu yang lain, tetapi jika tidak
mempersetujui dengan bersholat Ihram
enam rakaat sholatlah sekurang-kurangnya dua rakaat, dengan membaca pada rakaat
pertama: (Al-Hamd) dan (Qul Ya Aiyuha Al-Kafirun),
dan pada rakaat kedua: (Al-Hamd) dan (Qul Huwa Allahu Ahad),
Dan dia menetapkan nafilah ihram adalah mengikutinya. - walaupun ia adalah waktu
sholat Fardhu - mendahulukan nafilah yang tidak menyempitkan sholat Fardhu
dilakukan secara tunai.
Tatacaranya:
Termasuk yang wajib dan mandub (Sunat).
Yang wajib ada tiga perkara:
Pertama: Niat di
dalam hatinya bertujuan kepada empat perkara: berihram Haji atau Umrah untuk
mendekatkan diri (kepada Allah), dan dari jenis Tamattuk, Qiran atau Ifrad, sifatnya
wajib atau mandub (Sunat) dan yang diiharamkan untuknya adalah Haji (rukun)
Islam atau yang lain. Jika dia berniat melakukan sesuatu jenis dan dia
mengatakan sesuatu yang lain pada niatnya, dan dia jika menyalahi niatnya secara
sengaja atau tidak sengaja, ihramnya tidak sah.. Walaupun ihram untuk Haji dan
'Umrah, dan dia berada dalam bulan-bulan haji atau yang lain adalah batal, dan
dia perlu memperbaharui niat dan ihramnya. Jika dia berkata: Seperti Ihram si
Fulan dan dia tahu akan apa yang diihramkan adalah betul (sah) dan apabila tidak
tahu batallah ihramnya,.
Kedua: adalah Talbiyah
yang empat, maka tidak dikira niat Ihram untuk Tamattuk dan Ifrad melainkan
dengannya, atau dengan isyarat kepada orang bisu bersama menyebut niat di dalam
hatinya. Dan Qiran dengan pilihan jika dia mahu menyebut niat Ihram dengannya,
dan jika dia mahu meniru atau dengan sepenuh hatinya, dan dengan kedua-duanya yang
mana dari mula hingga akhir adalah mustahab.
Dan bentuk
sebutannya:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد
والنعمة لك والملك لك، لا شريك لك
(Labaika Allahumma Labaik, Labaika La Syarika Laka Labaik, Inna Al-Hamda Wal-Ni3mata Laka Wal-Mulka Lak, La Syarika Lak)
(Labaika Allahumma Labaik, Labaika La Syarika Laka Labaik, Inna Al-Hamda Wal-Ni3mata Laka Wal-Mulka Lak, La Syarika Lak)
Aku penuhi
panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak
ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan
nikmat hanyalah milik-Mu, juga semua kerajaan hanyalah milik-Mu, tidak ada
sekutu bagi-Mu.
Jika membuat akad
bagi niat Ihram dan memakai pakaiannya kemudian tidak memenuhi, dan melakukan
apa yang tidak dibenarkan bagi orang berihram dengan berbuat demikian dia dikenakan
kafarah jika mengerjakan Haji Tamattuk dan Ifrad, dan begitu juga jika pada
Haji Qiran dan tidak dengan sepenuh dan meniru.
Yang ketiga
adalah memakai pakaian Ihram, kedua-duanya wajib, dan tidak dibenarkan berihram
dengan apa yang tidak dibenarkan memakainya semasa sholat. dibenarkan Ihram dengan
memakai sutera untuk wanita, dan dibenarkan memakai Ihram yang lebih daripada
dua helai pakaian, dan mengganti pakaian ihramnya, jika mahu bertawaf maka
adalah lebih afdhal dalam memakainya. Jika seseorang tidak memakai pakaian
ihram, dan bersamanya ada kain kolar, ia dibenarkan memakainya secara terbalik
untuk membuat ekornya di bahunya.
Mengenai hukum-hukumnya,
Pada masalah:
Pertama: Tidak dibenarkan
bagi mereka yang berihram untuk memakai pakaian ihram yang lain sehingga
lengkap kerja-kerja Ihram yang perlu dilakukan untuknya, jika dia berihram Tamattuk
dan memasuki Mekah dan berihram Haji sebelum memendekkan rambut oleh kelalaian,
dia tidak mempunyai apa-apa, walaupun berbuat demikian dengan sengaja batallah umrahnya
maka hajinya menjadi Haji Mabtulah (perawan).
Kedua: Jika berniat
melakukan Haji Ifrad dan kemudian memasuki Mekkah, ia dapat melakukan tawaf dan
sa’ei dan memendekkan rambut dan menjadikannya Umrah Tamattuk.
Ketiga: Jika
penjaga Ihramkan anaknya dan bertahlul dari Ihram, dan dia melakukan apa yang
harus dilakukan semasa Ihram dan menjauhkan dari apa yang perlu dijauhkan. Sekiranya
budak itu melakukan apa yang diwajibkan kifarah padanya, penjaga mesti berbuat
demikian dengan wangnya, dan semua yang budak itu tidak boleh lakukan sedang
dikendalikan oleh penjaga untuk bertalbiyah, sa’ei, tawaf dan sebagainya.
Penjaga diwajibkan menyembelih haiwan (hadyu) juga dari wangnya. Jika
kanak-kanak itu sudah mumaiyiz, dia dibolehkan untuk berpuasa dari menyembelih
haiwan, dan jika dia tidak dapat berpuasa, penjaganya akan berpuasa kerana tidak
berupaya untuk menyembelih haiwan (hadyu).
Keempat: Jika disyaratkan
dalam ihramnya, yang menghalalkannya dari berpantang dan kemudian dia terbatas
pada tahlul.. Tidak digugurkan dari menyembelih haiwan (hadyu). Dan digunakan
apa yang disyaratkan bagi membenarkan bertahlul dari berpantang.
Kelima: Jika bertahlul dari berpantang tidak
gugur hajinya dalam tanggung jawab jika diwajibkan, dan gugur jika ia
disunatkan (sunnah).
Perkara-perkara
yang digalakkan (disunatkan). Meninggikan suara
Talbiyah bagi lelaki, dan mengulang-ulanginya ketika akan tidur dan berjaga,
dan pada ketika ketika mendaki bukit dan menuruni dari tempat tinggi, Maka jika
sampai akan mengerjakan haji hingga hari Arafah pada waktu tengah hari, dan
jika berumrah dengan Tamattuk apabila melihatnya dari rumah-rumah Makkah, dan
jika berumrah dengan Ifrad, adalah satu perkara yang baik untuk memberhentikan
Talbiyah ketika memasuki Al-Haram (Masjid), atau ketika memandang Kaabah.
Dan meninggikan suara Talbiyahnya jika dia
berhaji dari jalan Madinah dengan tinggi suara perjalanannya Al-Baida’, jika
dia berjalan kaki ketika dia beriharam. Dan mustahab untuk melafazkan apa yang
ia berazam atasnya dan mensyaratkan untuk menghalalkannya dari berpantang,
walaupun bukan merupakan haji lalu berumrah, dan hendaklah berihram Haji dalam
pakaian kapas dan yang terbaik berwarna putih. Jika ia berihram Haji dari Mekah
untuk mengangkat suaranya dengan Talbiyah jika memperhatikan di Al-Abthah
(Al-Muhashshab), dan menaikkan suara pada empat syahadah, Bagi Allah dengan
keesaannya (Al-Wahdaniah), bagi Rasul dengan Risalahnya, bagi Ali dan para Imam
dengan wilayahnya, dan bagi Mahdi-mahdi dengan Hidayahnya
Perkara-perkara Yang Mesti
Ditinggalkan Semasa Ihram:
Ia adalah yang
haram dan yang makruh,
yang
diharamkan adalah
Pertama: Memburu hidupan liar di darat atau
memakannya walaupun buruannya itu halal, mengikut petunjuk dan dalil-dalil. Mati
atau disembelih. Walaupun ia disembelih, ia adalah bangkai yang diharamkan ke atas
yang bertahlul, dan juga yang beriharam dan begitu juga diharamkan anak burung dan
telurnya. Dan belalang dalam pengertian memburu binatang liar. Tidak dilarang
untuk menangkap hidupan laut, yang bertelur dan menetas di dalam air.
Kedua, dan
bersama wanita di tempat tidur, menyentuh dengan bernafsu, dan akad (nikah)
untuk dirinya sendiri dan orang lain, dan menjadi saksi kepada mendirikan akad
(nikah) walaupun mengandungkannya halal, dan tiada masalah jika selepas tahlul,
dan mencium dan memandang dengan nafsu, serta melancap..
Furu’:
Pertama: (Haram) Jika
pasangan berselisih di dalam akad (nikah), salah seorang daripada mereka
mendakwa bahawa dia berada di dalam ihram, dan yang satu lagi menafikannya
dengan mengatakan kata-kata yang mendakwa telah bertahlul, jika perempuan yang
menafikannya dia diberikan separuh mas kahwin, untuk mengiktiraf apa yang
menghalang dari persetubuhan.
Kedua: (Haram) Sekiranya dilantik sebagai
wakil dalam keadaan ihramnya, maka ia menaburkan perselisihan antaranya; jika
sebelum tahlul lantikan sebagai wakil batal. Tetapi jika selepas itu ia sah. Adalah
dibenarkan untuk merujuk semula wanita yang diceraikan, dan pembelian hamba-hamba perempuan dalam keadaan ihram.
Ketiga: Dan yang
baik secara umum kecuali untuk menyantuni Ka'bah (iaitu melumuri Baitullah dengan
wangian atau memakaikannya pakaian (kelambu) atau apa yang dibawanya untuk mewangikan
Baitullah) walaupun dalam makanan. Jika dia terpaksa makan apa yang baik, atau sentuhan
yang baik dihidu oleh hidungnya..
Keempat: (Haram) Memakai
pakaian berjahit untuk lelaki, dan wanita boleh memakai pakaian berjahit secara
terpaksa dan sukarela. Dibolehkan memakai seluar bagi seorang lelaki jika dia
tidak menemui pakaian pembalut, serta memakai kain (jubah) besar untuk lelaki sebagai
pakaian, tetapi bukan pakaian dirinya sendiri.
Kelima: (Haram) Celak
yang menghitamkan, dan bagi apa yang baik, dan sama bagi laki-laki maupun
perempuan.
Keenam: Begitu
juga (Haram) melihat cermin, dibenarkan jika bukan untuk berhias.
Ketujuh: Dan (Haram) untuk mencaci (gelar
yang buruk, kefasikan) dan ia adalah berdusta.
Kelapan: (Haram) Berdebat:
Dengan kata: La Wa Allah – Tidak demi Allah, dan Bala Wa
Allah – Ya, demi Allah.
Kesembilan: (Haram)
Membunuh serangga atau haiwan perosak badan walaupun kutu, dan ia boleh
dialihkan dari satu tempat ke tempat lain dari tubuhnya, boleh dibuang, diketuk
dan diperlakukan dengan lemah lembut.
Kesepuluh: Haram memakai
cincin untuk hiasan dan dibenarkan bagi sunnah, dan wanita yang memakai
perhiasan untuk hiasan, tidak ada salahnya dengan apa yang sudah biasa padanya,
tetapi dilarang atasnya menunjuk-nunjuk walaupun kepada suaminya.
Kesebelas: (Haram)
Penggunaan minyak wangi setelah ihram, dan sebelum itu jika bau itu kekal pada
ihram. Begitu juga yang tidak wangi – secara pilihan - selepas Ihram, dan dibenarkan
jika secara paksa.
Kedua belas: (Haram)
Membuang rambut sedikit atau banyak, dan jika darurat tidak berdosa.
Ketiga belas: (Haram)
menutup kepala, jika menutup kepalanya kerana lupa, lemparkan penutupnya adalah
wajib, dan mustahab diperbaharui talbiyahnya, dan ianya dibenarkan kepada orang
perempuan.
Keempat belas: Berpayung adalah haram baginya pada siang
hari, Jika dia dipaksa ia tidak haram. Jika rakannya sakit, atau seorang isteri yang khususnya sakit dan wanita itu berhak untuk berpayung. Ia boleh berpayung di
kapal terbang (sesiapa yang menaiki pesawat), dan adalah haram pada pesawat
jika ia menaiki tangga dan tidak mudarat berpayung.
Kelima belas: (Haram)
Mengeluarkan darah kecuali apabila perlu, Begitu juga menggaru kulit yang
menyebabkan berdarah, serta ketika bersiwak yang menyebabkan berdarah..
Keenam belas: (Haram)
Memotong kuku.
Ketujuh belas:
Dan (Haram) memotong pokok-pokok dan rumput, melainkan yang tumbuh dalam milikannya.
Kelapan belas: Mandi
dilarang mengguna kapur barus walaupum untuk kematian..
Kesembilan belas:
(Haram) Memakai senjata yang tidak diperlukan (darurat).
Kedua puluh: Dan (Haram)
menyelam, iaitu seluruh kepala di dalam air..
Kedua puluh satu:
Dan (Haram) menutup zahir kaki, jika terpaksa dibolehkan.
Dan yang makruh adalah: Ihram dalam pakaian yang dicelup hitam dan kuning dan yang serupa
dengannya, dan sangat kuat kehitamannya, dan ianya dibawa tidur, dan dalam
pakaian kotor tetapi masih suci, dan memakai pakaian Al-Mu’alamah, dan menggunakan
barangan curl untuk hiasan, Dan begitu juga bagi wanita walaupun sebelum Ihram,
jika bergandingan dengan pasangannya, dan memakai Niqab (tutup muka) bagi
wanita, dan memasuki bilik mandi, dan mengurut badan, dan bertalbiyah dengan menyeru-nyerunya,
dan menggunakan bau-bauan.
Kesimpulan:
Setiap orang yang memasuki Mekah perlu mematuhi
pantang larang (yang diharamkan), melainkan sesiapa memasukinya selepas ihramnya
sebelum luputnya satu bulan, atau berulang-alik sebagai pemotong (penjual) kayu
dan Al-Hasysyasy. Dan sesiapa yang masuk untuk berperang boleh memasuki secara
halal, sebagaimana Nabi (S) masuk pada tahun pembukaan dan baginda dimaafkan.
Dan Ihram terhadap
wanita seperti ihram bagi lelaki melainkan dengan pengecualian tertentu.
Kalaulah dia hadir di Miqat ia boleh berihram walaupun dia sedang haid, tetapi
tidak perlu bersholat Ihram. Jika merasa (secara agakan) meninggalkan Ihram dia
tidak boleh kembali ke Miqat dan berihram di sana, walaupun ia dihalang berihram
dari tempat ihram. Jika memasuki Mekah, pergi ke tanah halal terdekat, walaupun
jika ia dihalang dari berihram dari Mekah.
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡ Kandungan Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan