Pengenalan Haji 3: Jenis-jenis Haji
Ia ada tiga jenis: Haji Tamattuk, Qiran,
atau Ifrad.
Haji Tamattuk:
Bentuknya: Berihram di miqat dengan umrah Tamattuk
dilakukan bersama, kemudian memasuki Mekah dan melaksanakan tujuh tawaf di Al-Bait
(Baitullah), dan bersholat dua rakaat di Maqam Ibrahim, dan kemudian bersa’ei
(berlari anak) di antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali, dan memendekkan
rambut kepala.
Kemudian memakai Ihram Haji dari Mekah pada
Hari Tarwiyah yang lebih afdhal, dan jika tidak berihram sekadar mengetahui
akan melakukan Wuquf, kemudian pergi ke Arafah untuk wuquf (berada di sana)
hingga matahari terbenam, dan kemudian bergerak ke Al-Masy’ar (Masy'aril-Haram)
berada di sana (mabit) sehingga selepas terbit Fajar, dan kemudian bergerak ke
Mina bercukur (memotong rambut) pada Hari Nahar (Hari Raya Qurban), dan menyembelih
haiwan (hadyu), dan melontar Jamrah Al-Aqabah.
Kemudian sekiranya dia mahu dia boleh pergi
ke Mekah pada hari itu atau esoknya, lalu bertawaf Tawaf (rukun) Haji, bersholat
dua rakaat, bersa’ei untuk Sa’einya, bertawaf Tawaf Al-Nisa; dan bersholat dua
rakaat, kemudian dia kembali ke Mina untuk melontar apa yang tertinggal di Jamrah-jamrah.
Sekiranya dia mahu, dia akan tinggal di Mina untuk melontar Tiga Jamrah hingga Hari
Kesebelas, dan juga pada Hari Dua Belas, kemudian dia akan meninggalkan (Mina)
- Nafar Awal - setelah zawal (tengahari). Dan jika dia menetap hingga Nafar
kedua juga dibolehkan dan kembali ke Makkah untuk mereka yang
melakukan kedua-dua Tawaf dan bersa’ei. Bahagian ini difardhukan jika jarak di
antara rumahnya dengan Mekah (22 km) yang bertambah jauh dari setiap penjuru, Maka jika ianya diganti kepada Haji Qiran, atau Haji Ifrad pada Haji (rukun) Islam tidak
dibenarkan sebagai pilihan dan boleh jika terpaksa.
Dan syarat-syaratnya ada empat: niat, dan dilakukan
dalam bulan-bulan haji, iaitu Syawal, Zhu Al-Qa’eidah dan Zhu Al-Hijjah. Gabungan
peraturan waktu; apa yang dikenali sebagai manasik (upacara), dan jika datang musim
Haji dan Umrah dalam satu tahun, dan berihrām hajinya di tengah Makkah, dan yang
paling utama adalah di masjid dan di Al-Maqam, kemudian di bawah saluran air (pancuran
emas) di Ka’bah (Al-Mizab).
Jika berIhram untuk Umrah boleh bertamattuk
dengannya bukan dalam bulan-bulan haji, tidak dibenarkan untuk bertamattuk
dengannya untuk Haji, dan begitu juga jika diakukan sebahagian daripadanya pada
bulan-bulan haji, dan tidak diperlukannya menyembelih dam (hadyu).
Ihram dari Miqat sebagai pilihan, walaupun Ihram
dengan Haji Tamattuk dari selain Mekah tidak dibenarkan. Jika ia masuk ke Mekah
dengan Ihramnya, wajib meneruskannya, walaupun ini tidak boleh (uzur) untuk meneruskannya
jika boleh - walaupun di Arafah - jika tidak sengaja demikian, dan digugurkan
bayaran dam (kafarat meninggalkan Ihram dari Mekah) dalam keadaan ini.
Orang yang memilih Tamattuk tidak boleh keluar
daripada Mekah sehingga datang untuk haji, kerana ia telah menjadi terikat
dengannya, melainkan pada keadaan yang tidak memerlukan untuk memperbaharui
Umrah (iaitu keluar bulan Muharram dan kembali semula, atau keluar selain dari
bulan Muharram dan kembali sebelum bulan Muharram), walaupun memperbaharui Umrah
Tamattuk pada mengakhiri haji.
Jika masuk ke Mekah dengan Umrah dan takut kesuntukan
masa, dia boleh memindahkan niat kepada Ifrad dan ia adalah Umrah Ifrad, begitu
juga orang-orang yang dalam haid atau nifas yang menghalang mereka dan uzur dari
bertahlul kedudukan Ihram pada Haji, kerana kesuntukan masa untuk melakukannya.
Jika ada uzur yang baharu dan telah berjalan sekitar empat perkara yang mengesahkan
tamattuknya, dengan bersa’ei dan kerja-kerja (Manasik) yang lain, dan telah
sempurnalah selepas dibersihkan apa yang tertinggal dari tawafnya, dan apabila
sah Tamattuk gugurlah Umrah Ifrad.
Haji Ifrad dan Qiran:
Bentuk Haji Ifrad: Hendaklah berihram di
Miqat atau dari apa yang mewajarkan Ihram untuk haji, kemudian pergi ke Arafah dan
Wuquf di sana, dan kemudian bergerak ke Al-Masy’ar (Masy'aril-Haram) berada di
sana (mabit), dan kemudian ke Mina lalu melaksanakan Manasik – kerja-kerjanya, kemudian
Tawaf di Al-Bait dan dan bersholat dua rakaat, dan bersa’ei (berlari anak) di
antara Shafa dan Marwah, bertawaf Tawaf Al-Nisa; dan bersholat dua rakaat.
.
Dengan itu dia telah lakukan Umrah Ifrad
selepas Haji dan bertahlul darinya, dan kemudian mendatanginya dari tanah halal
terdekat, dan dibenarkan melakukannya bukan dalam bulan-bulan haji, walaupun ia
berihram tanpa yang demikian itu dan kemudian keluar ke tanah halal terdekat, tidak
dibenarkan melakukan ihram terlebih dahulu (pertama), dan perlu untuk
meneruskannya.
Haji Qiran pula difardhukan ke atas
penduduk Mekah dan mereka yang kurang dari (22 kilometer) dari setiap arah. Maka
jika ianya menukar kepada Haji Tamattuk
secara terpaksa atau mempunyai pilihan, mereka tidak perlu menyembelih haiwan.
Syaratnya ada tiga: niat, dan hendaklah
dilakukan dalam bulan-bulan haji, dan niat ihramnya dari Miqat, atau Duwairah (Kediaman)
keluarganya jika rumahnya bukan di Miqat.
Kerja-kerja Haji Qiran dan syarat-syaratnya
sama seperti Haji Ifrad, selain yang membezakannya adalah menyembelih dam
(hadyu) semasa Ihramnya. Apabila bertalbiah mustahab baginya sebagai syiar apa yang membawanya
oleh unta, yang memberatkan puncak-puncaknya dari sebelah kanannya dan dilumurkan mukanya dengan darahnya. Jika bersamanya
unta masuk di antaranya, dan yang paling masyhur adalah di sebelah kanan dan kiri.
Penandaan: menggantung di leher Al-Miswaq (unta
hamil) tabir yang telah didoakan, dan diumumkan dan ditandakan pada unta, dan dikhususkan
pada lembu dan domba dengan penandaan..
Sekiranya yang membuat Haji Qiran atau Ifrad
memasuki Makkah dan mahu bertawaf, maka dia harus membaca doa tawaaf. Sekiranya
seseorang memasuki Makkah, dia boleh memindanya kepada Haji Tamattuk, dan ia
tidak dibenarkan untuk Haji Qiran. Dan di Mekah jika selepas penduduknya berhaji
ibadat Haji rukun berihram di Miqat adalah wajib.
Walaupun melaksanakan fardhu Hajinya secara
Tamattuk di Makkah ia dikenakan satu atau dua tahun tidak memindahkan fardhunya,
dan dia hendaklah keluar ke Miqat jika dia mahu mengerjakan Haji rukun Islam. Sekiranya
tidak mampu untuk berbuat demikian dia hendaklah keluar dari kawasan luar
Al-Haram (Masjid Al-Haram), Jika uzur berihramlah dari kedudukannya, Jika masuk
bermukim kali ketiga dan kemudian fardhu Hajinya berpindah kepada Haji Qiran atau
Ifrad. Sekiranya dia mempunyai dua buah rumah di Mekah dan negara-negara lain,
dia tinggal lebih dari enam bulan. Dia boleh memilih sebarang jenis haji yang dikehedakinya.
Dan gugur baginya dari menyembelih dam
(hadyu), berbanding Haji Qiran atau Ifrad adalah wajib, dan Qurban tidak gugur dan
ia adalah mustahab. tidak dibenarkan antara Haji dan Umrah Qiran dengan satu niat,
dan tidak dimasukkan yang satu dengan yang lain, dan tidak dengan niat dua Haji
dan dan dua Umrah pada satu tahun.
Pengenalan Haji 4: Miqat-miqat
Mengenai: Bahagian-bahagian, dan Hukum-hukumnya.
Ada Enam Miqat:
Bagi penduduk Iraq: Al-‘Aqiq, paling afdhal
di Al-Maslakh, diikuti dengan Ghamrah, dan yang terakhir Zhatu Irq.
Bagi penduduk Madinah: pilihan masjid Al-Syajarah,
dan apabila darurat di Juhfah.
Dan penduduk Syria:
di Juhfah.
Dan kepada penduduk Madinah: Yalamlam.
Dan penduduk Taif: di Qarn Al-Manazil.
Miqat dari rumahnya lang lebih dekat dengan
miqat-miqat: rumahnya.
Dan sesiapa yang mengerjakan haji akan berihram
di Miqatnya. Jika mengerjakan haji yang perjalanannya tidak melalui mana-mana Miqat
akan berihram mengikut tempat-tempat yang berkemungkinan besar melalui mana-mana
Miqat terdekat dan sejajar ke Mekah, dan begitu juga sesiapa yang perjalanan hajinya
dari laut.
Haji dan Umrah adalah sama Miqatnya.
Kanak-kanak terkecuali dari memakainya.
Mengenai Hukum-hukumnya.
Pertama: Sesiapa yang berihram sebelum di
Miqat tidak dikira ihramnya, melainkan orang bernazar dengan syarat bahawa mengenakan
Ihram Haji dalam bulan-bulannya atau bagi mereka yang mahu melakukan Umrah Ifrad
pada bulan Rajab dan dikhuatiri melepasinya.
Kedua: Jika berihram sebelum di Miqat tidak
dikira ihramnya, tidak cukup dengan melaluinya dengan tidak menghadkan Ihram
dari pangkal. Sekiranya dia tertangguh di miqat yang menghalangnya, kemudian hilang
halangan kembalilah ke miqat. Sekiranya tidak boleh memperbaharui ihraam, kerana
tersasar (hilang). Jika dia masuk ke Makkah, dia hendaklah keluar pergi ke miqat,
Jika tidak boleh hendaklah keluar ke kawasan luar Al-Haram (Masjid Al-Haram), walaupun
tidak boleh Ihram di Mekah. Begitu juga, jika meninggalkan ihram kerana terlupa
atau tidak jelas bermanasik, dan begitu juga bermuqim di Makkah jika dia mengerjakan
Haji Tamattuk. Tetapi jika dia menangguhkannya secara sengaja, tidak sah Ihramnya
sehingga dia kembali ke miqat, Tetapi jika uzur sah ihraamnya.
Ketiga: Jika dia lupa berihram dan tidak
mengingatinya sampai dia menyelesaikan manasiknya, dia akan diberi pahala.
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡ Kandungan Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan