Bahagian Kedua: Zakat Fitrah
Ada Empat Rukun:
Rukun Pertama: Kepada Siapa Ia
Diwajibkan
Fitrah diwajibkan dengan tiga syarat:
Yang pertama: Al-Taklif (baligh), maka tidak
diwajibkan kepada anak kecil, mahupun orang gila, atau orang-orang yang merayakan
Shawal, yang tidak menyedarinya.
Yang kedua: Yang merdeka. Tidak wajib bagi orang-orang
yang dimiliki, tidak bagi hamba Al-Mudabbar (bebas setelah mati tuannya), tidak
bagi Umm Al-Walad (ibu hamil anak tuannya), tidak bagi Al-Mukatib (hamba yang
terikat perjanjian), tidak bagi yang dicerai, tiada sesuatu yang membebaskannya.
sekiranya ada sesuatu yang membebaskannya, diwajibkan ke atasnya dengan nisbah,
walaupun dia miskin, tuannya diwajibkan dan bukan orang yang dimiliki.
Ketiga: Yang kaya [1], Tidak
wajib bagi orang-orang faqir yang tidak memiliki kekuatan dan untuk menguatkan tanggungannya,
dan tidak berkuasa memberikan kekuatan dan untuk menguatkan seluruh
keluarganya.
Dan adalah mustahab bagi orang faqir untuk
mengeluarkannya, dan sekurang-kurang satu ukuran takaran atas tanggungannya dan
kemudian menyedeqahkannya. Dan dengan syarat bahawa dia mengeluarkan untuk
dirinya sendiri dan semua orang di bawah tanggungannya, sama ada secara fardhu atau
nafilah (sunat), dari isteri, anak-anak dan yang menyerupainya, tetamu dan yang
seumpamanya, kecil atau besar, merdeka atau hamba, muslim atau kafir.
Dan niat yang sesuai dalam menunaikannya,
tidak sah yang mengeluarkannya dari orang-orang kafir, walaupun diwajibkan
kepadanya, walaupun ia memeluk agama Islam ia akan gugur untuk itu, (tidak sah).
Tiga Masalah:
Yang pertama: Siapa pun yang sampai sebelum
anak bulan (terbit), atau menjadi seorang muslim, atau gilanya hilang, atau pemilik
yang menjadi kaya diwajibkan kepadanya. walaupun selepas itu ia tidak sampai ke
hari raya, ianya mustahab, dan begitu juga ketara sekali jika pemilik yang memiliki
atau dilahirkan untuknya.
Kedua: Isteri dan yang dimilikinya diwajibkan
zakat kepada mereka walaupun mereka tidak berada dalam tanggungannya jika dia
tidak ditanggung selainnya.
Ketiga: Semua yang diwajibkan zakat kepada
orang lain akan menggugurkan kewajipan atas dirinya, walaupun dia sendiri diwajibkan
membayarnya, seperti tetamu yang kaya dan isteri.
Furu’; (Cabang)
:
Yang pertama: jika orang yang dimilikinya tidak
ada di sisinya, dia tahu masih hidup, jika dia berada dalam tanggungannya sendiri,
atau dalam tanggungan tuannya, diwajibkan ke atas tuannya. Keluarganya yang
lain diwajibkan zakat ke atas yang menanggung.
Kedua: Jika hamba berada di antara dua
pasangan maka dizakat atas keduanya, maka tanggungan pada salah satu daripada keduanya
diwajibkan zakat ke atas yang menanggung.
Ketiga: Jika seorang penjaga (tuan) mati
dan dia mempunyai hutang, maka jika selepas anak bulan terbit, diwajibkan zakat
atas yang memiliki hartanya, walaupun harta peninggalannya kecil untuk dibahagikan
kepada hutang dan fitrah secara khusus. Sekiranya dia mati sebelum terbit anak bulan,
dia tidak diwajibkan atas sesiapa kecuali dengan anggaran bahawa dia akan
membayarnya.
Keempat: Jika diwasiatkan kepadanya seorang
hamba dan pewasiat itu mati, maka jika diterima wasiat itu sebelum terbit anak bulan,
wajib atasnya, dan jika diterima selepasnya, ia digugurkan dan tidak diwajibkan
ke atas warisnya. Sekiranya diberikan kepadanya dan dia tidak memegangnya, zakat
tidak akan diwajibkan kepada orang yang diberikan itu. Sekiranya orang yang memberi
itu mati, ia adalah atas warisnya.
Rukun Kedua: Jenis-jenisnya
Kumpulan bahan: Dikeluarkan apa yang kebiasaannya
menguatkan (mengenyangkan), seperti gandum, barli, tepung, roti, kurma, kismis,
beras, susu dan kekacang.
Dan yang lain daripada itu dikeluarkan pada
nilai pasaran, dan yang paling afdhal dikeluarkan adalah kurma dan kemudian
kismis, diikuti oleh yang dikeluarkan setiap orang yang kebiasaannya bahan yang
menguatkan.
Dan (bayaran) Fitrah: Dari makanan yang menguatkan yang dinyatakan adalah
satu sukatan (Sha3), dan satu sukatan (Sha3) bersamaan empat Mudd, dan satu Mudd
adalah tiga per empat kilogram, dan satu Sha3 (sukatan) adalah tiga kilogram.
Rukun Ketiga: Masanya
Diwajibkan (membayar) pada terbit anak bulan
Syawal, dan tidak dibenarkan untuk didahulukan sebelumnya kecuali melalui
(jalan) pinjaman. Ia boleh dikeluarkan selepas itu, dan selambat-lambatnya
sebelum Sholat ‘Eid Al-Fithri, adalah lebih afdhal. Jika terkeluar dari waktu sholat
- dan waktunya sehingga Zawal (rembang - tengahari) - dan dia telah melepasinya,
wajib dikeluarkan dengan niat tunai, walaupun ia tidak melepasinya dia telah
durhaka (melanggar) dan hendaklah memberikannya secara tunai. Jika dia menangguhkan
membayarnya setelah melepasinya selama mungkin, maka ia harus menanggung ganti
rugi. Walaupun tiada bersamanya tidak boleh memberi jaminan. Dan tidak dibenarkan
dibawa ke negara lain dengan kewujudan yang berhak bersama-sama, dan dibenarkan
kerana ketiadaannya dan tidak menyertainya
Rukun Keempat: Agihannya
Ia merupakan saluran (agihan) zakat, dan
pemiliknya boleh mengeluarkannya, dan lebih afdhal membayarnya kepada imam atau
orang yang ditugaskannya. Dan jangan diberikan kepada yang bukan mukmin atau orang
yang lemah kerana ketiadaannya, dan berikanlah kepada anak-anak orang beriman
walaupun ibu bapa mereka adalah orang yang fasiq. janganlah diberikan kepada orang
faqir kurang daripada satu Sha3 (tiga kilogram), melainkan kumpulan yang tidak mengumpulkan
secukupnya untuk mereka. Dan boleh diberikan kepada seseorang bayaran yang akan
memperkayakannya.
Dan mustahab: dikhususkan kepada kaum-kerabatnya,
dan kemudian kepada jiran-jirannya.
-----------------------
[1] Orang yang berupaya untuk berusaha
menyediakan, (membekalkan) diri dan tanggungannya tidak dibenarkan untuk
menerimanya, kerana dia seperti orang kaya – keterangan
asnaf zakat
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡ Kandungan Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan