Kiriman:
ossama
Tue
4 Feb 2014 17:24
Ansar
meriwayatkan cerita yang luar biasa mengenai Ahmad (as).
Syeikh
Badr dari Ansar Imam Al-Mahdi (as) menceritakan kepada kami beberapa cerita mengenai
Al-Yamani Ahmad (as) itu. Beliau adalah salah seorang Ansar yang bertemu Imam (as)
banyak kali.
Dia
berkata:
''Saya
ceritakan kepada saudara kesaksian salah seorang daripada wakil-wakil ulamak
mengenai Ahmad Al Hassan (as).
Al-Syed
(as) menghantar saya pada suatu hari kepada salah seorang wakil yang tinggal di
Najaf, untuk tujuan berdakwah kepadanya. Namanya ialah Syeikh Mohammad Amin
Suoody. Wakil ini adalah salah seorang yang kenal Al-Syed (as). Jadi Al-Syed (as)
menghantar saya kepadanya. Selepas memberinya dakwah, Syeikh itu menolak dakwaan
Ahmad Al Hassan (as) dan tidak beriman kepadanya.
Selepas
saya selesai memberi dakwah kepadanya, saya bertanya kepadanya mengenai akhlak Al-Syed
(as). Beliau berkata pelajar-pelajar hauzah selalu memanggil Ahmad “Al-Basriy'',
yang benar dan yang amanah. Beliau juga berkata bahawa apabila Al-Syed (as) berkata-kata,
dia hanya akan berbuat demikian dengan merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran dan
riwayat dari Aali Muhammad (as). Sesungguhnya orang-orang tidak akan faham
bagaimana Syeikh ini tidak percaya pada Imam (as). Syeikh ini menjawab dengan
bertanya soalan kepada saya, ''Mengapa bukan saya yang dihantar (diutus) oleh
Imam Al-Mahdi (as) mengapa pula dia Ahmad Al-Basriy??!!!.
Dari
peristiwa-peristiwa yang aneh dan luar biasa yang berlaku dalam dakwah ini
adalah cerita-cerita berikut
Satu
hari, saya pergi untuk memberikan dakwah kepada Syeikh yang tinggal di dalam Makam
Amir Al-Mukminin (as). Saya memberikan dakwah kepada salah seorang dari mereka,
dan saya memberitahunya bahawa Imam Al-Mahdi (as) telah menghantar utusannya ''
Ahmad Al-Hassan (as)'. apabila saya selesai berbuat demikian, seorang lelaki yang
duduk di sebelah kepala makam Abu Turab (as) berkata kepada saya, “Apa yang
kamu cakapkan ni?” Jadi saya beritahu kepadanya. Lalu dia berkata kepada saya “Adakah
kamu beriman kepadanya?” Saya berkata kepadanya, ''Ya! Jika Allah SWT menerima
saya,'' Jadi dia terdiam.
Saya
meninggalkan makam Haydari menghala ke Jalan Al-Thusi apabila saya melihat orang
yang sama yang bercakap dengan saya sebelum ini. Saya terkejut kerana saya
meninggalkan dia semasa dia sedang membaca Doa. Kemudian dia memanggil saya
dari jauh dan di tangan beliau ada kain Kafan. Dan dia berkata kepada saya, “Apabila
kamu memberikan dakwah kepada sesiapa mengenai perkara ini, jangan keluarkan semua
bukti-bukti, tetapi bawakan satu bukti dan kembangkannya dan kemudian berikan persoalan
lanjut.” Maka, saya berkata kepadanya, Adakah kamu mempunyai pengetahuan
tentang perkara ini?” Maka dia berkata kepada saya, “Saya tahu segala-galanya,”
lalu saya berkata kepadanya, “Apakah nama Tuan? dia berkata kepada saya, “Nama
saya Faidullah.” Saya berkata kepadanya, ''Siapakah sebenarnya Tuan? Jadi dia berkata,
“Kami adalah orang-orang yang membawa selimut di bahu.” Lali dia pergi dan saya
tidak melihat beliau lagi.
Pada
hari yang sama, saya kembali ke rumah, dan Allah SWT memberikan saya kejayaan dengan
membaca Kitab Al-3ijl (Anak Lembu). Apabila saya mulakan dengan “Ditujukan
khas” yang merupakan halaman permulaan dari kitab itu, '' Ia mengatakan, ''Untuk
orang-orang yang membuka selimut mereka dan berjuang ke jalan Allah.” Jadi,
saya teringat kata-kata manusia suci tersebut. Selepas satu tempoh masa, saya
diberi penghormatan bertemu Al-Syed (as) dan memberitahunya segala-gala yang
berlaku kepada saya. Dia hanya berkata kepada saya, ''insyaallah Khair.”
Dan
daripada kisah-kisah pelik adalah Imam Al-Mahdi (as) memberitahu seseorang dakwah
suci Al-Syed (as) berdekad-dekad sebelumnya. Pada suatu hari, beberapa orang ansar
pergi menziarahi Imam Al Hussein (as) dengan berjalan kaki. Mereka tidak akan
berehat kecuali oleh suatu Istikharah. Dan Istikharahnya baik pada salah sebuah
rumah dalam perjalanan. Pemilik rumah itu mengalu-alukan ansar-ansar tersebut.
Beliau adalah seorang lelaki tua. Selepas dia menunjukkan layanan baik kepada ansar,
mereka menyampaikan khabar utusan kepada Imam (as). Lalu orang tua itu menjawab,
''Namanya ialah Ahmad Al-Hassan dan dia dari Basrah? Maka mereka berkata
kepadanya ''Ya.” Beliau berkata kepada mereka, ''Saya tahu sejak 40 tahun lalu.
Jadi mereka ansar-ansar sangat ingin tahu dan berusaha untuk mengetahui selanjutnya
dengan mereka melawat orang ini sekali lagi kemudiannya.
Saya
bersama Syeikh-Syeikh dan Syed-Syed dari ansar termasuk Syed Hassan Al Hamami,
Syeikh Hazim Al Haqani, Syed Talib Al Safi, Syeikh Muhammad Al Hereshawi, dan Syeikh
Hamud Al Kinani dan Syeikh Hasan Al Kinani.
Orang
tua itu menyambut kami sekali lagi. Kami memberitahu beliau untuk memberitahu
kami mengenai cerita yang menakjubkan itu. Beliau menangguhkannya sehingga
saudara-saudaranya datang dan mereka sendiri menyaksikan perkara ini. Kemudian
dia berkata
''Ketika
saya masih muda, saya telah berkhidmat kepada para pengunjung Imam Al-Hussein (as).
Terdapat seorang lelaki yang membantu saya dan dia menjadi kawan saya. Pada
suatu hari, lelaki itu memanggil saya dengan nama ibu saya tetapi bukan nama
yang sama yang saya tahu mengenai ibu saya. Kemudian saya bertanyakan ibu saya
mengenai nama itu dan dia berkata kepada saya, ''Ya, itu adalah nama sebenar ibu,
tetapi ibu bapa ibu menukarnya beberapa tahun kemudian. Dan hanya beberapa
orang yang mengetahui perkara ini.”
Selepas
itu, saya bertemu dengan orang tersebut, dan saya bertanya kepadanya tentang
namanya. Dia memberitahu saya, ''Nama saya seperti nama kamu. Saya dipanggil
Mahdi, dan mereka memanggil saya Abu Shalih, jadi panggillah saya seperti
mereka memanggil kamu.” Kemudian dia mula menceritakan kepada saya beberapa
cerita yang penuh dengan keajaiban. Satu hari, beliau menjemput saya untuk
pergi menziarahi Imam Al Hussein (as) dengan berjalan kaki. Saya minta
kebenaran daripada bapa saya, dan dia mengizinkannya saya. Saya dan lelaki itu
bergerak sebelum Azan Maghrib dan tiba tepat pada waktu Azan. Saya tidak sedar perjalanan
itu, tetapi saya melihat seolah=olah bumi dilipat untuk kami.
Saya
sangat ingin tahu, kemahuan untuk tahu siapa lelaki ini. Saya bertanya dia lagi,
''Siapakah kamu wahai Tuan?” Dia berkata kepada saya, ''Saya akan beritahu kamu,
tetapi jika kamu beritahu sesiapa mengenainya, maka kamu tidak akan melihat
saya lagi kecuali di dalam kerajaan langit (malakut). Saya bersetuju. Dia
berkata kepada saya, ''Saya Imam Al-Mahdi anak Al-Hassan Al-Askary (as). Lalu
saya menangis dan terus mencium tangannya dan bertanya kepadanya tentang Masa
Kemunculan. Dia menjawab dengan berkata, “Allah SWT akan menghantar seorang
rasul (utusan) dari saya. Namanya Ahmad dan dia adalah dari Basrah.
Saya
berkata kepadanya “Wahai tuan terdapat ramai orang di Basrah dengan nama itu,”
dia berkata '"Dia dipanggil Ahmad Al-Hassan (as) dan dia berkata kepada
saya, “Jangan berpaling daripada memberikan dia kemenangan. Dia akan mempunyai penghijrahan,
jadi ikutilah dia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas tanah.” Dan dari rasa
yang sangat bahagia, saya berjumpa kepada keluarga saya dan memberitahu mereka
berita tersebut kerana saya tidak dapat menanggung betapa beratnya apa yang dia
beritahu kepada saya. Saya juga memberitahu saudara-mara saya, jadi mereka
mengoyakkan pakaian saya untuk mengambil berkat daripada saya dan mencium mata
saya. Dan selepas lelaki itu selesai dari bercakap, dia memberi tahu saudara-maranya
yang hadir dalam perhimpunan tersebut untuk menjadi saksi (berbai’ah) dan mereka
melakukannya.
Jadi
lelaki itu serta-merta beriman dengan Imam (as). Anak-anaknya menyumbang kepada
perubahan jalan yang membawa ke makam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan