Soalan
435: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Saya
memohon maaf dan pengampunan dari Maulai hujjah Allah atasku dan atas ciptaanNya
Imam Ahmad Al-Hassan (as), dan memohon maaf padamu Maulai kerana mempemanjangan
dalam surat ini.
Secara
ringkas Ya Maulai, saya kenal seorang wanita penduduk dalam negara ini di suatu
tempat, yang telah bercerai dengan seseorang dan hidup keseorangan di negara Barat
yang rosak ini, saya mengenalinya sudah lama dan saya temuinya hari ini
mengeluh mengenai sara hidup yang dialaminya oleh kehadiran binatang liar, dia
kurus dibandingkan dengan kebanyakan wanita penduduk di sini dan saya rasa dari
kata-katanya bahawa dia mahu berkahwin dengan seseorang yang bertaqwa kerana
dia menganali saya seorang beriman, seorang Syiah tetapi dia hanya seorang
janda, dan meminta saya untuk berkahwin dengannya secara sembunyi, untuk
melindungi mereka ia suatu perkara besar pada saya dan bukan sesuatu yang senang.
Saya memberitahunya bahawa saya mahu berkahwin lagi, tetapi tidak akan berkahwin
melainkan dengan yang mukminah, dan dia berkata dia memerlukan seorang yang
beriman untuk kembali kepada Allah, dan dia tidak terbuka dengan dakwah, kerana
dia buta huruf tidak tahu apa-apa, saya memberitahunya bahawa, Allah melarang, saya
mengahwini kamu jika tidak beriman dan berpegang teguh dengan semuanya, saya
bersetuju bahawa dia mahu kembali kepada Allah dan dia bosan dengan kehidupan
yang kotor ini dan mahu membersihkannya, kerana dia tahu bahawa saya sudah
berkahwin dan mempunyai anak-anak, saya memberitahunya semuga Allah memberi
kebaikan dan melimpahkan kurnia kepadanya, Saya beristikhaarah pada Allah:
Adakah wanita ini adalah baik untuk dunia dan Akhiratku, dan mengurniakan nasib
yang baik dan kebahagiaan.
Satu
lagi perkara ya Maulai ialah kaedah perkahwinan di negara ini adalah di antara
pasangan itu di masjid melalui kedua-dua saksi; kerana ia masjid masyarakat Al-Sunnah.
Berakhir.
Ya
Maulai, saya pohonkan nasihat dan perhatian tuan, kerana tuan lebih arif. Selawat
Allah ke atas tuan dan atas bapa-bapa tuan, anak-anak tuan orang-orang yang baik
lagi disucikan.
Penghantar:
Dari Sepanyol
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Jika
Allah memilih untuk kamu, maka kebaikan adalah apa yang dipilihNya. Berkenaan
dengan 3aqad itu, semoga Allah memberikan kamu kejayaan. Kamu berdua boleh
menyempurnakan 3aqad di antara satu sama lain dan disaksikan dua saksi bagi
pihak kamu atau umumkan kepada beberapa orang selepas kamu menyempurnakan 3aqad
tersebut; seperti menjemput beberapa orang yang kamu kenali untuk sebuah
kenduri agar orang ramai tahu tentang perkahwinan kamu. Sehingga menyempurnakan
3aqad di masjid yang lain untuk tujuan dokumentasi atau apa jua sebab. Kamu
boleh melakukan semula sighah (kenyataan) 3aqad, jika ada sebarang Khalal (kesilapan)
Dan
3aqad itu mencukupi jika si wanita mengatakan kepada kamu:
(زوجتك نفسي بمهر قدره – كذا
- وتذكر المهر)
(Zawijutuka
nafsi bi mahar qadarahu-kazha-wa tazhkur al-mahar) - Aku kahwinkan diri ku pada mu dengan
mahar sebanyak ini… dan sebutkan mahar). Dan tidak perlu pihak ketiga untuk
menyebutkan kepada kamu, yang perlu hanyalah dua orang saksi ketika 3aqad
tersebut. Jika tiada, maka selepas 3aqad, jadikan ia diketahui ramai dengan
memberi tahu beberapa orang bahawa kamu sudah berkahwin dengan fulan binti
fulan, dan kamu boleh mengumumkannya dnegan cara apa pun seperti kenduri
atau dengan apa cara yang sesuai dengan situasi kamu.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Ahmad Al-Hassan
lewat
Shafar / 1431
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan