Soalan
426: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Salam
atas Ahl Bait Nabi, tempat datangnya risalah dan turunnya Wahyu, Dari kehendak Allah
tempat anda memulakan.
Datanglah
Ayat yang mulia:
﴿أَلَمْ
تَرَ إِلَى الْمَلَإ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا
لِنَبِيٍّ لَهُمْ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ... ﴾
{Apakah kamu tidak
memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka
berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja
supaya kami berperang di jalan Allah". "...} [Al-Baqarah 2:246]
1
- Siapakah Nabi yang mulia ini? Namanya dan sifat dan keadaannya?
2
- Mengapa Allah tidak memilih Nabi ini yang menjadi Raja?
3
- Adakah raja Thalut raja umum ke atas Bani Israel, atau ia hanya dalam hal
kepimpinan tentera?
4
- Adakah Thalut (as) hujjah kepada Nabi ini yang telah disebut dalam Ayat ini?
Pengirim:
Abu Yusuf – Iraq
Jawapan:
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
Pujian
tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas
Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktarafan.
Jawapan
untuk soalan 1 - 2 - 3 - 4: Nabi itu Nabi Allah Shamuel (Ismail) dari keturunan
Ya’kub (as).Ada pun sifat dan keadaannya hampir sama
dengan keadaan Ismail bin Nabi Allah Ibrahim (as), ibunya Hannah juga mandul seperti
Sarah (as) isteri kepada Nabi Allah Ibrahim, dan
dia telah bernazar kepada Allah Yang Maha Suci, dia (anaknya) telah berkhidmat
di rumah Allah seperti Maryam (as), dan Allah mengutusnya sebagai Nabi
kepada Bani
Israel.
Dan
pada zamannya Banu Israel telah derhaka terhadap perintah Allah Yang Maha Suci.
Dan pada hari-hari akhir hidupnya mereka kembali dan bertaubat dan generasi
soleh muncul dari mereka dan mereka meminta daripada-Nya supaya dia melantik
untuk mereka seorang Raja agar mereka berjuang di bawah panji-panjinya. Oleh
itu, beliau melantik Thalut dengan perintah Allah SWT, dan Thalut telah
diperintahkan dengan perintah Nabi Allah Ismail (as), dan selepas Thalut dan
tenteranya mencapai kemenangan ke atas Jalut (Goliath) dan tenteranya, Allah
memerintahkan Nabi Allah Ismail (as) untuk melantik Daud (as) sebagai Khalifah
selepasnya, yang merupakan seorang askar dalam tentera Thalut.
Adapun
mengapa tidak Nabi Allah Ismail (as) dijadikan Raja, sesungguhnya dia adalah
seorang Nabi dan Khalifah Allah di Bumi-Nya dan beliau adalah Raja yang telah
dilantik oleh Allah, tetapi mereka meminta seorang Raja supaya mereka boleh berperang
di bawah panji-panjinya dan berjuang bersama mereka, kerana pada zaman itu adalah
satu kemestian Raja keluar bersama tentera dan turut sama berperang, manakala
Nabi Allah Ismail (as) adalah seorang lelaki tua yang berumur dan juga pada
hari-hari akhir hidupnya. Dan untuk ini, mereka meminta darinya (as) agar dia melantik untuk mereka seorang
Raja yang mempunyai keupayaan untuk berperang.
Semoga
Allah memberikan anda kejayaan dalam setiap yang baik, dan menjadikan anda dari
kalangan orang-orang yang melihat dan orang-orang yang mendengar Kalimah Allah Yang
Maha Suci, dan menyedarinya.
Dan
Salam atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Ahmad
Al Hassan
Jamadi
Al-Awwal, 1431 Hijrah
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan