Soalan 77: Bagaimana
Maryam (a.s) hamil?
Soalan:
﴿وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ
مَرْيَمَ إِذِ انْتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَاناً شَرْقِيّاً * فَاتَّخَذَتْ
مِنْ دُونِهِمْ حِجَاباً فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا
بَشَراً سَوِيّاً * قَالَتْ إِنِّي أَعُوذُ بِالرَّحْمَنِ مِنْكَ إِنْ كُنْتَ
تَقِيّاً * قَالَ إِنَّمَا أَنَا
رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلاماً زَكِيّاً قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي
غُلَامٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا * قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ ۖ وَلِنَجْعَلَهُ
آيَةً لِّلنَّاسِ وَرَحْمَةً مِّنَّا ۚ وَكَانَ أَمْرًا مَّقْضِيًّا * فَحَمَلَتْهُ فَانتَبَذَتْ بِهِ مَكَانًا قَصِيًّا * فَأَجَاءَهَا
الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا
وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا * فَنَادَاهَا مِن تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ
تَحْتَكِ سَرِيًّا ﴾
[16] Dan ceritakanlah (kisah) Maryam
di dalam Al Quran, yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu
tempat di sebelah timur, [17] maka ia mengadakan tabir (yang
melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia
menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna. [18] Maryam
berkata: "Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha
pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa".[19] Ia (Jibrail) berkata:
"Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang
anak laki-laki yang suci".[20] Maryam berkata: "Bagaimana akan ada
bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusiapun
menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!" [21] Jibril berkata:
"Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku;
dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat
dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan".[22] Maka
Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke
tempat yang jauh.[23] Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia
(bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah
baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi
dilupakan".[24] Maka dia menyerunya dari tempat yang rendah:
"Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak
sungai di bawahmu. [Maryam 19:16-24]
1-
Apakah yang menjadi hijab (tabir) bagi Maryam (as) dalam ayat 17?
2-
Siapakah "Roh Kami" yang disebut dalam ayat? Dan kenapa dia muncul kepada
Maryam (as) sebagai seorang manusia yang khusus? Adakah agar dia berasa selamat
atau atas sebab yang lain?
3
Bagaimanakah dia memberikan padanya ([mengenai ayat {Dia berkata, "Sesungguhnya
aku ini hanyalah utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang
suci]}? Adakah ia melalui perkahwinan? Atau tiupan? Dan adakah tiupan jasmani
atau rohani, dan bagaimanakah dia hamil? Apakah tempoh kehamilannya? dan
bagaimana pula tiada siapa yang perasan akan kehamilannya? dan adakah kehamilannya
dengan cara biasa?
4-
{Dia berkata, "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku
menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan.} Adakah kerana kesakitan
melahirkan anak atau kerana dia melahirkannya tanpa bapa kerana dia takut, atau
atas lain-lain sebab?
Perhatian:
Soalan-soalan ini adalah langsung dari Al-Syeikh Hamud Al-Kinaniy kepada Al-Syed
Ibrahim
Raghil
Jawapan:
بسم الله
الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dan
pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya
Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi
dan sepenuh pengiktirafan
1.
Tabir (hijab) Maryam adalah tempat ibadatnya di mana tempat dia bersendirian daripada
orang ramai untuk bersolat
2.
Perincian mengenai Roh akan diterbit dalam sebuah Kitab yang berjudul
"Mereka bertanya kepadamu tentang Roh". Bagi fakta bahawa Roh yang mewakili
dalam bentuk seorang manusia, maka salah satu sebabnya adalah untuk dia berasa
selamat.
3.
Tiupan adalah menyampaikan (menyalurkan) Sperma Diri, yang bercantum pada diri,
ke dalam rahim Maryam. Dan ia bukanlah sperma jasmani (fizikal), perkahwinan
tidak diperlukan untuk menyampaikan sperma ini. Sebaliknya, ia adalah sperma
cahaya, darinya bentuk manusia terbentuk.
Dan
ia boleh masuk dari mana-mana bahagian badan, dari mulut, hidung, atau perut.
Ia bukanlah jasmaniah (fizikal), jadi benda-benda tidak boleh menghalang
kemasukannya.
Isa
(as) dilahirkan dari seorang ibu tanpa bapa, yang bermaksud bahawa dia (as)
berbeza daripada Adam (as) yang dicipta tanpa ibu dan bapa.
Jadi
Isa (as) telah dicipta oleh Allah di dunia jasmani (fizikal) ini dari sel yang
lengkap, yang diletakkan Allah di dalam rahim Maryam (as) dalam bentuk fitrah (semula
jadi), bermakna sel lengkap ini adalah telur, dan ia datang dari ovari, tetapi
ia adalah istimewa dalam erti kata bahawa ia adalah lengkap (sempurna), ia
tidak perlu disenyawakan. Apa yang ia perlukan hanyalah untuk dihubungkan
dengan satu sperma diri. Dan saya telah jelaskan bahawa pada lebih daripada
satu tempat.
Dan
Roh itu datang dengan sperma diri ini dan disampaikannya supaya ia bercantum
dengan sel yang lengkap yang darinya Isa (as) dicipta.
Secara
fitrahnya, unsur sperma jasmani (fizikal) dicantumkan kepada sperma diri, dan
diri ini dicantumkan kepada sperma diri dan ia bercantum kepadanya kira-kira dalam
bulan keempat kehamilan.
Bagi
Isa (as), tidak ada sperma jasmani (fizikal), dan itulah sebabnya Roh itu
datang dengan sperma diri untuk dicantumkan ke telur sempurna yang lengkap yang
tidak memerlukan persenyawaan, yang berlaku agar nanti diri yang dicantumkan kepada
sperma diri ini dihubungkan kepadanya, dan seterusnya dicantumkan ke badan yang
baru dicipta ini.
Dan
tempoh mengandung adalah 9 bulan, tetapi Allah menjadikan kehamilan cahaya
bermakna ia tidak jelas supaya orang mungkin tidak mengenalinya, sehingga saat-saat
akhir apabila dia keluar dari tempat beliau beribadat dan mengasingkan diri
dengan Allah SWT {Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan
kandungannya itu ke tempat yang jauh } [Maryam 19:22]
4-
Lagipun jalan ini dengan Allah, dan yang ghaib, dan mukjizat, bolehkah orang
yang waras mengatakan bahawa dia takut kepada manusia? Orang yang jahil tentang
kebenaran membayangkan bahawa dia takut kepada manusia, tetapi di sini dia,
tidak mengambil berat mengenai kata-kata mereka, sebaliknya, dia membawa Isa (as)
dan dengan tenang dan dia menunjukkkannya kepada manusia ketika mereka
menyerangnya dengan kasar
﴿فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ ۖ قَالُوا يَا مَرْيَمُ لَقَدْ جِئْتِ شَيْئًا فَرِيًّا * يَا
أُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ﴾
{Maka
Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya berkata:
"Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar.*
Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan
ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina",."} [Maryam 19:27-28]
Dan
dia tidak bersusah payah untuk memberi jawapan kepada mereka
{Maka
Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata, "Bagaimana kami boleh
berkata-kata dengan seorang yang masih dalam buaian kanak-kanak?"} [Maryam
19:29]
Dengan
itu, Maryam tidak takut, sebaliknya, dia keluar dari rumah Allah dan tempat
beliau beribadat dan tempat pengasingan beliau dengan Allah kerana kehamilan
ini {Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya
itu ke tempat yang jauh }
Dan
kini dia melahirkan anaknya ini:
{Maka
rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon
kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan
aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan."} [Maryam 19:23]
Jadi
sekarang dia menyedari dengan yakin bahawa dia akan dikeluarkan dari tempat
beribadatnya selama-lamanya dan dia tidak akan kembali ke tempat ibadatnya itu di
mana tanda-tanda Allah akan sentiasa jelas kepadanya, dan itulah sebabnya dia
berkata {Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang
yang tidak berarti, lagi dilupakan."}
Jadi
dia (Isa) memberi jaminan bahawa dia adalah raja dari Bani Israel dan pelepasan
itu dalam kelahiran dan bahawa terdapat ketaatan dan ibadat kerana Allah sibuk
dengan menaikkan dia {Maka dia menyerunya dari tempat yang rendah:
"Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak
sungai di bawahmu.} [Maryam 19:24]
Saya
berharap anda sampaikan berbanyak-banyak salam saya kepada kepada yang Mulia
Abu Ali Al-Syeikh Hamud Al-Kinaniy. Semoga Allah melindunginya dari segala
kejahatan. Dan aku bermohon kepada Allah agar memberikan aku kejayaan dan
memberkati ku supaya dapat bertemu dengannya dan melihatnya dan berjumpa dengan
semua orang yang beriman.
Dan
Dialah Pelindungku dan Dia menjaga orang-orang yang soleh.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan