Planet di mana satu hari sama
dengan seribu tahun.
Soalan: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan rahmat ke atas kamu.
Ini adalah pertanyaan yang dihantar oleh orang yang tidak beriman kepada Imam Ahmad al-Hassan as, dengan harapan untuk membina keyakinannya berdasarkan bukti saintifik dari Imam a.s.
Sains moden telah membuktikan bahawa ada sebuah planet di mana satu harinya adalah bersamaan dengan seribu tahun masa bumi. Bagaimanakah hamba Allah di planet ini bersembahyang, jika ia adalah wajib baginya? Oleh kerana tempoh masa di antara waktu subuh dan tengah hari akan menjadi lebih dari 400 tahun, dan 300 tahun antara waktu tengah hari sehingga matahari terbenam, adakah sembahyangnya perlu dilakukan dengan lengkap atau dipendekkan? Ke arah mana beliau mengadap di dalam solat? Adakah dia berpuasa dan bagaimana caranya melakukannya, lebih-lebih lagi jika dia tidak tahu bila masa untuk melakukannya dan dia hanya tahu nama bulan untuk memulakan puasa.
Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Solawat serta salam Allah ke atas Muhammad dan ahli keluarganya, para Imam dan para Mahdi
Ketika ada orang-orang yang diuji hidup di planet-planet lain di alam semesta yang luas, Allah SWT, yang telah mengutus rasul-rasul kepada manusia di bumi akan juga mengirimkan utusan kepada mereka yang hidup di planet lain untuk mereka belajar kewajiban dan ibadah mereka yang mungkin tidak mempunyai persamaan dengan cara-cara ibadah di bumi, melainkan persamaan itu adalah dengan mengingati Allah dan usaha ke arah mengenal Dia SWT.
Ahmad al-Hassan 1433 Hijriah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan