Sabtu, 11 Oktober 2014

Soalan 60: Wahai Musa, Tanggalkan kasut mu

Wahai Musa, Tanggalkan kasut mu


Soalan 60 Disebut di dalam Al-Quran Al-Karim ayat ini:

﴿إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى﴾

{Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua kasutmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa.} [33]
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat ini?

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Kasut di kaki manusia menjadi pelindungnya, tetapi ia juga melambatkan kelajuan berjalan.menuju Allah SWT tidakla dimaksudkan hanya pada kasut biasa yang melambatkan kecepatan Musa (as) berjalan untuk sampai ke pokok tempat dia bercakap. Sebaliknya, Dia SWT mahu supaya Musa (as) membuang segala-gala dari dirinya yang menghalangnya berjalan ke arah Allah SWT. Maka Dia SWT mahu supaya Musa (as) membuang cintanya kepada sesuatu selain kepada Allah, dan supaya mengalihkan takut daripada sesuatu kecuali takut kepada Allah, supaya dia tidak melindungi dirinya dengan rasa takut atau berhati-hati, tetapi melindungi dirinya dengan Allah SWT, dan supaya menjadikan cintanya kepada mana-mana manusia kerana Allah dan melalui cintanya kepada Allah SWT. [34]

Takutkan kepada penzalim-penzalim (taghut) seperti Firaun adalah dari sifat-sifat ulamak tidak beramal - kerana hati mereka penuh dengan ketakutan pada penzalim (taghut) - atau seperti Allah SWT memanggil mereka di dalam Al-Quran Al-Karim "keldai" (Al-Himar). Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ …﴾

{Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (kecuali) seperti keledai...} [35].[36]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ﴾

{Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.} [37].

Dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ﴾

{Seolah-olah mereka itu keledai liar yang lari terkejut,} [38], [39].

Imam Al-Shadiq (as) berkata dalam tafsirannya terhadap Ucapan Ilahi ini dengan Musa (as): {maka tanggalkanlah kedua kasutmu.}. Beliau (as) berkata: "Oleh kerana kasutnya adalah dari kulit keldai mati" [40].

Al-Shadiq (as) tidak mahu menyebut kecuali hanya untuk menunjukkan sifat-sifat ini, ia adalah takut pada penzalim (taghut) oleh sifat-sifat diri dari para ulamak yang tidak beramal [41] atau keldai. Dan Al-Shadiq (as) tidak maksudkan hati Musa takut kepada penzalim (taghut) selepas dia memasuki tempat suci Tuhan, kerana Allah SWT berkata kepada Musa (as) kamu telah sampai tempat suci Ketuhanan,
، ﴿لا تَخَافُ دَرَكاً ولا تَخْشَى﴾
tak usah kamu khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)," kerana yang mempertahankan kamu adalah Allah. Jadi sekarang kamu berada di tempat suci-Nya, Lembah Suci Thuwa.
              
Masakan hati Musa (as) takut kepada penzalim (taghut) selepas dia sampai di tempat suci Tuhan. Tetapi ada satu pengajaran dalam ucapan Tuhan ini diajarkan daripada Allah SWT kepada setiap manusia yang mahu sampai ke tempat yang suci (Lembah Suci Thuwa). Pertama, untuk layak memasuki tempat suci ini, orang itu hendaklah membuang (menghapuskan) dari hatinya dari rasa takut kepada penzalim (taghut) seperti Firaun, dan yakin bahawa yang melindunginya adalah Allah SWT yang berkuasa atas segala sesuatu dalam menghadapi (melawan) mereka yang tidak mempunyai kuasa atas segala sesuatu.
                      
Jadi apa yang diminta dari Musa (as) sekarang adalah masuk ke tempat suci dan menghapuskan dari dari takut hatinya selain dari Allah, walaupun rasa takut ini sehalus zarrah, maka dia perlu mengisi hatinya dengan rasa takut kepada Allah SWT.

Adapun mengenai kata-kata Nabi Musa (as):

﴿وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنْبٌ فَأَخَافُ أَنْ يَقْتُلُونِ﴾

{Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku".} [42].

Musa (as) dikehendaki takut pada Risalah Ilahi, bukan pada dirinya sendiri. Jadi dia takut bahawa mereka membunuhnya sebelum dia selesai menyampaikan Risalah Ilahi yang ditugaskan ke atasnya. Maka Allah SWT telah memberkan jawapan kepadanya dengan firman:

﴿كَلَّا فَاذْهَبَا بِآياتِنَا إِنَّا مَعَكُمْ مُسْتَمِعُونَ﴾

 {"Jangan takut, maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami; sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkannya,} [43],

Nabi Musa dengan segera pergi mendapatkan penzalim (taghut) dan menyampaikan Risalah kepada Bani Israel dan menyampaikan risalah dengan keutamaan Allah yang berkuasa atas segala sesuatu.



 ✡✡✡✡✡


---------------------------
[33] – Thaha 20:12.
[34] – Al-Syeikh Shaduq (rahimahu Allah) berkata: Diriwayatkan pada firman AWJ: (maka tanggalkanlah kedua kasutmu) iaitu ketakutan kamu: takut kehilangan keluarga kamu dan ketakutanmu pada Firaun. Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal. 151.
Dan (diriwayatkan) dari Imam Mahdi (as), katanya dalam sebuah hadits yang panjang: (... Musa membisikkan kepada Tuhannya lembah suci: Ya Tuhan, bahawa keikhlasanku padaMu adalah dengan mencintaiMu, dan aku mencuci hatiku dari selainMu- dan sangat mencintai keluarganya - maka Allah berfirman: (maka tanggalkanlah kedua kasutmu) iaitu hapuskan mencintai keluarga mu dari hati mu, jika kamu mencintai Ku dengan ikhlas, dari kecenderungan selainKu untuk dicucikan) Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal. 460. (Pengulas).
[35] - Al-Jum'ah 62: 5.
[36] – Al-Rasul Muhammad (S) bersabda dalam sebuah hadits yang panjang: (... dan Allah berkata:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ …﴾
{Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (kecuali) seperti keledai...), Wahai Ibn Mas3ud, akan datang suatu zaman pada manusia lama menderita atas agamanya, seperti klac. anthrax Bkivh. mengatakan (kata) untuk masa itu bahawa ia adalah pada masa itu serigala dan hanya makan serigala., Wahai anak Massoud, cendekiawan dan pengkhianat Vgahaahm, meriam, tetapi mereka yang jahat ciptaan Allah, dan pengikut mereka dan memberikan mereka dan mengambil mereka dan mengasihi mereka dan Ajalshm dan Icheoarham penjahat dijadikan Allah, membawa mereka ke dalam api neraka (pekak, bisu dan buta, mereka tidak kembali) Lampu pelayar: c 47, ms 98.

Dan berkata Ali bin Ibrahim Al-Qummiy dalam tafsirannya: Jil 2 halaman 366: (kemudian memberi contohnya, pada Bani Israel, beliau berkata:
(مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَاراً)
(Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal )
katanya: keldai yang membawa kitab-kitab dan tidak tahu (tiada ilmu) apa yang ada di dalamnya dan tidak mengamalkannya, dan begitu juga Bani Israel memegangnya seperti keldai yang tidak tahu dan tidak mengamalkannya.).
Dan berkata Al-Syeikh Al-Thusiy (rahimahu Allah) dalam Al-Tibyaan: Jilid 10 halaman 5: (Ibn Abbas berkata: Kitab yang berjalan, dalam salah satu perjalanan; kerana mereka mendedahkan makna yang zahirnya sahaja, dikatakan: menyerlah seorang lelaki ketika ia membuka serbannya, dan menyerlah wanita dengan wajahnya gemilang (cantik), tetapi hanya seperti keldai; kerana keldai yang membawa kitab-kitab kebijaksanaan di belakangnya tidak mengetahui isinya, dan tidak bezanya seperti orang yang menjaga (menghafal) kitab-kitab tetapi tidak mengamalkannya, dan begitu juga sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tidak memahami maknanya dan Dan berpaling darinya dan enggan menerimanya, maka sesiapa yang tiada memerlukannya, perumpamaan ini adalah sesuai untuknya. Dan jika yang menjagaya dari pelajar, maksudnya yang  akan membawanya untuk menyelamatkannya tidak termasuk dalam perumpamaan ini). (pengulas).
[37] - Luqman 31:19
[38] - Al-Muddatsir 74:50.
[39] - kita dapati bahawa Imam-Imam (as) tidak boleh lari daripada membuat perumpamaan Ulamak yang tidak beramal dengan keldai, di sini kita dapati Imam Shadiq (as) ketika menyebut ayat: (كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ)  (seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut,) dalam mengatakannya kepada Yunus mengenai ulamak yang berselisih dan menentangnya ia adalah bidang kuasa jalan-jalan tanpa Imamah yang Haq, Imam Al-Shadiq (as) berkata:. (... sifat ini disebabkan tidak mengenal Allah dengan makrifah sebenar dan tidak suka hak untuk mengasihinya, tidak akan berguna solat, puasa dan kisah-kisah dan ilmu mereka, sesungguhnya mereka itu keledai liar yang lari terkejut, kemudian berkata: Wahai Yunus, jika kkamu mahu ilmu yang shahih maka kita mempunyai Ahl Al-Bait, aku mewarisinya dan telah diberikan Syariat AL-Hikmah dan menghuraikan kata-kata) Bihar Al-Anwar: Jilid 63 halaman 404. Di sini, Imam Sadiq (as) memperuntukkan bahawa penyimpangan kesahan ilmu Imam-imam dan keutamaan mereka kepada orang lain, kerana mereka mewarisi ilmu dari datuk mereka Rasulullah (S) bukan dari orang lain, dan ini menunjukkan kecekapan (kebijaksanaan) Ahl Al-Bayt (as) pada sifat (pewaris para Nabi), walaupun setiap perihal dirinya bahawa selain mereka adalah pencuri dan tidak mempunyai sesuatu pun. (Pengulas).
[40] - 3ilal Al-Sarai3 Jilid 1 halaman 66.
[41] - kata Ali bin Ibrahim Al-Qummiy dalam tafsirannya: Jil 2 halaman 366: (dengan berkata: (Katakanlah: Hai orang-orang Yahudi yang Zaaemtem anda ibu bapa untuk Tuhan tanpa orang, maka sembah kematian jika kamu orang yang benar) berkata: Taurat ditulis penjaga kematian hasrat Tuhan). Ini Majlisi di laut: 6:00 c 125: (maka sembah kematian) ucapan pergi walaupun dilihat oleh orang-orang Yahudi, tetapi dalam kedua-dua mendedahkan menuntut mandat Tuhan dan membenci kematian). (Pengulas).
[42] - Al-Syu3araa 26:14,
[43] - Al-Syu3araa 26:15.

Tiada ulasan: