Selasa, 14 Oktober 2014

Soalan 108: Makna dia digelar dengan bapa saudaranya Dan apakah makna (أمت - Amat)?

Soalan 108: Ya Tuan, Ya Maula dan Yang dikasihi! Apakah makna riwayat ini (dan dia digelar dengan bapa saudaranya) Dan apakah makna (أمت - Amat)?

Penghantar: Ya3kub Al-Jabariy

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Gelaran ini telah disebut dalam lebih daripada satu riwayat dari mereka (as) dan ini bermakna bahawa mereka yang menegaskan kepentingan gelaran ini dari mereka (as).

Dan ini adalah sebahagian riwayat tersebut:

Dari Isa Al-Kyashab berkata: Aku berkata kepada Al-Hussain bin Ali (as): Adakah kamu Shohib Al-Amr (Pemilik Urusan) ini? Beliau berkata: (Tidak, tetapi Shohib Al-Amr (Pemilik Urusan) ini adalah bersembunyi dan tiada tempat tinggal, Dia Al-Mautur oleh bapanya, gelaran bapa saudaranya, dia meletakkan pedangnya ke atas bahunya selama 8 bulan.) [206]


Dari Abdul Al-A3laa bin Hashin Al-Tsa3labiy dari bapanya dia berkata: Aku telah menemui Aba Jaafer Muhammad bin Ali (as) semasa haji atau umrah dan aku berkata kepadanya: Aku telah berumur, dan tulang saya telah lemah, bolehkah kamu berjanji kepada saya  dan beritahu saya bilakah masa (Al-Faraj) penampilan? beliau berkata: (Ia adalah tersembunyi, tiada tempat tinggal, orang yang tak berkawan, dan bersendirian, satu-satunya dari keluarganya, Dia Al-Mautur oleh bapanya, gelaran bapa saudaranya, dia adalah Pemilik Panji-panji, dan namanya adalah nama Nabi.) [207]

Dari Abi Jarud dari Abi Jaafar Muhammad bin Ali (as) bahawa dia berkata: (Shohib Al-Amr (Pemilik Urusan) ini adalah bersembunyi, tiada tempat tinggal, Dia Al-Mautur oleh bapanya, gelaran bapa saudaranya satu-satunya daripada keluarganya, namanya adalah nama Nabi). [208]

Dan erti Kunya (nama panggilan) di sini, iaitu: Abu Fulan (bapa Si Anu) dan bapa saudara yang disebut dalam riwayat ini ialah Al-Abbas bin Ali (as).

Pada kebiasaannya orang (Arab) sering memberi nama panggilan kepada seseorang dengan (nama) anak tertuanya dan mereka (as) menganggap mereka adalah anak yang penting, yang bermaksud: Al-Mahdi atau Al-Hujjah yang datang selepasnya yang bermaksud: yang akan datang selepasnya. Dan tafsiran Kunya (nama panggilan) ini dari Amir Al-Mukminin adalah dalam khutbah yang telah diberikan di Kufah dan ia disalin (diriwayt) oleh Syiah dan Sunnah, beliau (as) berkata: (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang Segala puji tertentu bagi Allah pembuat langit-langit dan penciptanya.... dan kemudian beliau berkata: Jika aku mahu aku akan memuliakan dari tafsiran Al-Fatihah) 70 ekor unta ﴿ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ﴾  - {Qaf dan Quran yang mulia} ..... Maha Suci Al-Qadim, Dia membuka Al-Kitab dan membacakan jawapan. Wahai Aba Al-Abbas kamu adalah Pemimpin Manusia, Maha Suci Yang menghidupkan bumi sesudah ia mati. dan mengembalikan Al-Wilayat ke rumahnya. Wahai Manshur, mulakan membina Al-Shur (tetuang), itu adalah takdir daripada Al-Aziz (Maha Perkasa) dan Maha Mengetahui).

Dan Amat (أمت) ialah syiar (slogan) umat Islam di Badar, sebahagian daripada mereka mengetahuinya. Dan Amat: bermaksud Ketinggian dan kerendahan itu. Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿لا تَرَى فِيهَا عِوَجاً وَلا أَمْتاً﴾
"tidak ada sedikitpun kamu lihat padanya tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi." [210] makna darinya adalah syiar untuk mengimbangi Ketinggian oleh kerendahan dan istiqamah pada jalan meninggalkan kepalsuan dan menegakkan kebenaran. Dan Amat adalah berdoa kepada Allah untuk mematikan (meninggalkan - Imaatah) kepalsuan dan menegakkan kebenaran. Dan mendorong orang yang beriman untuk mematikan (Imaatah) kepalsuan dan menegakkan kebenaran.

Dan duduk dalam Solat selepas sujud, kamu meletakkan kaki kanan ke atas kaki kiri. Dan makna duduk ini: Ya Allah tegakkanlah Al-Haq dan matikanlah yang batil.


--------------------------------
[206] - Kamal Al-Deen Wa Tamam Al--Nima Sheikh Al-Sadooq halaman 318 dan Imama Wal Tabsir oleh Al-Qummi halaman 115
[207] - Kitab Al-Ghabah oleh Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3maniy: halaman 178.
[208] - Kitab Al-Ghabah oleh Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3maniy: halaman 179.
[209] – Al-Zam Al-Nashib Fi Itsbat Al-Hujjah Al-Ghaib oleh Al-Syeikh Ali Al-Yazdi Al-Hairi: Jilid 2. halaman 209.

[210] – Tha Ha 20:107.

Tiada ulasan: