Selasa, 14 Oktober 2014

Soalan 404: Qaim dan Imam yang tidak dikenali


Soalan 404: Selawat dan Salam ke atas kamu wahai Baqiah Allah dan atas bapa-bapa kamu dan Ahli Baitmu orang yang baik-baik lagi disucikan.

Soalan ini hampir sama dengan apa yang telah dihantar Saudari Thahira Ansari dari Amerika:

Terjemahannya: Dari Abi Abdillah (as) Bahawa Amirul Mukminin (as) mengkhabarkan beberapa perkara yang akan berlaku selepasnya sehinggalah kemunculan Qaim. Imam Hussain (as) bertanya: “Ya Amirul Mukminin, bilakah Allah akan membersihkan bumi dari orang-orang zalim?” Amirul Mukminin (as) menjawab: “Allah tidak akan membersihkan bumi dari penzalim-penzalim sehinggalah darah suci ditumpahkan.”

Beliau kemudiannya menceritakan kisah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah dalam riwayat yang panjang, kemudian beliau (as) bersabda: “Apabila Qaim bangkit di Khurasan, mengalahkan Kufah dan dua umat, melalui kepulauan Bani Kawan, dan kebangkitan seseorang dari kami di Jilan, yang akan didokong oleh orang-orang Aabir dan Daylaman, kemudian panji-panji Turki akan bangkit di negara berbeza untuk mendokong anak ku. Kemudian beberapa kejadian akan berlaku di sana sini. Basrah akan dimusnahkan dan Amir antara Amir-amir akan memerintah Mesir.” kemudian beliau (as) kembali menceritakan peristiwa yang panjang. Kemudian beliau bersabda: “Apabila tentera bersedia, berbagai pemimpin bangkit, pemberontak memberontak dan orang kafir binasa maka tunggulah Qaim dan Imam yang tidak dikenali muncul dengan kemuliaan dan keutamaan. Wahai Hussain, beliau adalah keturunan mu, yang tidak ada yang serupa dengannya. Beliau akan muncul antara dua rukun dalam pakaian rabak. Beliau akan memerintah dan membersihkan bumi dari kejahatan. Beruntunglah sesiapa yang hidup di zamannya dan bagi hak yang sepatutnya, Dan menyaksikan hari-harinya).
                           
Teks riwayat di atas adalah penuh kerana ia disebut dalam Bihar al-Anwar: Jilid 52 halaman 235, dan dalam Ghaybah Al-Nu3mani: halaman 385.

Soalan: Saya ingin tahu daripada Al-Syed Ahmad (as​​), apa yang boleh dia beritahu pada saya tentang perkara ini kerana saya terkejut apabila mengetahui siapakah Imam yang tidak dikenali ini. Ingatlah saya dalam doa Tuan, Ya Maulai, semoga Allah menghimpunkan kami di bawah panji-panji Tuan, Amin Ya Rabb Al-3alamin.


Pengirim: Abu Hasyim

Jawapan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Semoga Allah memberikan anda taufik (kejayaan) dalam semua yang baik dan menjauhkan anda dari segala kejahatan.

Imam Al-Mahdi (as), Muhammad bin Al-Hassan sudah tentu tidak dikenali menurut mereka yang mendakwa mengikutinya, dan juga mengikut kepada mereka yang menentangnya, jadi apa yang dimaksudkan dengan Imam yang tidak dikenali adalah Mahdi Pertama dari anak-anaknya, dia tidak dikenali menurut kata orang, Allah telah menghendaki supaya manusia tidak menyedari hakikat nash-nash (teks-teks) yang menjadi dalil padanya, sama ada di dalam Taurat, Injil, Al-Quran, atau pun riwayat-riwayat sehingga dia sendiri muncul dan menunjukkan kepada mereka akan nash-nash (teks-teks) yang diperlukan daripadanya.

Saya memohon kepada Allah untuk memberikan anda kejayaan dalam kerja dan keikhlasan di jalanNya SWT, dan Dan menebus semua kesalahan anda.

Dan Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya

Ahmad Al-Hassan

Zhul Qa3i'dah 1431 A.H



                           ✡✡✡✡✡               

Tiada ulasan: