Khamis, 16 Oktober 2014

Soalan 523: Apakah Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani tahu bila dan di mana dia akan mati ?

Soalan 523:
Saya berharap tuan dapat mentafsir firman Nya SWT:

﴿إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ﴾

{Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. } [Surah Luqman 31:34]

Apakah Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani tahu bila dan di mana dia akan mati ????
                   
Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

Semoga Allah memberikan anda kejayaan, ayat ini tak terpisah dari seluruh al-Quran, maka firmanNya SWT memerintahkan

: ﴿عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَداً * إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ﴾

((Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.* Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya,} [Surah Al-Jin 72: 26-27].

Maka Allah SWT mengetahui perkara yang ghaib, tetapi Dia memperkenalkan kepada Rasul-Nya dan HujjahNya ke atas ciptaan-Nya dengan apa yang Dia kehendaki dari perkara yang ghaib, sebagaimana yang telah dijelaskan ayat di atas: {Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya.} - semoga Allah memberikan anda kejayaan-

Dan Salam atas kamu Rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al-Hassan
Rajab Al-Asab 1431 Hijriah




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: