Amalan-amalan yang paling penting untuk mempercepatkan Faraj (Kelapangan)
Imam (as)
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم
تسليما كثيرا
Di sini disenaraikan kerja-kerja yang
paling penting untuk mempercepatkan Faraj (Kelapangan) Imam (as) yang disebutkan
oleh Al-Imam Al-Yamani (as) di dalam Kitab Al-3ijl
(Berhala Anak Lembu) - Juzuk 2 (boleh dibaca perinciannya jika dikehendaki pada
sumber (link di atas):
1- Memahami agama,
termasuk:
A - Membaca Al-Quran
dan tafsirannya:
Membaca Al-Quran tidak hanya bermakna pada menyebut
lafaz-lafaz tetapi merenungkan maknanya dan meneliti petunjuk-petunjuk dan beramal
dengannya dan berakhlaq dengan akhlaq Al-Quran dan menyebarkan
seluas-luasnya ke dalam masyarakat selepas beramal dengannya iaitu dengan ilmu
dan amal dan berkelakuan baik semasa bergaul dengan manusia yang bukan hanya
dengan perkataan. Orang yang menyeru kepada akhlaq mulia dan tidak menerapkannya tidak mempunyai kesan ke
atas manusia, tetapi hasilnya boleh menjadi sebaliknya..
Akhlaq Al-Quran diambil
dari Al-Qur'an dan daripada orang-orang (ahli) Al-Quran, Muhammad dan Aali Muhammad
(Allah beselawat atas mereka).
Perlu memberi
perhatian kepada pengetahuan tafsiran kitab Allah yang tidak terhad kepada
pelajar ilmu agama dan para ulamak yang sebahagian besar daripada mereka cuba
untuk mencurahkan ayat-ayat Al-Quran termasuk bidang aturan tatabahasa dan falsafah
dan lain-lain, kerana kebanyakannya disifatkan oleh keadaan tertentu telah
mendatangkan kesilapan, dan banyak perselisihan, yang tidak dapat bebas darinya.
** setiap Muslim perlu
mengetahui tafsiran kitab Allah sebanyak mungkin pada apa yang diriwayatkan
oleh Ahl Al-Bait yang maksum.
** harus membuka
kursus untuk mengajar kitab Allah di setiap tempat.
B - Aqidah Islam
yang sahih diajar dan dipelajari:
Mempelajari aqidah-aqidah
dari ayat-ayat Al-Quran yang muhkam dan Al-Sunnah
Ayat-ayat Al-Quran
yang Mutasyabihah hendaklah dimuhkamkan dan diketahui tafsiran dan takwilnya dari
riwayat-riwayat, yang diterima daripada Rasulullah dan keluarganya yang
disucikan (as). Tidak boleh diselesaikan mengikut keinginannya
dan beriktiqad dengan yang
dikehedaki.
Nasihat: Pengumpulan
aqidah-aqidah dari Al-Quran ditafsirkan oleh riwayat-riwayat Ahl Al-Bait (as).
Dan menyiarkannya dalam masyarakat Islam. Untuk menjadikan masyarakat beragama dan
beraqidah, gunung-gunung akan hilang tetapi aqidah-aqidah Al-Quran yang sahih tidak
akan hilang. Sehingga masyarakat Islam siap menerima dan menyokong Imam Mahdi (as).
C – Hukum-hukum Syari’ah:
Tiap-tiap Muslim berkewajipan
mempelajarinya, kerana terikat dengan belenggu kehidupannya seperti Mu’amalat,
dan (setiap) mukallaf perlu melaksanakan ibadah, bahkan setiap muslim berkewajipan
setelah dia belajar atau belajar sebahagiannya, untuk mengajar saudara
Muslimnya yang lain.
2 – Beramal dengan
Syari’ah Suci Islam:
Perkara yang penting
bagi Syari’ah adalah untuk beramal dengannya dan tidak melumpuhkannya
* kekuatan amalan khusus
untuk individu
* amalan yang
berkaitan dengan perhubungan individu dengan masyarakat
Setiap muslim
mesti tahu apa yang dia ada dan apa yang dia lakan akukan dengan Syari’ah yang Suci,
untuk mengembalikan apa yang padanya dan menuntut apa yang ada padanya,
tanpa sebarang tambahan. Dia boleh memaafkan dan berlapang dada pada hak orang lain,
mencari redha Allah Yang Maha Suci. Dan begitu juga memberi perhatian kepada menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan menyampai dakwah kepada manusis.
Terdapat perkara-perkara
mustahab dikembalikan kepada individu disamping melaksanakan kewajipan-kewajipan
yang penting:
* Berdoa
* Sholat malam
* semua Sholat nawafil
harian
* Puasa
* Ziarah Anbiak
dan Imam-imam (as), orang-orang soleh dan para syuhada’
* melunasi keperluan
orang-orang mukmin
* Nasihat dan membimbing
mereka dengan kasih sayang dan kemurahan hati kepada mereka
* Mwmbenci taghut penzalim dan tali barut
mereka, yang bermusuhan dengan Aali Muhammad, terutama kepada Al-Mahdi (as) atas
kelebihan mereka
Beramal dengan Syari’ah
bukan sahaja dalam ibadah tetapi dengan berbuat baik kepada manusia, dan bukan
hanya dengan berlemah lembut dan belas kasihan sahaja, tetapi kadang-kadang dengan
kekasaran dan ketegasan
والحمد لله وحده
✡✡✡✡✡
<<[
Kembali
ke Laman Utama ]>>