Isnin, 4 Disember 2017

Kedua: Urutan Peristiwa-Peristiwa



Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq 

Bab Satu: Paksi ketiga  
Kedua: Urutan Peristiwa-Peristiwa


Memandangkan kesamaran memahami peribadi-peribadi utama kezuhuran yang akan mengelirukan gambaran sebenar terhadao perjalanan peristiwa-peristiwa itu dan ini adalah apa yang kita lihat pada perbezaan kefahaman para penyelidik dalam perkara Imam Mahdi (as) di sepanjang zamannya, dan dalam melangkah kepada keadaan sedemikian memerlukan kajian bebas, tetapi memadai dalam hal ini menunjukkan ada banyak kesamaran di mana kenyataannya kebanyakan ulama dan penyelidik berhubung dengan tempoh yang membawa kepada kezuhuran adalah seperti yang dipanggil oleh Al-Syed Al-Sadr (tahun kezuhuran) dan pemahaman akan mengikut andaian kajiannya pada zahir perkhabaran, Maka Jeritan di langit (Al-Shaihah) pada bulan Ramadhan dan bangkitnya (Al-Qaim) dalam bulan Muharram tanpa memperhatikan pandangan mengenai pemasa peristiwa-peristiwa yang lain, ini adalah satu kesilapan besar kerana peristiwa-peristiwa tersebut berkaitan antara satu sama lain dan Ia tidak boleh dipisahkan tiap satu dari yang lain dan untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas kami bawakan jadual yang mudah ini untuk tahun kezuhuran yang menggunakan kalendar bulan-bulan Arab dan untuk sebahagian peristiwa seperti yang digambarkan dalam riwayat-riwayat yang telah kita capai hasilnya berbeza daripada hasil andaian-andaian (tahun kezuhuran) yang salah.




Adalah diketahui di dalam riwayat-riwayat bahawa tarikh-tarikh yang disebut bagi Al-Yamani, Al-Sufiani dan Al-Khurasani adalah keluar pada satu hari, satu bulan dan satu tahun yang sama. Sementara Al-Sufiani keluar pada bulan Rajab, jadi ketiga-tiganya mesti keluar dalam bulan Rajab. Dari Abi Jafar (as):

((Al-Sufiani satu kemestian darinya, dan tidak akan keluar kecuali pada bulan Rajab.)) [85]


Adalah diketahui bahawa Jeritan di langit (Al-Shaihah) berlaku dalam bulan Ramadhan. dan berlaku Al-Shaihah dalam bulan ini mestilah selepas ketiga-tiga pihak keluar kerana jika ia berlaku sebelum mereka keluar sksn diperlukan munculnya Al-Yamani selepas kezuhuran Al-Imam (seperti yang ditunjukkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hasan dalam Kitab Al-Nashihah) dan ini adalah bertentangan dengan riwayat-riwayat yang menyebut bahawa Al-Yamani mendahului kezuhuran, yang diperlukan untuk mengambil kedudukan bulan terjadinya Al-Shaihah selepas mereka keluar, tetapi kedudukan bulan manakah selepas mereka keluar itu, adakah jarak antaranya dan bangkitnya (Al-Qaim) dalam bulan Muharram pada bulan ketiga dan dalam tahun yang sama (tahun kezuhuran) atau pada tahun berikutnya selepas tahun mereka keluar atau selepas dua tahun. Pada hakikatnya jika kita menganggap bahawa terjadinya Al-Shaihah selepas lebih daripada tiga bulan pada tahun tambahan, akan terbunuh Al-Sufayani sebelum kezuhuran Imam Mahdi (as), pada hampir lapan bulan. Oleh itu, tempoh itu bertambah apabila kita bergerak setahun dari anggapan kita dan ini adalah bertentangan dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi (as) akan menyembelih Al-Sufiani dengan tangannya, bagaimana pula Al-Sufiani terbunuh sebelum kezuhuran Imam Mahdi (as)!? Iaitu, kita terpaksa akan mengambil asas kefahaman (tahun kezuhuran) dan andaian ini dimansuhkan oleh banyak riwayat-riwayat, sebagai contoh,


Diriwayatkan dari Muhammad bin Al-Hanafiyah

(( بين خروج الراية السوداء من خراسان وشعيب بن صالح وخروج المهدي وبين ان يسلم الامر للمهدي اثنان وسبعون شهرا ))

((Tempoh di antara keluarnya panji-panji hitam dari Khurasan dan Syu’aib bin Saleh dan keluarnya Al-Mahdi dengan penyerahan Urusan kepada Al-Mahdi adalah tujuh puluh dua bulan)) [86]
   
iaitu bahawa Al-Khurasani keluar untuk tempoh enam tahun sehingga penyerahan panji-panji kepada Al-Imam, bagaimana halnya Al-Khurasani dalam tempoh lima tahun yang sepatutnya menjadi Imam telah keluar dan membunuh Sufiani tiga bulan kemudian, dan perkara itu diselesaikan di Iraq, ini berdasarkan kepada nilai andaian pada zahirnya, Maka lebih besar kemungkinannya bahawa Al-Khurasani pada hakikatnya bukanlah seperti yang difahami dari salah satu daripada peribadi utama seperti Al-Qaim iaitu (Khalifah Al-Mahdi) .. atau seperti yang terkandung riwayat Tsaubaan:. ((Jika kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi)) [87]

Jadi bagaimana keluar kedua-duanya bersama-sama di mana perginya tempoh persediaan? Begitu juga kekaburan yang dapat dibayangkan dari pemerintahan Bani Abbas, yang berakhir dengan bangkitnya ketiga-tiga pihak itu. Adalah diketahui Al-Nafs Al-Zakiyah (Jiwa Suci) terbunuh di tangan Bani Abbas selepas berbulan-bulan mereka membunuhnya, adakah mereka akan kembali melakukannya selepas selesai melakukannya!!?

Pada hakikatnya untuk mendapatkan masa bagi riwayat-riwayat tersebut akan melahirkan kepastian dan muktamad bahawa peribadi sebenar berubah-ubah dan juga Al-Sufiani yang dimaksudkan pada riwayat X bukanlah Al-Sufiani yang sama yang disebut pada riwayat Y, Begitu juga halnya dengan  semua peribadi-peribadi kezuhuran, dan jika kita tidak mengambil pengertian ini dengan angapan kita perlu melepaskan sebahagian besar riwayat-riwayat kerana percanggahan yang jelas antara satu sama lain. Dan tiada siapa yang akan menerangkan sesuatu kepada kita sama sekali.

Dan saya suka untuk mengakui bahawa ini adalah beberapa pemilihan yang dibuat di dalam riwayat-riwayat dan telah mengetepikan semua andaian fahaman terdahulu daripada semua ulamak, apatah lagi jika diperluaskan pengenalan sebahagian pengaturan masa lain, terutama pembunuhan Al-Nafs Al-Zakiyah (Jiwa Suci) atau perbezaan dalam tempoh pemerintahan Al-Sufiani atau tempoh seruan dakwah Al-Yamani .. dan lain-lain. Oleh itu kita mempunyai gambaran yang berbeza dalam setiap hal dan mungkin juga bertentangan dengan keadaan yang mendahuluinya, yang bermaksud bahawa memahami hakikat sepenuhnya yang masih tidak lengkap sehingga pemahaman yang diambil daripada Al-Imam maksum (as) sendiri. Ini disebabkan perbezaan andaian-andaian urutan (kronologi) peristiwa, seperti yang telah diterangkan sebelumnya..

Ini adalah menyokong apa yang dikehendaki untuk mencapai penjernihan dan pengesahannya dan ia adalah cara Ahl Al-Bait (as) dalam menerangkan perjalanan kezuhuran dalam bentuk simbol perlambangan supaya ia menjadi mustahil untuk mengetahui peribadi khusus atau tempat-tempat atau peristiwa-peristiwa khusus melainkan dari jalan Al-Imam (as) sendiri atau dengan mengutusnya sehingga ia menjadi dalil baginya ke atas manusia mengikuti kebenaran dan semua yang lain adalah batil.. 

Kepentingan yang lain dari riwayat-riwayat tersebut adalah sokongan Pemegang Al-Haq yang menjadi tanggungjawab para mukallaf adalah terhad kepada pengetahuan Pemegang Al-Haq dengan petunjuk yang disediakan dan ditadbir dalam kata-kata Ahl Al-Bait (as) seperti wasiat dan berhujjah dengan Al-Quran dan Sunnah dan kesediaannya untuk bermubahalah (sumpah laknat) dan menuntut kesaksian dari Allah melalui rukya (penglihatan dalam tidur) atau permintaannya untuk menggunakan Istikharah. Semua dalil ini mencukupi untuk membuktikan Pemegang Al-Haq dan pengiktarafan kepadanya dan kepimpinnya untuk membantu Imam Mahdi (as) dan menegakkan Kalimah Allah ..
           
----------------------------
[85] Al-Amali oleh Al-Thusi hal 679.
[86] Al-Malahim wa Al-Fitan bab 83,
[87] Al-Mumahidun oleh Al- Kurani hal 101.


Bab Satu: Paksi ketiga

Ketiga: Alamat-alamat

Penggunaan alamat-alamat dalam menerangkan proses kezuhuran adalah memberi pengaruh utama dalam membentuk gambaran.. Sudah tentu, alamat-alamat yang terkandung dalam riwayat-riwayat begitu banyak yang diabaikan oleh sebahagian besar ulamak sebaik sahaja ianya bercanggah dengan pemahaman mereka..

Manakala tujuan di sebalik sejumlah besar alamat-alamat dan simbol perlambangan yang digunakan untuk dikemukakan adalah untuk melindungi perkara yang didedahkan
dan perlu dirahsiakan serta berwaspada menggambatkannya agar tidak mengizinkan mana-mana sisi didedahkan iaitu rahsia yang mesti disembunyikan, tetapi tepat pada masanya dan yang mewakili alamat-alamat yang telah disalah-ertikan:

Pemahaman umum adalah bahawa kezuhuran akan berlaku di Mekah dari pada permulaannya.

Matahari terbit dari Barat.


Peribadi-peribadi sebenar sama ada peribadi kebenaran atau peribadi palsu.

Al-Shaihah (Jeritan di langit).

Masa-masa khusus pada tahap-tahap kezuhuran, dipercepatkan atau ditangguhkan sebahagian atas sebahagian yang lain.

Ini adalah contoh-contoh sahaja, namun masalahbya lebih rumit dan lebih luas, jika kita mahu memperincikan supaya maksudnya lebih jelas maka akan disentuh untuk menjelaskan beberapa contoh yang sebelumnya, seperti Al-Shaihah.

Kita perhatikan dalam riwayat-riwayat bahawa perkataan dalam Al-Shaihah secara khusus dan secara umum akan memberikan (maksud yang kedua) bagi ciri-ciri individu dan ini memberi hanya satu kedudukan dalam garis besar (senario) kezuhuran dan inilah pemahaman umum tentang kebanyakan ulama pada 23 / Ramadhan iaitu sebelum bangkitnya (Al-Qaim) yang berlaku pada bulan Muharram iaitu untuk terus memperkenalkan kezuhuran, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), telah menjelaskan pembatalan dalil ini dan keputusannya, memandangkan Al-Shaihah akan berlaku pada tanggal 23 Ramadhan menurut kelulusan pengakuannya. Halnya adalah hal semua penentuan yang Allah SWT mewakilkannya kepada Imam Mahdi (as) untuk melaksanakannya pada malam Al-Qadar (Lailatu Al-Qadr) dan dengan itu ia adalah maklumat pendengaran di sisi sekumpulan orang yang beriman sahaja dan yang berikutnya adalah untuk didengar oleh manusia dan menurut banyak perkara yang berkaitan dengan arah penghadapan haqiqi, keikhlasan, amalan, niat dan lain-lain, Wa Allahu A3lam. ..

Dari sudut yang lain, berlakunya Al-Shaihah di dalam riwayat-riwayat secara khusus disebut dalam banyak tempat dan banyak masa bagi peristiwa yang disenaraikan dalam garis besar (senario) kezuhuran. Kadang-kadang terjadi sebelum kezuhuran, kadang-kadang semasa pertempuran dan kadang-kadang pada betul-betul di peringkat akhir peristiwa dan yang bermaksud bahawa Al-Shaihah membawa sifat gandaan (banyak kali) bukannya tunggal (sekali) (sila lihat Fashl Al-Khitab Fi Rukya Uli Al-Bab) - Pasal percakapan (ucapan) dalam rukya orang-orang yang berakalsalah satu terbitan Ansar Imam Mahdi (as)

Dengannya kita dapat melihat bahawa hubungan ini sangat penting dan telah dipenuhi dengan riwayat-riwayat yang terlalu banyak yang memberikan konsep yang sukar yang tidak dapat difahami sama sekali, dan para ulamak telah bekerja keras untuk mendapatkan pengertian Al-Shaihah dan menyelesaikan riwayat-riwayat yang berbeza, tetapi tidak berjaya ..

Jika hubungan penting ini dikelilingi oleh kesamaran tersebut, bagaimanakah dapat digunakan untuk mengenal Pemegang Al-Haq dan pertanyaan ini dapat dirumuskan dalam bentuk lain ..

Bagaimana kita dapat menarik (berdakwah) seorang lelaki dengan alamat yang kita tidak faham? Mengaapa Ahl Al-Beit Al-Hikmah (as) - yang bijaksana - meletakkan pengunaan simbol perlambangan ini?

Dan menjadi salah satu hasil yang paling penting dalam keputusan ini, adalah melegapkan maksud atas
Pemegang Al-Haq dan menghapuskan sebarang kemungkinan pendedahan urusannya, kecuali dalam satu hal, dan dialah sendiri yang akan menunjukkan hujjah ke atas mereka dengan ilmunya dan penunjuknya yang akan membongkar simbol perlambangan riwayat-riwayat tersebut.

Dari Malik Al-Jahni katanya: Aku berkata kepada Abi Abdillah (asp):

قلت لأبي عبدالله (ع):
 (انا نصف صاحب هذا الامر بالصفة التي ليس بها احد من الناس، فقال لا والله لا يكون ذلك حتى يكون هو الذي يحتج عليكم ويدعوكم اليه)

(Bahawa kita sifatkan pemilik urusan ini dengan sifat yang tidak ada pada seorang manusia pun, beliau berkata, Tidak, demi Allah, tidak terjadi demikian sehingga ada orang yang menghujjah kamu dan menyeru kamu kepadanya) [88]


Satu lagi contoh alamat yang menjadi samar-samar dan perlu kepada Al-Maksum untuk mengesahkan ketepatannya untuk mencapai matlamatnya!

Dari Rasulullah (S) bersabda:

(يحكم الحجاز رجل اسمه على اسم حيوان ، اذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، واذا اقتربت منه لا ترى في عينه شيء ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله ، ويل لشيعتنا منه (اعادها ثلاثاً) بشروني بموته ابشركم بظهور الحجة)

(Akan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya juling, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! (diulanginya 3 kali)- Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya Al-Hujjah.) [89]
                                          
Dari Al-Shadiq (as) beliau berkata:

(من يضمن لي موت عبدالله اضمن له القائم ثم قال (ع) اذا مات عبدالله لا يجتمع الناس بعده على احد ، ولم يتناهى هذا الامر دون صاحبكم ان شاء الله ، ويذهب ملك السنين ويصير ملك الشهور والايام ، فقلت: يطول ذلك قال (ع) كلا)

("Siapa yang memberi jaminan kepadaku matinya – raja - Abdullah, maka aku menjamin baginya Al-Qaim. kemudian beliau (as) berkata lagi: Kalau -raja- 'Abdullah sudah mati, maka orang-orang tidak merajakan satu raja (di Hijaz/saudi) dan urusan ini tidak akan terhenti (yakni terus ada perebutan kekuasaan) sampai datangnya Pemilik kamu, dengan izin Allah. Pada masa itu, sudah tidak ada lagi raja yang bertahan bertahun-tahun, dan yang tersisa hanya raja-raja yang bertahan dalam beberapa bulan atau hari. Aku -Abu Basyir- bertanya: "Apakah hal tersebut lama bertahan?" Beliau (as) menjawab: "Tidak lama sama sekali.") [90]

------------------
[88] Ghaibah Al-Nu3mani hal 321..
[89] Miatan Wa Khamsun 3alamah hal 122.
]90] Bihar Al-Anwar: J 52 hal  210.


Riwayat yang pertama memberitahu mengenai alamat pentingnya adalah kematian salah seorang daripada raja-raja tanah Hijaz, dan dia sangat bermusuhan dengan Syiah dan pada akhirnya riwayat itu mengatakan: Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematian Fahd, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya Al-Hujjah (ini adalah dari konteks riwayat), Ianya memperkatakan mengenai Fahd dan dengan memberikan sifat-sifat yang menggambarkan Fahd lalu mempertimbangkan Abdullah sebagai syarat khabar gembira dengan kematiannya kerana Fahd bukan Abdullah .. yang bermaksud bahawa kematian Fahd adalah alamat bagi kezuhuran dan riwayat kedua memperkatakan mengenai Abdullah sahaja, dan menetapkan tempoh pemerintahannya dalam bulan-bulan fsn hari-hari, tidak dalam tahun-tahun, dan ia adalah tempoh pemerintahannya dan apabila ia mati akan membawa khabar gembira dengan kezuhuran suci Imam (as),

Kesimpulan daripada kami bawakan kedua-dua riwayat adalah kedua-dua riwayatnya mengumumkan khabar gembira kezuhuran Imam (as), walaupun kedua-duanya tidak bertepatan dari segi masa dan ini adalah jelas kerana terdapat dua tarikh yang berlainan. Pertama ketika Fahd mati dan kemudian Abdullah menerima pemerontahan dan kemudian menjadi tarikh kedua dengan kematian Abdullah, Apakah yang dimaksudkan dengan (lebih dari satu) masa-masa ini??

Jawapannya dua kemungkinan:

Kedua-dua riwayat tidak hanya bermaksud ke[ada seorang Qaim tetapi dua Qaim iaitu pertamanya adalah Al-Yamani dan yang kedua adalah Al-Imam (as) sendiri yang memerintah Hijaz selepas Abdullah.

Itu semua memberi isyarat kepada titik permulaan proses kezuhuran samada dalam tempoh kematian Fahd atau pada kematian penggantinya, Abdullah yang memberi isyarat bahawa Imam (as) telah menzahirkan urusan beliau dan semua tanda-tanda ini memberi isyarat kepada urusan tersebut.. Pada kedua-dua kemungkinan ia mempunyai gaya simbol perlambangan yang diakui, dan itulah isi keseluruhannya yang tiada pengurangan langsung kesempurnaannya dalam riwayat-riwayat ini, yang kesimpulannya kita tidak perlu mengambil makna zahir riwayat dan mengiktiraf kewujudan peribadi tersembunyi yang membuat persediaan mengenai perisytiharan tersebut..

Marilah kita mengambil satu lagi contoh yang menjelaskan maksudnya, iaitu, menganggap simbol perlambangan dalam riwayat-riwayat dengan alamat-alamat, dan untuk menjadi contoh kepada kita yang mengkhususkan dengan berbagai alamat-alamat:

Banyak riwayat-riwayat telah diriwayatkan bagi menentukan kezuhuran dengan berbagai alamat-alamat. Sekiranya kita mahu melepasinya dengan cepat maka kedudukannya tidak mampu untuk diberiksn contoh kepada penelitian yang besar ini, malah ia membuka pintu kesilapan pandangan, maka bolehlah ditentukan beberapa alamat seperti yang dinyatakan di dalam riwayat-riwayat kepada tiga jenis: -

Lima Alamat-alamat, Alamat-alamat Yang banyak dan perbezaannya


Pertama: Lima Alamat-alamat


Bahawa telah dinyatakan ia adalah alamat-alamat yang tidak dapat dielakkan, tetapi di dalamnya ada banyak perkara yang kurang jelas dan sebagai contoh kita menyebut sebahagiannya: (Al-Yamani, Al-Sufiani, Al-Khusuf (Penenggelaman), Al-Shaihah, Al-Nafs Al-Zakiyah (Jiwa Suci))

Bagi yang lain, ia berbeza dengan alamat Al-Yamani. Sebaliknya dia disebut Al-Khurasani dan pada yang lain disebut penggantinya. juga
(Tapak tangan yang muncul di langit) dan sebahagiannya menyebut (Al-Qaim)

Dan ada yang menyebut bahawa ianya tidak dapat dielakkan dan dalam riwayat-riwayat lain tidak menunjukkan sebarang kemungkinan untuk bermula di mana terdapat kesamaran yang keluar dan ianya telah dijelaskan oleh kitab-kitab Ansar yang dapat dirujuk, Kitab (Aiqadz Al-Naam Wa Al-Yamani, Al-Mahdi Wa Al-Mahdiyin, Wa ...)

Kedua: Alamat-alamat Yang banyak dan perbezaannya

Alamat-alamat yang tersendiri ada terlalu banyak, Contoh-contohnya termasuk alamat gerhana matahari dan bulan, kedua-dua tanda yang belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan Adam:

Dsri Abi Ja’far (as) katanya:

((آيتانِ تَكُونَانِ قَبْلَ قِيَامِ الْقَائِمِ (ع) لَمْ تَكُونَا مُنْذُ هَبَطَ آدَمُ إِلَى الْأَرْضِ تَنْكَسِفُ الشَّمْسُ فِي النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ وَ الْقَمَرُ فِي آخِرِهِ فَقَالَ رَجُلٌ يَا ابْنَ رَسُولِ اللَّهِ تَنْكَسِفُ الشَّمْسُ فِي آخِرِ الشَّهْرِ وَ الْقَمَرُ فِي النِّصْفِ فَقَالَ أَبُو جَعْفَرٍ ع إِنِّي أَعْلَمُ مَا تَقُولُ وَ لَكِنَّهُمَا آيَتَانِ لَمْ تَكُونَا مُنْذُ هَبَطَ آدَمُ (ع)))

((Tanda-tanda yang terjadi sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) yang tidak terjadi sejak diturunkan Adam ke bumi adalah gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadan dan gerhana bulan pada akhir bulan itu, Bertanya seorang lelaki, wahai putera Rasulullah gerhana matahari pada akhir bulan dan gerhana bulan pada pertengahanyan, Maka Abu Ja’far (as) berkata: Bahawa aku lebih tahu apa yang dikatakan dan kedua-dua tanda tidak terjadi sejak Adam (as) diturunkan)) ]91]


Kedua-dua alamat yang dinyatakan dalam riwayat ini tidak boleh diuji kebenarannya di atas bumi mengikut maqam sebab musabab tabi’ei, Salah seorang yang duduk di majlis itu membantah bahawa ianya adalah mustahil, dan Imam al-Baqir (as) menyokong kata lelaki itu, Tetapi dia mengesahkan kedua-duanya
juga berlaku, Adakah mungkin untuk keluar daripada yang disampaikan ini, dengan satu keputusan yang jelas dan nyata. Dan ia adalah simbol perlambangan semata-mata yang bertujuan untuk meletakkan alamat-alamat untuk tujuan melindungi di satu pihak dan untuk tujuan dihujjah oleh Imam Mahdi (as) kemudiannya, dan ini adalah contoh sahaja, tetapi kebanyakan alamat-alamat telah mengambil pendekatan yang disampaikan ini untuk tujuan yang sama. Masalah yang sama dinyatakan dalam riwayat-riwayat sepuluh alamat-alamat yang menyebut bahawa riwayat-riwayat itu terdapat sepuluh alamat-alamat:

Amirul Mukminin (as) mengingatkan:

(( .... إن لخروجه علامات عشرة أولها طلوع الكوكب ذي الذنب و يقارب من الحادي و يقع فيه هرج و مرج و شغب و تلك علامات الخصب و من العلامة إلى العلامة عجب فإذا انقضت العلامات العشرة إذ ذاك يظهر منا القمر الأزهر و تمت كلمة الإخلاص لله على التوحيد  ..))

((.... Untuk ia keluar ada sepuluh alamat; pertama terbit planet (bintang) Zhi Al-Zhanib (yang asing), hampir dengan atheis, dipenuhi sukaria, timbul kekacauan, rusuhan, dan alamat-alamat yang baik, dari alamat (biasa) hingga ke alamat pelik, jika kesepuluh-sepuluh alamat itu berlalu, akan bersinar bulan cemerlang dari kami dan telah sempurnalah kalimah ikhlas bagi Allah kepada Tauhid..)) ]92]
    

Dari Rasulullah (S):

(عشرة قبل الساعة لابد منها السفياني والدجال والدخان والدابة وخروج القائم وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى (ع) وخسف بالمشرق وخسف بجزيرة العرب ونار تخرج من قعر عدن تسوق الناس للمحشر)

(Ada sepuluh (alamat) sebelum Al-Sa’ah, ia adalah Al-Sufiani, Al-Dajjal, Al-Dukhan (kabut,asap), Al-Dabbah (haiwan melata), keluar Al-Qaim, matahari terbit dari barat, turunnya Isa (as), penenggelaman di Timur,, penenggelaman di semenanjung Arab, Api yang keluar dari 'Adan (nama sebuah kota di Arab Selatan), manusia akan digirng ke padang Mahsyar) [93]

]Alamat-alamat yang sepuluh sekali ada di dalam riwayat-riwayat yang menjelaskan petunjuk-petunjuk dan yang lainnya tidak sedemikian, seperti dalam riwayat kedua di mana ia merujuk kepada alamat-alamat Al-Sa’ah, walaupun kita menganggap bahawa Al-Sa’ah adalah Imam Mahdi (as) seperti yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat dan seperti yang difahami dari ayat alamat-alamat kezuhuran yang dinyatakan dalam matan (teks) riwayat yang perlu dikeluarkan dari ayat yang mempunyai kekeliruan-kekeliruan, yang mengulangi satu alamat lebih dari satu kali, seperti keluar Al-Qaim dan matahari terbit dari barat. Maka pada riwayat kedua pada kezuhuran Imam Mahdi (as) seperti yang difahami dari sebahagian riwayat. Mengapakah maksudnya disebutkan alamat keluarnya Al-Qaim sebagai suatu alamat?! Mengapa Al-Qaim dijadikan alamat untuk kezuhurannya sendiri, walaupun kita menganggap bahawa perkataan Al-Qaim yang dimaksudkan adalah Mahdi Pertama (Al-Yamani). Maka apakah yang dimaksudkan dengan Al-Dabbah yang mendahului keluarnya Al-Qaim?! Peribadi sebenar bagi Al-Dabbah adalah Mahdi Pertama, bagaimana ia dijadikan alamat untuk dirinya sendiri ... dan seterusnya,

Sekiranya kita perluaskan lebih banyak lagi untuk memperlihatkan kesamaran lain akan menghasilkan kepada mencapai hakikat yang tetap. Ia adalah simbol perlambangan alamat-alamat bagi riwayat-riwayat dan kita perlu berhati-hati dalam mengenali kebenarannya dengan menggunakan riwayat-riwayat yang lain yang tidak bertentangan dengan apa yang sahih kefahamannya dan kukuh pengetahuannya. Wa Allahu A3lam. .

-----------------------
91] Al-Kafi J. 8 hal 212
]92] Basyarah Al-Islam, hal. 88 / Bihar Al-Anwar: J 36 hal 354
[93] Basyarah Al-Islam, hal 26.


Bab Satu: Paksi ketiga:

Keempat: Kekeliruan dalam pemahaman antara Al-Dzuhur (kezuhuran), Al-Qiamah, Al-Sa’ah dan Al-Raj’ah 


Kekeliruan dirasakan oleh pemahaman umum tajuk ini disebabkan oleh salah satu sebab bahawa mereka semua merujuk kepada masa depan dan yang ghaib dan ia sentiasa dikelilingi oleh misteri mengikut tahap kepercayaan dengan sebahagian perkaranya yang membingungkan dan bercampur dengan kesamaran seperti dalam masalah pada tajuk Al-Raj’ah.
..

Masalah ini adalah bebas dan terbuka, tetapi apa yang penting kepada kita adalah melimpahkan cahaya ke atas sebahagian sendi-sendi yang digunakan oleh Ahl Al-Bait (as) dalam memberi petunjuk kepada sebahagian urutan peristiwa yang hilang, tetapi bukan melalui riwayat-riwayat yang sememangnya jelas seperti riwayat-riwayat yang menyentuh tentang kezuhuran suci, tetapi dengan menggunakan jalan kefahaman lain seperti Al-Qiamah, Al-Raj’ah dan Al-Sa’ah yang memberikan pertimbangan yang kukuh pada kekeliruan yang telah dilancarkan kepadanya yang menjadikan penyelidikan ini satu titik petunjuk yang sangat kuat atas riwayat-riwayat yang dimaksudkan untuk menggunakan kefahaman-kefahaman ini dengan memisahkannya dari makna kezuhuran dan kebebasannya dengan makna yang lain,
Al-Raj’ah berbeza daripada kezuhuran dan ia pada peringkat akhir kezuhuran untuk tempoh yang panjang, Al-Sa’ah dan Al-Qiamah juga berbeza daripada kezuhuran, ia merujuk kepada tajuk-tajuk berasingan dari tajuk kezuhuran suci ..




Riwayat-riwayat yang boleh disimpulkan pada pengertian itu ada ada banyak dan kajian ini ditangani dalam beberapa tajuk untuk keperluannya dan tidak cukup dengan rujukan yang cepat terhadapnya.



1. Al-Raj’ah.


Kebanyakan ulamak yang meragui Al-Raj’ah, mereka keliru mahamkannya dengan kezuhuran suci, sebagai contoh, ini adalah ulasan Al-Alamah Al-Thabarisi (rahmahi Allah) dalam mentafsirkan ayat:

﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾

(Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.),[94]


Dengan mengatakan:

(mereka akan mengatakan apa yang menyenangkan hati mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka dengan lidah yang mereka fahami dan dikatakan mereka akan mengatakan bahawa orang ini mukmin dan orang ini kafir dan dikatakan mereka memberitahu (bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami) dan ayat-ayat ini adalah kata-kata Al-Dabbah yang telah keluar dan tafsiran ini menunjukkan bahawa Amirul Mukminin (as) kembali ke dunia sama ada ketika kezuhuran Al-Qaim (as) atau sebelumnya atau selepasnya dan telah dinyatakan khabar itu yang menunjukkan pengaruh atasnya dan menjadi bukti Al-Raj’ah dan kesahannya ..) [95]


Makarim Al-Syirazi juga menyebut dalam tafsir Al-Amtsal J 12 / hal 142- ((sudah tentu yang diterangkan dari kata-kata sebahagian ulama terdahulu Syiah dan juga dari kata-kata Al-Alamah «Al-Thabarisi» dalam Mujma3 Al-Bayan. Bahawa «Al-Aqalliyah - minoriti-» Sebahagian kecil dari Al-Syiah tidak percaya kepada aqidah ini, iaitu «Al-Raj’ah» dan kedatangan semula kerajaan Ahl Al-Bait (as), tidak kembali peribadi-peribadi itu dan kehidupan mereka selepas kematian mereka di dunia ini, tetapi perselisihan dalam pendapar tidak menjejaskannya .......)).


------------------------------
[94] Al-Naml 27:82] 
[95] Takwil Al-Ayat hal 397.




Kami mengkaji dua bahagian riwayat-riwayat dalam hal ini:


Bahagian Satu: Membuktikan Al-Raj’ah sebagai satu proses yang berasingan daripada kemunculan terlalu banyak:



Abu Abdullah (as) berkata:

(ايام الله ثلاثة  يوم يقوم القائم (ع) ويوم الكرة ويوم القيامة)

(Hari-hari Allah AWJ ada tiga, hari bangkitnya Al-Qaim, hari yang mengejutkan (Al-Karrah), dan hari Kiamat)) [96]


Bahagian Dua:Yang saya maksudkan dalam rujukan ini, adalah merujuk kepada kezuhuan Imam Mahdi (as).

Bab 30. Khalifah-khalifah Al- Mahdi (selawat Allah atasnya dan keluarganya): Tafsir Al- 3iyasyi, dari Jabir katanya, Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: Allah akan memberi kuasa di bumi kepada seorang lelaki di kalangan kami Ahl Al-Bait selepas kematiannya tiga ratus dan ditambah sembilan tahun. Aku bertanya: bilakah ia berlaku? Beliau berkata: selepas kematian Al-Qaim. Lalu aku bertanya: dan berapa lama Al-Qaim bangkit di dunianya sehingga dia mati? Beliau berkata sembilan belas tahun dari hari bangkitnya sehingga dia mati, Aku bertanya, Adakah terjadi huru-hara selepas kematiannya? Beliau berkata: Ya, selama lima puluh tahun, Beliau berkata lagi: kemudian keluar Al-Manshur ke dunia menuntut darahbya dan darah para sahabatnya, dia akan membunuh dan menangkap sehingga ada yang mengatakan: jika ini adalah daripada anak-anak para nabi dia tidak membunuh manusia, semua pembunuhan ini akan menghimpunkan manusia kepadanya, mereka yang putih dan yang hitam nanti akan ada ramai yang meminta tolong darinya ke tempat perlindungan Allah, jika ditiupkan bala kepadanya, Al-Muntashar akan mati dan akan keluar Al-Saffah ke dunia, yang memarahi Al-Muntashar lalu akan dibunuh semua musuh kami yang zalim. dan dia menguasai bumi seluruhnya dan Allah mengislah urusannya dan dia hidup tiga ratus sembilan tahun. Kemudian Abu Ja’far (as) berkata, Wahai Jabir, adakah kamu tahu siapakah Al-Muntashar dan Al-Saffah? Wahai Jabir Al-Muntashar adalah Al-Husein dan Al-Saffah adalah Amirul Mukminin. (Selawat Allah ke atas mereka semua)) [97]

Dari Abi Abdillah (as): (... Bahawa Al-Husein ini telah keluar sehingga tidak ragu-ragu orang yang beriman padanya dan sesungguhnya dia bukan bersama dajjal mahupun Iblis dan Al-Hujjah Al-Qaim tampak di hadapan mereka. Sekiranya makrifah menetap di dalam hati orang-orang yang beriman bahawa Al-Husein (as) mendatangi hujah kematian hendaklah ia dimandikan, dikafankan, diawetkan, dan dikuburkan di liang lahad Al-Husein bin Ali bin Abi Talib (as) Tiada Washi berikutnya melainkan Washi sepertinya) [98]

Para ulamak terdahulu telah memahami bahawa selepas Al-Qaim, Al-Husein (as) akan keluar, Ada banyak riwayat-riwayat yang telah disampaikan dalam hal ini dan ia diuruskan oleh Al-Syeikh Nadzim Al-3uqaili yang diterbitkan oleh Ansar Imam Mahdi (as). Ia menjelaskan bahawa Al-Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat tersebut adalah Mahdi kedua belas dari Mahdi-mahdi yang dan ia adalah permulaan Al-Raj’ah. Saya akan menangani sedikit kekeliruan dalam memahami Al-Raj’ah dalam Bab Al-Dabbah Al-Al-Ardh.


-----------------------
[96] Al-Raj’ah oleh AstarAabadi hal 39.
[97] Bihar Al-Anwar J 53 hal 146.
[98] Al-Kafi J 8 hal 206.




2. Al-Sa’ah



Riwayat-riwayat yang disampaikan dari Ahl al-Bayt (as) memberi pentujuk dengan gambaran yang jelas bahawa yang dimaksudkan dengan Al-Sa’ah adalah Imam Mahdi (as).

في كلام بين المفضل والامام الصادق (ع) سأل المفضل: هل للمأمول المنتظر المهدي (ع) من وقت يعلمه الناس ؟ فقال (ع): ما شاء الله ان يوقت ظهوره بوقت يعلمه شيعتنا، قلت يا سيدي ولم ذاك ؟ قال (ع): لانه هو الساعة التي قال الله تعالى فيها

Dalam percakapan di antara Al-Mufadhdhal dengan Imam Al-Shadiq (as), Al-Mufadhdhal bertanya: Apakah waktu Al-Mahdi (as) yang dinanti dan ditunggu-tunggu diketahui oleh manusia? Beliau (as) berkata: Ma sya-Allah, untuk menentukan waktu kezuhurannya dengan waktu yang akan diketahui oleh Syiah kami, Aku berkata, Wajai tuan, mengapa begitu? Beliau (as) berkata: kerana ia adalah Al-Sa’ah yang difirmankan Allah:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ﴾

(Mereka menanyakan kepadamu tentang Al-Sa’ah: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentangnya adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. (Al-Sa’ah) itu amat berat yang di langit dan di bumi.)[99]

وهي الساعة التي قال الله

ia adalah Al-Sa’ah yang difirmankan Allah:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا﴾ وقال

(Mereka menanyakan kepadamu tentang Al-Sa’ah: "Bilakah terjadinya?)[100]

dan FirmanNya:

 ﴿إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾ وقال  
(hanya pada Allah di sisiNya pengetahuan tentang Al-Sa’ah) tidak dikatakan ia ada pada seseorang) [101] dan FirmanNya

﴿فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً ۖفَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا﴾ وقال
(Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan Al-Sa’ah kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba,) [102] FirmanNya lagi

﴿اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ ﴾

(Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. [103] , [104]

Dan mempertimbangkan bangkitnya Al-Imam Al-Sa’ah dengan menetapkan bahawa yang dimaksudkan dengan Al-Sa’ah ialah hari kiamat (kebangkitan), ia mengukuhkan prinsip penggunaan simbol perlambangan dalam riwayat-riwayat kezuhurzn suci.


Oleh itu, riwayat-riwayat yang memberi khabar rnegenai tanda-tanda Al-Sa’ah itu mungkin bermakna Sa’at Kezuhursn Suci atau Imam Mahdi (as) sendiri dan bukannya hari kiamat (Yaum Al-Qiamah) kerana tanda-tanda yang diriwayatkan oleh riwayat bsgi Al-Sa’ah itu hanyalah tanda-tanda kezuhuran Imam Mahdi (as) seperti Al-Sufiani, Al-Dajjal, Al-Dabbah (Al-Yamani) dan keluarnya Al-Qaim (mungkin difahami darinya Al-Dabbah dengan pedang) ... dan lain-lain. 

عن رسول الله (ص) : (عشرة قبل الساعة لابد منها ، السفياني والدجال والدخان والدابة وخروج القائم وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى (ع) وخسف المشرق وخسف بجزيرة العرب ونار تخرج من قعر عدن لتسوق الناس الى المحشر )
             
Dari Rasulullah (S): (Ada sepuluh (alamat) sebelum Al-Sa’ah, ia adalah Al-Sufiani, Al-Dajjal, Al-Dukhan (kabut,asap), Al-Gabbah (haiwan melata), keluar Al-Qaim, matahari terbit dari barat, turunnya Isa (as), penenggelaman di Timur,, penenggelaman di semenanjung Arab, Api yang keluar dari 'Adan (nama sebuah kota di Arab Selatan), manusia akan digirng ke padang Mahsyar) [105]

Jika riwayat-riwayat ini tidak dimaksudkan dengan kezuhuran suci maka ia dimaksudkan dengan Al-Raj’ah atau Al-Qiamah Al-Kubra (Kiamat Besar) yang dengan itu menjadikan penerimanya berhadapan dengan maksud simbol perlambangan yang diinginkan sebagai penyamaran untuk tujuan pemeliharaan rahsia besar yang tersimpan dalam kitab dan sumber-sumber untuk hari yang diketahui

Dari Abi Abdillah (as), katanya:

((Sesungguhnya kembali ke dunia apabila bangkit Al-Qaim dari mereka yang benar-benar beriman dan mereka yang benar-benar kufur, Adapun selain dari kedua-dua mereka ini, mereka tidak ada tempat pada hari kembali)) [106]

Riwayat ini menunjukkan bahawa Al-Raj’ah berlaku pada zaman Al-Qaim (as), manakala riwayat-riwayat lain menerangkan di antara Al-Qaim dan Al-Raj’ah mengambil tempoh masa yang panjang di mana dalam tempoh itu adalah tempoh pemerintahan dua belas Mahdi-mahdi. kemudian keluar Al-Husein (as) dan berlakulah Al-Raj’ah dan ia sesuai bagi mengesahkan dan menguatkan aqidah oleh penggunaan simbol perlambangan dalam memahami riwayat-riwayat dan tidak diabaikan atau dikemukakan kerana menggunakan alasan ini, Wa Allahu A3lam.

----------------------------
[99] Al-A3raf 7:187 ,
[100] Al-Nazi3at 79:42
[101] FirmanNya lagi:
[102] [Muhammad 47:18]
[103] [Al-Qamar 54:1]    
[104] Basyarah Al-Islam hal 352.
[105] Basyarah Al-Islam, hal 26..
[106] Bihar al-Anwar: 06:00: 254.


3. Al-Qiamah


Ia adalah Al-Qiamah Al-Sughra dan bukan Al-Qiamah Al-Kubra yang telah ditunjukkan riwayat-riwayatnya dengan cara yang sama seperti yang ditunjukkan pada Al-Sa’ah..

عن يحيى بن أبي العلاء الرازي أن رجلا دخل على أبي عبد الله (ع) فقال: جعلت فداك ... أخبرني عن قول الله عز و جل لإبليس ﴿فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ إِلى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ ..... [107]  قال (ع): ( ......... و يوم الوقت المعلوم يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ واحِدَةٌ فيموت إبليس ما بين النفخة الأولى و الثانية)



Dari Yahya bin Abi Al-3ala Al-Razi bahawa seorang lelaki datang menemui Abi Abdillah (as) dia berkata: Semoga aku menjadi tebusanmu ... Khabarkan padaku mengenai firman Allah AWJ kepada Iblis: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya)".[107]..... (Beliau as) berkata: (. ..... hari yang telah ditentukan waktunya... adalah hari (ketika) ditiup sangkakala sekali, Maka Iblis akan mati antara tiupan pertama dan kedua)[108]


Adalah diketahui bahawa tiupan sangkakala yang berlaku pada hari kiamat sebenarnya adalah hari bangkitnya Al-Qaim juga hari kiamat (hari kebangkitan), tetapi kecil - sughra – bukan kiamat besar – kubra - dan mungkin untuk mengesahkannya dituntut menyebutkan riwayat bahawa Iblis mati pada masa itu. Wa Allahu A3lam. .
.

Perkara pembunuhan Iblis, ada banyak riwayat-riwayat yang berbeza dan mungkin semuanya sahih pada zahirnya, secara kasar ia disimpulkan kepada tiga:

1. Al-Qaim (as) membunuhnya di Kufah.

2. Rasulullah (S) membunuhnya di Al-Raj’ah.

3. Mati di antara tiupan (sangkakala) pertama dan kedua.


Kemungkinan semuanya benar telah menjadikannya Mutasyabihat yang perlu tersusun rapi, tetapi ditentukan daripada riwayat-riwayat Iblis (la) terbunuh dalam xsmsn Al-Qaim (as), Baginya mungkin ada pembunuhan lain di Al-Raj’ah yang menunjukkan dia juga akan kembali selepas kematiannya dan Al-Rasul Muhammad (S) akan membunuhnya di Al-Raj’ah bahkan ia jelas pada sebahagian riwayat,

Dan memandangkan Iblis mati pada hari yang telah ditentukan waktunya adalah dikehendaki sekurang-kurangnya salah satu kemungkinannya adalah (kiamat kecil), yang memberikan lebih daripada peribadi sebenar untuk kebangkitan yang salah satu darinya adalah kebangkitan Imam Mahdi (as) kecil (sughra), yang dirujuk kepada nash-nash pada hari yang telah ditentukan::

Al-Syed Ibn Thawus (Semoga Allah Quduskan Rohnya) menyebut di dalam kitab Sa3ad Al-Su3ud: Aku dapati di suhuf Nabi Idris (as) ketika menyebut soal Iblis dan jawapan Allah kepadanya, (Iblis) berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan (Yub3atsun).". Allah berfirman: tidak, tetapi "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya." Ia adalah hari Aku menyempurnakan dan membuat keputusan untuk membersihkan bumi pada hari itu dari kekufuran, syirik dan dosa, serta Aku telah memilih pada masa itu hamba-hamba yang telah diuji hati mereka kepada iman dan memenuhinya dengan warak, ikhlas, yakin, taqwa, khusyu’, jujur, lembut, sabar, tenang, setia, zuhud di dunia, berharap padaku, Aku akan menjadikan mereka pendukung matahari dan bulan, Aku akan jadikan mereka mewarisi bumi, Aku beri kelayakan bagi mereka agama mereka yang Kuredhai dan kemudian mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Ku, mereka mendirikan shalat pada waktunya, membayar zakat bila cukup haulnya, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, diletakkan pada zaman itu amanah ke atas bumi, msks tidak memudharatkan sesuatu atas yang lain dan tidak takut sesuatu dari yang lain, kemudian dijadikan antara manusia, haiwan liar dan ternakan tidak menyakiti antara satu sama lain, dicabut semua bisa (sengatan) dari haiwan dan lain-lain dan dihilangkan racun dari segala yang menggigit, diturunkan barkah dari langit dan bumi, tanah menjadi subur dengan tumbuh-tumbuhan yang baik dan mengeluarkan semua jenis buah-buahan dan haruman, dilimpahkan kasih sayang dan rahmat antara mereka, Maka susah dan senang dikongsi bersama, maka orang miskin akan menjadi kaya, tidak melebih (meninggi) satu sama lain, yang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua, Mereka mengutuk atas kebenaran dan mereka menghukum atas keadilan, mereka itu adalah wali-waliKu Aku pilihkan untuk mereka nabi Mustafa yang jujur ​​diredhai dan Aku jadikannya untuk mereka nabi dan rasul, Aku jadikan mereka untuknya sebagai pembantu dan penyokong, Umat itu aku pilih untuk nabi Mustafa yang jujur ​​diredhai, Pada masa itu ia terhijab dalam ilmu yang ghaib, dan pastilah ditimpakan pada hari itu kemusnahan kamu, dan kuda-kuda kamu, orang-orang kamu dan tentera kamu semuanya. Maka pergilah Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya.[109]

---------------
[107] Surah Shad 38:80-8 
[108] Bihar Al-Anwar J 11 hal 154.
[109] Bihar Al-Anwar J 52 hal 38542


4. Al-Zhuhur Wa Al-Qiyam – Kezuhutan dan Kebangkitan

Keduanya adalah konsep yang berbeza. Kezuhuran adalah permulaan seruan dakwah
yang sifatnya memberi maklumat bertujuan aman (penyerahan) termasuk bantahan dan meletakkan hujah dengan dalil-dalil dan bukti-bukti serta cabaran perdebatan sebagai sunnah Allah sejak dahulu hingga sekarang oleh nabi-nabi, para rasul dan imam-imam serta orang-orang sholeh ...

Begitu juga dengan Al-Qiyam –bangkitnya – yang selalunya bermaksud pertempuran pedang dan yang menjadikan pengertian ini berbeza dan lari daripada pengertian kezuhuran dan mengelirukan antara keduanya menjadi urutan alamat yang bertindih dan bertentangan.

Hasilnya


Kita sampai ke penghujung Bab ini dengan membincangkan apa yang dinyatakan di atas, hasilnya adalah jelas dan nyata, bahawa tidak terdapat riwayat-riwayat dan sifat kezuhuran suci yang sepenuhnya simbolik dan tidak menolak peribadi-peribadi atau tempat-tempat atau waktu-waktunya, tetapi simbol perlambangannya adalah ciri yang jelas dan menonjol dalam konteks riwayat-riwayat, dan jika kaedah ini diterima pakai! Persoalannya ada apa dengan semua simbol perlambangannya ini?


Jika didapati simbol perlambangannya sesuai maka akan ditolak permintaan penjelasannya, kerana dari awal kezuhuran dianggap sebagai revolusi global besar-besaran yang dibawa oleh seorang lelaki sebelum Imam Mahdi (as), dan dituntut merahsiakan dan menyembunyikan peribadi ini adalah maksud tedia ada dalam riwayat-riwayat itu mengikut simbol perlambangannya, dan tidak ada kemungkinan kedua yang boleh diandaikan yang didakwa pada semua simbol perlambangan ini diterapkan dalam pengenalan riwayat-riwayat hingga ke tahap tidak boleh diselesaikan melainkan oleh Al-Maksum! Ini adalah batasan terakhir yang mustahil untuk mengungkap simbol perlambangan melainkan oleh Al-Maksum yang menjadikan
simbol perlambangan sebagai dalil kepada Pemegang Al-Haq, kerana dia berkelayakan dan Pemilik yang berhujjah untuk membebaskannya, Jadi dia lebih berhak dalam urusan ini.

Dari Malik Al-Jahni katanya:

(Bahawa kita sifatkan pemilik urusan ini dengan sifat yang tidak ada pada seorang manusia pun, beliau berkata, Tidak, demi Allah, tidak terjadi demikian sehingga ada orang yang menghujjah kamu dan menyeru kamu kepadanya) [110]


-------------------------
[110] Ghaibah Al-Nu3mani hal 321....








Tiada ulasan: