Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq
Asas Kebenaran kedua
Bahawa yang dimaksudkan dengan Dabbah Al-Ardh itu
adalah tanda sebelum kezuhuran suci dan untuk mengikutinya diwakili oleh kezuhuran
persediaan yang mempersiapkan atas kuasa Al-Mahdi (as), dan ia adalah suatu
syarat dari syarat-syarat kezuhuran.
Hakikat Dabbah Al-Ardh, dalam Asas Kebenaran ini,
dapat dibahagi kepada dua kemungkinan:
Kemungkinan pertama
Mengatakan Al-Dabbah adalah suatu dongengan seperti
seperti yang difahami oleh sebahagian orang dengan cara yang salah dan berikut
adalah sebahagian daripada riwayat-riwayatnya:
Dari Nabi Muhammad (S): (Panjang Dabbah
Al-Ardh enam puluh hasta, Pencari tidak menyedarinya dan tidak melarikan diri
dari buruannya, Sifat mukmin ada di antara kedua matanya dan tertulis antara
kedua matanya mukmin, ciri-ciri kafir ada di antara kedua matanya dan tertulis
antara kedua matanya kafir. dan bersamanya ada tongkat Musa dan Cincin
Sulaiman. Timbul (nampak) jelas di wajah orang mukmin dengan tongkat itu dan dikenakan
cincin, pada hidung kafir sehingga dia akan berkata, Wahai mukmin dan wahai kafir)
[131]
Riwayat ini dan riwayat-riwayat yang serupa dengannya
mesti mengikut pemahaman simbolik (perlambangan) atas sebab-sebab berikut:
Pertama, ia
mengandungi alamat-alamat dan sifat-sifat yang sama yang tergolong dalam persediaan
awal untuk kezuhuran, seperti mewarisi dari para nabi dan membezakan antara
yang haq dengan yang batil dan dengan itu ia menafikan pertimbangan pemahaman secara
zahir saja untuk memadankannya dengan banyak riwayat-riwayat ini yang khusus
terkandung dalam persediaan awal, dan sebagai balasan terhadap banyaknya riwayat-riwayat
yang menekankan pemahaman kemanusiaan terhadap (Al-Dabbah) dan memberikan lagi kenyataan
tetapi meletakkannya dalam kedudukan imam-imam dan washi-washi (as) kerana
memiliki warisan dan sebahagiannya menganggap penghormatan nama yang dikhaskan
kepada Amirul Mukminin (as) .
Kedua, pemahaman akal
dan logik menolak pemahaman dongeng ini kerana ianya tidak diterima akal bahawa Allah SWT mengutus haiwan
untuk memberi peringatan kepada manusia sebelum kezuhuran Imam Mahdi (as). Haiwan
ini bersaiz besar dan berkata-kata, bahkan akan menjadikan dakyah (propaganda)
ini untuk menyesatkan bukan untuk panduan ... Jika manusia tidak dapat beriman
kepada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Imam-imam (as), bagaimana mereka boleh beriman
kepada haiwan!! Allah Ta’ala berfirman:
((وَلَوْ
جَعَلْنَاهُ مَلَكاً لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلاً وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا
يَلْبِسُونَ * وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ
سَخِرُواْ مِنْهُم مَّا كَانُواْ بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ ))
((Dan kalau Kami
jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan
tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri
mereka sendiri.* Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa rasul sebelum
kamu, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemuhkan di antara mereka
balasan (azab) olok-olokan mereka.)) [132]
Tidak ada satu riwayat pun dari Ahl Al-Bait
(as) dibuktikan bahawa Dabbah Al-Ardh adalah haiwan, dengan pengecualian riwayat
yang dinyatakan di atas yang boleh difahami kerana ia tidak menggunakan makna
yang muktamad, tambahan pula pada kemanusiaan Al-Dabbah itu dinyatakan dalam
banyak riwayat-riwayat dan dengan itu ia menafikan kemungkinan ini suatu perubahan
yang ketara, Wa AL-Hamdu Lillah.
--------------------
[131] Bihar Al-Anwar: J 6 hal . 300.
[132] Al-An3am 6:9-10
Kemungkinan kedua
Ia adalah kemungkinan akhir dan kenyataan
sebenar yang kita berikan kepada penyelidikan ke atas riwayat-riwayat dan
pemahaman yang betul mengenainya dan ia adalah Dabbah Al-Ardh yang disebut
dalam riwayat-riwayat sebelumnya dan yang serupa dengannya iaitu seorang lelaki
yang muncul sebelum kezuhuran Imam Mahdi (as) atau serentak dengannya, dan penampilannya
terjadi pada peringkat kezuhuran yang lebih kecil bagi melicinkan dan persediaan
kezuhuran yang lebih besar, dan dengan itu ia adalah mercu tanda yang jelas bagi
asas kebenaran kedua yang tidak menerima pengucapan dalam istilah ilmiah dan melampaui
hakikat ini tanpa bukti ilmiah atau riwayat, lalu yang bercampur aduk antara ilusi-ilusi
dan andaian-andaian bahawa tidak diturunkan Allah kuasa ke atasnya.
Jadi keputusan akhir bagi pengertian Dabbah
Al-Ardh dalam pembatasan riwayat-riwayat yang disampaikan dengan mengambil dua pengertian
yang berbeza, pengertian pertama adalah yang dimaksudkan oleh Amirul Mukminin
(as), ia adalah di Al-Raj’ah, manakala pengertian yang kedua adalah persediaan
awal bagi penampilan pertama sebekum kezuhuran dan selaras dengan peringkat kezuhuran
berikutnya.
Pada zaman kezuhuran mungkin menghadapi kedudukan
gelaran Dabbah Al-Ardh ke atas kedua-dua peribadi sebenar dan ini adalah
selaras dengan perjalanan kaedah penyelidikan:
Kemungkinan pertama
Kesesuaian gelaran ke atas Imam Mahdi (as): -
kemungkinan ini tidak benar dalam kedudukan ini kerana riwayat-riwayat
menyatakan bahawa bahawa Dabbah Al-Ardh adalah alamat yang mendahului kezuhuran
bahkah syarat dari syarat-syaratnya, sama ada riwayat-riwayat yang membawa
sebahagian daripada sifat-sifat yang bebas ke atas Imam Mahdi (as) juga membebaskan
Al-Dabbah, maka tidak bermaksud berkongsi sifat-sifat di sini perlu untuk menyatukan
perlambangan, sebagai tambahan kepada maksud Al-Mahdi atau Al-Qaim pada riwayat-riwayat
boleh dikaitkan kepada kedua-dua peribadi ... sebagaimana dalam contoh riwayat
seperti ini, contohnya,
Dari Imam Al-Redha (as): (.... bahawa Al-Qaim jika
dia keluar adalah pada usia orang tua-tua dan kelihatan tubuhnya kuat seperti orang
muda... Ada bersama dengannya tongkat Musa dan Cincin Sulaiman. Ia adalah yang
keempat dari anakku yang dighaibkan Allah dalam tiraiNya sesuatu yang
dikehendaki Allah dan kemudian akan dimenangkanNya yang memenuhi bumi dengan kesaksamaan
dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuh idengan kezaliman dan kebencian) [133]
Apa yang dimaksudkan riwayat ini di sini adalah
Imam Mahdi (as) dan bukannya Mahdi Pertama (as) kerana ungkapan yang dinyatakan
(pada usia orang tua-tua dan kelihatan tubuhnya kuat seperti orang muda...... Ia
adalah yang keempat dari anakku), itu sudah cukup untuk menunjukkan Imam Mahdi
(as). Ada pun dalam riwayat-riwayat lain tidak menyempang kepada riwayat-riwayat
untuk menentukannya.
Dari Abi Ja’far (as): Beliau berkata: (Perkara
pertama yang dimulakan Al-Qaim adalah di Anthakia, dia akan mengeluarkan
darinya Al-Taurat dari gua di dalamnya terdapat tongkat Musa dan Cincin
Sulaiman) [134]
Dari Abi Abdillah (as): (tongkat Musa adalah batang
pokok Aas dari tanaman Syurga diambil oleh Jibrail (as) tetekala menghadap ke
arah Madyan dan ia adalah peti (Tabut) Adam di dalam Tasik Tiberias tidak akan digunakan
dan tidak akan berubah sehingga kedua-duanya dikeluarkan Al-Qaim (as) apabila
bangkit) [135]
Dari Abi Ja’far (as): (tongkat Musa asalnya
dari Adam kepada Syu’aib kemudian datang kepada Musa, dan ia untuk kami .. disediakan
untuk Qaim kami, akan dilakukan apa yang dilakukan Musa) [136]
Riwayat-riwayat ini menunjukkan Al-Qaim (as) disokong
dengan pewarisan tanpa menghadkan peribadi sebenar maka ia dimaksudkan pada
Imam Mahdi (as) atau yang membuat persediaan (Dabbah Al-Ardh), kerana riwayat-riwayat
tersebut menyebutkan pemilikan warisan oleh Dabbah Al-Ardh seperti yang dibahaskan
di atas, dan terutamanya pada perkataan (Al-Qaim atau Al Mahdi) mungkin
pelancaran persediaan awal.. Maka jelas bahawa yang terlibat dalam penggunaan
warisan adalah Imam Mahdi (as) dia adalah ahli waris dan yang membuat
persediaan dan bertanggungjawab dalam permulaan persiapan dan penyediaan asas.
Maka dia mesti menggunakan warisan ini untuk memenuhi keperluan tersebut, dan adakah
dakwah Imam Mahdi hanya dengan pengarahan Ilahi, sokongan ilmiah, mukjizat-mukjizat
dan sokongan ghaib dan diketahui bahawa yang paling penting pada sebab-sebab
ini adalah ilmu Ahl Al-Bayt (as), adalah warisan para nabi dengan sebutan tentang cincin dan tongkat dan
lain-lain termasuk warisan dan yang keluar daripada mereka seperti yang dinyatakan
pada riwayat-riwayat sebelumnya.
------------------
[133] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 351
[134] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 190..
[135] Ghaibah Al-Nu3mani hal 238..
[136] Al-Kafi J 1, hal 231..
Kemungkinan kedua
Ia adalah yang kedua yang perlu diakui dan
hasilnya mengikhlaskan kemungkinan ini, Ia adalah warisan kezuhuran apabila kewujudan
pada Imam Mahdi (as) dan pada persediaan awal Dabbah Al-Ardh (as), dan
keputusan ini mesti diiktiraf, sebaliknya, riwayat-riwayat telah menyatakan
bahawa kerja pewaris dijalankan oleh Dabbah Al-Ardh sebelum kezuhuran suci
.
Ia didahului oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
bagi sebahagian makna yang datang secara warisan,, Panji Rasulullah (S)
bermakna Al-Bai’atu Lillah, ia adalah panji yang dibawanya sekarang,
Dan senjata Rasulullah (S) adalah ilmu, dan
itulah yang dicabar oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) kepada semua ulamak
dengan Al-Quran dan aqidah-aqidah, dan demikianlah untuk setiap tafsiran.
Dalam kata-kata Imam Musa bin Ja’far (as)
dengan Yazid Abi ‘Amara, beliau (as) berkata: (.... Aku melihat Rasulullah di dalam
tidur dan Amirul Mukminin (as) bersama baginda. Pada baginda ada cincin, pedang,
tongkat dan kitab, dan aku bertanya: Apa ini? Baginda bersabda: Serban adalah
kuasa Allah Taala AWJ, adalah kemuliaan Allah AWJ, kitab adalah cahaya Allah
AWJ, tongkat adalah kekuatan Allah AWJ dan cincin adalah mencakup semua perkara-perkara ini ...) [137]
Keputusan ini menyebabkan kita
mempertimbangkan penggunaan gelaran Dabbah Al-Ardh untuk persediaan awal sebagai
hasil yang menasabah dan tidak dapat dielakkan daripada riwayat-riwayat itu dan
hubungannya adalah untuk mempertimbangkan Dabbah
Al-Ardh muncul sebelum muncul
kezuhuran dan dijadikan sebagai syarat yang dijelaskan
oleh riwayat-riwayat bahawa dia adalah seorang lelaki dari Ahl Bait Muhammad (S)
yang membuat persediaan kezuhuran suci di sokong oleh warisan kemaksuman yang
khusus. Kesimpulan akhir ini tidak boleh dimansuhkan, kerana tidak menerimanya
itu bermakna memukul semua riwayat-riwayat itu terpapar di dinding dan kerana
tidak ada penentangan terhadap mana-mana riwayat-riwayat yang menggambarkan ke
peringkat kezuhuran suci, tetapi sebaliknya, hujah ini adalah yang meletakkan
penyelesaian kepada semua konflik salah faham yang wujud pada riwayat-riwayat
seperti anggapan terhadap Dabbah Al-Ardh yang dikhaskan kepada Al-Raj’ah atau kezuhuran
dan mencampurkan semuanya bersama walaupun perbezaan petunjuk dan peristiwa
atau menganggapnya seolah-olah ia dongengan aneh
dan yang
seumpamanya sebagai dongengan-dongengan yang
salah.
Berhubung dengan ayat Al-Dabbah di dalam kitab
Allah AWJ:
﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً
مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا
يُوقِنُونَ﴾
(Dan apabila
perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang
akan berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin
kepada ayat-ayat Kami.) [138] telah ditangani oleh Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) dalam Al-Mutasyabihat J 4:hal
51:
di mana beliau
berkata
[berkata seorang
lelaki kepada Abi Abdillah (as): Aku mendengar bahawa orang ramai membaca ayat:
(تكلمهم) ini sebagai (تجرحهم), maka dia (as) berkata: (Semoga Allah berkata-kata kepada
mereka dalam neraka jahannam tidak diturunkan melainkan untuk bercakap kepada
mereka dengan kata-kata) [139]
Dan dari Al-Redha (as) pada firman Allah:
,
﴿أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ
الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ﴾
beliau (as) berkata: (ia adalah) Ali
(as) [140]
----------------------
[137] 3uyun
Akhbar Al-Redha J 1, hal 24-26.
[138] Al-Naml 27:82
[139] Bihar AL-Anwar: 53 hal 53.
[140] Banyak riwayat-riwayat yang mengatakan
bahawa Dabbah Al-Ardh adalah Ali bin Abi Talib (as) dan di dalam Al-Raj3ah dan untuk
mengetahui riwayat-riwayat ilu sila rujuk Bihar Al-Anwar: 53 hal 53, dan Madinah
Al-Ma3ajaz J 3 hal 90 dan seterusnya dan sebagainya..
Al-Dabbah di dalam ayat ini adalah manusia,
dan terdapat riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa ia adalah Ali bin Abi
Talib (as), dan ini adalah dalam Al-Raj3ah,
Ali (as) adalah Dabbah Al-Ardh [141]
yang bercakap kepada manusia di Al-Raj3ah, dan akan membezakan orang mukmin
dari orang kafir dengan ayat-ayat Allah SWT. Dan sebelum Al-Raj3ah. bangkitnya
Al-Qaim (as),juga terdapat (Dabbah yang bercakap kepada manusia) [142] dan
menerangkan kepada mereka kelemahan iman mereka kepada kebenaran ayat-ayat
Allah di langit-langit Malakut, dan ia adalah pengelihatan (rukya) dan kasyaf
ketika jaga’, dan untuk menerangkan kepada mereka bahawa manusia di sepanjang
perjalanan kemanusiaan di muka bumi ini kebanyakan mereka tidak yakin dengan
ayat-ayat Malakut Allah dan tidak beriman kepada rukya dan kasyaf dari Malakut langit-langit,
kerana Rukya mereka terhad kepada bumi dan kebendaan ini, dan ia adalah ilmu
pengetahuan yang tidak disampaikan kepada orang lain
﴿ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ الْعِلْمِ ۚ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ﴾
(Itulah sejauh-jauh
pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa
yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang
mendapat petunjuk.) [143]
Di sisi lain, nabi-nabi, rasul-rasul dan para sahabat
mereka beriman kepada ayat-ayat Allah dan beriman kepada rukya dan kasyaf di
dalam kerajaan (Malakut) langit-langit, dan itu adalah jalan bagi wahyu Allah
SWT, dan mereka bukanlah nabi-nabi sekiranya mereka tidak beriman dalam hal ini.
Dan oleh itu Allah SWT memuji dengan firmanNya:
﴿وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ
الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾
(Dan Kami panggillah
dia: "Hai Ibrahim, *
sesungguhnya kamu
telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan
kepada orang-orang yang berbuat baik.) [144]
dan firmanNya
﴿وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا
فَنَفَخْنَا فِيهِ مِن رُّوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ
وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ﴾
(dan Maryam binti
Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya
sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan
Kitab-Kitab-Nya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.) [145]
Dia SWT berfirman mengenai rukya’
﴿ نَحْنُ نَقُصُّ
عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْآنَ وَإِن
كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴾
(Kami menceritakan
kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan
sesungguhnya kamu sebelumnya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.)
[146]
Ibrahim (as) dipuji kerana dia percaya pada rukya,
dan juga Maryam dipuji kerana percaya pada rukya, dan Yusuf dipuji kerana
percaya pada rukya, dan yang pertama darinya.
------------------
[141] Riwayat-riwayat Aali Bait Al-3ishmah
(Al-Maksum) menunjukkan bahawa Ali adalah Dabbah Allah secara khusus. Sementara
yang dikongsi bersama dengan Mahdi Pertama (as) adalah pada gelaran Dabbat
Al-Ardh. Dan dari riwayat hadits oleh Abi Bashir, Dari Abi Abdillah (as),
katanya: Rasulullah (S) pergi kepada Amirul Mukminin (as) dan beliau sedang
tidur di masjid dan meletakkan kepalanya di atas pasir, Rasulullah (S)
menggoyang kaki Ali dan kemudian bersabda: Wahai Dabbah Allah, Lalu bertanya
seorang lelaki dari sahabat baginda: Ya Rasulullah! Apakah nama kami antara nama-nama
ini? baginda bersabda: Tidak, Demi Allah, Ia yang hanya khusus untuknya, dia
Dabbah Al-Ardh, yang disebut Allah di dalam kitabNya (Dan apabila perkataan
telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis Dabbah dari bumi yang akan
berkata-kata kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin
kepada ayat-ayat Kami.) Mukhtashar Bashair Al-Darajaat hal 43.
Perhatikan
Pada hadits Al-Rasul (S) telah menyebutkan
pertamanya Dabbah Allah yang khusus untuk Ali (a) dan kemudian menyebut (Dabbah
Al-Ardh) dalam ayat Al-Quran, dan ianya tidak dikaitkan kecuali untuk
pertimbangan kedua-duanya.
[142] Al-Ustaz Ahmad Hathab menjelaskan
perkara ini di dalam Kitab (Thali3 Al-Masyriq wa Dabbat Al-Ardh), sila rujuk.
[143] Al-Najm 53:30
[144] Al-Shaafat 37:105]
[145] Al-Tahrim [66:12]
[146] Yusuf 12:3]
Dia SWT berfirman
﴿يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ
سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ
يَابِسَاتٍ لَّعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ﴾
("Yusuf, hai
orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi
betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang
kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering
agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya" [147]
Dan pada hari ini kita dapati banyak orang
yang menyangkal hakikat rukya, dan ia adalah wahyu (ilham) dari Allah SWT, ini kerana
diri mereka kotor dengan kenungkaran dan tidak beriman kepada Allah SWT, tetapi
mereka tidak tahu bahawa mereka tidak beriman kepada Allah di Alam Al-Zhar dan mereka
tidak beriman dengan Kuasa Ketuhanan (Wilayah Ilahiyah) dan mereka tidak mengaku
pada Wali dari Wali-wali Allah dam tidak pernah ada di dalam hati mereka,
tetapi Allah menjadikan pengakuan mereka dengan lidah-lidah mereka pada
sebahagian kebenaran supaya Allah menghindarkan mereka dari
Wali-waliNya.[148]
Dan rukya adalah cara Allah berbicara kepada
semua hamba-hambaNya,[149] nabi-nabi dan rasul-rasulNya,
Wali-waliNya dan musuh-musuhnya, orang-orang beriman dan orang-orang kafir.
Dan Allah telah mewahyukan kepada Firaun Mesir
yang kafir, suatu rukya yang telah dimanfaatkan oleh Yusuf (as) dalam membina
ekonomi negara:
﴿وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ
يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ
يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن
كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ﴾
"Raja berkata:
"Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk
dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum)
yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang
terkemuka: "Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu
dapat mena'birkan mimpi".[150]
Dan Allah telah mewahyukan kepada Muhammad (S)
suatu rukya sehingga baginda mengetahui
apa yang akan berlaku kepada ahl Bait baginda selepas baginda, dan Bani Umaiyah
(la3nahumu Allah) akan memerintah umat baginda:
﴿وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ
بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا
فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي
الْقُرْآنِ ۚوَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا﴾
(Dan ketika Kami
wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya Tuhanmu meliputi segala manusia".
Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan
sebagai ujian bagi manusia dan pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran. Dan
Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar
kedurhakaan mereka.). [151]
-------------------------
[147] Yusuf 12:46]
[148] Lihatlah hadits yang diriwayatkan dari Imam
Al-Shadiq (as) ... Kemudian beliau (as) berkata: "Allah menciptakan beberapa
kaum untuk api neraka Jahanam. Dia memerintahkan kami supaya menyampaikan
kepada mereka seperti yang kami telah sampaikan kepada mereka, dan mereka merasa
jijik dengannya, hati mereka berpaling, dan mereka kembali kepada kami, dan
tidak dapat memikulnya dan mendustakannya. Mereka berkata: "(Ia) adalah
seorang ahli sihir pendusta. lalu hati mereka dikunci mati, dan mereka lupa
mengenainya. Allah melancarkan lidah mereka dengan sebahagian kebenaran, mereka
mengucapkannya tetapi hati mereka mengingkarinya, dengan demikian akan terhindar dari AuliakNya dan orang-orang yang taat
kepadaNya, jika tidaklah demikian tiadalah hamba Allah di bumiNya. dan memerintahkan
kami untuk mengabaikan mereka dan berselindung dan bersembunyi dan mereka, maka
mereka tersembunyi dari apa yang diperintahkan Allah dengan terabai mengenainya
dan terlindung dari apa yang diperintahkan Allah dengan terlindung dan tersembunyi
mengenainya) Al-Kafi: J 58. Hal 210.
[149] Dari Amiul Mukminin (as), beliau
berkata: "Rukya orang mukmin itu adalah seumpama kata-kata yang diucapkan
oleh Tuhan kepadanya." Bihar Al-Anwar J 58. hal 210.
[150] Yusuf 12:43:
[151] Al-Israa 17:60. Salim bin Qais
meriwayatkan dari Amirul Mukminin (as), Beliau berkata kepada Muawiyah (la3nahu
Allah): (.. dan Allah AWJ menurunkan mengenai kamu FirmanNya:
وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا
الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي
الْقُرْآنِ
(Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah
Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan pohon kayu
yang terkutuk dalam Al Quran), Ini adalah ketika Rasulullah (S) melihat dua
belas imam dari imam-imam yang sesat di atas mimbar baginda yang mengembalikan manusia
berpaling mundur ke belakang. Dua orang lelaki dari puak yang berbeza dari
Quraisy dan sepuluh orang dari Bani Umaiyah, yang awal dari sepuluh milik kamu
yang menuntut darahnya, kamu sendiri dan anakmu dan tujuh orang anak-anak Al-Hakam
bin Abi Al-‘Ash, yang pertama daripada mereka Marwan, Rasulullah (S) telah
melaknatnya dan dia diusir kerana apa yang dilahirkan ketika dia mendengar isteri-isteri
Rasulullah (S). Kitab Salim Bin Qais – Diulas oleh Muhammad Baqir Al-Ansari: hal
308
Allah SWT mengungkapkan dirinya sebagai saksi
kepada orang-orang kafir dengan nubuwah Muhammad (S) bahawa mereka telah meminta
kesaksianNya. Dan bagaimanakah Allah SWT memberi kesaksian kepada orang-orang
kafir kalau tidak dengan rukya, Allah SWT berfirman:
﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ
مُرْسَلًا ۚ قُلْ كَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ
وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾
(Berkatalah
orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul".
Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara
orang yang mempunyai ilmu Al Kitab".).[152]
Allah SWT berfirman:
﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ﴾
Dan apabila perkataan
telah jatuh atas mereka,
perkataan yang jatuh adalah keluarnya Al-Qaim
(as), iaitu kiamat kecil (Al-Qiamah Al-Shughra): [153]
﴿أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ
الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾
Kami keluarkan
sejenis yang melata dari bumi (Dabbah Al-Ardh) yang akan mengatakan kepada
mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.
[154]
Dan Al-Dabbah adalah: Mahdi Pertama, [155]
yang bangkit aebelum Al-Qaim (as), dan akan berbicara kepada manusia dan menegur
mereka, dan menerangkan kepada mereka atas kekufuran mereka dengan tanda-tanda
(ayat-ayat) Malakut Allah (Rukya dan Kasyaf) dan mereka telah tertakluk kepada kebendaan
dan keinginan nafsu dan mereka telah menyeleweng dari kerajaan langit-langit
(Malakut Al-Samawat).
Allah SWT berfirman:
﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ
يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ
أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾
Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (ayat-ayat) Kami di segala pelusuk
bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah
kebenaran. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala
sesuatu? [156]
Disampaikan dalam riwayat dari mereka (as) (انه الحق - bahawa ia adalah kebenaran) ia adalah bangkitnya Al-Qaim.
Dan ayat-ayat - tanda-tanda - yang dilihat di segala
pelusuk (ufuk-ufuk) bumi dan pada diri mereka adalah sebagaimana mereka
dikatakan dari mereka (as): di segala pelusuk (ufuk-ufuk): adalah (fitnah dan kekekejian
(Qazhaf) dari langit) dan dalam diri
mereka sendiri: kutukan (Al-Maskh) [157].
-------------------------
[152] Al-Ra3d 13:43
[153] dari Amirul Mukminin (as) mengenai ayat: (Dan apabila perkataan
telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis yang melata dari bumi (Dabbah
Al-Ardh) yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu
tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. [Al-Naml 27:82]), dan
kamu tidak merenungkan hak tadabburnya agar tidak ku khabarkan kepadamu raja
terakhir Bani Fulan?, kami berkata: benar, wahai Amirul Mukminin, Beliau
berkata: Pembunuhan jiwa yang mulia, pada hari yang mulia di negeri yang mulia
dari kaum Quraisy yang bercambahkan benih dan membersihkan hembus nafas, mereka
tidak mempunyai raja selepas lima belas hari) Ghaibah Al-Nu3mani hal 259,
Di sini Amirul Mukminin (as) mengaitkan di
antara apabila perkataan telah jatuh dan Al-Dabbah yang akan keluar di antara keluarnya
Al-Qaim ke atas Bani Abbas apabila mereka membunuh jiwa yang suci (Al-Nafs
Al-Zakiyah)
[154] Al-Naml 27:82
[155] Tidak syak lagi bahawa Dabbah Al-Ardh
yang berkata-kata dengan manusia di Al-Raj’ah adalah Amirul Mukminin (as), dan
dalam riwayat itu banyak mengemukakan jawapan kepada soalan (145), tetapi
terdapat Al-Dabbah di Bumi juga keluar pada akhir zaman dan berkata-kata dengan
manusia untuk menegur pendustaan mereka atas tanda-tanda (ayat-ayat) Allah dan memanggil mereka untuk membezakan di
antara yang beriman dari yang kafir, Amirul Mukminin (as) berkata, Keluar
Dabbah Al-Ardh dari (Bukit) Al-Shafa bersamanya Cincin Sulaiman, Tongkat Musa,
dia meletakkan cincin itu ke muka setiap orang mukmin maka terserlah padanya bahawa
ia benar-benar beriman, dan apabila diletakkannya di muka tiap-tiap orang kafir
maka terserlah padanya, ia benar-benar kafir, sehingga orang mukmin menyeru:
dan kemudian Al-Dabbah itu mengangkat kepalanya dan melihat ke arah timur dan
barat, dengan izin Allah. Selepas matahari terbit dari arah barat. Ketika itu
taubat diangkat, taubat tidak diterima lagi, tiada amalan yang diterima, tidak
berguna iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau usaha untuk beriman
sebagai suatu kebaikan.) Tafsir Al-Shafi: J 4 hal 75, dan jelas bahawa kezuhuran
Al-Qaim (as) ini bukan di Al-Raj’ah, dan Al-Dabbah ini adalah Al-Yamani yang
juga Mahdi Pertama (as).
[156] Fushshilat 41:53-
[157] Dari Imam Al-Shadiq (as), dia berkata:
" Kami akan memperlihatkan kepada mereka: kutukan (Al-Maskh)
, dan Kami akan memperlihatkan kepada
mereka: di segala pelusuk (ufuk-ufuk): ) Keguncangan di segala pelusuk
(ufuk-ufuk) atas mereka, maka mereka akan melihat Kuasa Allah AWJ pada diri
mereka sendiri dan di segala pelusuk (ufuk-ufuk). Dan pada kata: hingga
jelas bagi mereka bahawa ia adalah kebenaran, katanya: keluarnya
Al-Qaim (as) adalah kebenaran di sisi Allah AWJ dan Dia melihat penciptaan
sebagai suatu keharusan: Dan pada
riwayat (Penenggelaman dan kekekejian (Qazhaf) dan dalam diri mereka sendiri:
kutukan (Al-Maskh) Disoal sehingga dijelaskan,
Beliau berkata: Sungguh perkara itu pada bangkitnya
Al-Qaim (as) (Tafsir Al-Shafi: J 4 hal 364 - 365 – diambil dari Al-Kafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan