Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq
Bab III
Yang Muncul Di Timur
Banyak riwayat yang akan kita sebutkan nanti akan
menunjukkan bahawa alamat-alamat yang berlaku sebelum Kezuhuran Suci di Timur dan
diwakili oleh objek-objek langit (Jirim Samawi) sebagai pernyataan seperti (bintang,
planet, bulan, meteor (bintang berekor) atau komet, dan sebagainya) dan riwayat-riwayat
yang menggambarkan dia mempunyai ekor (komet) panjang hampir bertemu laluannya
atau komet itu menghilang dari pandangan dalam riwayat yang lain,
Adalah difahamkan bahawa alamat-alamat yang
terkandung dalam riwayat-riwayat lain dinyatakan dalam riwayat-riwayat yang
mendahului Imam (as), tetapi kejadiannya bermakna menyambut ketibaan pada
permulaan kezuhuran dan hakikat kedudukannya dalam semua riwayat adalah satu
dengan perubahan pada sebutan nama (sekali bintang (najm) dan sekali planet (kawakib)
dan ...) yang bermakna semua itu mungkin melambangkan kepada satu peribadi
terpecaya.
Dan terdapat sifat-sifat lain apabila Imam-imam
(as) menyebutkannya bagi menentukan tempat ia berlaku atau penyelesaiannya di Timur
yang terbatas kepada Iraq dan Iran dari segi geografi dan simbolik di mana ia
melambangkan matahari terbit atau permulaan matahari terbit dan waktu fajar iaitu
fajar kezuhuran Imam Mahdi (as), dan Wa-Allahu A3lam.
Sebelum kita mengkaji riwayat-riwayat (objek-objek
langit) kita akan mengkaji sebahagian riwayat yang diwakili oleh Ahl Al-Bait
(as) yang dimisalkan dengan gelaran-gelaran tersebut supaya ia menjadi asas yang
kita dapat sandarkan pada permulaan penyelidikan, Wa-Allahu Waliyyu Al-Taufiq -
dan Allah adalah sebaik-baik pembimbing.
·
Dari Amirul
Mukminin (as):
(مثل اهل
بيتي مثل النجوم ، كلما افل نجم طلع نجم)
(perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti bintang, setiap kali menghilang satu bintang terbit pula satu bintang) [182]
• Juga darinya (as):
(الا وان مثل آل محمد (ص) كمثل نجوم السماء، اذا هوى نجم طلع نجم فكأنكم قد تكاملت فيكم الصنائع واراكم ما كنتم تأملون)
(Bahawa perumpamaan Aali Muhammad (S) adalah seperti bintang di langit, jika terbenam satu bintang terbit pula satu bintang Seolah-olah kamu telah sempurnakan perbuatan-perbuatan kamu, dan diperlihatkan kepadamu apa yang kamu harapkan.) [182]
-------------------
[182] Bihar Al-Anwar: J 24 hal 82.
[183] Bihar Al-Anwar: J 24 hal 82.
.
• Dari Abi Abdillah (as): (Akan datang suatu zaman ke atas manusia yang akan menderita di mana ada kaum yang mengelilingi mereka seperti ular mengelilingi telurnya, ketika mereka begitu, tiba-tiba bintang datang kepada mereka..) [184]
• Umm Hani bertanya Imam Al-Baqir (as):
(ما معنى قوله عز وجل ﴿فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ ﴾؟ فقال (ع) : يا ام هاني امام يخنس نفسه حتى ينقطع عن الناس علمه سنة ستين و مائتين ثم يبدو كالشهاب الواقد في الليلة الظلماء فإذا ادركت ذلك الزمان قرت عينك)
(Apakah makna Firman Allah AWJ:
(Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,) [185] Lalu (as) berkata: Wahai Umm Hani, Imam dirinya adalah bintang-bintang sehingga terputus dari manusia mengetahuinya selama dua ratus enam puluh tahun kemudian ia tampak seperti meteor (bintang berekor) yang memancar di malam gelap, jika kamu ada pada zaman itu kamu akan merasa bahagia.) [186]
• Dari Imam Al-Shadiq (as): (Bagaimana jika baki usia kamu tidak melihat seorang imam pun berlabuh di kaki Abdul Muthalib bagaikan gigi-gigi sisir, dan kamu juga seperti itu, jika datang kepada kamu bintang kamu, maka pujilah Allah dan bersyukur kepadaNya.) [187]
• Dari Abi Abdillah (as):
﴿وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ﴾، قال النجم رسول الله ، والشجر امير المؤمنين والائمة (ع))
"Dan bintang-bintang dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya,” [188] Katanya: Bintang adalah Rasulullah, dan pohon-pohonan adalah Amirul Mukminin dan para Imam (as)) [189]
• Dan juga dari beliau (as):
(﴿النَّجْمُ الثَّاقِبُ ﴾ ، قال ذاك رسول الله (ص))
(bintang yang cahayanya menembus, Katanya: Itu adalah Rasulullah (S)) [190]
• Juga dari beliau (as):
(﴿الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ﴾) فاطمة كوكب دري بين نساء اهل الدنيا)
(Kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara,,)) [191] Fatimah bintang seperti mutiara di kalangan wanita seluruh penduduk dunia.) [192]
·
Amirul
Mukminin (as): (Perkataan Yusuf (as) kepada bapanya: dan matahari dan
bulan kulihat semuanya sujud kepadaku, Mereka adalah sebelas
adik-beradiknya, bapanya adalah matahari, dan bulan adalah ibunya) [193]
· Dari Abi
Abdillah (as), katanya: (tanda-tanda (alamat)
bagi imam imam, adalah bintang Rasulullah (S) dan Amirul Mukminin (as)) [194]
-------------------------------
[184] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 22.
[185] Al-Takwir 81:15
[186] Ghaibah Al-Nu'mani hal.150.
[187] Al-Malahim wa Al-Fitan oleh Ibn Thawus hal
158.
[188] Al-Rahman 55:6
[189] Takwil Al-Ayat hal 611.
[190] Bihar Al-Anwar: J 24 hal 70.
[191] Al-Nur 24:35
[192] Al-Kafi 1, ms 195.
[193] Bihar Al-Anwar: J 10 hal 86.
[194] Takwil Al-Ayat hal 257.
Dan kata-kata Ahl Al-Bait (as) dan Kalimah
Al-Quran dipenuhi dengan nama-nama, yang menyifatkan Ahl Al-Bait (as), Nabi-nabi
dan Aushiak (as) dengan bintang (najm) dan planet (kawakib) atau seimpamanya.
Rasanya memadailah dengan segelintir riwayat tersebut
untuk menunjukkan maknanya. malahan ada terlalu banyak kata-kata dan Kalimah
sepertimya ..
Kita mendapat faedah dari hasil tersebut. Ia
telah disampaikan dari ibarat tanda-tanda dan alamat-alamat (objek-objek langit)
bagi peribadi tersebut, bahkan berkemungkinan lebih dekat dengan simbolik
perlambangan yang dikenukakan oleh Ahl Al-Bait (as) dalam peristiwa-peristiwa
dan peribadi-peribadi yang disenaraikan pada peringkat kezuhuran suci ..
Kami mengkaji beberapa riwayat kezuhuran suci
yang dikemukakan untuk menyebut tanda-tanda dan alamat-alamat (objek-objek
langit) ini tanpa memberi ulasan terhadapnya:
• Khutbah Amirul
Mukminin (as): (ketahuilah untuk ia keluar ada sepuluh alamat; pertama
terbit planet (bintang) Zhi Al-Zhanib (komet), ,...) [195]
• Gari Rasulullah (S):
(... dan kanak-kanak duduk di atas minbar (pentas) dan kedustaan menjadi-menjadi
dan kesesatan mendapat tempat dan orang lelaki sedikit bilangannya dan ibu
bapanya berbuat baik kepada rakannya dan muncul planet komet ...) [196]
• Nu’aim bin Hammad menyebut
dalam Al-Malahim oleh Ibn Thawus hal 43:. (Alamat yang akan muncul dari timur
sebagai munculnya tanduk ...)
• Dari Rasulullah (S):
(Bagaimana kamu jika umatku berputus asa dengan Al-Mahdi?
Kedatangannya seperti
matahari terbit yang
akan bergembira
dengannya penduduk langit dan bumi) [197]
• Dari Sathih
Al-Kahin: (Sekiranya orang-orang baik tetapi pemimpinnya orang-orang yang jahat
adalah mustahil penduduk kelihatan mulia dalam kesucian Islam dan akan ada
perselisihan pendapat dan takut (pada Allah) telah berkurang, dan aku katakan kemuliaan
itu apabila terbit planet (kawakib) yang menakutkan orang-orang Arab dan dia menyerupai
komet... Kemudian datang Al-Barbar dengan panji-panji kekuningan ) [198]
-----------------------------
[195] Al-Malahim wa Al-Fitan oleh Ibn Thawus
hal 137.
[196] Tafsir Al-Qumi J 2 hal 303.
[197] Kitab Al-Raj3ah oleh oleh Al-Mirza Muhammad
Al-Istrabadi hal 40.
[198] Bihar Al-Anwar: J 50 hal 8.
• Dari Imam Al-Shadiq
(as):
(اما والله
ليغيبن عنكم مهديكم حتى يقول الجاهل منكم ما لله في آل محمد حاجة ثم يقبل كالشهاب
الثاقب فيملأها عدلاً كما ملأت ظلماً وجوراً)
(Sungguh demi Allah! Suatu saat Mahdi kalian akan ghaib dari kamu sehingga orang yang bodoh di kalangan kamu
berkata, apa saja bagi Allah diperlukan pada Aali Muhammad dan kemudian datang seumpama
meteor (bintang berekor) yang cahayanya menembus, maka akan dipenuhinya dengan
keadilan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian) [199]
• Dari Ka’ab Al-Ahbar:
(Sesungguhnya akan muncul bintang dari timur sebelum keluarnya Al-Mahdi ia
mempunyai ekor (komet) yang menerangi.) [200]
• Dari Amirul
Mukminin (as): (Ketahuilah untuk keluarnya ada sepuluh alamat, yang pertama tertancap
panji-panji di lorong-lorong Kufah dan masjid-masjid diganggu dan muncul planet
(kawakib) (komet), planet komet dan bintang-bintang bergandingan, penjarahan
dan pembunuhan dan peperangan dan .... Apabila berakhir alamat-alamat bangkitlah
Al-Qaim kita ...) [201]
• Dari Rasulullah (S):
( .... وفي
الخمسين والمائة ظهور الزنادقة وفي الستين والمائة جوع سنة او سنتين ، فمن ادرك
ذلك فليدخر من الطعام وينقض شهاب من المشرق الى المغرب وهذه يسمعها كل احد ... )
(....Muncul seratus lima
puluh golongan zindiq, seratus enam puluh kelaparan dalam setahun atau dua
tahun, sesiapa yang menyedarinya akan menyimpan makanan dan meteor (bintang
berekor) melanggar;dari timur ke barat dan ini didengar oleh semua...) [202]
• Dari
Ka’ab Al-Ahbar: (Binasa Bani Abbas di kalangan kamu kelihatan dalam ketakutan dan
tipu daya antara 20-24 bintang yang melemparkan meteor (bintang berekor) jatuh
dari langit disertai
suara yang kuat
sehingga menyala di
Timur dan kemudian membelit seperti belitan ular, sehingga kepalanya hampir
tidak bertemu dan rasa menggigil pada waktu malam dan bintang yang melemparkan meteor
(bintang berekor) jatuh dari langit disertai suara yang kuat
sehingga menyala di
Timur, akan ditimpa bala yang dahsyat.) 203]
• Dari Ka’ab Al-Ahbar:
(Sesungguhnya Al-Qaim adalah Al-Mahdi dari keturunan Ali yang sangat banyak
kesamaannya dengan Isa bin Maryam dari segi Kejadian, Akhlaq, penampilan dan keghaiban tubuhnya, ...
kemudian muncul selepas keghaibannya bersama terbitnya bintang yang lain dan
kemusnahan Al-Zaura’, ia adalah Al-Rayy dan penenggelaman Al-Mazurah, dan ia adalah
Baghdad dan keluarnya Al-Sufiani dan memerangi anak-anak Al-Abbas bersama pemuda-pemuda
Armenia dan Azerbaijan) [204]
• Dari Amirul
Mukminin (as): (... dan hampirnya janji dan kelihatan pada kamu bintang yang
berekor dari arah timur, dan tampak bagimu akan bulan yang cerah. Jika terjadi demikian,
kembalilah bertaubat dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikuti yang muncul di
Timur jalan kamu itu adalah minhaj Rasulullah.....) [205]
Selepas mengkaji riwayat-riwayat tersebut yang
menggambarkan imej tersembunyi pada yang muncul di timur (Thala3 Al-Masyriq) yang
membuka jalan untuk kezuhuran Imam Mahdi (as), yang bersembunyi di antara riwayat-riwayat
di bawah beberapa nama simbolik, seperti yang dinyatakan, dan melimpahkan lebih
banyak cahaya pada riwayat yang kita bicarakan itu daripada beberapa paksi: -
1. Kiasan (petunjuk) sebahagian riwayat bahawa
ia adalah peribadi dan diberikan kepadanya ukuran kesucian yang agung.
2. Matahari dan Bulan dalam Al-Kitab dan Al-Sunnah
3. Mengapakah kebanyakan riwayat memberi
tumpuan kepada timur?
4. Beberapa masalah !!
----------------------------------
[199] Basyarah Al-Islam, hal 164.
[200] Basyarah Al-Islam, hal 258.
[201] Basyarah Al-Islam, hal 103.
[202] Al-Malahim wa Al-Fitan hal 95.
[203] Al-Malahim wa Al-Fitan hal
[204] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 225
[205] Al-Kafi, J 8, hal 63.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan