Rabu, 20 Disember 2017

1. Kiasan (petunjuk) sebahagian riwayat bahawa ia adalah peribadi yang diberikan kepadanya ukuran kesucian yang agung.



Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur - Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq


Bab III:Yang Muncul Di Timur.
1. Kiasan (petunjuk) sebahagian riwayat bahawa ia adalah peribadi yang diberikan kepadanya ukuran kesucian yang agung.


Saya lihat sesetengah riwayat menjadikan maksud peribadi bukan satu objek dalam riwayat-riwayat itu:


1. Khutbah Amir Al-Mu'minin (as) yang disebutkan di atas: Kami menyebutnya secara penuh untuk mendapat manfaat dari semua perkara diberikan:

Khutbah Amir Al-Mu'minin (as):

Ahmad bin Muhammad Al-Kufi dari Ja’far bin Abdullah Al-Muhammadi dari Abi Rauh Faraj bin Qurrah Ja’far bin Abdullah dari Mas’adah bin Shadaqah dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: ((Amirul Mukminin (as) berkhutbah di Madinah, Maka dia bertahmid dan memuji Allah serta berselawat ke atas Nabi dan keluarga baginda kemudian beliau berkata, Adapun selepas itu. Allah TWT tidak melanggar ketetapan masa melainkan selepas menyusun pemulihan dan kemakmuran dan tidak memaksa patahnya tulang umat itu melainkan selepas dihapuskan dan diberi percubaan (bala). Wahai manusia, tanpa apa yang kamu terima dari kerusakan, kamu akan menjaga ucapan yang perlu dipertimbangkan dengan sepenuh hati dengan bijaksana dan tidak semua yang mendengar memeriksanya dan tidak semua orang yang mempunyai mata melihatnya dengan baik. Wahai hamba Allah berbuat baiklah terhadap apa yang kamu lihat dan kemudian perhatikanlah hal-hal yang telah diberikan oleh Allah kepadanya oleh pengetahuanNya, bahawa mereka adalah sunnah (kebiasaan) dari keluarga Firaun, ahli syurga, mata air, tanam-tanaman,dan maqam yang mulia dan kemudian lihatlah apa yang telah Allah tutupkan bagi mereka selepas kekayaan dan kesenangan, perintah dan larangan dan bagi yang sabar antara kamu balasannya di Syurga dan Allah mengekalkan mereka, dan kepada Allah kembali segala urusan. Maka sungguh pelik dan mengapa saya tidak pelik dengan kesilapan perbezaan golongan ini terhadap hujah-hujah yang berbeza dalam agamanya, tidak membela peninggalan nabi dan tidak menurut amalan washi dan tidak beriman kepada yang ghaib dan tidak melepaskan kecacatan yang dikenali sebagai apa yang mereka ketahui dan kemungkaran di sisi mereka adalah apa yang mereka ingkarkan dan setiap urusan dari mereka, merekalah menjadi Imam kepada dirinya sendiri, mereka mengambil darinya apa yang mereka lihat dengan membuka pakaian dan percaya sebab-sebabnya benar-benar jelas. Mereka senantiasa menindas dan tidak akan membuat sesuatu melainkan mereka menambah lagi kesilapan, Mereka tidak akan semkin dekat bahkan semakin jauh dari Allah AWJ dan semuanya melalaikan antara satu sama lain dan membenarkan antara satu sama lain yang kesemua ini adalah kemunduran yang diwarisi kerana tidak mengikut Nabi Al-Ummi (S) dan keengganan mereka akan apa yang dibawa kepada mereka tentang berita Pencipta langit dan bumi kepada penghuni yang penuh penyesalan dan gua-gua kecurigaan, dan orang-orang dari suku-suku sesat yang meragui wakil dari Allah kepada dirinya dan atas pendapatnya, maka adalah selamat bagi orang yang tidak mengenalinya, kerana orang yang tidak mengenalinya ridak dapat menuduhnya kerana mereka tidak serupa dengan ternakan yang telah terlepas dari penjaganya. Dan amat sedih sekali atas perbuatan kaum Syi'ah selepas mengasihi kerabat baginda pada hari ini bagaimana akan dihina selepasku sebahagiannya atas sebahagian yang lain, Dan bagaimana akan berbunuhan antara satu sama lain dari keturunan asal yang berselerak dengan bahagian yang bertujuan membuka tanpa arahnya, Setiap dari kumppulan (parti) mereka mengambil cawangannya di mana-mana cawangan yang ada bersamanya kekayaan, Walaupun Allah dan pujian bagiNya akan mengumpulkan mereka untuk hari kejahatan Bani Umaiyah sebagaimana berkumpulnya awan berarak pada musim luruh, Allah satukan di kalangan mereka. Kemudian akan dijadikan mereka tumpukan bagai tumpukan awan, dan akan dibukakan pintu-pintu bagi mereka yang akan mengalirkan kegelisahan mereka bagai aliran di kedua kebun mereka dengan aliran besar yang membanjiri, di mana dia merasa sejuk walau tidak diteguhkan di atas bukit dan tidak menolak perjalanannya mendaki gunung yang diserukan Allah atas mereka di bawah lembah. Kemudian berjalanlah mereka menjadi mata air di bumi yang akan membawa hak-hak asasi manusia dan mereka boleh menjadi orang-orang di dalam rumah yang disisihkan untuk Bani Umaiyah dan akan dirampas apa yang mereka telah rampas, Allah akan menghancurkan mereka dengan dengan kuasaNya dan memusnahkan mereka runtuh lebih cepat dari penduduk Iram dan memenuhi mereka dengan kebun zaitun, maka Dia yang memisahkan gandum dan menyembuhkan dengan hembusan angin. Akan ada di kalangan, seolah-olah mendengar rengekan suara kuda dan lelaki mereka didudakan Allah untuk melepaskan apa yang ada di tangan mereka selepas berkedudukan tinggi dan memperdaya negara seperti punggung yang cair pada api dan kematian mereka adalah kematian dalam kesesatan. Kepada Allah AWJ membawa mereka keluar dari bertatih dan akan bertaubat kepada Allah AWJ orang-orang yang bertaubat, dan mudah-mudahan Allah akan mengumpulkan bersama Syi'ahku selepas penyebaran hari kejahatan oleh mereka dan tidak ada seorang pun yang memilih mengingat Allah AWJ, pada hal Allah yang terbaik dalam segala urusan, dan tidak ada yang berhak menyebut Allah. Wahai manusia, orang-orang yang menipu terhadap Imamah yang bukan ahlinya ada ramai, Dan jika kamu tidak berpaling dari kebenaran dan kamu tidak berasa hina pada kelemahan kepalsuan, maka kamu tidak berani dengan orang yang tidak seperti kamu. Tidak menguatkan kekuatan kamu dan atas ketinggian ketaatan bagi penghapusan ahlinya tetapi peduli seperti mana Bani Israel tersesat di zaman Musa bin Imran (as) dan hingga masa ku, kamu akan lebih tersesat selepasku, kamu akan lebih tersasar lebih dari Bani Israel dan bagi masa ku, jika kamu selesai selepas tempoh kekuasaan Bani Umaiyah, kamu akan bertemu dengan kekuasaan yang menyeru kepada kesesatan dan Kamu akan menghidupkan kembali kepalsuan dan meninggalkan kebenaran di belakang punggung kamu dan kamu akan terpotong-potong kurang dari orang Badar dan Kamu telah mencapai sejauh ahli-ahli perang Rasulullah (S) dan zamanku bahawa jika telah melelahkan tangan mereka, kita mempunyai pembersihan demi pembalasan dan janjinya telah dekat dan tempohnya telah berlalu dan pada mulanya bintang yang beriekor akan muncul kepadamu dari sebelah timur, dan kelihatan bulan bersinar untukmu. Jika berlaku demikian, kembalilah bertaubat dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikut yang muncul di Timur, ikutilah jalan itu ia adalah minhaj Al-Rasul (S), dan kamu akan pulih dari buta, pekak dan bisu, dan kamu dicukupi pada keperluan dengan permintaan dan kebimbangan; dan akan dihapus pemberat yang begayut di leher-leher kamu dan Allah tidak akan menjauhkannya melainkan yang melampaui batas dari kezaliman, kekejaman, keangkuhan, dan mengambil apa yang bukan untuknya dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.. )) [206]


-------------------------
[206] Al-Kafi J 8, hal 66.


Kita mula dengan perkataan (as): (kamu akan lebih tersesat selepasku, kamu akan lebih tersasar lebih dari Bani Israel dan bagi masa ku, jika kamu selesai selepas tempoh kekuasaan Bani Umaiyah...).

Di sini ia merujuk kepada tempoh Al-Ghaibah AL-Kubra dan umat tersesat disebabkan ketiadaan Imam Mahdi (as) dan bagaimana Syiah disempurnakan selepas tempoh kekuasaan Bani Umaiyah untuk mewakili tempoh sebelum kekuasaan Bani Abbas, yang keduanya adalah gambaran mempergunakan Ahl Al-Bait (as) untuk menggambarkan proses kezuhuran melalui simbol-simbol yang sama dan peribadi-peribadi yang hidup sezaman dengan kedatangan Islam. Iaitu kehidupan awal seperti Al-Sufiani, Al-Marwan dan pemerintahan orang-orang Umaiyah dan,Bani Al-Abbas dan lain-lain, dan diketahui dalam hal ini maksud kekuasaan Bani Umaiyah adalah mustahil mereka menguasai dan mengambil agama sebagai satu cara untuk mengukuhkan kerajaan mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Umaiyah (la3nahumu Allah), adapun selepas lenyap tempoh itu, pemerintahan selepasnya adalah atas nama agama dan dengan lambang-lambang itu (hak mengembalilan kepada Al-Alawiyin) dan di bawah slogan (syiar) (Untuk membalas bela Al-Hussein), yang merupakan masalah orang-orang Al-Abbas yang mengambil kuasa dengan semboyan ini dan pemerintahan yang juga mendahului kezuhuran Imam sendiri, mereka juga orang-orang Syiah, tetapi kemimpinan Syiah diambil alih kuasanya (Wilayah) Imam Mahdi (as) sebagai alasan untuk menguasai mereka seperti yang dilakukan oleh Banu Al-Abbas. demikian yang diterangkan oleh Ahl Al-Bait (as) di dalam banyak riwayat-riwayat dengan nama tersebut sama ada pilihan yang patut digambarkan sebagai (penyeru kesesatan) dan yang membantunya adalah (yang menghidupkan yang batil) dan bahawa ia mewakili pemimpin Syiah dalam zaman kezuhuran yang tidak dipertikaikan kerana dia (as) berkata, menangani Syiah (Dan amat sedih sekali atas perbuatan kaum Syi'ah selepas mengasihi kerabat baginda pada hari ini... bagawa kamu akan bertemu dengan kekuasaan yang menyeru kepada kesesatan ...) Pertemuan kaum Syi'ah di sini bermakna yang mengikut dan yang bertaqlid.

Jadi yang dimaksudkannya adalah fuqaha’ (ahli hukum) pada masa itu atau (orang-orang terkemuka yang mereka rujuk.) Imam Ali (as) menggambarkannya dengan kebatilan dan kesesatan kerana ia akan memesongkan kaum Syi'ah daripada mengikuti kebenaran (dan meninggalkan kebenaran di belakang punggung kamu), yang bermaksud bahawa kebenaran itu ada di kalangan mereka, Mereka mengkhianatinya dan memutuskannya. Mungkin apa yang diberitahu oleh Imam Al-Shadiq (as) hampir dengan makna tersebut dan di sini beliau ditanya tentang ayat
﴿وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ﴾
(bagaimanakah mereka dapat mencapai (keimanan) dari tempat yang jauh itu)
Imam (as) menjawab: "Mereka telah mencari Al-Mahdi (as) dari mana dia tidak mendapat, dan dia telah diselamatkan dari tempat dia mendapat." [207]


------------------------
[207] Bihar Al-Anwar: J 2 hal  187.


Kemudiannya diikuti oleh Imam Ali (as) dalam keterangannya, katanya: (dan kamu akan terpotong-potong kurang dari Ahli Badar) iaiitu yang hampir sama dengan Ahli Badar Al-Rasul Muhammad (S) seramai (313) orang dan yang pertama beriman daripada mereka adalah washi, wazir dan orang kanannya (Yamani) yang mengetuai tenteranya, dan dia adalah pengganti selepasnya yang dipanggil dalam riwayat-riwayat dengan nama (Ahmad), juga menamakan tempat lahirnya Basrah. Kemudian dia (as) berkata: dan kamu akan mencapai sejauh ahli-ahli perang Rasulullah (S) dan di sini mereka mewakili orang yang berdiri di hadapan Imam Mahdi (as) pada masa ini dan mereka jauh dari Rasulullah (S) dan untuk menuntut sebaliknya dan kesaksian Amirul Mukminin (as), dengan berkata: (dan zamanku bahawa jika telah melelahkan tangan mereka, kita mempunyai pembersihan demi pembalasan dan janjinya telah dekat dan tempohnya telah berlalu) Ini adalah apa yang dikatakan dalam riwayat-riwayat tentang penguasa Bani Abbas yang berlainan, dan selepas berakhir pemerintahan mereka dan permulaan pembersihan demi pembalasan yang akan kamu mulakan dan kelihatan dengan jelas bintang berekor dari sebelah timur (dan pada mulanya bintang yang beriekor akan muncul kepadamu dari sebelah timur) dan ini adalah peringatan kepada Syiah dari Amirul Mukminin (as) Apabila mula datang penglihatan ini dan penyebaran cahaya seperti bulan (dan kelihatan bulan bersinar untukmu) Dari terus menerus berlaku sekatan-sekatan dan peperangan yang telah dibincangkan yang dimulai dengan berakhirnya kerajaan penyeru kesesatan (pemuka-pemuka Bani Abbas) sebagai perubahan sama ada pada nilai (mutu), bilangan atau tempat, di mana itu adalah sebab untuk diberikan sifat permulaan yang bertepatan dengan habisnya tempoh seruan kesesatan, walau bagaimanapun Amirul Mukminin (as),menyebutkan kewujudan ramai penyeru kebenaran pada awal khutbahnya. Perubahan nilai (mutu) mungkin disebarkan terhadap ilmu-ilmu Ilahiyah dengan (25) huruf semasa tempoh yang mendahului kebenaran-kebenaran penerangan ini (permulaan kamu ..).

Atau mungkin disebabkan bilangan, sebilangan besar ansar (penyokong) menjadikan seruan dakwah pengaruh dan kesan yang jelas yang memberi kesan kepada masyarakat yang layak untuk sifat permulaan kerananya ... atau menjadi sebab tempat dimana berlakunya penghijrahan dan pemindahan seruan dakwah dari Iraq maka terjadi dia masuk dari arah timur dan bersamanya tentera Khurasan dan ini seorang pun tidak dapat menafikannya ,ia mudah dilihat pada riwayat-riwayat keezuhuran... tetapi adakah itu kemungkinan yang dimaksudkan di sini (dari arah timur) Iran kerana beliau mengarahkan kata-katanya kepada penduduk Iraq, dan timur Iraq adalah Iran tidak dapat dielakkan dan tidak benar pada timur Iraq selain Iran, dengan mengambil kira Basrah kerana ia boleh mewakili timur juga. Ia adalah sindiran untuk kenyataan ansar pertama dari Basrah dan penyebaran dakwah dalam bentuk yang lebih besar adalah Basrah dan Pertempuran Ishtakhar adalah di antara Al-Yamani dan Al-Sufiani yang juga terletak di pusat kawasan sempadan daerah Basrah .. yang bermaksud bahawa peribadi yang dimaksudkan dengan khutbah ini akan meninggalkan Iraq untuk menghadapi para pemerintah Bani Al-Abbas dan Bani Umaiyah pada zaman keezuhuran yang mendustakannya, menganiayanya dan mengikutinya sehingga berakhir di Iran, Dari sana, seruan dakwah itu mula tersebar, dengan itu, ia akan menjadi asas yang baik untuk kembali ke negaranya.

Ini adalah tanda permulaan seruan dakwah sebenar dari segi pengaruh ... Maka semua kemungkinan dari segi bilangan, nilai mutu dan tempat digabungkan, akan mewakili perubahan yang dimaksudkan pada permulaannya, Wa-Allahi A3lam..

Perkara penting yang perlu dinyatakan adalah mungkin membayangkan bahawa yang dimaksudkan dengan yang muncul di timur adalah Imam Mahdi (as) sendiri, dan ini benar-benar mustahil atas sebab mudah iaitu Imam Mahdi (as) tidak pergi ke Iran pada permulaan seruan dakwah dan tidak pada permulaan bangkitnya dari Iran sama sekali, bahkan riwayat-riwayat menyebutkan bahawa ia akan bangkit di Mekah, dan seruan dakwah tidak mucul di timur, melainkan membuka jalan untuk keezuhuran Imam Mahdi (as) dan ia adalah seruan dakwah untuk menyediakan asas dan mengumpulkan ansar sehingga bilangannya mencukupi untuk bangkit dan ia adalah tugas Al-Yamani ..

Jika berlaku demikian pada permulaan maka kembalilah bertaubat daripada kurangnya kebenaran dan sedikitnya pertolongan dan juga perjuangan (Jika berlaku demikian, kembalilah bertaubat) dan kemudian berkata (as): (dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikut yang muncul di Timur, ikutilah jalan itu ia adalah minhaj Al-Rasul), Adakah boleh bagi manusia untuk bertaubat dari dosa dengan mengikuti planet (kawakib) untuk menebus dosanya?! Kemudian jika muncul di Timur sebuah planet (kawakib), bagaimanakah Al-Qur'an dan Sunnah mengajarkan manusia minhaj Al-Rasul, sebagaimana disebutkan dalam khutbah itu!! Maka yang dimaksudkannya adalah seorang lelaki (manusia) dan bukan sesuatu yang lain ..


2. Riwayat Imam Al-Baqir (as) yang disebutkan di sebelum ini (Pertanyaan Umm Hani):


(Imam dirinya adalah bintang-bintang sehingga terputus dari manusia mengetahuinya ... kemudian ia tampak seperti meteor (bintang berekor)..) Kenyataan ini terang dan jelas bahawa beliau (as) apabila zahir ia seperti meteor (bintang berekor) iaitu (mencerahkan – Al-Munir), ia adalah sifat yang mungkin dikehendaki iaitu keamatan, kelajuan dan kefasihan pada masa kezuhuran di samping bimbingan kepada kebuntuan dalam malam yang gelap, Iaitu kerosakan pada aqidah-aqidah dan pemusnahan agama, dan oleh itu yang dimaksudkan dengan riwayat adalah tahap  membuka jalan kezuhuran karena ia mewakili Al-Imam (as) sendiri.

Jika kita sahkan, pertama.. bahawa semua panji-panji sebelum Al-Qaim, pemiliknya adalah tahgut penzalim seperti yang dinyatakan dalam banyak riwayat:
-
Dari Abi Abdiullah (as) katanya:


( كل راية ترفع قبل قيام القائم فصاحبها طاغوت يعبد من دون الله عز وجل )

(Semua panji-panji yang berkibar sebelum bangkitnya Al-Qaim pemiliknya adalah tahgut penzalim yang mengabdi kepada selain daripada Allah AWJ) [208]

Dan darinya (as):

( كل راية ترفع او قال تخرج قبل قيام القائم فصاحبها طاغوت )

(Semua panji-panji yang berkibar atau dikatakan keluar sebelum bangkitnya Al-Qaim pemiliknya adalah tahgut penzalim) [209]


-----------------------
[208] Al-Kafi J 8, hal 295.
[209] Ghaybah Al-Nu'mani, hal 114-115.


Untuk kami dikeluarkan hanya satu hasil kita tidak boleh menjangkaunya, Ia adalah suatu batasan yang menentukan jalan terlaksananya kezuhuran dan hasilnya ialah panji-panji Al-Yamani, yang mendahului kezuhuran adalah panji-panji Imam sendiri, jika tidak semua riwayat tersebut di atas akan menjadi sia-sia (jauh ia dari senua itu) yang bercanggah dengan hakikat bahawa panji-panji Al-Yamani adalah panji-panji hidayah dan mengikutinya adalah suatu kewajipan dan berpaling darinya jawapannya adalah neraka, dan panji-panji Al-Yamani adalah sebelum Al-Qaim dan tidak mungkin keluar dari bentuk ini hanya kerana kedua-duanya satu peribadi, dan oleh itu dianggap keserupaan yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat dengan meteor (bintang berekor) yang cahayanya menembus maksudnya adalah sifat Al-Yamani (as) lebih besar kemungkinannya dari sifat bagi Imam (as), kerana yang mula-mula muncul di hadapan umum adalah Al-Yamani dan untuk sekian lama dan kemudiannya zuhurlah Imam (as) .
..
Riwayat yang dinyatakan sebelum ini dari Imam Al-Shadiq (as): (dan kamu juga seperti itu, jika datang kepada kamu bintang kamu, maka pujilah Allah dan bersyukur kepadaNya) di sini Imam Al-Shadiq (as) menggambarkan keadaan Syiah, mereka tidak mempunyai Imam pada suatu masa yang kekal dan kemudian mereka mula berkata: dan kamu juga seperti itu, jika datang kepada kamu bintang kamu, maka pujilah Allah. Adakah munasabah yang dimaksudkan dengan bintang itu maknanya mengikut lafaz zahir! Selain gandingan kemunculan bintang dengan segera pujilah dan bersyukurlah atas nikmat itu, Bukankan ia suatu nikmat yang banyak dari kezuhuran Imam (as). Kesyukuran ini sangat diperlukan pada tempoh zaman yang penuh dengan fitnah dan kekeliruan!!
                                                       



Tiada ulasan: